-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG #8



REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG

Budak kelas belakang langkahnya panjang. Dengar saja tajuk ini pun sudah menangkap. Helaian yang diselak sehelai-demi–sehelai buatkan saya tertanya-tanya. Penulis Kaizan ini budak kelas belakang di sekolah mana dahulu?

Tulisannya di dalam buku BKB ini secara keseluruhan nampak matang; tetapi jika diteliti lebih lagi identitinya sebagai seorang penulis masih lagi dibayangi oleh perkataan-perkataan yang mungkin “dicilok-ditapis-direneh” dan ini dia Budak Kelas Belakang. Tidak dikatakan tulisannya tidak asli kerana tiada penulis di dalam dunia ini lahir-lahir terus mendapat inspirasi. 



Penggayaan buku ini yang meletakkan visual Gag dan juga beberapa iklan satira, buatkan buku ini tidak bosan untuk dibaca. Mungkin akan mengambil sedikit masa, tetapi jika ditelaah dengan tekun, pasti akan beroleh sesuatu manfaat. Namanya saja Budak Kelas Belakang tetapi, langkahnya yang meneroka ke sungai-sungai usahawan, perniagaan, kewangan, pendidikan dan juga keagamaan yang akan membuatkan kita melangkah lebih panjang walaupun mungkin akan basah sepanjang perjalanan.

Basah dibanjiri ilmu dan bait-bait kata sepanjang berjalan adalah satu perkara yang indah jika dapat kita alami dan selami dengan lubuk hati ‘deep’. Dan insyaallah jika kita mencari dan pencari seperti yang ada di dalam BUKU budak kelas belakang langkahnya panjang inilah yang menjadikan basah itu, basahnya yang kita nanti seperti hujan rahmat yang tak pernah berhenti.

Jemput. 

Pengulas 2 Ramadhan,
Fardi Soja

REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG #7

REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG

By SHAHIDA DZULKAFLI

Assalamualaikum..
hye semua..

Yeah!! berjaya habiskan..
Buku dengan tajuk yang unik..

Budak Kelas Belakang Langkahnya Panjang oleh Kaizan Nazlan..
#budakkelasbelakang

Macam-macam yang boleh anda dapat dalam.. 
Kisah ibu bapa yang menentukan cita-cita anak.. 
Sistem pendidikan yang berkasta.. 
Bebanan hutang yang tak patut dibuat.. 
Pesanan buat graduan.. Dan macam-macam lagi..
Lapangkan dada, ringankan tangan untuk membeli kerana anda pasti takkan rugi..

Sha baca pada 19.05.2017 dan tamat pada 24.05.2017.. 
Lamakan.. Sebab Sha menekuni setiap patah perkataannya..

5 TIPS PADU BERJIMAT CERMAT DI BULAN RAMADHAN

Selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah dari Tuhan. Moga Ramadhan kita pada tahun ini dapat kita hayati dengan penuh makna.

Baik, untuk entri minggu ini saya ingin menyentuh mengenai "5 Tips Padu Berjimat Cermat Di Bulan Ramadhan" yang boleh kita aplikasikan sepanjang bulan Ramadhan.

Tips ini khusus buat mereka yang ingin berjimat untuk kumpul duit untuk suatu hajat besar selepas bulan Ramadhan. Mungkin ada yang ingin mengumpul duit untuk kahwin, untuk beli kereta, untuk buat rumah dan sebagainya. Jadi Tips-tips ini boleh membantu anda.

TIPS-TIPS PADU 


1) KUATKAN NIAT (SEBAB)
Kalau anda tiada niat atau sebab yang kuat untuk menyimpan dan berjimat. Percayalah bahawa peratusan untuk anda membazir adalah 99.99%. Jadi tulis niat anda di atas kertas dan tampal dalam bilik anda. Ia akan membantu anda untuk mengingati "BIG WHY" kenapa anda perlu berjimat dan menyimpan. Percayalah, apabila lagi kuat niat kita, maka lagi kuat kesungguhan kita untuk berjimat dan menyimpan.

2) TETAPKAN BUDGET HARIAN
Jangan bawa beg duit, lagi-lagi lah kalau dalam beg duit anda itu banyak duit. Cadangan saya, hanya bawa sampul duit raya dan isikan bugdet belanja anda. Untuk saya sendiri, saya peruntukkan dalam RM10 sahaja sehari. Dengan RM10 itulah pandai-pandai saya lah nak hidup di perperangan besar "Bazaar Ramadhan"


3) SOKONGAN PADU!
Kita perlukan bantuan sokongan Ultra Malaya. Eh ingat pasukan Harimau Malaya sahaja perlukan Ultra Malaya untuk datang support? Kita pun perlukan. Bila kita nak menyimpan dan berjimat ini pun kita perlukan sokongan padu daripada rakan-rakan dan keluarga. Terutamanya isteri. 

4) MAKAN FREE
Nak makan free? pergilah ke masjid. Berbuka puasa di Masjid-Masjid berdekatan dapat menjimatkan banyak duit anda. Saya sendiri semasa zaman belajar, apabila tiada duit, saya dan kawan-kawan saya akan menyerbu Masjid-Masjid. Mudahan-mudahan selepas anda selalu makan free di masjid, semakin mudahlah untuk anda sering kunjung ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Jangan tunggu hari jumaat sahaja.


5) BERJUANG DI DAPUR
Masak Sahaja Lah! Kalau anda masih single, google sahaja resepi-resepi dapur bujang. Senang dan bahan-bahannya murah. Jika sudah berumah tangga, tolong lah bini anda masak. Jangan nak tido jer lepas balik kerja/kuliah tu.

Alhamdulillah. Berikut adalah  "5 Tips Padu Berjimat Cermat Di Bulan Ramadhan", moga ia bermanfaat. Baik sekarang apa pula tips daripada anda? jika ada yang saya tidak sebut, sudi-sudilah share di ruangan komen di bawah.

Opss, sebelum saya lupa. Jimat ini hanyalah pada makanan dan pakaian, tapi dalam bab infaq harta bagilah semampu anda di bulan mulia ini. Lagi banyak lagi bagus. 

"Kurangkan juadah, lebihkan sedekah" 

Sekian, saya suka

Kaizan Nazlan
Penjimat Tegar Di Bulan Ramadhan
  

REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG #6

REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG

Budak Kelas Belakang .

Sejujurnya saat memilih untuk mengorbankan RM20 (saya beli waktu promosi) untuk mendapatkan buku ini ialah kerana tertarik dengan tajuk buku yang WOW !

Jarang kan orang nak cerita pasal orang gagal, kalau ada pun mungkin banyak yang negatif (secara umumnya pandangan masyarakat kepada budak kelas belakang adalah budak tak da masa depan) . Sadis !

Gaya penceritaan yang santai dan bersahaja membuatkan saya tak henti membuka helai demi helai tanpa rasa bosan. Sebuah buku yang tidak memerlukan anda untuk memerah otak untuk memahami isi kandungan dan nasihat nasihat serta pandangan penulis mengenai pengurusan wang, sistem pendidikan, sepak terajang dunia perniagaan serta sarat dengan pengalaman kejayaan insan-insan hebat yang mencipta nama setelah melalui keperitan hidup dan pelbagai lagi kisah-kisah yang mampu mengubah persepsi pembaca.

Insha Allah .

Saat menelaah helaian demi helaian seolah-olah saya sedang berhadapan dengan penulis sambil berkongsi cerita , adakala saya tersenyum sendiri, adakala saya seperti tersedar sesuatu yang membuatkan saya berfikir panjang.

Tiada tajuk khusus untuk saya ulaskan disini kerana setiap tajuk mempunyai mesej yang tersendiri. (Sebenarnya tamat baca satu tajuk,saya rasa ini lah tajuk paling best, paling win. Kejadian ini berulang ulang sampai habis baca sebuah buku, banyak sangat cerita yang saya rasakan sangat menarik. Akhirnya saya "pasrah" . Hahaha)

Lontaran nasihat serta pengalaman penulis memberikan satu inspirasi untuk saya . Tidak keterlaluan saya katakan buku ini mampu membuka minda masyarakat melalui keberanian penulis yang berpandangan jauh. Pada pandangan saya, penulis sedang memperjuangkan "pemikiran masyarakat kelas pertama" untuk jangka masa akan datang.

Pesan beliau pada muka surat 29 "Untuk meningkatkan diri. Fokus apa yang boleh dibuat, bukan fokus apa yang tidak boleh dibuat." (Budak Kelas Belakang;2017)

Anda pelajar ? Usahawan ? Guru ? Budak kelas belakang ? atau Individu yang inginkan bekalan motivasi. Saya sarankan miliki buku ini dengan segera .

Hubungi penulis untuk tempahan ,Tuan Kaizan Nazlan. Tahniah dan Terima Kasih kerana berjaya menghasilkan #budakkelasbelakang yang hebat.

Saya Suka ;)


-Aini Ahmad-

" tidak mengapa jika jalanmu ada sedikit kepahitan asalkan destinasimu nanti sebuah Kejayaan !"

*opss, mata sepet ambil gambar tengah panas. Yang penting nak tunjuk ini sekolah hakak dulu .


 :*

REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG #5

REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG

Sangat Bermakna Buku ini. 

Memecah benteng keselesaan seseorang yang sedang berada di zon selesa. Macam siaran astro. Macam-macam cerita dok ada. It's good to have it. Baca dan hadam. Baik2. Tak faham. Ulang lagi. 

Antara sebab kami Suka baca buku. Sebab kalau part best ataupun tak faham. Boleh di ulang-ulang.😂 **** Dalam Perjalanan ini kita mempunyai 2 pilihan sama ada untuk terus melangkah ke depan atau undur ke belakang kekal dalam keselesaan. Terpulang. Pilihan ada di tangan.😊 

All wealth belongs to Allah, and we are only those who are entrusted (by God) to take of them. There were several reasons that prompted me to distribute the wealth and that resulted in performing this virtue. Most important among them is to foster brotherhood and love among my children and safeguard their harmonious relationship. This is more significant that any wealth in this life. 

#sulaimanalrajhi 
#kaizannazlan 
#budakkelasbelakang 
#macam2ada


REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG #1



REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG

BUKU BARU!!!

Sudah lama saya mencari buku orang gagal kerana bosan membaca kisah-kisah orang menang sahaja. Kaya, cerdik, popular & so on. Bosan betul baca kisah-kisah begitu! Akhirnya, saya temui juga! Budak Kelas Belakang nama buku baru saya ini.

Pengisian buku ini bukanlah mengajar pembaca menjadi gagal, tetapi membawa pembaca bangun dari kegagalan. Menjadi golongan 'Budak Kelas Belakang' bukanlah suratan takdir, tapi siratan takdir. Yang tersirat itu lebih hebat dari yang tersurat!
Tahniah kepada penulis, Kaizan Nazlan! Buku ini memberi sinar baru kepada saya. Terima kasih! Saya cadangkan untuk teman-teman FB saya milliki buku ini juga. Jadikan sebagai gula-gula jiwa. Nak order, boleh contact terus penulisnya ya. :)

#budakkelasbelakang


REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG #2

REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG

Nak tahu kenapa sesetengah pelajar duduk kelas di belakang? Bagaimana hendak menyelesaikan masalah pelajar-pelajar sekolah? Apa peranan masyarakat untuk membendung gejala tidak sihat selain hanya menderma?

Jadi, buku "Budak Kelas Belakang" ada jawapannya. Ia lebih kepada motivasi untuk semua. Walau bukunya bertajuk budak kelas belakang, bukan khusus untuk pelajar-pelajar atau bekas pelajar-pelajar budak kelas belakang ketika di sekolah, ia sangat memujuk dan memesan kepada semua lapisan masyarakat semua berhati-hati dalam berbelanja, tidak terlalu pemurah untuk bersedekah, tidak mengambil agama sebagai 'tunggangan', dan saling membantu.

Ia bukan novel, malah banyak pengajaran daripadanya yang pasti akan membuatkan anda tersedar kepentingan hidup bermasyarakat supaya tidak ada lagi sikap endah tak endah dan memandang hina terhadap golongan marhaen, apatah lagi mereka yang bermasalah sosial.

Saya sudah baca. Best! Santai-santai je tak perlu pening kepala. Anda bila lagi? Dapatkannya sekarang. Terbaik saudara pena Tuan Kaizan Nazlan.

#budakkelasbelakang




REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG #3

REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG

Bismillah.
.
Buku kedua Tuan Kaizan Nazlan, kenalan FB iols. Tahniah atas kelahiran buku kedua ini. Semoga aset ini dapat memberi suntikan 💪💪 buat para pembaca dan juga menjadi aset berharga di akhirat nanti.
.
Komen iolss, syabas. Hahaha. Banyak cerita2 indah dan terkejut mengejut yang ada dalam buku ini, selain dari kisah peribadi penulis. Kalau buku pertama beliau, Tuan Kaizan ada cerita detik2 indah berniaga buah di gerai kecil depan rumah arwah neneknya. Tetapi dalam buku ini, penulis berkongsi cabaran kisah hidupnya. Jujurnya, selama menjadi kenalan FB dan juga follow aktiviti charity work beliau, iolss tidak pernah sangka Tuan Kaizan menghadapi kisah hidup begitu. Allahu....
.
Ada banyak lagi celotehnya, tapi iolss letak dalam blog peribadi. 😊.
.
.
Semoga Allah memberkati segala usaha Tuan Kaizan dan team dalam menyebarkan kebaikan. .
Penambahbaikan : Buku sampai ke iollss sudah terkepek dua 😭😭. Mungkin boleh baiki proses penghantaran atau pembungkusan 😊. Itu sahaja. .
Nota kaki : dalam buku ni banyak kata2 dan kisah2 motivasi baik dari pengalaman hidup penulis juga mereka sekitarnya. Saya suka! 😊
.
#cahayanurishbacabuku #budakkelasbelakang



REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG #4

REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG

yeaahh!! budak kelas belakang.. memang perjalanan panjang.. kisah pandangan umum tentang budak kelas belakang yang sering disalah tafsir.. buku yang baik dan banyak kata-kata semangat lebih-lebih lagi mereka yang baru dan telah menjadi usahawan.. ayat dan cerita yang mudah faham.. cerita berdasarkan pengalaman dan coretan kisah-kisah yang lepas.. terbaik @kaizannazlan .. tiada apa boleh dikatakan.. teruskan menulis... 👍👍👍👍👍👍

#budakkelasbelakang #bacadanfahamkan #photo #pic #like4like



Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia