-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

THE JOURNEY - UJIAN BUAT SANG HAMBA

Disember 2014 - Ia merupakan bulan yang sangat menguji Malaysia. Banjir besar di Kelantan yang meragut nyawa ramai manusia. Terengganu, Pahang, Perak termasuk juga Kuala Lumpur turun ditimpa musibah banjir. Jumlah kematian masih belum dipastikan lagi. Sangat dasyat kesannya. Allah menunjukkan kuasa-Nya, untuk memberi peringatan kepada manusia. Disember 2014 juga, kapal terbang Air Asia QZ8501 yang membawa 155 penumpang hilang.


"Sangat dasyat.. astaghfirullah, ya Allah, ampunilah hamba-hamba Mu ini."

THE JOURNEY
Travelog - Hidup ini adalah satu pengembaraan yang sangat jauh. Dalam pengembaraan ini kita akan diuji berperingkat berperingkat oleh Allah. Kerana dengan ujian Allah lah kita menjadi orang yang luar biasa. Jadi, thabatlah, berpegang kuatlah pada tali-tali Allah, agar kita sentiasa dalam pengembaraan yang menuju redho-Nya.

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. 
 
Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”
 
Huraian Hadith: 
  1. Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
  2. Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
  3. Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
  4. Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
  5. Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
  6. Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
  7. Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.
Kepada rakan-rakan semua, thabatlah, kuat kan lah ikatan kita dengan Allah. Kerana ia merupakan satu proses pentarbiyahan dari Allah pada kita semua, untuk menjadi insan luar biasa. Insyaallah.

"Hidup ini adalah satu pengembaraan, pengembaraan menuju redho sang Pencipta. Allah" - The Journey

Pray For Malaysia

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

p/s: credit to JAKIM, atas huraian hadith

Selesaikan Hutang Allah Dulu - Bebas Hutang

“Hutang sama manusia wajib dibayar. Paling minima ada usaha membayarnya meskipun kita tiada kemampuan membayarnya. Dan tidak boleh berniat tidak membayar hutang. Lalu, hutang dengan Allah?” – Ustaz Yusuf Mansur

Hutang bagi masyarakat kita pada hari ini adalah sesuatu perkara yang sudah biasa. Berhutang itu seolah menjadi satu kewajiban untuk meneruskan kehidupan, sehinggakan andai seseorang atau sesuatu organisasi itu tiada hutang, ia memang menakjubkan kerana ia adalah sesuatu yang jarang berlaku.
Dalam surah Al Baqarah ayat 283, dinyatakan penting untuk orang yang berhutang melunaskan hutangnya walaupun tidak dituntut. Walau tidak mampu, asalkan berusaha membayar seminima mungkin.
Kita sering mengeluh memikirkan hutang manusia yang belum dilunas atau hutang orang pada kita. Namun, berapa ramai antara kita yang sedar tentang sudah berapa banyak kita berhutang dengan Allah?
Back to basic.
Selesaikan Hutang Allah Dulu!
Mengapa Wajib Bayar Hutang Allah?
Hakikatnya pada tiap hari, kita berhutang dengan Allah. Berhutang kerana kita menggunakan nikmat-Nya. Andai manusia, kita tidak minta izin untuk menggunakan barangnya, barangkali dia marah. Tetapi bagaimana dengan Allah? Sudahlah kita tidak minta izin, bayar hutang pun tidak.
Kita tidak minta Allah oksigen, tetapi Dia beri sebelum kita minta. Setiap hari, tanpa 1 saat pun terlepas pandang.
Kita tidak minta Allah uruskan aliran darah dalam badan kita, tetapi Allah beri sebelum kita minta. Andai sistem dalam badan kita ini manual, entah bagaimana kita uruskannya.
Kita tidak minta Allah uruskan pernafasan kita. Adakalanya sehingga kita tidak sedar kita sedang bernafas. Namun segala-galanya pada diri kita, Allah sudah uruskan sebelum kita meminta.
Daripada Abu Dzar R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi, bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah.
Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (Hadis Riwayat Ahmad Muslim dan Abu Daud)

Andai direnung hadis di atas, betapa banyaknya kita perlu sedekah pada tiap hari untuk membayar hutang Allah, namun ia menyatakan ‘cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha’. Yang merefleksi, betapa besarnya hikmah solat Dhuha yang menjadi pengganti kepada semua amalan-amalan di atas untuk selesaikan hutang Allah pada tiap hari.
Dan dalam 86,400 saat pada tiap hari, berapa kali kita ucapkan alhamdulillah? Kemungkinan sedikit sekali antara kita yang bersyukur. Dalam Al Quran seolah-olah adanya masa depan yang tepat bahawa sememangnya sedikit sekali hamba Allah yang bersyukur. Firman Allah,
“Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur.” (Surah Al Mukminun: 78)

Yang kita nampak hanya hutang-hutang dan masalah yang Allah beri kepada kita, yang berpunca daripada diri sendiri. Sehingga kita lupa dan terlepas pandang betapa banyaknya nikmat yang Allah telah beri kepada kita yang kita tidak mampu nak kira seperti firman Allah dalam surah An Nahl ayat 18.
Bayarlah hutang kita dengan Allah, supaya kita tergolong dalam lingkungan hamba-hambaNya yang bersyukur.
Selesaikan Hutang Dengan Solat Dhuha
Disiplinkan diri dengan solat dhuha. Guru saya juga sering pesan pada saya, agar jangan ditinggalkan solat dhuha. Solat dhuha wajib dijadikan habits atau amalan bagi seorang mukmin itu.
Disamping itu jangan sesekali kita meletakkan kemampuan untuk membayar hutang itu ke atas kemampuan diri sendiri, kerana hakikatnya kita sememangnya manusia yang lemah, hakikatnya, Allah lah yang membantu kita untuk membayar segala hutang kita dan melimpahkan rezeki kita.
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.” (Surah Al Ikhlas: 2)

Tips Bebas Hutang
Tuan/puan, perbaiki dan jagalah hubungan kita dengan Allah, selesaikan hutang-hutang kita dengan Allah, tunaikan hak-hak Allah keatas kita. Jalankan peranan kita sebagai hamba Allah.  
Pasti Allah akan membantu kita selesaikan hutang kita dengan makhlukNya dan membantu kita mencapai impian kita. waallahualam, 

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Credit to Majalah Niaga
Artikel asal: http://www.majalahniaga.com/tip-hutang-selesai-selesaikan-hutang-allah-dulu.html

MARI MULA BERMIMPI

"If you do what you've always done, you'll get what you've always gotten" - Anonymous

Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah, kerana hajat saya untuk menjadi penulis buku tercapai. Travelog Usahawan Muda - "Kuasai Aliran Wang Tunai" merupakan langkah awal saya dalam bidang penulisan buku. Insyaallah saya akan terus dan terus memperbaiki penulisan saya dan terus melangkah menuju impian saya.

Izinkan saya berkongsi. Dalam hidup di dunia ini, kita sentiasa perlu membuat pilihan. Kita yang create atau design hidup kita sendiri. Disamping menyerahkan pada qada dan qadar Allah S.W.T. Setiap hari, setiap masa kita perlu buat pilihan. 

Jadi, tanyakan pada diri, adakah pilihan kita pada hari ini membawa kita pada impian kita? Sudahkah kita memilih yang terbaik untuk diri kita, untuk diri kita? 




Hey, hidup ini singkat, singkat sangat seperti lilin yang dinyalakan api. Perlu atau tidak kita membuang masa? Mari sama-sama kita memilih untuk bertindak luar biasa, agar kita semakin dekat dengan apa yang kita sering impikan itu. Keluarkan diri dari zone selesa dan bertindak luar biasa!

"Mari mula bermimpi & bertindak luar biasa" - Kaizan Nazlan

p/s: jika anda belum ada impian, maknanya ada seorang robot..betul. Haha, gurau, cuba anda pejamkan mata, kemudian start dreaming. Setiap dari kita pasti ada impian, cuma kita sedar atau tidak. 

jemput singgah ke Facebook saya: Kaizan Nazlan

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

TERBITAN PERTAMA: KUASAI ALIRAN WANG TUNAI

TRAVELOG USAHAWAN MUDA
"Kuasai Aliran Wang Tunai"


Dikesempatan yang ada ini, saya ingin maklumkan bahawa buku penulisan saya yang pertama "Travelog Usahawan Muda" sudah berjaya diterbitkan. Alhamdulillah. syukur sangat-sangat. Ia merupakan langkah awal saya dalam dunia penulisan. Mudah-mudahan impian saya untuk menjadi best selling author pada bulan 2015 tercapai.

Pengisian Utama Buku Travelog Usahawan Muda "Kuasai Aliran Wang Tunai";
1) Erti sebenar sebuah kekayaan & kejayaan
2) Hutang
3) Pembentukan matlamat
4) Teknik Urus Wang Nabi Yusuf a.s
5) Teknik Menabung yang Berkesan
6) Formula Pelaburan Bijak
7) Doa-doa meluaskan Pintu Rezeki
8) Teknik Asas Cash FLow
9) Prinsip Usahawan Bertaqwa

Dan banyak lagi..

p/s: Anda yang berminat untuk memiliki buku ini, boleh lah hantar "Saya Nak Travelog Usahawan Muda" message/whatapp pada no ini 019-4501495. saya akan berikan detail lanjutan melalu phone. Atau boleh sahaja pm saya melalui facebook Kaizan Nazlan.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan
Professional Learning Trainer
Kewangan dan Pembangunan Manusia

41 BELIA MUFLIS SETIAP HARI?



terdiam saya dengan statement sebegini, mana tidaknya, masih ramai yang belum tahu dan mahu berkenaan asas pengurusan kewangan..wahai

p/s: sebab pengurusan duit yang serabut, rumah tangga juga boleh serabut.

Salam ukhuwah
Kaizan Nazlan

WAJAR ATAU TIDAK MEMBELI RUMAH SEKARANG?

Membeli rumah adalah satu keperluan, tetapi membeli rumah waktu ini menjadi satu persoalan. Adakah kita perlu membeli rumah sekarang ini? atau kita perlu tunggu untuk harga rumah jatuh?

"Beli rumah sekarang, harga rumah semakin naik, nanti rugi, lagi pun rumah itu asset"
"Tak, jangan beli sekarang, harga rumah akan jatuh, percayalah, lagi pun rumah itu adalah liability"

Berdasarkan pendapatan median isi rumah Malaysia sebanyak RM 3,626, harga rumah yang patut seseorang itu beli adalah sekitar harga RM 130,000. Namun, harga rumah hari ini dijual secara umumnya bermula dari RM 240,000. Betul?

Lagi-lagi kawasan di lembah kelang dan ibu kota. Harga rumah apartment berkeluasan 1000 sqf ada dijual sehingga RM 400,000. Manakala, rumah teres 2 tingkat bermula dari RM 600,000. lebih kurang half million.

Persoalan saya ialah sanggupkah anda berhutang dengan bank sebanyak RM600,000? Ini belum dicampur dengan interest pinjaman. Silap hari bulan pinjaman anda mencecah RM1,200,000.00 . Sanggup menjadi hamba bank? sampai habis bayar RM1,200,000.00. 

Anda jawab sendiri.

Sekadar Hiasan

KUKUHKAN KEWANGAN ANDA
Saya ingin berkongsikan 3 tips untuk membantu anda mengukuhkan kewangan anda. Apabila kewangan kita sudah kukuh, barulah kita mempunyai kuasa untuk membeli rumah idaman kita.

1) Tambah Pendapatan
Nak atau tak nak, sudah tiba masanya anda menguatkan lagi ekonomi anda. Berniagalah. Jika anda bekerja dengan orang sekarang, perniagaan online merupakan jalan yang terbaik. Mulakan dengan perniagaan yang memerlukan modal yang minima.

2) Sewa Rumah
Ia merupakan alternative yang baik untuk mengurangkan bebanan hutang. Dalam masa yang sama, gunakan kesempatan yang ada untuk kumpul duit dan kukuhkan simpanan untuk membeli rumah. Sifirnya mudah, lagi banyak anda berhutang (Bad Debt), The Bank win, lagi sikit anda berhutang, You Win. 

3) Invest
Dalam prinsip kewangan, Saving dan Invest merupakan basic principal untuk mencapai financial freedom. Belajarlah untuk invest duit anda pada perniagaan yang berpotensi, mutual fund, bursa saham, emas, dan hartanah.

3 tips ini adalah strategy untuk mengukuhkan kewangan kita, agar kita mampu memiliki rumah idaman kita dimasa hadapan. Tuan, masa depan kita ditentukan pada pilihan kita pada hari ini. Pastikan keputusan yang kita buat pada hari ini tidak mengundang kekecewaan pada masa depan. Gunakan 3 tips yang saya share ini. Mudah-mudahan kita menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

3 Sebab Syoknya Usrah

"Usrah means family, family means nobody get left behind or forgotten" Lilo & Stich Versi Islamik.

Pejam celit-pejam celit, sudah setahun saya meninggalkan usrah di kampus. "Alumni IMAN", itu gelaran yang dapat apabila sudah keluar dari zaman kampus. Alhamdulillah, IMAN masih lagi seperti keluarga saya.
 
Semalam. Berkesempatan untuk menghadiri program Anual General Meeting persatuan IMAN, UiTM KEDAH. Berkongsi serba sedikit pengalaman berkenaan "Syoknya Usrah".. moga-moga dalam usrah di UiTM Kedah, akan ada lagi ramai muka-muka baru yang meneruskan sunnah Rasulullah s.a.w.
 
3 perkara awesome yang anda akan dapat dalam usrah, dan inilah yang saya tekankan dalam sharing saya bersama ahli-ahli IMAN yang baru dan lama;
1) Ukhuwah
2) Ilmu
3) Skill

3 perkara inilah yang saya dapat dalam usrah, sepanjang pengalaman saya berusrah dalam kampus. Priceless. Inilah yang membuatkan usrah itu syok!

Kepada rakan-rakan saya di luar sana, berusrahlah. manfaatkan zaman kampus kita. cari usrah di kawasan berdekatan anda jika anda sudah keluar dari kampus. di situ, akan ada banyak perkara baru yang anda akan belajar. dan ia sangat menyeronokkan...percayalah

Sekali lagi, saya suka quote ini "Usrah means family, family means nobody get left behind or forgotten" 

Tanya pada diri, bila nak join usrah?

Salam ukhuwah
Kaizan Nazlan

Kaizan Nazlan Mentor Kewangan No 1 di ASIA

13.9.2012 - Kuala Lumpur

Kaizan Nazlan Mentor Kewangan No 1 di ASIA!...

Perghh...ini boleh mencetuskan kontroversi dalam kalangan kawan-kawan saya nih. Biasa lah depa. haha. berangan, moga jadi impian (^_^)

Tepat jam 5.15pm tadi, settle berkursus bersama sahabat saya, Anis dan abang Firdaus dalam program pengurusan kewangan oleh, Tuan Azizi Ali.. Alhamdulillah, banyak perkara baru yang saya belajar dalam bab pengurusan kewangan ini...best!

Moga dengan ilmu yang saya dapat ini, akan dapat menambah nilai pada orang lain. Insyaallah. Tapi macam mana ya? hurmm, penulisan buku kewangan dan bengkel kewangan?, hurmm...not a bad idea kan.
Kaizan Nazlan, mentor kewangan no 1 di ASIA..wohoo!..berangan lebih..hurmm...macam Dr Azizan pun okay jugak..kan? berangan jap...

"haaaaaaaa....yes!..." you can just imagine beribu-ribu orang dalam dewan itu jerit "haaaaa...yesss" sambil menepuk tangan. sungguh energizing

wohooo..

okay, ini terlebih, anchoring atau trademark Dr Azizan dalam programnya. Hurmm..menarik-menarik
 
Kata orang, "jika impian kita tidak membuat diri kita sendiri takut, maka impian kita belum cukup besar". Betul juga, impian saya sangat besar, tapi saya belum gerun lagi, cuma telan air liur ja lah..haha. Yang penting, kita tulis dulu impian kita, kecil atau besar impian itu, wajib ia ditulis. wahai

Baik, insyaallah saya akan berkongsi ilmu yang saya belajar tadi, berkaitan pengurusan kewangan. Nantikan entry akan datang.

haa, sebelum tu, jemput visit link dibawah..rahsia...haha
www.this-is-my-story.com/v/6878JH568V25

salam ukhuwah
Kaizan Nazlan

Rahsia Kekayaan Dalam Surah Al Baqarah

12.9.2014 - Kuala Lumpur


Surah Al Baqarah ayat 261.

Dalam surah ini, Allah ingin mendidik kita, para hamba Allah untuk menjadi orang yang pemurah, orang yang sentiasa ingin membantu orang lain, dan orang yang sentiasa bertawakkal kepada Allah. Allah hendak kita yakin dengan rezeki Allah.

Allah mendedahkan rahsia Kekayaan dalam surah ini. Inilah sistem yang Allah aturkan, sistem yang dicipta khas untuk manusia hidup dengannya. Sistem yang mendidik manusia untuk hidup dengan memberi (infaq)


"The more you give, the more you get", hayati ayat dalam surah Al Baqarah ini, dan didiklah diri untuk memberi dan memberi banyak lagi. Itu rahsia kekayaan. Yakinlah pada Janji Allah, Janji Tuhan yang menciptakan manusia dari segumpal darah.

wahai...

salam ukhuwah
Kaizan Nazlan


MENULIS BUKU, INSPIRASI ARWAH

12.9.2014- Kampung Baru, Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim...

Dua hari telah berlalu sejak saya mengumumkan preview buku saya yang pertama bertajuk "Travelog Usahawan Muda" pada Rabu lepas di facebook dan beberapa group whatapp. Alhamdulillah, sokongan ahli keluarga dan kawan-kawan sangat menakjubkan. Terharu sangat-sangat. Ramai juga yang sudah membuat tempahan awal buku, dan ada yang sudah request untuk menjadi agent pemasaran. Rezeki yang tidak disangka-sangka.

Saya mengambil masa kira-kira 8 bulan jugaklah untuk menyiapkan manuskrip buku ini. Slow and steady ja, alhamdulillah siap juga. Itupun dibantu oleh rakan saya Suasyraf Bakti, seorang penulis bebas, dan rakan-rakan saya yang lain, yang akan saya ketengahkan dalam buku nanti.
 
Lakaran Awal Cover Buku

Sebenarnya, sudah lama saya ingin menjadi penulis buku, sebelum ini hanya berjinak-jinak menulis di blog. Blog inilah, penapadi.blogspot.com saya mula dan belajar menulis. yee tahu, type. huuu..

Kenapa menulis? kerana arwah datuk saya merupakan seorang penulis, seorang sasterawan yang dikagumi pada zamannya. Saya memandang tinggi pada pencapaian arwah dalam hidupnya. Orang yang hebat. Saya teringin menjadi seperti arwah, menulis banyak buku dan banyak menyumbang kepada masyarakat. 

Ahli keluarga saya tak menyangka bahawa cucunya ini mewarisi minat penulisan seperti arwah. Cumanya arwah menulis sebagai seorang ahli akademilk dalam bidang sastera dan akademik, manakala saya pula menulis sebagai seorang usahawan dalam bidang keusahawanan dan kewangan. Apa yang sama ialah, kami menulis. Heee, itu dah cukup membuat hati saya dekat pada arwah. Langkah-demi langkah saya akan ikut jejaknya untuk menjadi orang berjaya.

Al Fatihah buat arwah, Awang Had Salleh

baik, setakat ini saja perkongsian untuk hari ini. Minta kawa-kawan semua tolong mendoakan agar proses penerbitan dan pemasaran buku ini berjalan lancar ya.  Ameen.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

9 Tips Kewangan Mudah Untuk Graduan Muda Seperti Anda


Panduan ini khusus untuk graduan muda seperti saya dan anda, yang baru sahaja memasuki fasa 7 tahun pertama. Jadi, selama 7 tahun pertama ini,  jadikan 9 langkah mudah ini sebagai panduan hidup.  Insyaallah ia akan membantu anda dalam mengurus kewangan anda secara bijak.

1. Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.

2. Sasarkan simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan menyimpan.

3. Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.

4. Jangan beli kereta baru yang mahal-mahal. Graduan yang bijak tak terus beli kereta yang setiap tahun harganya pasti turun.

5. Dah bergatal bercinta, terus lah fikir bagaimana berkahwin tanpa perlu berhutang. Menabung. Elakkan jadi raja sehari seterusnya jadi hamba bank 10 tahun. Kalau tak mahu menabung, jangan langsung berfikir nak mengurat anak dara orang.

6. Beli aset sikit-sikit. secara kecil-kecilan. Apa-apa aset. Bajet khas pelaburan pertama.

7. Buat bajet siap-siap untuk:
  • Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
  • Bersedekah setiap bulan.
  • Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.
Wajibkan diri untuk amalkan perbuatan memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai pendapatan kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai tanah kepada Pejabat Tanah.

8. Sediakan bajet yuran pembelajaran pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar. Barangsiapa yang tak melakukannya bersedialah membayar cukai kebodohan pada masa hadapan nanti.

9. Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?

Sumber: Pakdi.net

Moga tips-tips ini dapat memberi manfaat kepada anda. Terima kasih kerana mambaca. Anda orang yang hebat! insyaallah.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

KENANGAN KITA BERSAMA - KPE MAKTAB MAHMUD SIRI 1


Alhamdulillah, berakhir sudah Kem Pelajar Elite Maktab Mahmud Siri 1. Seronok bersama mereka ini, banyak karenahnya, cool dan sporting. Jutaan terima kasih kepada pihak Maktab Mahmud kerana memberi kepercayaan kepada syarikat kami untuk membantu menambah nilai kepada adik-adik maktab mahmud yang hebat ini. Maaf jika ada salah tindakan atau bahasa, kosong-kosong. Kami sentiasa mendoakan adik-adik semua berjaya di dunia dan akhirat.

Saksikanlah hadiah dari kami, khas buat peserta KPE Maktab Mahmud Pokok Sena Siri 1



Moga ia bukanlah perjumpaan kita kali terakhir, dan moga ukhuwah kita berkekalan hingga ke syurga.

Salam Ukhuwah
Amirul Asyraf & Kaizan Nazlan

HIDUP SENANG DIJANJIKAN QUICK PROFIT

Kes Penipuan 

Salah satu bentuk riba adalah terlibat dalam permainan duit atau ‘money game‘ atau skim cepat miskin.

Oh, penganjur skim ini akan menggunakan istilah ‘pelaburan’ atau ‘beranakkan duit’ atau ‘gandakan duit’ dan pelbagai istilah lagi. Takkan nak sebut skim riba pula, banker sahaja yang yang mengaku secara terus terang.

Kebiasaannya peluang buat duit sebegini tidak mempunyai kontrak jual beli yang jelas. Samar-samar.

+ Apa yang dibeli ?
+ Apa yang dijual ?
+ Bagaimana boleh dapat untung setiap bulan ?

Barang jualan hanyalah tipu daya semata-mata. Ia boleh jadi emas, perak, susu kambing, roti, madu dan apa-apa sahaja. Tarikan utama adalah % return yang dijanjikan, bukan untuk memiliki barang jualan itu sendiri.

Apabila kontraknya samar-samar, maka kita kena tengok sifat dan kesan-kesan individu-individu yang berkontrak dalam transaksi tersebut untuk mengenal pasti kontrak yang sebenar.

Ujian Mudah: Kalau rugi bagaimana ?

Jika ia adalah pelaburan atau peluang bisnes yang tulen, maka prinsipnya adalah, “Keuntungan datang bersama risiko,” – Al-ghurm bil ghunm.

101% individu yang memasuki program buat duit sebegini tidak mahu hilang duit. Sebab itu selagi mana dapat duit, individu ini yakin dan percaya program tersebut bagus.

Namun cuba pembayaran tidak berlaku. Apakah respon individu sebegini?

+ Aku nak duit aku balik! Kalau tak aku report polis!
+ Penipu! Aku nak duit aku balik.
+ Bagi ajelah apa-apa yang ada. Janji aku dapat duit balik.

Oleh kerana kontrak samar-samar, yang penting setiap bulan dapat duit, dengan ujian ini, kita dapat simpulkan apa yang berlaku adalah kontrak pinjam, dan bukan kontrak jual beli atau pelaburan.

Label ‘Arab’ Jadi Topeng Tunjuk Halal

Penganjur juga untuk menarik minat orang Islam, menggunakan istilah-istilah berbahasa Arab. Sedangkan orang Arab pun terlibat riba walaupun tak cakap bahasa Melayu ataupun speaking Bahasa Inggeris.

Wakalah. Mudharabah. Ijarah. Hibah. Rahnu.

Pusing punya pusing punya pusing, apa yang dikontrakkan tidak menepati pun rukun dan syarat jual beli atau rukun dan syarat pelaburan yang sepatutnya. Akhirnya kembali menjadi kontrak pinjaman.

Pinjaman Yang Ada Manfaat Adalah Riba

Individu yang beri pinjam sahaja yang mahu duitnya balik. Paling kurang duit pokok.

Individu yang melabur dan buat bisnes, faham rugi pasti berlaku. Kalau ditakdirkan bisnes rugi, terima dengan hati terbuka.

Apabila hakikat yang berlaku dalam money game adalah kontrak pinjaman, Nabi saw sebut:

+ “Setiap pinjaman yang beri untung / manfaat, ia adalah riba.”

+ “Aku bagi RM 10,000, program ni dapat bagi aku RM 1,200 kan sebulan?”

Mahukah tuan menjalankan kempen boikot riba sebegini bersama-sama Allah dan RasulNya ?

perkongsian ilmu dari Tuan Suzardi Maulan aka Pakdi

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia