-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Science in Quran


Mashallah...ISLAM dan SCIENCE tidak boleh dipisahkan..kaji lah Quran...sesiapa yang berminat, boleh lah cuba buat calculation itu..

"maka nikmat Tuhanmu yang mana satu yang kamu dustakan?"

Suara Hidayah


Suara ku dengar menyeru kepadaNya,
Suara bergema memuji kebesaranNya,
Suara memujuk kita mendekatiNya,
Suara hidayah mengajak mentaatiNya..


Itulah suara yang ku rindui,
Itulah suara yang ku nantikan,
Itulah suara membawa kebenaran,
Itulah suara datangnya dari Tuhan..



Sambut ia, terimalah, bila datang,
Pada kita, kerna ia, hanya datang,
Pada hamba, yang terpilih,
Tidak akan, kau temui,
Untuk kali, keduanya, takkan dapat,
Engkau cari, bila ia, telah pergi..



Syukurilah dan amalkan,
Sampaikanlah pada siapa pun,
Perjuangan dalam hidupmu,
Moga rahmat Allah bersamamu..



بسم الله الرحمن الرحيم


* aku menangis apabila mendengar lagu ini, sebak di dada...kerana..aku teringat kitika aku mendapat hidayah...sangat manis hidayah itu..tak dapat aku ungkap dengan kata kata...

Hidayah tidak akan datang pada kita, melainkan kita berusaha bersungguh sungguh untuk memperolehinya...

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sebelum kaum itu berjuang keras untuk mengubah nasibnya sendiri” (Surah ar-Raad ayat 11).

suara hidayah merupakan suara yang menyahut kita untuk kita kembali kepada pangkalan jalan
PERCAYALAH PADA ALLAH


23 Petua-Petua Kejayaan Dunia Akhirat, Yang Menjadi Satu Kewajipan



1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.
Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara.


4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).

7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.

10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.

11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.

12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.

13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.

14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita.

15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.

16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.

17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah

20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.

21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.

22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal

23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Felo MANHAL PMRAM
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Rujukan : Kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Islam (Bahagian Kedua)

Aku nak Berdakwah



ETIKA AKTIVIS DAKWAH

Berkhidmat dengan penuh keikhlasan, kecekapan serta berkualiti.

Menguasai medan dan memahami kelompok sasaran dan isu dengan mendalam.

Menggerakkan usaha perubahan dengan hikmah dan ketegasan dengan menggunakan
kepelbagaian mekanisme dakwah (perubahan).

Menggerakkan inisiatif perubahan dengan bersungguh-sungguh tanpa segan silu melakukan pengorbanan.





kalau kita MALU untuk berdakwah...muhasabah balik...tanya pada diri...SIAPAKAH YANG SENTIASA BERSAMA KITA SETIAP MASA...Yang sentiasa beri kekuatan pada kita...yang memberi ilmu kepada kita, rezeki, akal fikiran dan semua di sekeliling kita.??

katakan lah...

ALLAH

Virus Tidak Pedulisme


Tahukah anda tentang isu umat Islam terkini?
tahukah anda tentang..

Gaza di Palestine?
pergolakan di Mesir?
kekejaman yang berlaku di Pattani?
liberalisme yang berlaku di Indonesia?
pergaduhan di China?
Pakistan?
Iran?
Iraq?
di MALAYSIA sendiri?

tahu tak apa yang terjadi di sana?

okay, okay...sedar tak anda tentang gerakan2 untuk menghancurkan umat Islam..

seperti..
gerakan Kristian..
gerakan freemason...
gerakan sister in Islam..
gerakan Syiah..

jika anda tahu, Syabas buat anda, anda memang hebat, jika tidak..start ambil tahu...Internet bukan khas untuk FB dan blogging sahaja..


tak ramai yang ambil peduli tentang isu2 ini..semua leka dengan TV, computer, Academy, FB, kawan, bercinta dan sebagainya..


Umat Islam kita dijangkiti satu VIRUS..iaitu VIRUS TIDAK PEDULISME...
semua sibuk dengan hal sendiri, hal bangsa, hal harta, hal aku betul ko salah, dan hal2 yang kadang2 tak perlu dibesar besarkan...

"aku hal aku, ko hal ko...jangan nak masuk campur hal aku..."


lihat...itu sebabnya AGAMA Islam tak berkembang..kerana tak ramai yang memikirkannya


jika kamu ditanya oleh ALLAH di akhirat kelak..apakah sumbangan kamu terhadap AGAMA AKU?

apa yang kamu nak katakan??


Jika kita tak peduli pasal Islam..ALLAH pula tidak akan peduli tentang kita di akhirat kelak...


mula ambil peduli...mula lah langkah mu menuju JALAN YANG LURUS...

"ini Pena Padi, mengingati buat yang terlupa"

Anda Bijak Jauhi Zina

Tahukah anda?
Pada tahun 2011
· Purata 84 orang anak luar nikah setiap hari
· 7 kelahi
ran setiap 2 jam
· 17,303 anak luar nikah melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh
Negara sepanjang tahun 2009
  • 97 pelajar menengah dan IPT Terengganu ditangkap khalwat dari Jan – Julai 2010
· Kira-kira 4,700 pasangan melakukan zina setiap hari

Al quran sudah jelas sekali mengatakan dan banyak kali sudah orang-orang berilmu ingatkan..”JANGAN HAMPIRI ZINA
Ohh..ustaz..susah lah..
Saya okay ustaz..saya boleh jaga diri saya
Saya tak akan lah buat zina, hanya couple jaa
Saya message ja ustaz..tak selalu jumpa pon
Alah..ustaz..ni lah masanya saya nak bawa dia pada Islam..melalui couple nih..saya nak bimbing dia ustaz..
Ustaz rilek lah Ustaz..parents kami tahu..dan depa izinkan..
Saya nak cop dia awal-awal ustaz..supaya tak diambil orang..

Ini lah seribu alasan yang diberikan oleh mereka supaya boleh memenhi kehendak nafsu mereka melaui couple
Ini nasihat tegas saya
Ambillah lilin, nyalakan ia..kemudian letakkan satu daripada 10 jari kamu di atas lilin yang dibakar tadi..kira berapa saat kamu boleh bertahan dengan kepanasan api yang kecil itu. Jika jari kamu tadi sudah terbakar dan kamu masih boleh bertahan, letakkan jari yang kedua..lihat pula..berapa lama kamu mampu tahan dengan api sekecil itu..
Rasakan sendiri kepanasan api..
Di neraka jahanam, ia beribu ribu kali janda panasnya..banyangkan..setelah seluruh kulit kita dibakar..kulit kita kan di pulihkan kembali..dan akan dibakar semula..hinggalah dosa –dosa kita diampunkan..
“Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit daripada azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), mudah mudahan mereka itu kembali(bertaubat)"
surah Al- Sajdah ayat 21
“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung bagi sesiapa yang mensucikannya(jiwa itu). dan sungguh rugi bagi orang yang mengotorinya”
Surah asy-syams ayat 8-10
Buatlah keputusan yang bijak, dengan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah

Peringatan Buat yang Terlupa : Sumber Rujukan Kita


"Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku."


berikut merupakan antara pengisian khutbah terakhir Nabi MUhammad s.a.w. Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.

Rasulullah telah tegaskan pada kita...supaya kita ikut Al Quran dan As Sunnah...Rasulullah tahu yang zaman ini akan datang..itu sebab Rasulullah cakap macam ini..ALLAH yang bimbing Rasulullah...

sekarang..tengok apa dah jadi??

tengok keadaan sekeliling kita..kita abaikan Al Quran dan As Sunnah, itu sebabnya masalah rasuah, zina, rogol, merompak, gangsterism, membunuh, ajaran sesat ini menjadi jadi...itu sebab Malaikat Jibrail tak dapat beri jaminan pada Rasulullah yang kita dapat masuk syurga..

pastu ada pulak orang yang duk pening2 masalah dadah, anak luar nikah, social, liberal dan lain lain meningkat...padahal dia tak mahu ikut Al Quran dan As Sunnah...macam2 manusia nih..

pertikaian hukum dan apa apa di dalam Al Quran dan As Sunnah adalah soal AKIDAH..jika kita mempersoalkan ia..maknanya kita boleh mempersoalkan Islam kita..

HUKUM ALLAH LEBIH PENTING DARI PENDAPAT MANUSIA...ini kerana, manusia itu lemah..akal manusia lemah..kita kena terima hakikat itu.

ini Pena mengingati buat yang terlupa

Pena Padi: Maafkan Dia





Padi: ko pernah kena marah? kena tipu? kena di permainkan? di caci? di pukul? di khianat?

Pena: pernah!

Padi: Maafkan dia..

Pena: aik??..(awat tiba tiba nih)

Padi: (^.^)...maafkan dia...

Pena: serious ka ni Padi?

Padi: yaa sariuos lah...(^_^)

Pena: kenapa pulak..depa tu teruk ang tau dak...depa teruk..teruk..teruk...depa tipu aku..depa, mempermainkan aku, depa tikam belakang aku...mencuri barang aku...KITA PUN PANAS LAH KAN...

Padi: maaf ja kan dia...habis cerita...

Pena: cakap memang lah senang..hanya hati ni ja yang tau..ang tau apa

Padi: hmm...apa yang Rasullullah lalui lebih teruk dari apa yang ko lalui...rilek lah..ALLAH dan Rasulullah sendiri menyuruh kita maaf memaafi...
PAHALA BESAR OOO...ALLAH akan sayang engkau lebih..tidakkah kasih ALLAH itu yang kita cari..

Maafkan orang supaya ALLAH memaafkan kita...

ko kena faham Pena, bila ko maafkan orang, itu bukan melambangkan ko ni orang yang lemah, orang yang tak pandai...bukan bukan...MEMAAFKAN ORANG MELAMBANGKAN KO ADALAH ORANG YANG MULIA..wah bertapa hebatnya orang yang memaafkan orang ni..betul tak?

Pena: hmmm betul (-_-)'

Padi: aik kenapa ni..

Pena: jap..jap..aku tengah cuba nih..sabaq sat....errrrrrr..hmm...errrrrr
Padi: Pena..ko okay ka?

Pena: JAP...JAP...jap...sikit lagi...

Padi: (O_0)???

Pena: SUDAH!!!!....aku dah maafkan depa semua..hahaha..fuhhh


Padi: hmmm..macam macam ko nih..ingat kan sakit perut tadi..

Pena: hahahaaa...

''Kami Pena & Pani mengingatkan buat yang terlupa"

*********************************************
jadi saya memohon maaf jika saya ada membuat salah terhadap sesiapa, secara sengaja atau tak sengaja..maafin saya ya..dan saya memaafkan sesiapa yang telah berbuat salah pada saya selama ini(jika ada)..

ASSALAMMUALAIKUM...



WAKIL RAKYAT Seremban


Seremban, 17th April 2011, 8 am

fuhh..aku baru saja habis berjalan menghirup angin di sekitar kawasan perumahan aku di Seremban. Best udara pagi begitu menyegarkan dan kawasan perumahan bersih dan teratur. alhamdulillah, akhirnya aku bersenam juga.



ketika berjalan dengan ibu ku tadi, aku terfikir, kenapa tiada semangat kejiranan di tempat aku. masing masing buat hal masing masing. aduh, tak best betul dengan suasana "aku aku, engkau engkau"...tak meriah langsung suasana di kawasan ni. tak tahulah kalau di tempat lain, dan aku rasa hampir 80% kawasan perumahan di Malaysia tidak mempunyai semangat kejiranan. jika di kampung lain lah..depa adik beradik. senang lah

aku tertanya, kenapa jadi begini???

ini situasi bahaya oo...bahaya bangat dong..

aku kena ubah situasi...

(untuk ubah orang lain, aku kena ubah diri aku...)

YES!

jadi mula lah sifat aku sebagai wakil rakyat..haha

macam ini caranya..apa yang aku buat tadi..

bila tersempak dengan mana mana orang, aku cakap..

kepada orang Islam aku cakap...ASSALAMMUALAIKUM...

kepada orang bukan Islam aku cakap GOOD MORNING..

dan SENYUM


hmmmm....bukan senyum macam ini kot...

hmm..macam ini rasanya tadi


haaaaahaaa..
terasa macam WAKIL RAKYAT PULAK di kawasan ini..haha
aku happy dan mereka pun nampak happy..lama lama meriah lah sikit kawasan ini dengan suasana sapa menyapa..inshallah

moga2 aku dapat mengubah diri aku lantas mengubah orang lain ke jalan yang lebih baik..inshallah

"ALLAH tidak melihat pada hasilnya, tetapi ALLAH melihat pada USAHA seseorang itu.."

"ini Pena mengingati buat yang terlupa"

Peringatan Buat yang Terlupa


(Play this video)

kebanyakan kita fikir bahawa kita dah cukup baik..cukup baik kerana tidak melakukan zina, rogol, merompak, membunuh , menyihir dan dosa-dosa besar yang lain..

tapi sedar atau tidak..kita sering kali terlupa tentang dosa-dosa lain seperti...mengumpat orang lain, bercakap bohong, membuang sampah merata rata, tidak mengambil peduli tentang umat Islam, bercouple , tak menutup aurat, sombong dan lain-lain lagi...ini lah yang sering kali kita terlupa...IA JUGA ADALAH DOSA....

tahu akibatnya...??


ambik jari anda dah letakkan atas lilin yang menyala...kira berapa saat yang anda mampu tahan dengan api sekecil itu...

ini baru api kecil di dunia..belum lagi di akhirat atau lebih specific lagi NERAKA



pilihlah keputusan yang betul..anda mampu mengubahnya

ALLAH mengilhamkan jalan kefasikan dan ketakwaan. Beruntunglah bagi siapa yang mensucikannya. dan rugilah bagi siapanya mengotorinya

JOM BACA "Apa ertinya saya menganut Islam??"

jom baca kitab ini...setiap dari kita kena faham apa itu Islam sebenarnya. Ia merupakan kitab yang dijadikan banyak sumber rujukan dalam Usrah, perbahasan dan banyak lagi.

Manusia Robot



manusia zaman sekarang ibarat sebuah robot...aku mengaku..aku juga seperti robot..aku harap aku tak mengulanginya...

apa tindakan kita selepas ini..??

apa kata kita mula dengan lafaz.. bismilla hirrahma nirrahim

aku cadangkan kita

1) tutup TV
2) kurangkan gelak ketawa
3) baca al Quran
4) banyak muhasabah diri
5) dampingi orang2 soleh

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia