-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Terpengaruh dengan "The So Called Expert"

Banyak orang muda terperangkap dengan hutang sepanjang umur dia, sehingga ada yang jatuh muflis..macam mana perkara ini boleh terjadi?
Ramai suri rumah terkapai kapai, apabila si suami meninggal dunia hingga terperangkap dalam hutang dan orang2 yang ingin ambil kesempatan..macam mana perkara ini boleh terjadi?
Ramai pesara-pesara pencen masih lagi terperangkap dengan pelbagai bebanan, termasuk bebanan hutang, dan negative cash flow..macam mana perkara ini boleh terjadi?

Selepas penat meluahkan rasa tidak puas hati kenaikan "Harga Barang", apa tindakan seterusnya? ini adalah perkara yang majoriti kita terlepas pandang, dan malas nak pandang2..ehh bukannya haram pun..



"Pengurusan Keewangan" , kita selalu silap di bahagian ini.

macam mana boleh silap?

silapnya adalah bila kita meminta nasihat keewangan dari orang2 yang "so called expert" dalam bidang finance. Diorang pakai baju kemeja dengan kot sikit, kita dah terpedaya. Kita silap sebab terlalu bergantung pada orang.

siapa diorang?

diaorang adalah "BANK", "agent Insurance", "Broker asset", "Along yang tak berapa nak tolong", "penjual kereta" dan yang sebaris dengannya, nampak gambaran bukan?

Matlamat diorang bukan untuk menyimpan duit dalam poket kita, tapi matlamat diorang adalah untuk keluarkan duit kita dari poket kita.

Jadi dioranglah yang berdusta ya?

Taklah, yang paling berdusta atau berbohong adalah diri kita sendiri. Ya, kita terperangkap dengan janji2 mereka disebabkan kita tidak ada ilmu berkenaan financial, kita mengharapkan orang lain untuk mneguruskan keewangan kita secara total, inilah kesilapan besar kita.

BANK, agent insurance dan lain2 tu, mereka tak salah, mereka nak cari makan jugak macam kita. Isunya siapa yang bijak akan dapat kawal duit.

"kesilapan kita adalah disebabkan kita tidak berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita berkenaan keewangan kita"

Realiti sekarang ini, kita lebih menyalahkan orang lain atas permasalahan yang dihadapi, bila harga barang naik, secara automatik kita terus salahkan "KERAJAAN" secara total. Mismanage duit, rasuah, tak pandai pengurusan, tu semua memang ada dalam kerajaan, tapi, ia bukan alasan kita untuk menyelahkan mereka 100%, kita ni macam mana? nampak sangat, kita terlalu mengharapkan kerajaan, bukan mengharap pada ALLAH.


Macam mana kita boleh terjebak dengan Hutang Lapuk?/ Bad Debt

Korang perlu tahu good debt dan bad debt...

Ia bukan masalah dengan diri kita, tapi ia adalah masalah dengan pengurusan keewangan kita..Berhutang itu tidak menjadi masalah, yang masalahnya ialah tiada ilmu pengurusan keewangan,itu yang masalah..


Bagaimana Kita Terjebak Dengan Hutang Lapuk?

Barangkali kalian tidak pernah merancang bila sepatutnya berhutang. (Ya! merancang hutang juga perlu.) Tahu-tahu sahaja komitmen hutang terlalu tinggi menyebabkan setiap bulan duit gaji cukup-cukup sahaja.
Hati-hati kepada kalian yang belum mengalami situasi ini. Rancang wang (dan hutang) dari sekarang!
Berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang yang bersifat hutang lapuk (bad debt):
1. Hutang kerana perkahwinan
Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang (RWDS), saya menganggarkan kos perkahwinan di bandar khususnya mencecah paling sedikit RM 30,000.
Justeru, kalian yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran, jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh berkahwin tanpa berhutang.
2. Hutang membeli kenderaan
Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru, walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut. Awas!
Pembaca buku RWDS kini sudah mengetahui 3 cara untuk menentukan kita layak membeli kereta yang mana satu.
3. Hutang kad kredit
Kad kredit adalah bagus untuk kalian yang berdisiplin sahaja. Sekiranya kalian bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat kalian untuk mempunyai walaupun satu kad kredit.
4. Hutang membeli rumah (untuk diduduki)
Sekali lagi saya perlu mengingatkan, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda.
Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah. Sekiranya kalian masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik air sahaja terlebih dahulu.
Jadikan rumah yang anda bakal duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih sesuai untuk pembesaran anak-anak.
5. Hutang membeli kelengkapan rumah
Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama 24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu kalian ingat adalah, barang elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan rumah berharga RM 300 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?
Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!
Sumber: http://bit.ly/aHLlzG Pakdi.net

Bagaimana Orang Muda Terjerat dengan Hutang?

Bagaimana Graduan Muda Mengumpul Hutang Setahun Selepas Habis Belajar? ini merupakan persoalan yang menarik, sedar tak sedar, saya dah tergolog dlm hutang #1.. jom kita lihat, hutang-hutang yang mendatang.



Hutang #1


Kebanyakan graduan muda hari ini sudah mengumpul hutang sejak hari pertama menjejakkan kaki ke universiti.

Iaitu hutang PTPTN sebanyak RM __________ (mesti bnyak kan?)

Hutang #2

Selepas mendapat pekerjaan, mereka cenderung mendapat kuda-kuda perang. Hari ini banyak penjual kuda-kuda perang menawarkan skim pembiayaan 100%.

Iaitu hutang kereta sebanyak RM __________ (aish, kereta nak baru jaa)

Hutang #3

Selepas 6 bulan bekerja, kekasih pujaan hati pun menghantar SMS, “Abang bila mahu masuk meminang? Bonda sudah bertanya.” Hari ini kos berkahwin sangat tinggi.

Bertambah lagi hutang sebanyak RM __________ (hantaran nak tinggi ja)

Jumlah Hutang Piutang

Berapakah hutang seorang anak muda selepas setahun tamat belajar dari universiti?

RM __________ (nah, cuba kira, ini belum kita buat personal loan dengan hutang beli rumah lahi)


Sumber: Pakdi.net http://bit.ly/1bMqqxG

Berhutang itu tak salah, tapi tak pandai mengurus duit itu adalah kesalahan yang besar..

BLIND SPOT DISEBALIK FITNAH AMIN ISKANDAR–Musuh Dalam Selimut


Dua tiga hari lepas banyak mesej sama ada sms, whatsapp, pm facebook bertanyakan komen tentang tulisan Amin Iskandar (AI) di dalam The Malaysia Insider (TMI). Saya tidak berkesempatan untuk meneliti satu persatu sehinggalah semalam. Kebetulannya, ada wartawan TMI telefon untuk temuramah dan saya bersetuju pada peringkat awalnya, tetapi saya menarik balik persetujuan tersebut selepas membaca surat layang tidak bertanggungjawab atas nama Muhamammad Abdullah kerana melihat hilangnya profesional pada portal TMI.

Mana bukti kekalahan PR di DUN Kota Damansara disebabkan PAS bertanding?
Kekalahan Pakatan Rakyat di DUN Kota Damansara bukanlah di sebabkan PAS bertanding. Congakan AI bahawa 7,312 undi yang diperolehi oleh PAS akan pergi kepada PSM adalah congakan yang tidak berasas. Kenapa pengundi PAS, PKR melayu dan masyarakat awam berjumlah 7,312 undi tidak memberikan undi kepada PSM dalam keadaan mereka dimaklumkan PAS tarik diri dan billboard calon PAS dipatahkan? Ini kerana, sebahagian daripada 7,312 undi tersebut adalah undi protes terhadap PSM atas sebab-sebab yang bagi saya tak sesuai untuk saya sebutkan secara awam kerana maklumat seperti ini akan menguntungkan UMNO. Sebagai contoh, sewaktu pagi sabtu, selepas saya menyampaikan kuliah subuh di Kota Damansara, saya di datangi oleh dua orang pengundi dan bertanya: adakah betul PAS tarik diri? Saya kata tidak. Mereka memberi respond: “ohhh… nasib baik saya tanya ustaz, kalau tidak saya akan sokong BN.” Pagi itu 2 orang bertanya saya soalan yang sama. Saya ada data dan fakta lain yang menunjukkan bahawa 7,312 ribu ini belum tentu akan menyokong PSM jika PAS tidak bertanding.

Perlu diketahui, pengundi Kota Damansara bukan pengundi kampung yang samada tegar PAS atau UMNO. Bukan akan sokong Pakatan Rakyat tanpa melihat siapa dan parti mana. Mereka adalah pengundi educated yang menilai setiap inci pergerakan calon dan parti. Pihak yang menyatakan PAS khianat di Kota Damansara hanyalah Khalid Samad dan kumpulan kecil yang saya sebutkan tadi. Sebab itu sampai sekarang Khalid Samad tidak

menjawab isu ‘APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENGKHIANATAN OLEH YB KHALID SAMAD? ’?
(rujuk:https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=590879797609126&id=312456128784829).

Jika hanya disebabkan PSM, kenapa PKR dan DAP tidak dianggap pengkhianat juga? Justeru mereka juga bertanding 3 penjuru lawan PSM. Kenapa hanya Kota Damansara?
Untuk membuat kerjasama dengan PSM, PAS mempunyai prosedurnya. Tahaluf siasi dengan mana-mana parti perlulah melalui proses kelulusan Majlis Syura Ulama terlebih dahulu kerana ia melibatkan dasar parti. Ia tidak boleh sewenang-wenangnya diputuskan oleh perunding parti seperti Khalid Samad kerana status mereka adalah eksekutif parti atau pelaksana dasar yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Perlu diketahui bahawa PSM yang baru wujud selepas PRU 12 belum lagi di bawa ke Majlis Syura Ulama untuk mendapat kelulusan. Kedudkan PSM belum di bawa ke peringkat Majlis Syura Ulama disebabkan perbincangan terakhir Majlis Pakatan Rakyat dan AJK PAS Pusat sendiri tidak menerima PSM sebagai anggota Pakatan Rakyat. Maka, jika ada mana-mana individu di kalangan AJK PAS Pusat, sama ada secara individu atau sekalipun atas nama perunding kerusi bagi pihak PAS, sebenarnya tidak berautoriti untuk membuat keputusan menerima atau menolak Tahaluf Siasi diantara PAS dengan PSM. Jadi tiada istilah pengkhianatan di Dun Kota Damansara kecuali oleh mereka yang berusaha membuat kerjasama dengan PSM sebelum mendapat keputusan daripada Majlis Syura Ulama.

Jika Amin Iskandar mengaitkan saya dengan Khairi dan mentuanya Pak Lah, saya memang nak tergelak sebab menimbulkan persoalan siapakah Mahathirnya dan siapakah Najibnya? Lebih serius daripada itu ialah, adakah tulisan Amin Iskandar ini adalah susur galur cubaan menjatuhkan Tuan Guru Presiden oleh “Mahathir PAS” sebagaimana Mahathir UMNO pernah jatuhkan Pak Lah? Jadi, siapa ‘Najib PAS’ yang nak gantikan TG Presiden? Isunya bukan menantu yang menjadi punca, isunya ialah usaha menjatuhkan Presiden ini telah berlaku jauh lebih lama sebelum isu menantu ditimbulkan, sebelum nama saya di lambungkan, iaitu seawal sebelum PRU 2008. Semua bukti dalam bentuk saksi ada dalam tangan saya jika diperlukan. Ini bermaksud, bukan saya punca sebenarnya dan bukan juga TG Presiden, tetapi isu sebenar ialah usaha mengambil alih jawatan Presiden. Itu blind spotnya.

Dalam PRU 13 memang terdapat usaha sabotaj parti dari dalam. Memang saya terpaksa menjadi team backup mempertahankan jati diri parti, bukan mempertahankan bapa mertua atau sebaliknya. Saya yakin, kelompok kecil ini cukup marah kepada saya kerana peranan ini. Jika benar isu Kota Damansara timbul disebabkan hasutan saya, bagaimana pula di Sungai Acheh, Labuan, Bukit Besi dan tempat-tempat lain yang juga berlaku pertindanan disebabkan hasutan siapa? Oleh kerana saya tinggal di Kota Damansara, maka akhirnya isu KD ini dijadikan peluru dan modal murahan untuk terus dibangkitkan sebagai fitnah dan tuduhan terhadap parti dan Presiden walhal tempat lain juga kalah disebabkan tiga penjuru langsung tidak dibangkitkan oleh orang yang sama.

KENAPA KELOMPOK KECIL INI CUKUP MARAH?
Bagi saya, isu yang menjadikan kelompok kecil ini cukup marah kepada saya ialah kerana saya banyak mempertahankan jati diri parti daripada dalam dan menghalang usaha licik mereka. Cubaan menjatuhkan kredibiliti presiden, timbalan Mursyidul Am. Terakhir ialah saya terpaksa menjadi backcup team kepada Presiden di dalam PRU13 apabila ada usaha sabotaj daripada dalam oleh kelompok kecil yang saya maksudkan. Kesan sabotaj ini menjadikan PAS akan menyosot kerusinya dan hilang jati dirinya. Saya yakin, perwakilan muktamar memilih mereka bukan untuk ‘itu’ dan hatta para muktamirin langsung tidak mengetahui sifat orang-orang yang mereka pilih. Adakah mereka dari UMNO atau lain-lainnya, wallahuaklam.

Sebab itu saya berharap apa yang mereka lakukan di dalam PRU baru-baru ini dibentangkan oleh mereka-mereka ini di dalam muktamar supaya mereka mendapat sokongan akar umbi terhadap apa yang mereka nak buat. Sebab itu saya tak suka bermain di bawah tikar, belakang lain di depan perwakilan yang memberikan amanah bersifat sebaliknya.

Berterus terang lebih amanah untuk dinilai oleh ahli perwakilan seluruhnya, bukan lain amanah yang diterima, lain yang dilaksanakan. Saya yakin para muktamirin juga mengharapkan AJK PAS Pusat sebagai kuasa eksekutif (pelaksana) mematuhi segala garis panduan dan arahan Majlis Syura Ulama yang dipimpin oleh tuan guru-tuan guru yang hebat.

FITNAH YANG TIDAK BERKESUDAHAN:
Adapun baki fitnah yang lain yang disebutkan oleh blog-blog dan facebook tertentu, seperti memfitnah saya mempengaruhi mertua (Presiden), naik dalam parti secara kroni dan lain-lain fitnah termasuk cubaan menjatuhkan imej dengan gelaran buruk seperti ‘din ayam’, 'din minyak' dan lain-lain. Bagaimana saya hendak menjawab secara fakta terhadap fitnah-fitnah jahat ini justeru ia datang dalam bentuk fitnah tanpa fakta dan hujah serta tidak dinyatakan siapakah sumber perawinya. Di dalam ilmu hadis ada menyebut, “jika tidak kerana sanad (sumber maklumat yang jelas namanya), nescaya orang boleh kata apa sahaja”.

Semua orang boleh kata: saya dapat maklumat daripada sumber tertinggi PAS bahawa Presiden PAS dipengaruhi oleh menantunya Zaharudin. Saya diberitahu oleh sumber tertinggi PKR bahawa Datuk Sri Anwar Ibrahim dipengaruhi oleh anaknya Nurul Izzah. Saya diberitahu oleh sumber tertinggi DAP bahawa Lim Kit Siang dipengaruhi oleh anaknya Lim Guan Eng dan bla.. bla... bla... Tetapi mana sumbernya? Apa hujahnya?

Jika inilah status fitnahnya, maka saya hanya mampu bersabar dan meneruskan kerja perjuangan suci ini. Insyallah saya tidak akan berganjak walau seincipun daripada amanah dan tanggungjawab sebagaiamana diamanahkan. Kepada Allah tempat mengadu dan kepadaNya semua kita akan dikembalikan dan dibicarakan. Jika perlu, saya berdoa agar Allah membuktikan kejahatan mereka dan membalasnya di atas muka bumi ini, jika layak semoga Allah berikan petunjuk ke arah kebaikan. Dialah Tuhan yang maha mengetahui dan berkuasa atas segala sesuatu.

Zaharudin Muhammad.

3 Knot - Syaitan Membisik



Syaitan mengikat di atas kepala seseorang kamu jika ia tidur dengan tiga  simpulan. Pada setiap simpulan ia berkata: `Masih jauh malam, maka tidurlah.' Maka apabila bangun dan berzikir terlepas satu simpulan, jika  berwudhu terlepas simpulan kedua, kemudian jika sembahyang terlepas semua simpulan itu , sehingga berpagi-pagi tangkas riang gembira dan lapang  dada. Kalau tidak maka ia sempit dada dan malas.  (Bukhari, Muslim)


Malam Lailatulqadar–Tanda-tandanya

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Blue-Planet-Earth

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.
Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.
Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar






5 Tips Pengurusan Keewangan Bijak

Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang ‘kaya’ hidup gini - Tips 1
Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga - Tips 2
Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%… atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga - Tips 3
Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki! Tips 4
Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan…kalau takde, memang bahaya untuk diri! Tips 5

Dari FB Irfan Khairi 

INTOUCHABLES - Movie Trailer



A true story of two men who should never have met. A quadriplegic aristocrat who was injured in a paragliding accident and a young man from the projects.
Bila aku tengok trailer movie ini, aku tahu yang aku perlu tengok movie ini, kalau tak silap, ia akan buat tayangan premier di Fox Movie, hari jumaat ini, jam 9 malam. Walaupun movie ini dalam bahasa french, tapi, aku perlu tengok movie ini, entahlah. dan movie ini jugak base on true story. 


Ayah Memahami Perasaan Kamu Itu


Wahai anakku,
Semasa engkau sering termenung dan murung, aku sedar kamu sekali lagi terkena masalah yang sama. Masalah engkau terlalu mudah membiarkan hatimu terikat pada seseorang.

Wahai anakku,

Sedarlah waktu hati engkau terikat pada seseorang, kamu akan melakukan segalanya untuk menggembirakan mereka dan membuat mereka senyum. Kamu akan terlupa mengenai kehendak kamu, kehendak orang lain menjadi keutamaan yang lebih tinggi daripada kehendakmu sendiri.

Tatkala ini, wahai anakku, engkau akan sentiasa memberi peluang kepada mereka, walaupun kamu tahu tidak berbaloi kerana tindakan mereka sering melukai hatimu. Kadang-kala mereka juga mengambil kesempatan pada engkau, dan kamu menjadi seorang yang lemah dan mudah dipengaruhi.

Tapi kerana rasa sayang di hati, wahai anakku, kamu merelakan dirimu dilayan sebegini, kerana kamu merasakan asalkan mereka tetap berada di dalam kehidupanmu, kamu dah cukup berpuas hati. Walaupun mereka mengecewakanmu berkali-kali, kamu tetap berada di sisi mereka waktu mereka memerlukan kamu. Engkau merasakan itulah kamu, dan itulah siapa kamu yang sebenarnya.

Ingatlah tatkala kamu terikat dengan seseorang, di hatimu sentiasa ada tempat untuk mereka. Sebab itulah kamu susah melepaskannya walaupun mereka merompak senyumanmu.

Wahai anakku,
Aku sedar masalah kamu kerana aku juga pernah berkali-kali mengalaminya ketika waktu muda aku. Aku faham engkau malu bercerita pada aku mengenai perasaan di hatimu walaupun aku sedikit terhiris kamu merasakan aku tidak dapat memahami perasaanmu.

Ingatlah wahai anakku, kamu hanya insan biasa, dan kamu tidak mungkin dapat lari daripada terikat perasaanmu pada seseorang. Tapi kematangan dan pengalaman boleh membantu dalam menguruskan gelora emosimu tatkala kamu semakin membesar.

Aku nukilkan ini untuk engkau tahu aku sentiasa bersedia untuk mendengar. Usah rasa malu pada aku, kerana aku tidak akan mencemuh mahupun memandang rendah padamu kerana kamu anak kesayanganku.

Jika kamu susah bercerita pada aku, ceritalah pada Tuhanmu. Mohonlah Tuhanmu membuka hatimu dan memberikan petunjuk padamu. Pastikan ikatan kamu pada Tuhanmu melebihi segala ikatan dengan manusia, dengan itu kamu tidak akan mudah terjerat dengan gelora hatimu yang terikat pada seseorang yang tidak mengerti untuk menghayatimu.

Dan kongsilah nukilan ini pada sahabat handaimu jika kamu terasa ini seolah-olah terkena pada sanubari hatimu.

Senyum.


Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Beli Kereta Dengan Duit Orang - Cara Bijak


Satu konsep yang baik yang dipelajari dari buku Rich Dad Poor Dad adalah menggunakan wang orang lain (Other People’s Money).
Konsepnya begini…
Sekiranya anda ingin membeli kereta, anda tidak beli kereta menggunakan duit sendiri. Tetapi, anda beli katakan 2 buah unit kondo menggunakan duit bank (sudah tentu ada sedikit downpayment, ubah suaian kondo, basic furnitures etc…)
2 unit kondo tersebut sewakan dengan keuntungan RM500 satu. In total, dapatlah RM1,000 daripada duit sewa…
Dari wang tersebut, baru anda beli kereta pada harga RM100,000… dan bayaran bulanan duit kereta itu adalah daripada pendapatan 2 unit kondo RM1,000 setiap bulan.
Cara ini amat menarik oleh kerana, orang lain yang membayar kereta baru anda- other people’s money! Anda bukan sahaja dapat kereta baru free (orang bayar), malah, anda dapat 2 unit kondo lagi tu…
Saya juga menggunakan cara ini 
Irfan Khairi

Masih Relevant kah Tradisional Teaching di University?

"Traditional Teaching" seperti tak relevance pada zaman informasi sekarang.

Masalah Universiti zaman sekarang. Apabila pointer berteraskan peperiksaan & dimomokkan dengan "syarikat ambil orang yang dapat pointer tinggi sahaja untuk bekerja". Pointer tinggi-tinggi, tapi skill tiada. On paper je hebat. Realiti?...

System yang ada ternyata tidak banyak membantu perkembangan manusia, dari skop melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan berfikiran kritis. Yang sepatutnya menjadi jenerasi pelapis untuk memimpin negara.. Jadi, apa yang di aspect dari modal insan tradisional ini untuk masa depan negara?

Selamatkan ekonomi negara yang banyak hutang?
Selamatkan krisis ekonomi negara akibat inflasi?
Selamatkan penduduk negara dari aktiviti social? anak luar nikah? 
Selamatkan negara ini dari masalah aqidah? 


Khas Buat Usahawan dan Sesiapa yang Nak Jadi Usahawan: Mesti Baca

Saya secara peribadi "Strongly suggest" buku ini untuk dibaca dan dikaji, khusus bagi usahawan2 dan orang2 yang bercita-cita untuk menjadi usahawan. Insyaallah buku ini dapat membantu kita dalam melihat lebih mendalam mengenai dunia pernigaan, disamping memberi kita motivasi dan memberi kita gambaran terbuka mengenai pengurusan keewangan.  

saya dah baca, dan korang juga patut baca. membeli buku ini adalah satu investment yang baik.

Thumb up untuk Robert T. Kiyosaki (mamat Hawai).. dan 2 Thumb up kepada anak melayu dan anak malaysia yang bersungguh-sungguh untuk menjadi usahawan. ALL THE BEST. ALLAH S.W.T sentiasa bersama korang, yakinlah..




Cash Flow Quadrant


Perlukah Usahawan Itu Kaya?


Aku dalam usaha membina system perniagaan, memang penat dan memeningkan. Tambah lagi pening, apabila kita jumpa jalan buntu, tak tahu nak buat apa, dan banyak pulak benda tergendala. aishh..bukan senang nak jadi usahawan berjaya ni ya.

Tiba-tiba satu persoalan pelik ini timbul dalam fikiran aku..
"Perlukah Usahawan itu Kaya?"

bagi aku soalan ini pelik, dan aku masih memikirkannya..

"adakah berjaya itu maknanya kaya?" persoalan kedua datang..

hurmmm...dan, aku masih belum dapat menjawab..

"adakah kekayaan yang aku cari, atau keredhoan yang aku cari sebenarnya?"

persoalan demi persoalan mula timbul..

jujur aku katakan aku masih belum dapat jawab..sebab aku nak jawapan aku itu berdasarkan FAKTA, bukan sekadar opinion atau pandangan orang..dan aku nak jawapan aku itu, menjadi prinsip aku.

Kepada sesiapa yang berhasrat atau memang sudah menjadi usahawan, apakah jawapan anda?

Bullets vs. Visual - Making Your Presentation More Powerful

Bullets vs. Visual
Easy! Lose the bullets. Use visual slides instead.
Nothing communicates as immediately and powerfully as a visual. In fact, studies show that communicating with visuals is up to six times more effective than with words alone. Only visuals can show how things relate to each other, and only visuals are universally understood around the world.
Despite their power, visuals are very rarely used in presentations. Why? Because it's so easy to create bullets in PowerPoint and so hard to create visuals!

Biar Gambar Berbicara: REAL CRIME IN FASHION


Biar Gambar Berbicara


Jom, jadi orang pertama memberi salam. Orang kedua pun okay jugak, daripada orang yang jarang-jarang dan sikit-sikit beri salam..

Berlin Wall Simbolik Perpecahan Umat

The Berlin Wall was both the physical division between West Berlin and East Germany from 1961 to 1989 and the symbolic boundary between democracy and Communism during the Cold War. The wall had stand from August 13, 1961 - November 9, 1989, about 28 years.

"The Berlin Wall" adalah pemisah antara democracy country dan communist country. Berlin yang merupakan satu negara terpisah menjadi 2.



Walaupun "The Berlin Wall" sudah dipecahkan, tetapi wall itu tetap wujud. Dalam dunia hari ini, ia bukan lagi "Wall" yang memisahkan tempat, seperti west Berlin dan East Germany, tetapi ia wujud "Wall" dan ia memisahkan manusia antara manusia, dan "wall" ini semakin tinggi, dan kita tidak nampak "wall" ini. Ia ada di merata rata tempat, termasuk dalam diri kita.

Wall telahpun wujud dalam kehidupan kita, ia wujud apabila antara manusia itu tiada kepercayaan antara satu sama lain, tiada persefahaman, communication barrier, perpisahan darjat antara kaya dan miskin, golongan pendidikan tinggi dan pendidikan rendah, perpisahan wujud antara golongan ulama' dan professional, antara boss dan employee, ia mula wujud antara suami dan isteri..ia wujud dalam kehidupan kita bukan? dan inilah puncanya umat kita tidak boleh bersatu.

"Tare Down The Wall Apart"

Kita perlu sedar akan perpisahan yang wujud dalam kehidupan kita akibat dari "Wall", yang terbina dari sifat-sifat, persepsi yang negatif, termasuk kejahilan diri. Kita perlu ubah cara pemikiran kita, untuk menjatuhkan wall itu..

Ada beberapa kunci untuk menjatuhkan wall itu.

yang pertama, apabila dalam kehidupan kita, apabila kita mula berbicara berkenaan "We" dan bukan "I", ia adalah berkenaan "Kita Bersama" dan bukan "Aku".
Yang kedua, belajar untuk memahami, daripada belajar untuk menghukum.
Yang Ketiga, kita kena percaya bahawa, terdapat penyelesaian untuk mendapat kebaikan bersama.

cubalah aplikasi 3 kunci ini dalam kehidupan seharian kita..insyaallah, ALLAH pasti tolong kita.

Kita perlu yakin, bahawa setiap permasalahan ada jawapan yang terbaik. Dan ia memerlukan kekuatan diri kita untuk mencarinya dan untuk memecahkan tembok itu. 

Yang pastinya, ia memerlukan kekuatan dalaman kita..dan kita perlu percaya akan kekuatan diri kita. We must believe, so that we can achieve. 

Sebenarnya Aku Belum Bersedia


Kenapa tidak mahu cepatkan tempoh pernikahan? kan itu yang terbaik..

Sebenarnya aku masih belum bersedia..belum bersedia untuk berkahwin...belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar ini.


hurmm..


Bab pernikahan bukanlah bab yang ringan, bukan bab yang boleh dibuat main-main, bukanlah sesuatu yang kita boleh buat keputusan dengan mudah, ia melibatkan masa depan kita, dan ia juga melibatkan nasib kita di akhirat kelak. Syurga atau neraka. Hati aku berdebar-debar, fikiranku agak celaru. Mampukah aku?

Apa yang engkau bimbangkan? kenapa kata begitu?

Cuba engkau lihat aku, dan katakan, adakah aku sudah bersedia?


Masalah keewangan, benar-benar menggangu emosi aku untuk meneruskan perancangan aku. selain dari itu, Kematangan aku, cukupkah? ..dan tiba-tiba aku tertanya, layakkah aku untuk dia? pelbagai persoalan mula timbul, ia datang bertubi-tubi..dan kebanyakan persoalan itu, aku tidak dapat menjawabnya..

hurmm...engkau terlalu banyak sangat berfikir, sedangkan engkau lupa akan kekuasaan ALLAH.. Engkau lupa ya tentang janji ALLAH pada orang yang bernikah?

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi sentiasa mengetahui" (An Nur:32)


Rezeki itu milik ALLAH..jika niat engkau baik, pasti ALLAH akan tolong..


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (An Nur:26)


ALLAH S.W.T tidak akan mengurniakan engaku isteri yang solehah, jika dia kau sendiri tidak baik..dan..yang penting engkau berusaha untuk menjadi baik..dan nekad menjadi hambaNya yang bertaqwa..


Sedikit sebanyak, apa yang sahabat aku katakan itu betul, aku perlu perbaiki diri aku, perbaiki IMAN aku, perbaiki kebolehan aku untuk menjana duit, kuatkan mental dan segabaginya...

terima kasih sahabat, engkau banyak membantu aku, tapi, berilah aku masa untuk aku berfikir dan tenagkan fikiran aku..supaya aku dapat membuat keputusan mukhtamad.

Sambil mendongak kelangit, hati aku berbisik "bersediakah aku?"


Penjahit Baju Dan Anaknya - Erti Sebuah Kebahagiaan


Dalam, aku scroll FB aku, aku ternampak, sebuah video yang sahabat aku share kat wall dia. Dalam takda kerja dan tak leh tidur lagi ini, aku pun ambik kesempatan untuk tengok filem pendek dari Petronas. Tak dinafikan, petronas memang cekap dalam membuat video2nya..Tahniah pada team production video ini. Short filem ini sangat hebat, rasa hidup, berseni dan macam2 lagi lah. walaupun simple, tapi amat terkesan di hati..

Hurmm..secara peribadi, aku dedikasikan video ini kepada adik-adik aku, Afiqah, Najihah, Danial, Eman, Darwish, Adam, Nadhirah, Aishah dan Lydia...ehh banyak nya adik2..tiba2 pulak..haha, tak mereka ni adik2 sepupu, sedara + adik kandung sendiri.

Secara umum, saya syorkan semua menonton filem pendek ini, termasuk kamu, untuk kita kenang kembali pengorbanan seorang ibu.

Saya sayang ibu saya..

Selamat menonton...

GANDHI WATAK KEPIMPINAN UTAMA KEMERDEKAAN INDIA

Malam ini, aku tak dapat tidur, tak tahu kenapa..
Kebiasaannya lepas baca buku dan quran, aku boleh tidur..tapi, hari ini rasa lain...
mungkin, aku banyak sangat berfikir tentang masa depan..tentang perkara yang tak pasti..
biasalah, perancangan masa depan itu perlu, dan tawakal itu mesti..

Jadi, malam ini aku tergerak, untuk share sesuatu pada sahabat-sahabat semua, baru baca sedikit mengenai dia tadi. Tentang seorang insan bernama GANDHI...yaa, tokoh kemerdekaan India. Stephen R Covey dalam bukunya the 8th habits highlight tentang tokoh ini..dan dia sangat recommend untuk kita melihat movie GANDHI ini. Kerana ia dapat membantu kita dalam melihat ciri-ciri kepimpinan yang sangat bagus. Aku tertarik dengan Gandhi, entahlah, aku tak pasti, tapi hati kecil aku kata, aku patut kaji mengenai tokoh India ini, kerana, ia ada persamaan dengan tokoh agung kita, Rasulullah s.a.w, dari segi pengorbanan, character, belief dan lain2. memang kita tak boleh samakan Rasulullah s.a.w dengan Gandhi, tapi ada persamaan antara mereka, iaitu PEMIMPIN YANG BERPENGARUH.



Aku rindu Rasulullah, dan aku ingin menjadi insan, yang mempunyai keperibadian dan matlamat seperti Rasulullah.

Baik, akhir kata, I personally strongly recommended that you watch the film GANDHI dan MUHAMMAD.

“Be the change that you wish to see in the world.” 
Mahatma Gandhi

Download Ebook Percuma Sekarang! How To Make Presentation For Beginner

Download Sekarang!
Ebook ini banyak mempertengahkan tips-tips untuk menghasilkan Presentation yang teratur dan tersusun. Ia bagus untuk rujukan pelajar Universiti dan pekerja.

Many people have ideas, a lot of great ideas and belief that people have in mind. But not many know how to deliver their ideas and how to inspire others, to tell everyone that he has a great idea or he belief in something that could change the world and making other people follow what he believe in. This is a practical book, which help you in your presentation. Many Tips and Trick provided for readers to make use of it. With these useful tips and trick in giving speech and presentation, in hope that your skills will be improve, taking your presentation and the way you communicate into the next level. Delivering your ideas and leading other people with what you believe in. Make yourself as a leader.




Sila isi maklumat dibawah untuk mendapatkan E BOOK percuma.. Ebook akan dihantar di Email anda.

Name:
Email Address:
Occupation
Age

This form powered by Freedback

Masjid China di Seremban? pergh!


Macam tak percaya…ia seperti “pop!” tiba-tiba ada… bila masa pulak ada Masjid China di Seremban? Dah lah aku duduk seremban 2, 30 min ja jarak..macam mana aku tak tahu ni..aishh..nilah..suka sangat duduk Kedah, sampai perkara yang menarik macam ni pun boleh tak tahu… Setahu aku, kat Kelantan ja yang ada Masjid China..hmmm..sangat menakjubkan, aku pasti akan ke sana nanti..alhamdulillah, Seremban, mudah2han, ia menunjukkan komuniti Islam di Seremban semakin kuat..

"Masjid Al Saadah" itulah namanya..

jom tengok gambar2 di sekitar masjid ini, di link bawah ni..

Kegagalan Sistem Pembelajaran


Sistem pembelajaran yang hanya menumpukankan pendidikan teori dalam kelas ternyata gagal mengeluarkan graduan dari bebadan hutang. Mortgage=Hutang sampai ke hari tua..Hutang negara yang kian membimbngkan pada hari ini, cukup menjadi bukti kegagalan sistem kita..

Okay, saya tak nak salah kan siapa2 dalam soal ini...kita ambil skop kita sendiri...bagi pandapat saya secara peribadi. Kita perlu mendedahkan diri kita dengan "ilmu pengurusan keewangan yang betul"
...i mean, yang BETUL. dan secara peribadi juga, saya tak bersetuju jika kita mengambil bank untuk menasihati kita, berkenaan pengurusan keewangan kita.


Belajar Untuk Membuat Silap


Kita tinggal dalam culture dimana kesilapan adalah kematian.. 

apa terjadi kalau aku silap tanya? kalau aku silap jawab soalan? apa terjadi kalau aku silap cakap dalam interview ini? 

kalau kita buat silap, kita sering kali dilabel sebagai orang yang kurang cerdik dan orang yang lemah...

kita diajar untuk takut pada kesilapan..(nampak macam betul tapi, tak berapa betul)..kita takut untuk buat silap sehingga kita jadi pengecut untuk mencuba sesuatu yang baru..

sehingga kita takut untuk mencapai impian kita yang sebenar..takut untuk menceburi bidang business..takut untuk mencabar diri...sehinggakan kita play safe, dan buat ala ala saja...

aku nak makan gaji je lah..janji stabil (ye ke stabil)...eloklah aku kerja bawah orang dari aku ambik resiko buat business..bahaya2

apabila kita membuat silap, kita pasti belajar sesuatu yang baru..dari situlah kita tingkatkan diri kita.. jangan takut untuk buat silap...tapi takut untuk menyesal di kemudian hari..

kesilapan kita adalah resepi kejayaan kita...

Antara Si Kaya dan Si Miskin


Video ini sangat memberi semangat pada aku...untuk aku meneruskan impian aku..ia seakan akan mengajak aku untuk membuat sesuatu pada yang memerlu...

apa impian aku?

haaa...menjadi Orang Kaya Bertaqwa dan pembantu pada masyarakat...

aku pasti BERJAYA...dan aku kena percaya..

cuba tengok video ini..apa yang kamu boleh rasa?

RM100 untuk 1 Jam

SON: "Daddy, may I ask you a question?"
DAD: "Yeah sure, what is it?"
SON: "Daddy, how much do you make an hour?"
DAD: "That's none of your business. Why do you ask such a thing?"
SON: "I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?"
DAD: "If you must know, I make $100 an hour."
SON: "Oh! (With his head down).
SON: "Daddy, may I please borrow $50?"
The father was furious.
DAD: "If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I work hard everyday for such this childish behavior."

The little boy quietly went to his room and shut the door.
The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?
After about an hour or so, the man had calmed down, and started to think:
Maybe there was something he really needed to buy with that $ 50 and he really didn't ask for money very often. The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

DAD: "Are you asleep, son?"

SON: "No daddy, I'm awake".
DAD: "I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier. It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $50 you asked for."

The little boy sat straight up, smiling.
SON: "Oh, thank you daddy!"
Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills. The man saw that the boy already had money, started to get angry again. The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

DAD: "Why do you want more money if you already have some?"

SON: "Because I didn't have enough, but now I do.

"Daddy, I have $100 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you."
The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness. It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $100 worth of your time with someone you love? If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family and friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family.

Some things are more important.



Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia