-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Buddies..

Dari kiri Mizi, Acap, Che Mat, Aku, Oze, Raimi (Belakang), Bob dan Dayat..

kelas terakhir kami di UiTM Kedah insyaallah.

Hasbullah + ...


Hasbullah - 

Tahun 2006, Sekolah Menengah kebangsaan Seremban 2

Disekolah itu aku mengenali dia...

"assalammualaikum, korang selalu ikut jalan ini ya tuk balik rumah" tanya seorang mamat ni 

"waalaikumsalam..." kami menjawab

"yaa, kami memang selalu ikut jalan ini...ohh nama saya..." 

aku dan Ilyas selalu berjalan kaki bersama-sama untuk pulang ke rumah dari sekolah, dan pada hari itu seorang mamat bernama Hasbullah mula memasuki hidup kami..kehadiran dia dalam hidup aku membawa erti, menjadi insan yang mewarnai hidup aku...

"3 sahabat" 

sejak dari itu, aku, Ilyas dan Hasbullah akan sentiasa balik bersama. Bercerita, melawak, membuat kerja gila, semuanya ada dalam kamus hidup kami dulu..

menghiasi pokok berduri dengan sos cili paket....meletakkan sos cili mail box orang... petik buah dari rumah orang...kacau anak dara orang...

aishhhh...nakal sungguh kami ketika itu...biasalah remaja..hormon tak stabil barangkali....

gambar diatas akan aku simpan... Hasbullah dan seorang lagi..hmmm..aku belum mengenali wanita itu lagi, mungkin satu hari nanti, apabila Hasbullah mula buka cerita.. dan aku mendokan mereka bahagia..benar-benar bahagia..di dunia dan akhirat

Sesungguhnya ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Tidakkah UTUSAN mengerti?


MELAMPAU - baca tajuk saja cukup membuat aku meluat. Tidakkah UTUSAN mengerti perjuangan di Syria? Menggambarkan seolah olah pejuang Islam di syria sebagai pengganas dan pesalah, wahal mereka sedang berjuang untuk membebaskan umat Islam dari regim Basyar assad, yang merupakan pemikiran syiah.

Kembara Melihat Dunia


kepelbagaian bangsa menambah warna kehidupan. Penting sangatkah si kecil ini mesti orang melayu? atau bang itu, bangsa ini. Sesama sekali tidak, ALLAH tidak memandang pada bangsa seseorang itu. Yang membezakan seseorang dengan yang lainnya ialah taqwa.

melihat gambar si kecil ini, membuatkan aku nak mengembara di tanah air yang lain, di Ireland sperti menarik, ataupun di monggolia? haha.. bagi aku, mengembara itu perlu, bagi mengenal erti kehidupan, bagi  mengenal erti kemanisan kepelbagaian manusia. 

banyak perkara hebat diluar sana, dan aku tidak mahu terlepas dari menikmati keindahannya..aku perlu melihat DUNIA..

"Yaa ALLAH, Izinkan aku mengembara"

Hujan, Basahilah Bumi

DOA UNTUK MINTA HUJAN 

- اَللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ.

“Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.”

- اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا.
“Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami,” 

-
اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ.
“Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah rahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus.”


Kepulangan Dengan Erti


jap, kenapa dengan mata aku tu?

haha, kepenatan masa tu, baru saja sampai di Petani River dari Kuala Lumpur.

saat perpisahan 3 sahabat, 3 naqib, 3 pendakwah, 3 mahasiswa Islam...

hurmmm..pertemuan kami di UiTM Merbok sangat memberi makna, banyak yang kami lalui bersama, suka dan duka bersama. bertemu di dalam satu persatuan Islam, dan bersama kami menggerakkan persatuan tersebut. sungguh bermakna pengalaman itu.

ketika ini, aku dan Syazwan mengiringi Mahadhir ke stesen bas, sudah tiba masanya bagi Maha untuk berangkat pulang ke Sabah.

adanya Mat Sabah tu dalam hidup aku, ternyata membuat hati ku hendak ke Sabah satu hari nanti, aku yakin, banyak perkara yang boleh aku pelajari di sana, dengan izin ALLAH..


Mahadhir, kami merindui mu

Anak Muda, Zharif dan Amin


Zharif dan Amin, anak muda yang kian membesar. Mereka ni merupakan jiran tetangga aku di Lembah Bujang, Kedah. Anak muda yang kian membesar perlu disajikan dengan ilmu yang sahih, aku benar-benar berharap dapat meluangkan banyak masa dengan mereka dan berkongsi ilmu dan cerita. Aku minat mengajar, dan aku harap aku juga dapat tersenarai menjadi guru-guru mereka yang dapat mencorak kejayaan dunia dan akhiran mereka.


masa akan ku cari untuk berbakti, sementara hidup ada lagi

Si Kecil Ana


"adik kecil ni apanya apa?"

"Rayhana.." suaranya kecil

apa? tak berapa dengar

"RAYHANA!"

haha kuatnya, okay-okay, Rahyana..nak panggil apa?

"Ana"


Si Kecil Ana, comel budaknya, suka datang kelas tambahan yang kami anjurkan, walaupun umurnya baru saja 6 tahun. belajar menulis, belajar membaca, belajar mewarna ternyata menyeronokkan dia, dan sudah tentu dengan kehadiran kawan-kawannya yang lain memeriahkan suasana pelbelajaran. sama-sama kita doakannya agar Ana menjadi anak yang soleh dan hamba yang bertaqwa.

Kepelbagaian Kepimpinan

Kepelbagaian Kepimpinan

Kepelbagaian Kepimpinan: Cari Titik Persamaan Bukan Titik Perbezaan

“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah”
(Al Anbiyaa’ ayat 73)

Pemimpin yang tidak suka pada “kepelbagaian”, sebenarnya mereka kurang yakin pada diri sendiri. Kepelbagaian yang dimaksudkan ialah kepelbagaian dari sudut skill, pandangan, idea dan cara pendekatan. Pemimpin seperti ini merasa tidak selesa dengan orang-orang yang lain dari dia. Pemimpin seperti ini merasakan diri mereka saja yang betul, sehinggakan, mereka merasa tergugat dengan kepelbagaian kepimpinan orang lain, dan mula menyekat pandangan orang lain, idea, cara pendekatan dan lain-lain lagi. sedar ataupun tidak, ini yang berlaku pada dunia hari ini. Ini merupakan masalah yang timbul dalam organisasi persatuan, organisasi kerjaaan atau mana-mana organisasi dimana ada ketua dan dimana ada pengikut. Fenomena seperti ini hanya akan menyekat productivity modal insan dan organisasi sahaja.

"cara aku adalah yang paling betul, ikut aku"
"aku tak setuju dengan cara kamu tu, ikut cara aku, aku orang lama"
"kita kena buat macam ini, tak boleh buat macam itu, ikut cara aku"

Apa yang pemimpin seperti ini mahukan ialah, mereka hendak orang lain ikut cara mereka, fikir macam mereka, ikut idea mereka, ikut pendekatan mereka, seolah-olah mereka merupakan contoh yang terbaik. dan kalau boleh, pemimpin seperti ini tidak mahu orang lain mengatasi diri mereka. Itu yan g membuatkan diri mereka goyah, resah dan rasa tidak selesa.

Ini kerap berlaku dalam organisasi. Persoalannya, daripada mewujudkan perasaan tak puas hati dan mewujudkan situasi kerja yang rijid, kenapa tidak menggunakan sebaik baiknya pandangan orang lain, pendekatan orang lain, kepelbagaian skills orang lain untuk mencapai matlamat organisasi? kenapa tidak begitu?

“I can do what you can’t do and you can do what I can’t do. Together we can do great things.” ~ Mother Teresa

Wehdatul fikri, wehdatul amal dalam aplikasi gerak kerja

ia membawa maksud "Kesatuan kefahaman dan kesatuan gerak kerja:, ia amat perlu diterapkan dalam organisasi. ia akan mewujudkan sebuah organisasi/team yang hebat dalam gerak kerja, dimana terdapat kepelbagaian dalam team tersebut, dan mereka boleh buat kerja bersama-sama dalam mencapai matlamat organisasi.

Pengalaman cukup mengajar saya tentang ini, bahawa dengan hanya seorang diri, matlamat organisasi tidak mampu dan tidak akan tercapai. Lebih besar matlamat sesebuah organisasi itu, maka lebih banyaklah kepelbagaian yang diperlukan. Dalam pembentukan sebuah organisasi yang baik, kita memerlukan seseorang yang dapat menapung kekurang seseorang yang lain, dan dapat saling menguatkan antara satu sama lain. kepelbagaian perlu disalurkan dengan kaedah yang betul, bukan disekat dan dibuang.

sebagai analogi; macam mana nak buat nasi ayam? apa yang perlu ada?


Rajah diatas menunjukkan perkara-perkara yang perlu ada untuk membuat nasi ayam. cuba kita bayangkan orang jual pada kita nasi ayam tanpa ayam, apa yang kita rasa? atau makan nasi ayam tanpa sos atau nasi ayam itu tidak mempunyai rempah.? tentu sahaja kita merasa  kekurangan pada nasi ayam itu dan mula merasa tak puas hati. Dalam konsep wehdatul fikri dan wehdatul amal, ia membawa kepada matlamat membuat nasi ayam itu memerlukan gerak kerja yang pelbagai, dari sudut peranan, tugas, skill, idea dan lain-lain dalam membuat nasi ayam.


jika di dalam konteks organisasi pula, penerapan konsep wehdatul fikri dan wehdatul amal ini membawa kepada, hendak mencapai matlamat organisasi dengan kepelbagaian skills, pendapat, idea, cara pendekatan dan lain-lain. seperti bermain catur, setiap buah catur itu ada peranan masing-masing.

pemimpin-pemimpin di peringkat atasan, pertengahan dan bawahan perlu;
1.    perlu ada kepatuhan kepada ketua tertinggi
2.   Bersikap terbuka pada cadangan orang lain
3.   Mampu menerima kritikan dari orang lain
4.   Menerima kelebihan dan kelemahan rakan. (menerima seseorang itu)
5.   Memahami matlamat organisasi jangka masa pendek dan panjang
dan pelbagai perkara lain.

berikut saya senaraikan 10 Gaya Kepimpinan yang diperlukan dalam sebuah organisasi/ team berkempimpinan (John C Maxwell):

Visionary/ bermatlamat
Ini merupakan satu ciri kepimpinan yang mampu memberi inspirasi pada orang lain. Kepimpinan seperti ini mampu melihat kehadapan, mampu melihat opportunity dan threat dengan cepat berbanding orang lain. Kepimpinan seperti ini mampu berimaginasi besar.

2) Directional
Pemimpin seperti ini memimpin orang lain untuk sampai matlamat organisasi. Memahasi hala tuju organisasi. Mereka akan memastikan bahawa orang-orang lain berada pada landasan yang betul.
John F. Kennedy said, “Efforts and courage are not enough without purpose and direction.”

3) Strategic
Pemimpin seperti ini mampu menilai keadaan semasa dan mereka mampu mengumpulkan resources (cth. wang, tenaga kerja) yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Pemimpin seperti ini mampu memahami process setiap sesuatu.

4) Managing
Pemimpin seperti ini tahu bagaimana untuk menguruskan kerja mereka. Mereka mana yang penting dan mana yang kurang penting, dan mereka juga tahu delegasi tugas pada orang yang sesuai.

5) Motivational
Pemimpin seperti ini melihat bahawa manusia mempunyai nilai yang tinggi dalam organisasi. Mereka memotivasikan orang-orang lain, dan mereka mampu menjadi contoh yang baik, untuk orang lain ikut sekali. Pemimpin seperti ini kenal kekuatan ahli-ahlinya, dan mereka mampu merangsang semangat ahli-ahlinya untuk mencapai matlamat organisasi.

6) Shepherding
Pemimpin seperti ini sangat mengambil berat tentang ahli-ahlinya. Mudah didekati dan bercakap, dan mereka mampu memahami orang lain. Mereka ini memimpin dengan hati yang baik, dan mempunyai attitude yang mengangkat rasa hormat orang lain pada diri mereka.

7) Team – building
Pemimpin seperti ini mempunyai skill untuk melihat kelebihan dan kekurangan orang lain, dan mereka mampu mewujudkan sebuah team yang menguatkan antara satu sama lain. Mempunyai hubungan yang erat dalam pasukan, kurang ego dan senang menghargai percapaian orang lain.

8) Entrepreneur
Pemimpin seperti ini melihat risiko sebagai peluang. Mereka melihat possibility adalah lebih baik daripada security. Mereka tidak takut untuk gagal, dan mereka mampu bangun balik bila terjatuh.

9) Reengineering
Kepimpinan seperti ini suka menyelesaikan masalah. Mereka sering hendak memperbaiki kekurangan diri sendiri, orang lain, dan organisasi.

10) Bridge-building
Bridge-builders merupakan negotiators yang hebat. Mereka bekerja dengan baik bersama orang lain dan mereka mempunyai banyak kenalan ataupun network. Mereka tidak melihat bertolak ansur itu satu perkara yang lemah, sebaliknya mereka menganggap ia sebagai satu perkara yang perlu untuk lebih effektifkan kerja berpasukan.

10 gaya kepimpinan diatas merupakan gaya yang biasa kita lihat dalam organisasi. cuba kita lihat kembali pemimpin-pemimpin dalam organisasi kita. Ada yang ada pada diri kita, dan ada yang ada pada orang lain. Gaya-gaya ataupun nilai-nilai kepimpinan terbut perlu untuk menjadikan organisasi kita hebat.

Cari titik persefahaman, bukan titik perbezaan

Aplikasi konsep KAIZEN dalam organisasi;
1.    Pilih 2 gaya kepimpinan diatas yang sesuai dengan diri anda.
2.   Minta sahabat kita untuk beri 2 gaya kepimpinan untuk diri kita. Adakah sama seperti yang kita pilih?
3.   Senaraikan rakan-rakan kita bersama gaya kepimpinan mereka. Setelah itu, cari gaya atau nilai kepimpinan yang kurang dalam organisasi/team tersebut.
4.   Cari rakan yang dapat membantu melengkapkan team kita.



Art of Leadership: Making Our Speech & Presentation Influential





Ebook "The Art of Leadership: Making Our Speech and Presentation Influential" adalah merupakan sebuah ebook yang memberikan "Panduan & Tips di dalam berkomunikasi dan membina pengaruh sebagai seorang pemimpin".


Komunikasi Hebat & Efektif adalah penting untuk menguasai situasi dan membina pengaruh dalam organisasi. Menjadi tugas pemimpin untuk memperkemaskan diri dan mula membina pengaruh.. semuanya ada dikupaskan di dalam ebook ini.
Be a leader..

Speaking Is Not Just a Speech
It is HOW TO MOTIVATE, HOW TO INSPIRE and HOW TO LEAD BOOK.
When a “GREAT COMMUNICATOR” spoke, people did not sit on their hands. He MOTIVATED, HE INSPIRED and HE LEAD.
This is what we call “THE LANGUAGE OF LEADERSHIP”
The difference between BOSS and LEADERSHIP is COMMUNICATION.
The Art of COMMUNICATION IS the LANGUAGE OF LEADERSHIP.
Speech is an art where you inspire people.

Fear Is A Friend
“Greatest Speaker in History Fainted out of Fear in One of His First Speech”
If your knees shake a bit when you get up to talk, it is normal. Welcome to the club. The biggest club in the world.
There are three greatest FEAR in human nature;
1)    Dying
2)   Cancer
3)   Speaking in front of an audience

The FIRST rank was SPEAKING IN FRONT AN AUDIENCE.
You might still get NERVOUS, even with 60 years of experience in giving speech and presentation.
Fear is for incentive to us, for us to PRACTICE and PREPARE our self. Fear is telling you to get in GEAR UP.

“A Speech or Talk Is Not an Article or Report To Be Read Aloud, A speech or talk should be the oral projection of your Personality, Experiences and Ideas.”

Extra Tips: EASE-Y Trick
Are you worried about making a short talk or presentation when you have no time to prepare? Relax, use this formula. EASE-Y Trick.
Exemplify
Amplify
Specify
Electrify

Trick #1: EXEMPLIFY- paint a picture. Draw a picture in listener mind of that yuppie buyer, the strench limo, or the housewife shopper.
Come up with a story or scenario, that exemplify a problem.

Trick #2: AMPLIFY- expanding the problem you describe in EXEMPLIFY.

Trick #3: SPECIFY- just state the solution for the problem. Tell the plan or idea.


Trick #4: ELECTRIFY- galvanize your audience into action. Turn on the audience. Make them take action.


Get more speech and presentation tips and trick in the Art of Presentation E book, get it now at. 

 (Make your investment, for only RM 20.00)

Untuk membeli, sila membuat bayaran di;
Nama Bank: Bank Islam

Bank Islam : 02020020530275
Maybank: 155171100081

Nama Pemilik: Mohd Kaizan Bin Nazlan
019 4501495




Name:
Email Address:
Phone No
Occupation
Age
Sum of Payment
Date and Time Payment being made/ No of reference

Put a website form like this on your site.

Proses Universiti dan Matlamatnya

Di UiTM ni, aku dapat kategorikan 3 golongan yang utama, yang biasa aku jumpa lah..
Yang pertama, Budak Otai..
poyo giler diorang ini..jenis-jenis macam ini sentiasa kawal macho, suka buat lawak, dalam kelas, diorang suka duduk belakang sekali, biasalah tu, assignment buat last minit, biasa ar..tapi diorang ni jenis-jenis pandai sebenarnya, pandai in their own way lah..majoritinya orang lelaki lah

yang kedua pulak, Budak yang asyik-asyik fikir pasal study..
pergh..skema giler diorang ni
pakaian ikut sakhsiah rupa diri UiTM, assignment siap on time, study lepas kelas tu biasalah, dapat good mark selalu, tapi bila gagal sekali, perghh, sedih kecewa terlampau lampau..majoritinya orang perempuan lah..

yang ketiganya ialah, Budak masjid
Haa, ni group aku, aku tak mau komen apa-apa haha..

Sebenarnya, ia hanyalah teori mentah yang tidak membawa apa-apa makna pun, sebenarnya yang paling penting bila masuk dalam UiTM ialah, matlamat kita mesti jelas..

Dalam misi, visi, objective UiTM yang panjang lebar tu, yang kita buat tak tahu tu, boleh aku simpulkan, matlamat UiTM ialah menghasilkan SMART Student. Apa itu SMART?
Ini dia;
S – Sahih Fikrah (Islam sebagai ad deen)
M - Multiskill
A – Akademik mantap
R – Rohiyah baik
T – Terlibat aspirasi pembagunan negara
               
Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.

Sekarang, mari kita tengok overview sistem, daripada input, process dan akhirnya output.
Ni contoh;

 
Wohoo…Amacam.. Hebat tak?
Itulah matlamat kita sebenarnya, tak kira kita di bidang mana-mana, asalkan, kita berpegang pada AGAMA  dan kita mempunyai ATTITUDE yang mantap..insyaallah kita akan berjaya..


Inilah yang sebenarnya dikatakan Mukmin Professional, yang mempunyai nilai2  S.M.A.R.T

Board Game Satu Creativity

hmmm...ada perkara baru aku nak buat

Thinking about creating a board game..

yang paling bestnya..ia adalah untuk education and to enhance creative thinking..dan experiment pertama aku  selepas siap benda ini, aku nak bagi adik-adik tuition lembah bujang tu test..

yaa, pasti mencabar..tapi aku yakin...ia pasti menyeronokkan...

ini guideline pertama aku..

http://www.wikihow.com/Make-Your-Own-Board-Game

insyaallah.. pasti boleh..doa-doa kan yaa..


Intipati Dalam Kisah Ashabul Khafi Dalam Konteks Semasa

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
(Riwayat Muslim)

Surah Al Khafi merupakan surah yang dituntut untuk dilazimi seperti surah Yassin, khususnya pada hari jumaat. Kerana surah ini membicarakan perlbagai isu yang kena pada waqie’(keadaan) semasa.

Rasulullah s.a.w telah membicarakan soal kedatangan dajjal dalam satu khutbah, ia telah dirakam dalam sebuah hadith yang panjang. Ulama bersepakat dalam hal ini bahawa surah Al Khafi merupakan pelindung diri dari fitnah dajjal.

Dalam artikel ini saya akan lebih tumpukan pada kisah-kisah dalam surah Al Khafi dan apa intipati dalam kisah-kisah yang telah dirakam dalam Quran, dan di akhirnya saya akan sentuh sedikit mengenai peranan kita dalam menangkisi fitnah dajjal.

ALLAH S.W.T memberi petunjuk ke jalan yang lurus kepada siapa yang dikehendaki-Nya
Berikut saya senaraikan kisah-kisah dalam surah al Khafi beserta ayat-ayatnya.
Kisah Pertama: Ayat 9-26 : Cerita tentang ashabul kahfi
Kisah Kedua: Ayat 32-38-46 (lebih kurang) : Cerita tentang pemilik kebun
Kisah Ketiga: Ayat 60-82 : Cerita Nabi Musa berjumpa dengan Nabi Hidir
Kisah Keempat: Ayat 83-101 : Cerita tentang Zulqarnain dengan yakjuj dan makjuj

Dalam artikel ini, saya berhajat untuk focus dahulu pada kisah Ashabul Khafi, kemudian akan menyambung pada kisah-kisah lain pada artikel lain. Insyaallah
Nilai utama ataupun core value yang perlu dititik beratkan dalam kisah ini ialah berkenaan AQIDAH.

Dalam kisah ini, pemuda-pemuda ini melarikan diri dari suasana yang boleh menggugat aqidah mereka dan dari ancaman raja yang zalim pada zaman itu.

Perlu kita menilai dalam konteks mereka(pemuda-pemuda itu). Mereka sanggup melarikan diri dari kampung halaman mereka dan bersusah payah menyembunyikan diri dalam sebuah gua. Jika kita dalam situasi mereka, adakah kita akan melakukan perkara yang sama? 

Apakah nilai aqidah sebenarnya?
Maha Suci ALLAH, tiada tandingnya nilai Aqidah Islam ini, kerana inilah yang kita bawa untuk berjumpa dengan ALLAH.

Rujuk pada tafsir quran ayat ke 22
Isunya ialah berlaku perselisihan dalam hal-hal furuq, atau dalam kata lain, hal-hal cabang, kerana terdapat banyak pendapat tentang jumlah pemuda itu. Dan ALLAH berkata

“Janganlah engkau berbantah tentang hal mereka….”

Ertinya dalam soal cabang, kita tidak perlu berbalah sehingga menimbulkan perpecahan. Yang perlu kita tekankan ialah soal AQIDAH, ia memang tiada cabang, tetapi dalam usul fiqh terdapat banyak hal-hal furuq(hal-hal cabang). Dan janganlah kita berbantah dalam hal ini. Realiti sekarang, umat Islam tidak bersatu kerana mereka berselilisih dalam soal cabang. Jika anda dalam medan dakwah, anda akan faham tentang perkara apa yang diperselisihkan.

Termasuk juga dalam soal-soal yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, perbalahan dalam perkara-perkara yang bersifat cabang ataupun kurang penting perlu diketepikan. Ini adalah untuk membina kesatuan umat.

Selain dari itu, ada ayat menceritakan bahawa salah seorang pemuda itu keluar dengan membawa wang perak untuk pergi ke kota bagi membeli bekalan.
Persoalannya, kenapa wang perak?
Pandangan peribadi saya, wang perak, emas dan gangsa mempunyai nilai dan sesuai digunakan pada setiap zaman. Dari dulu hingga kini, perak, emas, dan gangsa merupakan pengukur kekayaan.
Jika dilihat dalam konteks semasa, banyak Negara kian jatuh ekonominya akibat dari sistem penggunaan wang yang salah.
(kajian perlu dibuat dengan lebih mendalam dalam soal mata wang sekarang, dan ia memerlukan pakar dalam bidang tersebut)

Dalam ayat lain, ALLAH menekankan
Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu “Aku pasti melakukan itu besok pagi”
Kecuali dengan mengatakan “insyaallah”

ini adalah bab AQIDAH dimana ALLAH menekankan supaya kita menyebut Insyaallah apabila kita menjanjikan sesuatu.

Insyaallah bukan hanya sekadar lafaz, dengan lafaz ini ia membawa kita supaya bergantung sepenuhnya kepada ALLAH selepas berusaha bersungguh sungguh.

Esok, saya akan siapakan assignment Business Marketing saya Insyaallah
[Esok, saya akan siapakan assignment Business Marketing saya] niat dan usaha untuk buat.. [Insyaallah] meletakkan pergantungan kepada ALLAH..

Sebelum kita bertawakal, kita perlu niat dan usaha..
Pertolongan ALLAH pasti datang pada hamba-hambanya yang soleh

saya membincangkan kisah ini kerana terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil, kerana siapa yang tidak mengkaji sejarah, maka mereka akan mengulangi kesilapan yang sama. Saya ingin mengaikan kisah ini dengan konteks semasa, supaya kita dapat mengubah keadaan semasa. Kita perlu mempelajari sesuatu dalam kisah ini, walaupun sikit, kerana ini dapat membantu kita di zaman fitnah dajjal.


Secara kesimpulan dalam kisah ini, saya berpendapat ALLAH menyuruh kita dan mengajak kita bagi memperkuatkan aqidah Islamiyah kita dan mempertahankan walau apa jua sekalipun. Kita perlu faham kalimah tauhid, iaitu “laa ilahaa illaallah”. Seterusnya ALLAH mengajak kepada kesatuan umat dengan tidak bergaduh dalam soal cabang yang telah menimpa masyarakat kita pada masa kini. Selain dari ini ALLAH mengajak kita untuk meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada ALLAH setelah ada niat yang baik dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia