-->

Thursday, May 25, 2017

5 TIPS PADU BERJIMAT CERMAT DI BULAN RAMADHAN
Selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah dari Tuhan. Moga Ramadhan kita pada tahun ini dapat kita hayati dengan penuh makna.

Baik, untuk entri minggu ini saya ingin menyentuh mengenai "5 Tips Padu Berjimat Cermat Di Bulan Ramadhan" yang boleh kita aplikasikan sepanjang bulan Ramadhan.

Tips ini khusus buat mereka yang ingin berjimat untuk kumpul duit untuk suatu hajat besar selepas bulan Ramadhan. Mungkin ada yang ingin mengumpul duit untuk kahwin, untuk beli kereta, untuk buat rumah dan sebagainya. Jadi Tips-tips ini boleh membantu anda.

TIPS-TIPS PADU 


1) KUATKAN NIAT (SEBAB)
Kalau anda tiada niat atau sebab yang kuat untuk menyimpan dan berjimat. Percayalah bahawa peratusan untuk anda membazir adalah 99.99%. Jadi tulis niat anda di atas kertas dan tampal dalam bilik anda. Ia akan membantu anda untuk mengingati "BIG WHY" kenapa anda perlu berjimat dan menyimpan. Percayalah, apabila lagi kuat niat kita, maka lagi kuat kesungguhan kita untuk berjimat dan menyimpan.

2) TETAPKAN BUDGET HARIAN
Jangan bawa beg duit, lagi-lagi lah kalau dalam beg duit anda itu banyak duit. Cadangan saya, hanya bawa sampul duit raya dan isikan bugdet belanja anda. Untuk saya sendiri, saya peruntukkan dalam RM10 sahaja sehari. Dengan RM10 itulah pandai-pandai saya lah nak hidup di perperangan besar "Bazaar Ramadhan"


3) SOKONGAN PADU!
Kita perlukan bantuan sokongan Ultra Malaya. Eh ingat pasukan Harimau Malaya sahaja perlukan Ultra Malaya untuk datang support? Kita pun perlukan. Bila kita nak menyimpan dan berjimat ini pun kita perlukan sokongan padu daripada rakan-rakan dan keluarga. Terutamanya isteri. 

4) MAKAN FREE
Nak makan free? pergilah ke masjid. Berbuka puasa di Masjid-Masjid berdekatan dapat menjimatkan banyak duit anda. Saya sendiri semasa zaman belajar, apabila tiada duit, saya dan kawan-kawan saya akan menyerbu Masjid-Masjid. Mudahan-mudahan selepas anda selalu makan free di masjid, semakin mudahlah untuk anda sering kunjung ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Jangan tunggu hari jumaat sahaja.


5) BERJUANG DI DAPUR
Masak Sahaja Lah! Kalau anda masih single, google sahaja resepi-resepi dapur bujang. Senang dan bahan-bahannya murah. Jika sudah berumah tangga, tolong lah bini anda masak. Jangan nak tido jer lepas balik kerja/kuliah tu.

Alhamdulillah. Berikut adalah  "5 Tips Padu Berjimat Cermat Di Bulan Ramadhan", moga ia bermanfaat. Baik sekarang apa pula tips daripada anda? jika ada yang saya tidak sebut, sudi-sudilah share di ruangan komen di bawah.

Opss, sebelum saya lupa. Jimat ini hanyalah pada makanan dan pakaian, tapi dalam bab infaq harta bagilah semampu anda di bulan mulia ini. Lagi banyak lagi bagus. 

"Kurangkan juadah, lebihkan sedekah" 

Sekian, saya suka

Kaizan Nazlan
Penjimat Tegar Di Bulan Ramadhan
  

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia