-->

Friday, April 3, 2020

TIGA MESSAGE UTAMA FILEM THE PLATFORM (REVIEW)



“There are three type of person, those who on top, those at the bottom and those who fall”

[ SPOILER ALERT! ]

Bagi saya ‘The Platform’ merupakan sebuah filem yang membawa message yang sangat deep. Agak sukar untuk menghuraikan keseluruhan filem ini sebenarnya, kerana message yang cuba dibawa sangat banyak dan saya sendiri rasa bahawa terdapat banyak lagi message yang mungkin saya dan rakan-rakan lain terlepas.

Sejujurnya filem ini membuatkan saya banyak terdiam berfikir daripada bercakap atau menulis untuk cuba menghuraikan message dalam filem ini. Tapi dalam perkongsian ini saya cuba juga menghuraikan filem ini mengikut kaca mata peribadi saya.

Secara ringkasnya, watak utama dalam filem ini adalah “Goreng”. Dia memasuki sebuah penjara yang dipanggil “The Hole” yang dibina secara vertical ini secara sukarela untuk mendapatkan accredited diploma. Secara keseluruhan penjara ini ada 333 level, dan setiap level ditempatkan dua orang, menjadikan ia 666 orang.

Mengikut pencarian ringkas di google, “666” melambangkan simbol antichrist atau syaitan. Angka 666 juga melambangkan satu sistem manusia yang dipisahkan dari Tuhan dan di bawah pengaruh syaitan.

Okay kita move on,

Ramai yang masuk ke dalam penjara “The Hole” ini kerana ia nampak seolah olah menjajikan sesuatu yang diingini. Orang seperti goreng masuk ke dalam The Platform supaya dia dapat accredited diploma. Selain itu ia memberikannya masa untuk membaca buku dan mungkin berhenti merokok.

Orang seperti Trimagasi pula masuk kerana untuk dapat kelebihan masa hukuman. Dengan masuk ke “The Hole”, dia hanya perlu berada dalam penjara itu selama setahun sahaja. Memandangkan dia dengan tidak sengaja telah membunuh orang.

Miharu pula masuk secara sukarela supaya dia mampu menjadi “Asia Marilyn Maonroe” dan Imoguiri juga masuk secara sukarela kerana ingin mengubati penyakit Kanser nya.

Okay, kita move on lagi

Sistem penjara “The Hole” ini amat aneh daripada penjara biasa. Setiap cell akan dijamu sekali sehari. Sebuah platform yang berisi makanan akan turun dari satu cell ke satu cell, dan setiap cell diberikan masa 2 minit untuk makan.

Makanan mewah 10 bintang dihidang ke atas platform. Kemudian platform yang dipenuhi makanan itu akan turun dari satu tingkat cell kepada satu tingkat cell.

Apabila orang di cell atas habis tempoh makan, platform makanan itu akan turun kepada orang di cell bawah. Habis tempoh 2 minit, platform itu akan turun lagi ke cell seterusnya sehinggalah capai cell paling bawah.

Masalah timbul apabila orang diatas makan lebih penuh kemewahan, orang dibawah akan kurang atau tiada makanan. Menyebabkan mereka lapar dan bertindak luar tabiat manusia.

"Hunger unleashes that madman in us. It's better to eat than be eaten."—Trimagasi

Apabila tiada makanan di cell bawah, 2 kemungkinan akan berlaku. “Bunuh diri atau bunuh orang lain untuk makan (canibal)”

Jadi situasi ketiadaan makanan inilah yang menjadi struggle setiap banduan dalam “the hole”. Dalam struggle inilah kita akan lihat wajah sebenar seseorang itu.

Filem ini menceritakan sebuah realiti kehidupan. Dalam hidup ada mereka yang di atas, ada mereka yang dibawah, dan ada mereka yang jatuh (putus asa). Setiap bulan mereka akan ditukarkan ke level berlainan. Kadang di atas, kadang ditengah dan kadang dibawah. Ia menggambarkan reality kehidupan mananusia ini ibarat sebuah roda.

“Kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang kita dibawah”

Boleh saya katakan ada dua skop besar yang disentuh dalam filem ini. Pertama adalah “manusia” dan kedua adalah “sistem”.

SISTEM
Sistem merupakan sesuatu perkara yang bersifat teratur bagi menjalankan sesuatu. Sistem yang bagus akan memberi kebaikan kepada ramai, manakala sistem yang buruk akan memberi keburukan kepada ramai.

Dalam filem ini jelas menunjukkan sistem yang ada lebih membawa keburukan kepada ramai, terutamanya orang dibawah. Orang atas diberikan kelebihan makanan. Boleh makan seperti raja dan pembesar. Manakala orang yang dibawah perlu memakan sisa orang diatas. Jika makanan itu habis, maka berlaparlah orang dibawah.

Kalau kau dibawah, cara untuk kau survive adalah untuk makan kawan kau (cannibal, manusia makan manusia)

Kau hidup atau mati, kau kenyang atau kau lapar, tiada siapa yang peduli. Itulah sistem yang ada. Itulah symbol 666. Satu sistem yang dipisahkan dari Tuhan dan di bawah pengaruh syaitan.



MANUSIA

Terdapat pelabagai perangai manusia yang dipaparkan dalam filem ini.

Pertama: Manusia yang tamak dan mementingkan diri. Makan gelojoh dan banyak tanpa memikirkan orang bawah. Watak seperti ini dapat dilihat pada hampir setiap individu dalam cell.

Kedua: Manusia yang tidak mahu orang sama level atau lebih darinya. Orang seperti ini dipaparkan ketika Baharat cuba meminta tolong orang di tingkat 5 (Ketika itu Bharat dan Goreng berada di tingkat 6) untuk membantunya memanjat “The Hole” itu. Apa yang Baharat dapat adalah najis yang dijatuhkan pada mukanya.

Ketiga: Kawan makan kawan. Ini yang dipaparkan dalam watak Trimagasi. Dia akan lakukan apa sahaja asalkan dia mampu hidup termasuk membunuh rakan sendiri. Ketika dia dalam kesempitan dia cuba makan goreng supaya dia tidak mati kelaparan.

Keempat: Manusia yang berputus asa. Imoguiri bunuh diri apabila ditempatkan ke cell 202 (boleh dikatakan dari level 100 kebawah adalah level neraka, tiada makanan yang tinggal). Walaupun sebelum ini dia amat optimistic untuk melakukan perubahan. Namun, sudahpun berputus asa, dia tidak mahu kawannya Goreng ikut jejak langkahnya. Dia berikan tubuhnya untuk dijamah jika goreng terdesak kelaparan

Kelima: Manusia yang sanggup berkorban demi orang lain. Ini jelas terpapar dalam watak Miharu yang sangat ambil berat akan anaknya. Miharu sanggup risikokan nyawanya demi anaknya.

Keenam: Manusia yang proaktif. Mereka adalah “change maker”. Ini terpapar dalam watak Goreng dan Baharat yang sanggup risikokan nyawanya untuk memastikan orang-orang dibawahnya dapat makan. Dan mereka sanggup turun ke cell paling akhir untuk sampaikan “message” perubahan.


TIGA MESSAGE UTAMA

Pertama: Untuk mengubah sesuatu sistem yang corrupt. Manusia perlu berani melawan dan mengajak orang lain kepada sebuah perubahan. Pertama perubahan sikap diri sendiri dan kedua adalah perubahan sistem.

Kedua: Manusia boleh berubah dengan kelembutan dan manusia juga boleh berubah dengan kekerasan. Tetapi kelembutan perlulah diutamakan agar orang lain faham isi sebenar perubahan itu.

Ketiga: Tetapi bagaimana untuk mengubah sistem? Bagi saya untuk mengubah sesuatu sistem adalah dengan menghantar message kepada pembuat sistem itu, bahawa sistem sedia ada masalah besar dan perlu ditambah baik atau dibuang.

Nah, Jadi inilah huraian ringkas peribadi saya mengenai filem The Platform. Ia best dan sangat deep. Harap anda sukakannya. Segalanya yang silap atau tersasar fakta, maafkan saya. Oh ya, bagi saya filem ini terlalu ganas dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Kepada yang belum menonton, bolehlah menonton dengan penuh khusyuk. Akhir kata, suka untuk saya quote ayat dari watak utama

"Change never happens spontaneously" - Goreng


Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia