-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Redho Ilahi Atas Cinta Yang Diberi

11:29pm - 29/12/2013...pena ini masih ingin terus menulis....tentang perasaan di hati....

Jika RINDUKAN SESEORANG...
PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : 


"Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah...Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu...Aku semakin mengerti... ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti... aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Kerana Cinta Ilahi

Hati Ini Untuk Ibu & Ayah


pandanglah ibu dan ayah kita dengan "mata hati"....saat kita dilahirkan, siapa yang melaugkan azan? saat kita ketakutan, siapa yang datang dan peluk kita...saat kita nak tidur, siapa yang akan jenguk kita dulu...saat kita lapar, siapa yang masak untuk kita..saat kita nak exam, siapa yang mendoakan kita...setiap saat..setiap detik, mereka sentiasa bersama kita, di hadapan kita, dan pada doa mereka...perasan tak...kerana mereka permata dalam hidup kita...Ibu dan Ayah..

Kembara Menuju Ilahi


saya teringat, satu malam tu, selesai habis usrah, saya terus menuju ke rumah naqib saya...banyak yang kami bincangkan malam itu...

"Kai, ana nak pesan kat nta...jangan pernah mengharap pada Manusia, hanya mengharap pada ALLAH" itulah kata2nya yang terkesan dalam diri saya... dia tahu, adik didiknya itu bakal menempuhi cabaran yang hebat..sebagai seorang dai'....

fuhh...flash back ooo...hmmmm...jalan dakwah yang saya pilih...mengembara menuju cinta ilahi.....

Nukilan Hati Untuk Yang Maha Esa


Aduhai Pemilik jiwa yang kerdil ini..Betapa kami mengharapkan taufiq dan hidayah Mu..Betapa ingin kami menjadi hamba Mu..Hidup dalam ketaatan..dan dijemput pulang dalam kerahmatan..Aduhai Pemilik jiwa yang alpa ini..Terimalah taubat kami..Agar redhaMu sentiasa menyinari hati dan hidup kami...Daripada Mu kami datang, dan kepada Mu kami kembali...

Pelaburan SCAM


5 tahun lalu, saya dan keluarga terkena scam pelaburan ala system piramid...
1 tahun lepas, kawan-kawan saya pula terkena scam pelaburan emas... 

time tu, memang confident dengan syarikat tu..comfident giler..mana taknya..syarikat mereka syarikat berdaftar, under SMM, ada title Sdn Bhd, dan ada juga Berhad....

mereka akan umpan anda dengan kereta mewah, dinner di tempat mewah, competition kereta..mereka akan tunjukkan cek dan account bank mereka untuk menunjukkan bukti..

sila berjaga jaga....fikirlah satu prinsip ini

"Tiada kekayaan dan kejayaan akan bergolek pada kita tanpa ada usaha"

saya Kaizan Nazlan - Business & Financial mengingati anda, andai anda terlupa

Porgram: Takaful Opportunity Program

Alhamdulillah, selesai satu program anjuran Takaful Ikhlas Al Funajah Agensi dan Glory Generation Financial & Business Consultancy.. Mogo dengan perkongsian ELMU ini, kami dapat mengajak lebih ramai orang2 kita, untuk terlibat dalam perniagaan.. khususnya Takaful & Financial Consultant.

Mogo Kita Kaya, Berjaya & Beriman...




Jemput singgah ke page Kaizan Nazlan ya, untuk mendapatkan tips - tips pernigaan dan kewangan

Program: ROAD TO FINANCIAL FREEDOM "Formula Bagaimana Membina Kekayaan"

ROAD TO FINANCIAL FREEDOM "Formula Bagaimana Membina Kekayaan"
Mini Seminar tentang pengurusan wang, yang berlangsung di Kolej Kejururawatan Sungai Petani, pada 30 October 2013. alhamdulillah, Moga dengan pengisian ringkas ini, kita akan menjadi lebih arif dalam pengurusan kewangan kita.. Kita menjadi BOSS pada wang kita, bukan menjadi HAMBA wang...







"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." 
(Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)

Jemput singgah ke page Kaizan Nazlan ya, untuk mendapatkan tips - tips pernigaan dan kewangan

Program: Perancangan Kewangan Pra Perkahwinan

Group Consultation - Perancangan Kewangan Pra Perkahwinan

alhamdulillah, pada 7th December 2013 yang lalu, kami berpeluang untuk mengadakan sesi group consultation di Takaful Ikhlas Sungai Petani. pelbagai input yang kami share dalam sesi ini...Moga sharing yang diadakan dapat membantu kita dalam mencapai GOAL kita... ameen



"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), 
lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)


Jemput singgah ke page Kaizan Nazlan ya, untuk mendapatkan tips - tips pernigaan dan kewangan

Biar Gambar Berbicara: Lakukan Kebaikan Walaupun Ianya Hanyalah Senyuman

Rasulullah S.A.W bersabda : “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim)

Kisah Ronaldho - Duit & Kekayaan

Ronaldo bukan nama sebenar merupakan graduasi UiTM, sangat berminat dan bersemangat untuk berniaga, main kerjayanya adalah membuat sales untuk barang-barang Avon..hoho..bergaya. Tiga tahun dah berniaga, pada awalnya bersemangat, income masyuk, kumudian bertukar menjadi hambar, sebab keuntungan yang diperolehi dari perniagaannya sangat-sangat dimotivasikan, income tak naik-naik, ditambah dengan tekanan kerja, ditikam oleh rakan pernigaan...adehh sakitnya belakang, di pandang rendah oleh mak cik mak cik tingap..."ehh Aldo, ang ni takda kerja lain ka? duk berniaga barang perempuan pasai pa?..mak cik tu orang kedah barang kali...anyway, perkara ini berlarutan, Sehinggkan dia terfikir untuk berhenti berbusiness...nak berfikir untuk start bekerja makan gaji..dia kan ada sijil diploma ngan degree, dan dia mula benci duit, impiannya untuk menjadi kaya sudah tidak ada dalam hati sanubarinya..perghh..kesian giler

"takpa lah aku redho dengan sedang-sedang aja..makan gaji dah cukup" katanya

hurmmm....kesian bukan, ini bukan kisah dongeng, yaa..nama Ronaldho itu mamang dongeng lah, tapi the point is, ramai anak-anak melayu hilang bersemangat untuk berniaga, kerana mereka mula berburuk sangka dengan duit, kekayaan dan business...hurmmm...hari ni saya nak share...mari, kita baca perkongsian dari Kak Anis, dari Anis Choc Moist Cake...



::BAIK SANGKALAH DENGAN DUIT DAN KEKAYAAN::

Sebagai manusia biasa, tentu ada perasaan nak kaya..nak banyak duit..kan?..Sebab itu memang sifat manusia, sebab dalam diri kita semua kita memang nakkan kemajuan dalam apa saja yang kita lakukan. 

Bukan saja bab duit atau materialistik, tapi bab kerohanian dan spiritual pun sama.Kalau buat ibadah, dah berjaya buat yang wajib nak buat yang sunat pulak..Perasaan nak tambah lagi amalan pasti ada..Barulah rasa puas dan berjaya.

Tipulah kalau ada yang kata kat mulut tak nak kaya...Dulu-dulu waktu saya pokai dan broke saya pun cakap macam tu...Sebab duit asyik tak lekat jer..Malu kat orang sebab buat macam-macam tapi tak kayo-kayo...Jadi, senang cakap kat orang tak nak kaya..sebab konon nanti takut hanyut..Barulah orang tak tanya dah..baru orang tak ajak dah join Amway ke..join Zhulian ke..join apa lagi, Lamb berger ke.. .

Semua tu saya takut nak join..sebab nanti kena paksa pikir macam orang kaya..padahal penakut nak mencabar diri sendiri...takut nak mencuba..takut gagal!!... Belum cuba dah takut gagal!...Apa daa pemikiran macam orang miskin derrr...

Tak salah pun nak kaya...Jangan salah faham.Apalah salahnya kaya kalau boleh membantu dan menambah nilai hidup lebih ramai orang lagi? ..

Tahu tak bahawa keinginan untuk membant orang lain maju juga adalah salah satu daripada fitrah manusia.Ramai yang rasa puas kalau dapat tolong orang..Nampak tak?..

Jangan risau atau rasa bersalah atau malu kalau anda ada perasaan nak kaya ni.Jangan bagi orang lain biarkan anda rasa ragu-ragu atau malu nak jadi kaya.Orang tu tak faham sebenarnya keinginan itu adalah bagus.Eh silap, tersangat bagus sebenarnya. 

Semua orang boleh capai tahap tertinggi dalam hidup dia kalau dia faham kuasa minda dia pemberian terbaik Allah kepada manusia.Buat apa nak hidup biasa-biasa sedangkan kita dah tahu kita boleh mintak pada Allah unlimited!..Dan Allah pun dah janji, Allah mengikut sangkaan hambaNya!

Bila baca ni tentu anda akan rasa anda deserve boleh dapat apa saja yang anda impikan kan?..Tapi ..susah jugak nak dapat sebenarnya. .kalau dalam diam-diam atau dalam tak sedar..anda kondem orang kaya atau kondem duit.Anda cakap pada anak-anak, duit ni lah punca segala kejahatan.

Itulah namanya tak allign.Hati nak kaya, tapi kutuk dan merungut pasal duit.Kalau macam tu.... duit pun tak suka nak berkawan dengan kita.Sebab tu lah duit asyik tak lekat je..dia tak suka nak lama-lama duduk dalam wallet tuuu..

Sebenarnya nak kaya tu tak salah..Yang salah ialah orang yang pegang duit tu sendiri!..Sebab..sepatutnya dia pandai pilih nak buat apa dengan duit tu..Semuanya di atas pilihan kita.Siapa suruh guna duit untuk beri rasuah atau untuk kita bolot sorang-sorang? Atau...untuk cari perempuan? ..Bukankah itu semua kita yang pikir sendiri?..

Kenapa tak tolong orang je?..Kenapa tak gunakan duit tu untuk bersedekah dan berzakat?..Kenapa tak bina mesjid? Macam mentor saya dia bina mesjid. .

Kenapa tak hantar satu kampung buat haji atau umrah? Macam Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari, saya dengar sampai dah kehabisan orang kampung..semua dah dihantar Tan Sri untuk buat haji/umrah.Kenapa kita tak tiru mereka semua ni ke arah keagamaan? 

Nani dan Kereta Idamannya - Perancangan Kewangan Bijak


Sebelum Membeli Kereta
(Oleh: Afyan Mat Rawi)

Sumber: http://afyan.com/sebelum-membeli-kereta , dan anda boleh membaca artikel ini "The So Called Expert" untuk mengetahui lebih tentang artikel ini.

Adaptasi daripada sebuah kisah benar. Moga-moga bukan kisah saudara-saudari…

Nani (bukan nama sebenar) baru sahaja mendapat gajinya yang pertama selepas bekerja sebagai pegawai kerajaan di sebuah kementerian, yang beribu pejabat di Putrajaya;

Dia melihat wang gaji di slipnya;

“Wah, RM 1779.00”

Jumlah tersebut setelah ditolak beberapa potongan wajib.

Dia mengira-ngira bajet untuk membeli kereta. Memandangkan dia masih bujang, kos perbelanjaan hidupnya hanyalah sekitar RM 500 – 600 sahaja sebulan. Jika ditolak dengan wang diberikan kepada ibu ayahnya di kampung serta potongan hutang pelajaran, menjadikan jumlahnya RM 700 – 800.

“Hmmm… Ada lebih kurang RM 1,000 lagi baki gaji aku”

Nani membuat keputusan bijak,

“Bajet aku untuk kereta RM 500 sudah cukup. Ada lagi RM 500 lagi untuk simpanan”.

Petang itu selepas pulang daripada kerja, dia meninjau-ninjau sebuah bilik pameran kereta nasional berdekatan dengan tempat kerjanya.

Dia disapa oleh seorang jurujual;

“Akak, sedang cari kereta?”

Nani mengangguk, terasa tua pula apabila disapa dengan panggilan “akak” oleh jurujual yang dikira sebaya dengan abang sulungnya itu.

Nani melangkah keluar dari kedai tersebut, tidak selesa dengan jurujual tadi lantas melangkah ke deretan kedai lain yang terletaknya sebuah lagi bilik pameran kereta import.

Di sini, sekali lagi dia disapa oleh seorang wanita,

“Cik ingin kereta yang bagaimana?”

Nani dengan senang hati memberitahu bajet untuk membeli keretanya RM500.00.

“Jika begitu, saya cadangkan kereta ini”

Jurujual wanita itu dengan ramah, menunjukkan sebuah kereta di dalam bilik pameran tersebut sambil menunjukkan satu jadual pembiayaan pembelian kereta tersebut.

“Cik, kebetulan kereta ini sedang dalam promosi. Dengan ansuran bulanan sebanyak RM 595, Cik sudah dapat membawa kereta ini”.

Lalu dipelawa Nani untuk mencuba-pandu kereta tersebut. Nani dengan senang hati mencuba kereta tersebut, tambahan pula kereta tersebut memang sesuai dengan bajet perkiraanya tadi, RM 500 sebulan.

“Ah, RM 500 dengan RM 595, tidak terlalu banyak bezanya. Lagipun aku masih ada baki lagi”.

Selepas berbincang, Nani bersetuju utuk membeli kereta tersebut, cuma masalahnya ialah dia perlu menyediakan deposit 10% daripada nilai kereta tadi. Lalu, jurujual yang ramah tadi memberi cadangan,

“Memandangkan Cik merupakan seorang kakitangan kerajaan, Cik boleh mendapat pembiayaan tanpa sebarang wang pendahuluan, cuma ansuran tadi meningkat sedikit kepada RM 662”.

Nani berfikir sejenak,

“Baki gaji aku ada RM 1000, tolak dengan RM 662, masih ada lagi RM 300 – RM 400”.

Selepas berkira-kira, Nani bersetuju. Seminggu selepas itu, dengan pembiayaan sebuah bank Islam, kereta tersebut menjadi milik Nani. Nani berbangga dengan kereta yang dimilikinya.

“Barulah berbaloi kau belajar tinggi-tinggi selama ini”.

Beberapa bulan selepas itu, Nani baru perasan, bejetnya untuk membeli kereta tidak dikira dengan kos-kos tidak lansung seperti petrol, tol, parkir, dan penyelanggaraan. Itu tidak masuk lagi apabila dia disaman apabila tersilap parking ketika membeli belah di Kuala Lumpur minggu lalu. Juga belum termasuk, bonet belakangnya yang belum dibaiki akibat tercalar kerana bergeser dengan pagar rumahnya.

Bulan hadapan, dia sudah berjanji untuk pulang ke kampung bersama-sama kereta barunya. Sudah dimaklumkan kepada seluruh ahli keluarganya di kampung dia akan pulang dengan kereta baru. Ibu, ayah serta adik-adiknya sudah tidak sabar lagi untuk menaiki kereta barunya itu.

Dia berkira-kira, bajet makan minumnya bulan ini terpaksa dicatu demi untuk memastikan dia mempunyai bajet yang mencukupi untuk pulang ke kampung halamannya di Pantai Timur tanah air.

“Petrol RM 100, tol RM 40, jumlah RM 140. Ini baru satu hala, kalau pergi balik RM 140 X 2, jumlahnya RM 280! Aduuuuh…… Ini belum masuk belanja perjalanan membawa keluarga berjalan-jalan nanti. Kalau kerajaan naikkan lagi harga petrol, lagi bala! Aduuuuh….”.

Nani nekad, dari sekarang hingga ke bulan hadapan dia perlu mengikat perut, memasak sendiri demi memastikan dia dapat pulang dan bergembira di kampung. Sebelum-sebelum ini, ketika belajar di universiti, dua bulan sekali dia akan pulang ke kampung dan menggembirakan ahli keluarganya membawa mereka berjalan-jalan dengan kereta ayahnya. Kos pulang ke kampung hanyalah RM 80 pergi balik menggunakan bas ekspres.

Setiap kali pulang ke kampung, walaupun dia masih belum ada gaji ketika belajar dahulu, dia akan bergembira.

Tetapi kali ini, walaupun sudah bekerja dan mempunyai gaji, dia tidak segembira dahulu untuk pulang ke kampung.

Blog ini dibawa oleh Kaizan Nazlan Business Financial   , jemput singgah ke page saya

Secawan Kopi : Erti Nikmat Kehidupan


Orang yang bahagia bukan orang yang MENDAPAT mendapat segala yang terbaik di dunia, tetapi orang yang MENGGUNAKAN sesuatu dengan cara yang terbaik dari apa yang ada.

Kehidupan ibarat KOPI. Pekerjaan, kedudukan dan wang adalah ibarat CAWAN. 

Jika kita terlalu CEMBURU dan IRI HATI dengan cawan yang dimiliki oleh rakan, jiran dan musuh kita, kita TIDAK MENIKMATI air kopi yang dihadapan kita.

Jangan sesiakan PERHATIAN dan JIWA kita pada cawan yang digunakan oleh mereka, tetapi berikan TUMPUAN dan NIKMATILAH air kopi yang sedang kita minum.

Kerana kebahagian kita bukanlah sesuatu yang dinilai orang, tetapi sesuatu yang kita nikmati …

Credit to Dr Zubaidi Hj Ahmad

Biar Gambar Berbicara: Ikut Adat Atau Ikut Agama?


Chase Your Dream Or Do Nothing


Antara MCD, Burger King & Mcd - Adakah Mereka Pesaing?

Perkongsian ini adalah untuk shiff paradigma mind business kita dari melihat pesaing dan kelainan, perkongsian ini daripada Puan Rini Bt Rahmat, Pemilik Syarikat Rich Food, moga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.


Cuba ambil contoh mudah.
Mc Donalds & Burger King menjual produk yang sama iaitu makanan fast food (burger) yang sama.

Adakah mereka pesaing?

Tetapi Mcdonalds & KFC menjual produk yang berlainan iaitu makanan fast food yang tidak sama.

Bagaimana pula KFC, Pizza Hut & A&W yang merupakan restoran fast food yang berlainan.
Adakah kesemuanya pesaing?

Ataupun mereka telah mewujudkan industri "fast food". Lagi besar industri "fast food", lagi banyak keuntungan yang dimiliki oleh kesemua restoran tersebut.

Ini kerana kesedaran & permintaan industri fast food bertambah secara keseluruhannya.

Cuba bayangkan.

Sekiranya dunia ini tiada restoran-restoran fast food langsung. Cuma yang ada, hanya McDonalds. Adakah ini akan mewujudkan kesedaran industri tersebut? Sudah pasti McDonalds juga tidak dapat tersebar dengan luas.

Sebagai contoh lain,

Jika anda menjual Kek Coklat A, di pasaran makin lama tumbuh bagai cendawan Kek Coklat B, C, D dan seterusnya.

Adakah mereka pesaing anda?

Atau pun mereka telah mewujudkan industri kek coklat segera. Di mana ianya di letakkan didalam bekas, di sediakan sudu & boleh di makan begitu sahaja tanpa di potong.

Lupakan Pesaing. Cipta Kelainan dari pesaing yang ada.

Antara Planet Hollywood & Hard Rock Cafe?
Antara Burger King & Mcdonalds?
Antara Haagan Dazs dan Baskin Robbins?
Antara Kek Coklat A & Kek Coklat E?

Eheheh.

Adakah mereka pesaing?
Mereka menjual produk yang sama.
Bagaimana mereka dapat bertahan di dalam pasaran dan industri?

Jawapannya.

-
-
-
-
-
-
-
-

"Persaingan yang berlaku BUKAN pada “mencari KELEMAHAN dan ciptakan kelainan”. Sekiranya kita cari KELEMAHAN, pesaing juga akan berusaha MEMPERBETULKAN KELEMAHAN TERSEBUT"

Jawapan yang TEPAT adalah mencari kelainan dari KEKUATAN PESAING!

Sekiranya kita terus “mencari KELEMAHAN dan mencipta KELAINAN”, pesaing juga boleh memperbetulkan KELEMAHAN mereka seperti menawarkan harga rendah, kualiti rendah, penghantaran lambat dan lain-lain.

Tetapi, sekiranya kita “mencari KEKUATAN dan mencipta KELAINAN” daripada KEKUATAN tersebut, pesaing tidak boleh ubah KEKUATAN MEREKA!

Perniagaan kecil-kecilan tetap menjadi kecil apabila bersaing pada kelemahan pesaing.

*Bak kata Puan Guru - Berlumba-lumba bukan bersaing*

7 POINT PENTING DALAM MERANCANG PERKAHWINAN


Selepas bertunang, kami sama2 menabung, sebulan wajib sekurang2nya rm50 seorang, sedikit tapi iyalah, mana ada duit. Sewaktu berkahwin, dia masih belajar dan saya baru beberapa bulan bekerja. Saya habis belajar awal kerana UIA membenarkan pelajarnya menghabiskan pengajian secara express dengan syarat habis 120 kredit jam.. Awal-awal mahu berkahwin, ragu-ragu juga, mana nak dicari wang sebanyak itu untuk walimah. Tapi disebabkan dia meyakinkan saya dengan tawakkalnya, kami nekad kahwin awal juga. Saya berkeras tidak mahu berhutang untuk menjayakan majlis kami, dan alhamdulillah sekarang saya rasa tindakan itu sangat tepat kerana tidak trbeban dengan hutang kahwin. Alhamdulillah mak dan ayah faham dan sangat membantu. Banyak kali juga dia menyuarakan kekesalannya kerana saya yang menyara keluarga ketika itu. Dan beberapa kali itu juga air matanya kekadang minitis keluar. Seringkali meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan apa yang saya nak. Biasalah, perempuan pun namanya, ada waktu gilanya, gatal jugak menyebut nak itu ini. Kemudian baru menyesal. Haih.. Alhamdulillah sekarang, keadaan semakin baik, dulu kalau sedih, saya akan tepuk dada, ingatkan diri, berkahwin bererti bersedia untuk berkongsi, ikhlaskan hati untuk suami, insyaAllah, Allah akan bagi dan bagi kemudian nanti. Alhamdulillah, sekarang saya tak minta pun suami akan beri. Alhamdulillah. Terima kasih abang. Mudah2an Allah jaga rumah tangga kami. Pesan saya untuk adik2 yang nak dan merancang untuk berkahwin, elakkan berhutang sebelum berkahwin supaya tak terbeban dikemudian hari. Beli kereta apabila betul-betul sudah stabil, bukan untuk menunjuk2. Bab mas kahwin dan hantaran, pandai2lah berbincang dengan bakal suami, betullah kekadang mak ayah nak letakkan 10 ribu bagai, tapi buat perancangan dengan suami, jangan ditentang cakap mak ayah. Restu dan doa itu penting. Semoga Allah mudahkan urusan kalian yang bakal berkahwin. Amin 
Credit to Mama Zahraa

saya nak gariskan beberapa point penting, kepada yang betul-betul nak berkahwin
1) Matlamat kena jelas, niat kena kuat
2) Mula menabung dari sekarang
3) Kena bijak dalam berurusan dengan keluarga, guna IQ, bukan emosi saja
4) Saling memahami antara bakal pengantin, dan keluarga
5) Berusaha semampu kita, ALLAH nak lihat benda ni
6) Elakkan dari berhutang
7) Tawakkal kepada ALLAH..


Moga impian anda untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan..Amin

Takaful Apa yang Perlu Saya Ambil? Jangan Buat Tahu Kalau Tak Berapa Tahu


“Sungguh banyak produk takaful di pasaran!”
Ada pelbagai produk takaful di pasaran; Takaful Simpanan (Saving Takaful), Takaful Pendidikan (Education Takaful), Takaful Kesihatan (Medic Takaful), Takaful Penykit Kritikal (Critical Illness Takaful), Takaful Khusus Untuk Wanita (Women Special Tekaful), Takaful Berkaitan Pelaburan (Investment-Link Takaful), Takaful Warga Emas (Senior Citizens Takaful), Takaful Kemalangan Peribadi (Personel Accident Takaful) dan sebagainya.

Ya, terlalu banyak produk takaful di pasaran sekarang. Pertambahan syarikat-syarikat takaful beberapa akhir belakangan ini merancakkan lagi industri takaful di Malaysia. Persaingan antara mereka memberi pilihan kepada para pelanggan untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka.
“Jadi, polisi yang mana satukah yang patut saya ambil?”
Secara umunya, sebanyak mana produk yang ada di pasaran atau sebanyak mana produk yang anda ambil, hanya ada 4 sahaja kategori perlindungan takaful yang anda perlukan.

Ya, ada empat sahaja, iaitu;
1. Perlindungan Kematian dan Lumpuh (Life)
2. Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness)
3. Perlindungan Rawatan Hospital dan Pembedahan (Hospital and Surgical)
4. Perlindungan Kemalangan Diri.(Personel Accident)

Keempat-empat perlindungan ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Selepas seseorang menyertai keempat-empat pelan takaful ini barulah dia memikirkan untuk polisi-polisi lain seperti pendidikan, persaraan, invstment, penyakit khusus wanita dan sebagainya.
“Bagaimanakah keempat-empat jenis perlindungan ini berfungsi?”
Keempat-empatnya kategori ini saling lengkap-melengkapi antara satu lain. Ia memberi perlindungan untuk 4 jenis musibah yang jarang-jarang berlaku di dalam hidup kita tetapi memberi impak yang cukup besar sekiranya ia berlaku.

Kategori Pertama: Takaful Perlindungan Kematian dan Lumpuh
Secara umumnya, bukan semua orang layak untuk mengambil perlindungan takaful. Seseorang yang layak mengambil polisi mestilah mempunyai dua syarat utama ini iaitu; HIDUP dan SIHAT, dan pengakhiran hidup ini adalah kematian. Jadi di sinilah perlindungan takaful untuk kematian berfungsi. Ia memberi pampasan tunai kepada keluarga si mati tadi untuk meneruskan komitmen kewangan keluarga tersebut.

Sebagai contoh, jika seseorang pemegang polisi tadi seorang suami dan juga ayah, maka wang pampasan perlindungan ini diperoleh oleh isteri dan anak-anaknya. Maka dengan wang pampasan ini, isteri dan anak-anaknya dapat meneruskan hidup seolah-olah pendapatan suami dan ayah mereka masih berjalan sekalipun beliau sudah tiada. Apa pun, takaful tidak dapat menggantikan seratus peratus tempat suami atau ayah tersebut, namun ia meringankan beban keluarganya.
Kategori Kedua: Takaful Penyakit Kritikal
Seperti kategori pertama, pampasan untuk penyakit kritikal juga dalam bentuk tunai kepada pemegang polisi. Ia memberi perlindungan sebaik sahaja pemegang polisi menghidap salah satu daripada 40 jenis penyakit yang dilindungi seperti stroke, kanser, koma, sakit jantung dan sebagainya.

Perlu diingatkan di sini, ia memberi pampasan HANYA selepas disahkan oleh doktor. Fungsi perlindungan ini juga sama seperti kategori pertama iaitu untuk menyara hidup pemegang polisi serta keluarganya selepas menghidap penyakit kritikal, kerana selalunya setelah menghidap penyakit tersebut sudah tentu beliau tidak dapat bekerja sebagaimana biasa. Maka sudah tentu beliau terpaksa berhenti kerja. Jadi di sinilah fungsi takaful ini untuk membantu menggantikan pendapatan pemegang polisi.
Kategori Ketiga: Takaful Perlindungan Kemalangan Diri
Takaful jenis ini adalah yang paling murah di pasaran. Malah kadang-kadang ia diberikan percuma apabila anda membeli rumah atau membuka akaun simpanan di bank atau menandatangani borang kad kredit.

Ia bukanlah perlindungan untuk kemalangan kereta. Takaful kereta hanya memberi pampasan kepada kereta sahaja, tetapi bukan kepada pemilik kereta. Maka dengan hanya mengambil polisi kemalangan peribadi, ia turut memberi perlindungan kepada pemilik kenderaan apabila berlaku kemalangan.
Ia meliputi perlindungan kecederaan, lumpuh sementara, putus anggota lumpuh kekal dan juga kematian akibat kemalangan. Sebagaimana kategori pertama, dan kedua, ia memberi pampasan dalam bentuk tunai.
Kategori Keempat: Takaful Rawatan Hospital dan Pembedadahan.
Ia juga dikenal sebagai medical card atau medic assist atau insurans kesihatan. Ramai yang tersalah anggap bahawasanya dengan memiliki perlindungan penyakit kritikal mereka tidak perlu lagi kepada perlindungan rawatan hospital.

Sebenarnya, perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan untuk sara hidup pemegang polisi, sebaliknya perlindungan rawatan hospital memberi pampasan dalam bentuk pembayaran bil di hospital. Ia tidak memberi sebarang nilai tunai kepada pemegang polisi, sebagaimana perlindungan takaful kategori pertama, kedua dan ketiga.
Tidak seperti perlindungan penyakit kritikal, ia tidak semestinya seseorang perlu menghidap penyakit kritikal untuk mendapat pampasan perlindungan ini. Sebaik sahaja kemasukan ke hospital, ia terus memberi pampasan kepada pemegangnya dengan cara pembayaran bil.
“Saya memiliki medical card dengan RM 500,00.00, bukankah ia sudah mencukupi tanpa mengambil polisi penyakit kritikal?”
Andaikan anda dimasukkan ke hospital dan segala bil rawatan hospital ditanggung oleh medical card tersebut. Disebabkan oleh penyakit ini, anda terpaksa berhenti kerja. Jadi, bagaimanakah dengan kehidupan anda dan keluarga anda selepas itu? Adakah medical card dapat membantu anda membayar sewa rumah, ansurans kereta, makan minum, belanja dapur, belanja anak, bil telefon dan sebagainya?

Sudah tentu tidak! Bukankah sudah disebutkan tadi, ia saling melengkapi.
“Adakah saya perlu ambil semua keempat-empat jenis perlindungan di atas?”
“Sekiranya saya memiliki lebih daripada satu polisi, adakah saya boleh membuat tuntutan daripada semua polisi saya?”
“Berapakah kos yang paling murah untuk saya memiliki keempat-empat perlindungan di atas?”

Insya-allah anda boleh bertanya terus dari saya dengan menghantar personal email saya kaizanqd@hotamil.com . Credit kepada Tuan Afyan Mat Rawi, atas pengisian ini.

KERANA DIRI INI SANGAT BERHARGA - Aku & Business


Ini merupakan perkongsian dari Kak ANis, dari ANis Choc Moist Cake..sangat2 best, kerana ia memberi motivasi pada saya...silakan baca...
..................................................................................................................................................................
Ramai yang nak buat bisnes...belum pun START..tapi dah STUCK...Stuck kat mana? Ada yang stuck sebab TAKUTT....takut bila dia dah start nanti, macamana income dia? Sekarang boleh la..ada la income nak cover sana sini...Tapi, kalau resign..kalau dah start buat bisnes, gaji pun tak dak...macamana nak hidup?

U all ni kannnn..sebenarnya tengah sabotaj diri sendiri..tapi u all tak perasan tau!..U all ni, suka kata yang buruk-buruk je pasal diri sendiri...Tak konfiden lah..takut lah...risau lah...Apa masalahnya ni?..Semalam kami ditanya oleh seorang mamat ni...nama dia ALONG (nama sebenar dirahsiakan)..Yang kelakar pasal tempat keje mamat nii...dulu dia kata boleh la dapat gaji dalam RM 4K-RM5K sebulan..tapi selepas buat polisi baru, gaji mamat ni dah dipotong 50%...kadang-kadang dapat tak sampai seribu pun sebulan...Walla, itu fair la kot untuk company tu..sebab dia nak bagi diorang perform..sapa yang keje lebih, dia dapat lebih la tu..Tapi untuk yang menanggung? Cukup ke bro?..Dah kawen, dah ada anak...Kalau gaji banyak tu, sebenarnya orang Indonesia pun tak cukup nak hidup kat bumi Malaysia ni tau...
Saya tanya Along...u pernah rasa tak DIRI U TU AMAT BERHARGA?..diri u tu sebenarnya SANGAT BERNILAI?..Pernah tak rasa macam tu?...Dia diam je, menung jauh..tak jawab pun..Mesti tak pernah rasa la kot...Itu lah dia, langsung tak ada keyakinan diri rupanya..Sentiasa letakkan diri di SECOND CLASS...best ke jadi BANGSA MELAYU SECOND CLASS?..atau LOW CLASS?..Beli barang pun yang second hand..kalau ada yang orang bagi, lagi bagus...pakai je bekas orang...Macamana saya tau?.Sebab saya la tu dulu macam tu...Nak buat macamana beb, nak CUT COST!..cut..cut..cut...tapi bocor..bocor..jugak...Tak reti lagi masa tu...patutnya cari idea buat duit...bukannya cut cost!..Apa daaaaa....

Kerana....diri ini amat berharga.........(iklan :))

Saya kata pada Along, kami berdua ni dulu...masing-masing confident tahap gaban dengan diri sendiri!..Abang, dia sangat confident masa nak resign, dia kata kat abah..jangan risau apa-apa, kalau dia resign dan let say bisnes tak ok...sure dia akan senang dapat kerja kat mana-mana..Ex-boss dia ramai yang besar tapak tangan nak terima dia kembali...Mana-mana dia kerja pun, mesti boss-boss dia counter offer dia, tak bagi dia resign...

Ingat lagi, masa kami mula-mula berhijrah di KL ni kannn...saya yang start bekerja dulu, terpaksa jadi weekend wife..sebab suami masih bekerja di Penang...Pastu kan, dia dah dapat kerja kat branch di PJ, dengan company yang sama...Tup-tup rupanya boss kat sini tak tau apa...dan hilanglah kerja tu...Sebulan suamiku tak bekerja!Mak ayah di kampung tak tau apa-apa..Tak nak bagitau sebab takut diorang risau..

U rasa apa perasaan saya masa tu? Risau? Takut? Dah lah memboyot anak pertama masa tu...Saya sebenarnya TAK RISAU LANGSUNG!...Kenapa saya tak takut?..Sebab saya tau character suami saya!..Saya tau attitude dia..Saya konfiden dengan dia!..Pagi-pagi dia siap macam nak p ofis..tapi sebenarnya dia nak hantar saya ke LRT je...lepas tu, sepanjang hari dia di Cyber Cafe atau penuhkan aktiviti dengan interviews...dia act macam bekerja setiap hari..tak pernah dia MALAS!..Jadi, siapa tak konfiden?..Saya tau one day dia akan dapat kerja..Doa dan mintak je pada Allah and let it go...Alhamdulillah, cukup-cukup sebulan...dapat lah kerja..

Nampak ke nampak?

Saya pulak, nak start buat kek coklat sahaja....tanya sifu sana sini..semua tak konfiden dengan saya..Kata diorang, mana boleh nak hidup kalau buat kek coklat saja...Seriously, masa dikatakan macam tu..Saya fikir dalam hati...Aku rasa boleh!..Aku sangat konfiden!..Ramai peminat kek coklat ni...Pastu, buat je...TRY AND ADJUST...

Saya kata kat Along, kalau nak tunggu kek akak tu perfect..solid la sangat...konfem sampai ke hari ni akak tak dapat buat lagi...Sebab sentiasa ada ja yang tak betul sana sini...Sentiasa kita improvise dan betulkan...Tak perlu tunggu..tunggu..kaji..kajiii..berzaman kaji..nak buat kek coklat pun nak kaji apa berzaman-zaman?...buat je lah...kalau tak betul, nanti kita betulkan...So simple beb!..

Key word nya ialah..PERCAYALAH PADA DIRI SENDIRI...Ini tidak, bila budak kecik tu kata, aku ni tak tau la boleh berjaya macam dia ke tak...Aku ni tak tau la boleh jadi kaya macam dia ke tak...Hati kita lebih percaya pada budak kecik tu...Pastu bila pegi buat sale, kita cerita la produk kita tu bagussss sangat...tapi, orang susah nak percaya, sebab sebenarnya...orang boleh RASA yang u sendiri tak konfiden sebenarnya!..Tambah-tambah lagi..kalau u eager sangat nak jual kek coklat contohnya....Tapi u sendiri tak suka kek coklat, dan tak pernah rasa!..U tipu kelentong macamana sedap punn..orang susah nak percaya!..

Saya dulu..sebelum buat kek coklat ni...buat lah bisnes apa punnnn..meniaga larut malam ke, semuanya saya pastikan saya sampai ke puncak!..Saya tak suka sabotaj diri...Tak suka kata diri saya tak boleh!..Saya betul-betul sayangkan diri saya..Saya akan cuba seboleh-bolehnya...Kalau kita sendiri tak sayangkan diri kita..kalau kita sendiri rasa diri kita ni LEMAH...LONGLAI..LEMAU..PENAKUT...Macamana kita nak bawak produk kita? Macamana kita nak konfiden dengan produk kita? Macamana kita nak yakinkan orang supaya beli produk kita?

Biasakanlah puji suami atau isteri atau anak-anak atau kawan-kawan jika mereka berjaya...Janganlah kedekut kata pujian kepada orang lain...kerana itulah PUNCA KEKUATAN sebenarnya...Kadang kala mereka pun tak sedar bahawa mereka BAGUS, sehinggalah kita memuji mereka...Mereka pun takut juga sebenarnya...tapi dengan pujian kita, dengan kata-kata kitalah mereka akan bertambah yakin dengan diri mereka sendiri..Bila mereka rasa diri mereka sangat berharga...bila mereka merasa diri mereka sangat bernilai...lihatlah perubahannya..Segala-galanya akan bertukar menjadi LUAR BIASA!..Segala-galanya akan bertukar menjadi MUDAH dan INDAH.....Masyaallahhh..Allahu Akbar!....

WALLAHU'ALAM....

~Jom kita beristighfar 100x dan berselawat 1000x sehari  ~

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia