-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Secawan Kopi : Erti Nikmat Kehidupan


Orang yang bahagia bukan orang yang MENDAPAT mendapat segala yang terbaik di dunia, tetapi orang yang MENGGUNAKAN sesuatu dengan cara yang terbaik dari apa yang ada.

Kehidupan ibarat KOPI. Pekerjaan, kedudukan dan wang adalah ibarat CAWAN. 

Jika kita terlalu CEMBURU dan IRI HATI dengan cawan yang dimiliki oleh rakan, jiran dan musuh kita, kita TIDAK MENIKMATI air kopi yang dihadapan kita.

Jangan sesiakan PERHATIAN dan JIWA kita pada cawan yang digunakan oleh mereka, tetapi berikan TUMPUAN dan NIKMATILAH air kopi yang sedang kita minum.

Kerana kebahagian kita bukanlah sesuatu yang dinilai orang, tetapi sesuatu yang kita nikmati …

Credit to Dr Zubaidi Hj Ahmad

Biar Gambar Berbicara: Ikut Adat Atau Ikut Agama?


Chase Your Dream Or Do Nothing


Antara MCD, Burger King & Mcd - Adakah Mereka Pesaing?

Perkongsian ini adalah untuk shiff paradigma mind business kita dari melihat pesaing dan kelainan, perkongsian ini daripada Puan Rini Bt Rahmat, Pemilik Syarikat Rich Food, moga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.


Cuba ambil contoh mudah.
Mc Donalds & Burger King menjual produk yang sama iaitu makanan fast food (burger) yang sama.

Adakah mereka pesaing?

Tetapi Mcdonalds & KFC menjual produk yang berlainan iaitu makanan fast food yang tidak sama.

Bagaimana pula KFC, Pizza Hut & A&W yang merupakan restoran fast food yang berlainan.
Adakah kesemuanya pesaing?

Ataupun mereka telah mewujudkan industri "fast food". Lagi besar industri "fast food", lagi banyak keuntungan yang dimiliki oleh kesemua restoran tersebut.

Ini kerana kesedaran & permintaan industri fast food bertambah secara keseluruhannya.

Cuba bayangkan.

Sekiranya dunia ini tiada restoran-restoran fast food langsung. Cuma yang ada, hanya McDonalds. Adakah ini akan mewujudkan kesedaran industri tersebut? Sudah pasti McDonalds juga tidak dapat tersebar dengan luas.

Sebagai contoh lain,

Jika anda menjual Kek Coklat A, di pasaran makin lama tumbuh bagai cendawan Kek Coklat B, C, D dan seterusnya.

Adakah mereka pesaing anda?

Atau pun mereka telah mewujudkan industri kek coklat segera. Di mana ianya di letakkan didalam bekas, di sediakan sudu & boleh di makan begitu sahaja tanpa di potong.

Lupakan Pesaing. Cipta Kelainan dari pesaing yang ada.

Antara Planet Hollywood & Hard Rock Cafe?
Antara Burger King & Mcdonalds?
Antara Haagan Dazs dan Baskin Robbins?
Antara Kek Coklat A & Kek Coklat E?

Eheheh.

Adakah mereka pesaing?
Mereka menjual produk yang sama.
Bagaimana mereka dapat bertahan di dalam pasaran dan industri?

Jawapannya.

-
-
-
-
-
-
-
-

"Persaingan yang berlaku BUKAN pada “mencari KELEMAHAN dan ciptakan kelainan”. Sekiranya kita cari KELEMAHAN, pesaing juga akan berusaha MEMPERBETULKAN KELEMAHAN TERSEBUT"

Jawapan yang TEPAT adalah mencari kelainan dari KEKUATAN PESAING!

Sekiranya kita terus “mencari KELEMAHAN dan mencipta KELAINAN”, pesaing juga boleh memperbetulkan KELEMAHAN mereka seperti menawarkan harga rendah, kualiti rendah, penghantaran lambat dan lain-lain.

Tetapi, sekiranya kita “mencari KEKUATAN dan mencipta KELAINAN” daripada KEKUATAN tersebut, pesaing tidak boleh ubah KEKUATAN MEREKA!

Perniagaan kecil-kecilan tetap menjadi kecil apabila bersaing pada kelemahan pesaing.

*Bak kata Puan Guru - Berlumba-lumba bukan bersaing*

7 POINT PENTING DALAM MERANCANG PERKAHWINAN


Selepas bertunang, kami sama2 menabung, sebulan wajib sekurang2nya rm50 seorang, sedikit tapi iyalah, mana ada duit. Sewaktu berkahwin, dia masih belajar dan saya baru beberapa bulan bekerja. Saya habis belajar awal kerana UIA membenarkan pelajarnya menghabiskan pengajian secara express dengan syarat habis 120 kredit jam.. Awal-awal mahu berkahwin, ragu-ragu juga, mana nak dicari wang sebanyak itu untuk walimah. Tapi disebabkan dia meyakinkan saya dengan tawakkalnya, kami nekad kahwin awal juga. Saya berkeras tidak mahu berhutang untuk menjayakan majlis kami, dan alhamdulillah sekarang saya rasa tindakan itu sangat tepat kerana tidak trbeban dengan hutang kahwin. Alhamdulillah mak dan ayah faham dan sangat membantu. Banyak kali juga dia menyuarakan kekesalannya kerana saya yang menyara keluarga ketika itu. Dan beberapa kali itu juga air matanya kekadang minitis keluar. Seringkali meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan apa yang saya nak. Biasalah, perempuan pun namanya, ada waktu gilanya, gatal jugak menyebut nak itu ini. Kemudian baru menyesal. Haih.. Alhamdulillah sekarang, keadaan semakin baik, dulu kalau sedih, saya akan tepuk dada, ingatkan diri, berkahwin bererti bersedia untuk berkongsi, ikhlaskan hati untuk suami, insyaAllah, Allah akan bagi dan bagi kemudian nanti. Alhamdulillah, sekarang saya tak minta pun suami akan beri. Alhamdulillah. Terima kasih abang. Mudah2an Allah jaga rumah tangga kami. Pesan saya untuk adik2 yang nak dan merancang untuk berkahwin, elakkan berhutang sebelum berkahwin supaya tak terbeban dikemudian hari. Beli kereta apabila betul-betul sudah stabil, bukan untuk menunjuk2. Bab mas kahwin dan hantaran, pandai2lah berbincang dengan bakal suami, betullah kekadang mak ayah nak letakkan 10 ribu bagai, tapi buat perancangan dengan suami, jangan ditentang cakap mak ayah. Restu dan doa itu penting. Semoga Allah mudahkan urusan kalian yang bakal berkahwin. Amin 
Credit to Mama Zahraa

saya nak gariskan beberapa point penting, kepada yang betul-betul nak berkahwin
1) Matlamat kena jelas, niat kena kuat
2) Mula menabung dari sekarang
3) Kena bijak dalam berurusan dengan keluarga, guna IQ, bukan emosi saja
4) Saling memahami antara bakal pengantin, dan keluarga
5) Berusaha semampu kita, ALLAH nak lihat benda ni
6) Elakkan dari berhutang
7) Tawakkal kepada ALLAH..


Moga impian anda untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan..Amin

Takaful Apa yang Perlu Saya Ambil? Jangan Buat Tahu Kalau Tak Berapa Tahu


“Sungguh banyak produk takaful di pasaran!”
Ada pelbagai produk takaful di pasaran; Takaful Simpanan (Saving Takaful), Takaful Pendidikan (Education Takaful), Takaful Kesihatan (Medic Takaful), Takaful Penykit Kritikal (Critical Illness Takaful), Takaful Khusus Untuk Wanita (Women Special Tekaful), Takaful Berkaitan Pelaburan (Investment-Link Takaful), Takaful Warga Emas (Senior Citizens Takaful), Takaful Kemalangan Peribadi (Personel Accident Takaful) dan sebagainya.

Ya, terlalu banyak produk takaful di pasaran sekarang. Pertambahan syarikat-syarikat takaful beberapa akhir belakangan ini merancakkan lagi industri takaful di Malaysia. Persaingan antara mereka memberi pilihan kepada para pelanggan untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka.
“Jadi, polisi yang mana satukah yang patut saya ambil?”
Secara umunya, sebanyak mana produk yang ada di pasaran atau sebanyak mana produk yang anda ambil, hanya ada 4 sahaja kategori perlindungan takaful yang anda perlukan.

Ya, ada empat sahaja, iaitu;
1. Perlindungan Kematian dan Lumpuh (Life)
2. Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness)
3. Perlindungan Rawatan Hospital dan Pembedahan (Hospital and Surgical)
4. Perlindungan Kemalangan Diri.(Personel Accident)

Keempat-empat perlindungan ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Selepas seseorang menyertai keempat-empat pelan takaful ini barulah dia memikirkan untuk polisi-polisi lain seperti pendidikan, persaraan, invstment, penyakit khusus wanita dan sebagainya.
“Bagaimanakah keempat-empat jenis perlindungan ini berfungsi?”
Keempat-empatnya kategori ini saling lengkap-melengkapi antara satu lain. Ia memberi perlindungan untuk 4 jenis musibah yang jarang-jarang berlaku di dalam hidup kita tetapi memberi impak yang cukup besar sekiranya ia berlaku.

Kategori Pertama: Takaful Perlindungan Kematian dan Lumpuh
Secara umumnya, bukan semua orang layak untuk mengambil perlindungan takaful. Seseorang yang layak mengambil polisi mestilah mempunyai dua syarat utama ini iaitu; HIDUP dan SIHAT, dan pengakhiran hidup ini adalah kematian. Jadi di sinilah perlindungan takaful untuk kematian berfungsi. Ia memberi pampasan tunai kepada keluarga si mati tadi untuk meneruskan komitmen kewangan keluarga tersebut.

Sebagai contoh, jika seseorang pemegang polisi tadi seorang suami dan juga ayah, maka wang pampasan perlindungan ini diperoleh oleh isteri dan anak-anaknya. Maka dengan wang pampasan ini, isteri dan anak-anaknya dapat meneruskan hidup seolah-olah pendapatan suami dan ayah mereka masih berjalan sekalipun beliau sudah tiada. Apa pun, takaful tidak dapat menggantikan seratus peratus tempat suami atau ayah tersebut, namun ia meringankan beban keluarganya.
Kategori Kedua: Takaful Penyakit Kritikal
Seperti kategori pertama, pampasan untuk penyakit kritikal juga dalam bentuk tunai kepada pemegang polisi. Ia memberi perlindungan sebaik sahaja pemegang polisi menghidap salah satu daripada 40 jenis penyakit yang dilindungi seperti stroke, kanser, koma, sakit jantung dan sebagainya.

Perlu diingatkan di sini, ia memberi pampasan HANYA selepas disahkan oleh doktor. Fungsi perlindungan ini juga sama seperti kategori pertama iaitu untuk menyara hidup pemegang polisi serta keluarganya selepas menghidap penyakit kritikal, kerana selalunya setelah menghidap penyakit tersebut sudah tentu beliau tidak dapat bekerja sebagaimana biasa. Maka sudah tentu beliau terpaksa berhenti kerja. Jadi di sinilah fungsi takaful ini untuk membantu menggantikan pendapatan pemegang polisi.
Kategori Ketiga: Takaful Perlindungan Kemalangan Diri
Takaful jenis ini adalah yang paling murah di pasaran. Malah kadang-kadang ia diberikan percuma apabila anda membeli rumah atau membuka akaun simpanan di bank atau menandatangani borang kad kredit.

Ia bukanlah perlindungan untuk kemalangan kereta. Takaful kereta hanya memberi pampasan kepada kereta sahaja, tetapi bukan kepada pemilik kereta. Maka dengan hanya mengambil polisi kemalangan peribadi, ia turut memberi perlindungan kepada pemilik kenderaan apabila berlaku kemalangan.
Ia meliputi perlindungan kecederaan, lumpuh sementara, putus anggota lumpuh kekal dan juga kematian akibat kemalangan. Sebagaimana kategori pertama, dan kedua, ia memberi pampasan dalam bentuk tunai.
Kategori Keempat: Takaful Rawatan Hospital dan Pembedadahan.
Ia juga dikenal sebagai medical card atau medic assist atau insurans kesihatan. Ramai yang tersalah anggap bahawasanya dengan memiliki perlindungan penyakit kritikal mereka tidak perlu lagi kepada perlindungan rawatan hospital.

Sebenarnya, perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan untuk sara hidup pemegang polisi, sebaliknya perlindungan rawatan hospital memberi pampasan dalam bentuk pembayaran bil di hospital. Ia tidak memberi sebarang nilai tunai kepada pemegang polisi, sebagaimana perlindungan takaful kategori pertama, kedua dan ketiga.
Tidak seperti perlindungan penyakit kritikal, ia tidak semestinya seseorang perlu menghidap penyakit kritikal untuk mendapat pampasan perlindungan ini. Sebaik sahaja kemasukan ke hospital, ia terus memberi pampasan kepada pemegangnya dengan cara pembayaran bil.
“Saya memiliki medical card dengan RM 500,00.00, bukankah ia sudah mencukupi tanpa mengambil polisi penyakit kritikal?”
Andaikan anda dimasukkan ke hospital dan segala bil rawatan hospital ditanggung oleh medical card tersebut. Disebabkan oleh penyakit ini, anda terpaksa berhenti kerja. Jadi, bagaimanakah dengan kehidupan anda dan keluarga anda selepas itu? Adakah medical card dapat membantu anda membayar sewa rumah, ansurans kereta, makan minum, belanja dapur, belanja anak, bil telefon dan sebagainya?

Sudah tentu tidak! Bukankah sudah disebutkan tadi, ia saling melengkapi.
“Adakah saya perlu ambil semua keempat-empat jenis perlindungan di atas?”
“Sekiranya saya memiliki lebih daripada satu polisi, adakah saya boleh membuat tuntutan daripada semua polisi saya?”
“Berapakah kos yang paling murah untuk saya memiliki keempat-empat perlindungan di atas?”

Insya-allah anda boleh bertanya terus dari saya dengan menghantar personal email saya kaizanqd@hotamil.com . Credit kepada Tuan Afyan Mat Rawi, atas pengisian ini.

KERANA DIRI INI SANGAT BERHARGA - Aku & Business


Ini merupakan perkongsian dari Kak ANis, dari ANis Choc Moist Cake..sangat2 best, kerana ia memberi motivasi pada saya...silakan baca...
..................................................................................................................................................................
Ramai yang nak buat bisnes...belum pun START..tapi dah STUCK...Stuck kat mana? Ada yang stuck sebab TAKUTT....takut bila dia dah start nanti, macamana income dia? Sekarang boleh la..ada la income nak cover sana sini...Tapi, kalau resign..kalau dah start buat bisnes, gaji pun tak dak...macamana nak hidup?

U all ni kannnn..sebenarnya tengah sabotaj diri sendiri..tapi u all tak perasan tau!..U all ni, suka kata yang buruk-buruk je pasal diri sendiri...Tak konfiden lah..takut lah...risau lah...Apa masalahnya ni?..Semalam kami ditanya oleh seorang mamat ni...nama dia ALONG (nama sebenar dirahsiakan)..Yang kelakar pasal tempat keje mamat nii...dulu dia kata boleh la dapat gaji dalam RM 4K-RM5K sebulan..tapi selepas buat polisi baru, gaji mamat ni dah dipotong 50%...kadang-kadang dapat tak sampai seribu pun sebulan...Walla, itu fair la kot untuk company tu..sebab dia nak bagi diorang perform..sapa yang keje lebih, dia dapat lebih la tu..Tapi untuk yang menanggung? Cukup ke bro?..Dah kawen, dah ada anak...Kalau gaji banyak tu, sebenarnya orang Indonesia pun tak cukup nak hidup kat bumi Malaysia ni tau...
Saya tanya Along...u pernah rasa tak DIRI U TU AMAT BERHARGA?..diri u tu sebenarnya SANGAT BERNILAI?..Pernah tak rasa macam tu?...Dia diam je, menung jauh..tak jawab pun..Mesti tak pernah rasa la kot...Itu lah dia, langsung tak ada keyakinan diri rupanya..Sentiasa letakkan diri di SECOND CLASS...best ke jadi BANGSA MELAYU SECOND CLASS?..atau LOW CLASS?..Beli barang pun yang second hand..kalau ada yang orang bagi, lagi bagus...pakai je bekas orang...Macamana saya tau?.Sebab saya la tu dulu macam tu...Nak buat macamana beb, nak CUT COST!..cut..cut..cut...tapi bocor..bocor..jugak...Tak reti lagi masa tu...patutnya cari idea buat duit...bukannya cut cost!..Apa daaaaa....

Kerana....diri ini amat berharga.........(iklan :))

Saya kata pada Along, kami berdua ni dulu...masing-masing confident tahap gaban dengan diri sendiri!..Abang, dia sangat confident masa nak resign, dia kata kat abah..jangan risau apa-apa, kalau dia resign dan let say bisnes tak ok...sure dia akan senang dapat kerja kat mana-mana..Ex-boss dia ramai yang besar tapak tangan nak terima dia kembali...Mana-mana dia kerja pun, mesti boss-boss dia counter offer dia, tak bagi dia resign...

Ingat lagi, masa kami mula-mula berhijrah di KL ni kannn...saya yang start bekerja dulu, terpaksa jadi weekend wife..sebab suami masih bekerja di Penang...Pastu kan, dia dah dapat kerja kat branch di PJ, dengan company yang sama...Tup-tup rupanya boss kat sini tak tau apa...dan hilanglah kerja tu...Sebulan suamiku tak bekerja!Mak ayah di kampung tak tau apa-apa..Tak nak bagitau sebab takut diorang risau..

U rasa apa perasaan saya masa tu? Risau? Takut? Dah lah memboyot anak pertama masa tu...Saya sebenarnya TAK RISAU LANGSUNG!...Kenapa saya tak takut?..Sebab saya tau character suami saya!..Saya tau attitude dia..Saya konfiden dengan dia!..Pagi-pagi dia siap macam nak p ofis..tapi sebenarnya dia nak hantar saya ke LRT je...lepas tu, sepanjang hari dia di Cyber Cafe atau penuhkan aktiviti dengan interviews...dia act macam bekerja setiap hari..tak pernah dia MALAS!..Jadi, siapa tak konfiden?..Saya tau one day dia akan dapat kerja..Doa dan mintak je pada Allah and let it go...Alhamdulillah, cukup-cukup sebulan...dapat lah kerja..

Nampak ke nampak?

Saya pulak, nak start buat kek coklat sahaja....tanya sifu sana sini..semua tak konfiden dengan saya..Kata diorang, mana boleh nak hidup kalau buat kek coklat saja...Seriously, masa dikatakan macam tu..Saya fikir dalam hati...Aku rasa boleh!..Aku sangat konfiden!..Ramai peminat kek coklat ni...Pastu, buat je...TRY AND ADJUST...

Saya kata kat Along, kalau nak tunggu kek akak tu perfect..solid la sangat...konfem sampai ke hari ni akak tak dapat buat lagi...Sebab sentiasa ada ja yang tak betul sana sini...Sentiasa kita improvise dan betulkan...Tak perlu tunggu..tunggu..kaji..kajiii..berzaman kaji..nak buat kek coklat pun nak kaji apa berzaman-zaman?...buat je lah...kalau tak betul, nanti kita betulkan...So simple beb!..

Key word nya ialah..PERCAYALAH PADA DIRI SENDIRI...Ini tidak, bila budak kecik tu kata, aku ni tak tau la boleh berjaya macam dia ke tak...Aku ni tak tau la boleh jadi kaya macam dia ke tak...Hati kita lebih percaya pada budak kecik tu...Pastu bila pegi buat sale, kita cerita la produk kita tu bagussss sangat...tapi, orang susah nak percaya, sebab sebenarnya...orang boleh RASA yang u sendiri tak konfiden sebenarnya!..Tambah-tambah lagi..kalau u eager sangat nak jual kek coklat contohnya....Tapi u sendiri tak suka kek coklat, dan tak pernah rasa!..U tipu kelentong macamana sedap punn..orang susah nak percaya!..

Saya dulu..sebelum buat kek coklat ni...buat lah bisnes apa punnnn..meniaga larut malam ke, semuanya saya pastikan saya sampai ke puncak!..Saya tak suka sabotaj diri...Tak suka kata diri saya tak boleh!..Saya betul-betul sayangkan diri saya..Saya akan cuba seboleh-bolehnya...Kalau kita sendiri tak sayangkan diri kita..kalau kita sendiri rasa diri kita ni LEMAH...LONGLAI..LEMAU..PENAKUT...Macamana kita nak bawak produk kita? Macamana kita nak konfiden dengan produk kita? Macamana kita nak yakinkan orang supaya beli produk kita?

Biasakanlah puji suami atau isteri atau anak-anak atau kawan-kawan jika mereka berjaya...Janganlah kedekut kata pujian kepada orang lain...kerana itulah PUNCA KEKUATAN sebenarnya...Kadang kala mereka pun tak sedar bahawa mereka BAGUS, sehinggalah kita memuji mereka...Mereka pun takut juga sebenarnya...tapi dengan pujian kita, dengan kata-kata kitalah mereka akan bertambah yakin dengan diri mereka sendiri..Bila mereka rasa diri mereka sangat berharga...bila mereka merasa diri mereka sangat bernilai...lihatlah perubahannya..Segala-galanya akan bertukar menjadi LUAR BIASA!..Segala-galanya akan bertukar menjadi MUDAH dan INDAH.....Masyaallahhh..Allahu Akbar!....

WALLAHU'ALAM....

~Jom kita beristighfar 100x dan berselawat 1000x sehari  ~

9 Panduan Sebelum Renew Insurance Kereta - Apa yang Ejen Insurance Tak Bagi Tahu Anda


1. Bilakah selalunya anda memperbaharui cukai jalan (roadtax) kereta anda?
Pengalaman saya selaku wakil takaful, ramai pemilik kenderaan yang melakukannya di saat-saat akhir sebelum tamat roadtax. Malah ramai juga yang melakukannya selepas tamat tempoh.

Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tamat tempohnya.
Ya, 60 hari! Tidak percaya? Sila lihat geran kereta anda. Oho….tentu ramai juga yang tidak pernah membelek geran kereta sebaik sahaja membeli kereta, bukan?
2. Jangan serah bulat-bulat kepada ejen takaful atau insurans.
Selalunya kita akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful atau insurans untuk menguruskannya sehingga memperoleh roadtax. Sila semak maklumat perlindungan takaful atau insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna.
Selaku pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful kereta.
3. Pastikan jumlah perlindungan takaful adalah mengikut harga semasa.
Jumlah perlindungan takaful atau sum-insured adalah hak pengguna untuk tentukan, bukan ejen. Ejen hanya mencadangkan dan jumlah yang sewajarnya adalah di tangan pemilik kereta.

4. Jangan over-insured
Jika jumlah perlindungan diserah bulat-bulat kepada ejen, selalunya ejen akan meletakkan harga yang tinggi. Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa.

5. Tetapi, jangan pula below-insured
Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan takaful kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat takaful atau insurans hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan. Tetapi sesetengah syarikat takaful masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan takaful dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%.

Contoh untuk perkara 3, 4 dan 5;
Kereta Proton Persona yang dikeluarkan tahun 2008 yang dibeli pada harga RM 53,000. Pada 2009, harganya telah jatuh sekitar RM 45000.00 – RM 47,000.00. maka pemilik kereta tersebut hendaklah meletakkan jumlah perlindungan takaful atau insurans pada harga sekurang-kurangnya RM 45,000 dan jangan melebihi RM 47,000.00

6. Jadi, bagaimana untuk mengetahui harga pasaran kereta.
Jalan yang paling selamat adalah dengan anda menghubungi pihak bank, untuk mendapatkan nilai sebenar jumlah perlindungan kereta anda. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali.

Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri.
Cara paling mudah sekiranya anda malas untuk menghubungi pihak bank atau kedai kereta terpakai adalah dengan cara anda membelek ruang iklan di akhbar, majalah atau internet. Anda kumpulkan harga-harga kereta yang ada, kemudian anda cari purata harga kereta tersebut. Atau anda boleh juga mengambil harga tertinggi, dan harga terendah, kemudian bahagi keduanya.
7. Pastikan NCD (non-claim discount) atau NCB (non-claim bonus) anda mengikut apa yang sepatutnya.
NCD atau NCB ini adalah diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan. Ia bermula dengan 0% dan maksimum 55% pada tahun ke-5 untuk kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3.

8. Bagaimana untuk berpindah daripada insurans kepada takaful?
Ramai pemilik kenderaan yang berasa khuatir untuk bertukar daripada insurans kepada takaful dengan momokan bahawa mereka akan rugi kerana NCD akan menjadi 0%.

Walhal ia tidak benar sama sekali. Anda boleh membawa nilai NCD anda daripada syarikat insurans kepada takaful dengan membawa bukti dokumen NCD yang lama seperti covernote atau renewal notis syarikat lama. Ia juga boleh didapati dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat insurans lama.
Sebagaimana ditegaskan di dalam perkara ke-2 tadi, jangan serahkan bulat-bulat kepada ejen insurans atau wakil. Kadang-kadang berlaku apabila bertukar syarikat insurans, ada ejen insurans atau takaful yang mengambil kesempatan atas ketidaktahuan pengguna untuk memanipulasi perkara ini.
9. Anda juga boleh memindahkan NCD apabila menukar kereta.
Ini satu lagi maklumat yang jarang-jarang didedahkan. Selalunya berlaku apabila anda menukar kereta baru atau trade-in. Sebenarnya, NCD kereta lama anda boleh dibawa kepada kereta yang baru anda beli atau trda-in.

Sebagai contoh, sebelum ini anda memakai kereta kancil 850 yang berharga RM 15,000.00, dan NCD kereta anda itu sudah mencecah 55%. Apabila anda bertukar kepada kereta baru, anda boleh memindahkan NCD 55% tadi kepada kereta baru anda. Bertukar kereta baru tadi, tidak hanya bermaksud kereta yang baru dikeluarkan, ia bermaksud kereta baru dibeli. Tidak kira kereta baru atau kereta second hand, atau second hand yang baru.
Selalu berlaku ke atas pengguna, apabila bertukar kereta baru, NCD akan menjadi 0% kembali dan ia tidak didedahkan oleh penjual kereta merangkap ejen takaful atau insurans kereta tersebut. Jadi, di sinilah pentingnya serba sedikit ilmu pengetahuan sebagai pengguna untuk mengelak daripada diperguna.
Credit to Tuan Afyan Mat Rawi
Ingin memperbaharui roadtax anda sekarang? 

Sebuah Kehidupan Atau Sekeping Sijil


bulan ni adalah bulan Konvokesyen, maka ramailah siswa2 siswi2 berpakaian segak bergaya untuk "naik pentas of fame", selepas itu pula mereka semua akan bergambar sambil baling topi piring tu..( (-.-) siapa yang ajar tah, rosak kang tak pasal2 kena bayar) - tapi persoalannya apakah yang akan berlaku selepas itu, graduasi ini melambangkan Sebuah kehidupan baru yang cerah atau hanya sekeping sijil? itu persoalan yang kita perlu jawab sendiri...


Doa Buat Jiwa Yang Resah - Amalkan

Khas buat jiwa-jiwa yang resah, yang sedang menghadapi keributan di dalam usahanya mencapai matlamat. Amalkan doa ini pada setiap malam sebelum tidur.

"Ya Allah, lenyapkanlah dukacitaku, hilangkanlah kesedihanku, sembuhkanlah kesakitanku dan halaulah keresahan dari jiwaku. Ya Allah, buatlah mata yang tidak mahu lelap ini rasa mengantuk yang memberi ketenangan, letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir. Aku inginkan sepenuh keberkatan dari Mu."

Amin Ya Allah... 

jom kita amalkan bersama ya..

Biar Gambar Berbicara: Tipah Tertipu


Tips & Trick Media Social: Be Your Self

Tips hari ini tentang social media:

Dalam Facebook/Facebook Page, kita kena transparent tentang siapa diri kita.

Maksudnya, kita tak digalakkan untuk 'berlakon' di pihak orang lain.

Kalau kita yang menjadi admin untuk facebook suami contohnya, jangan kita tiba-tiba bertukar jantina pulak..

Maintain jadi isteri, dan di setiap komen letakkan nama kita yg sebenar.Bukan nama suami.

Sebab, pemikiran kita dan pemikiran suami tentu berbeza.Kalau kita berlakon di pihaknya, orang akan konfius nanti.

♥Orang boleh rasa tau.., asli ke tiruan.. 


Ini merupakan pengisian dari Kak Anis, Dari Anis Choc Moist Cake...jom kita manfaatkan ilmu-ilmu yang diberi..selamat maju jaya, moga anda kaya dan berjaya

Tips Business Melalui FB Pages/personal

Selamat pagi semua...moga hari-hari kita diberkhati ALLAH S.W.T..hurmmm..di pagi yang indah ini, saya nak share perkongsian dari Puan Anis, Big Boss Anis Choc Moist Cake. Saya kira, ia adalah perkongsian yang sangat sangat baik..jom baca
____________________________________________________________________________________________
Ada yang nak start promote bisnes dengan gunakan Facebook/Page kan?.

Macam ni..

First of all, sebelum post apa-apa status, tanya dulu pada diri sendiri:

◆Adakah mesej you ni berguna? ◆Adakah mesej you mempunyai nilai yang tinggi?
◆Kalau kita pengguna, kita suka tak dapat mesej macam tu? Ke rasa macam rimas?..

Kalau you kata yes, teruskan post.Kalau tak nampak nilainya, lebih baik tak payah post.

Sebab, sekarang ni..orang yang akan menang dalam social media ni adalah orang yang 'engage' dengan pelanggan/prospek secara positif dan memberi banyak maklumat berguna.

Faham?..

♥Ingat satu jer,'Apa yang pelanggan nak?....


___________________________________________________________________________________________
amacam? boleh boleh? (^_^) moga anda kaya berjaya dan bertaqwa

Aku Nak Mengembara!

Sahabat aku, Naim menimbulkan persoalan "Abang tak teringin ka nak mengembara? ishh best kot..dapat pengalaman".. 

Tiba-tiba hati aku terdetik untuk mengembara..kerana persoalan itu sudah lama aku tanya pada diri aku..aku sangat teringin nak mngembara ke tempat orang..mengambara style bag packers..nak merantau dunia...aku nak pergi Turky, Japan, Geman, Germany, Mekah, Madinah, Syurga!! ..huuuu..pasti best!..siapa nak ikut? haha..seriously..sebelum aku berkahwin, aku nak mengembara...

Aku yakin, pasti best, sebab pengalamanlah yang menghasilkan kemanisan kehidupan..Pasti banyak ilmu-ilmu yang aku dapat pelajari, pasti seronok giler..haha.. JOM start plan!

Ada 3 Polisi Tapi Tak boleh Claim - What Your So Called Agent Do not Tell You

Isu ini adalah berkenaan wanita bernama Ms Theresa Tan yang mempunyai 3 polisi insurans, tapi tidak dapat buat tuntutan, puan ini tidak dapat membuat tuntutan untuk penyakit kansernya yang di peringkat “karsinoma in-situ”. Ini adalah peringkat awal kanser atau peringkat 0.
Kes ini berlaku di Singapura dan disiarkan di dalam akhbar The New Paper, 31 Aug 2010. Website akhbar tersebut ialah http://tnp.sg/. Walaupun kandungannya sudah tiada di website berkenaan, tatapi ia masih boleh dibaca di beberapa website lain termasuk website ini
_________________________________________________________________________________
3 Policies, But No Coverage
WITH three critical illness policies under her belt, she assumed her insurance coverage was comprehensive enough.

Ms Theresa Tan’s policies with Prudential saw her dutifully forking out a total of $600 in insurance premiums every month.
She believed she had forked out about $77,000 for them over the years. But when it came to coverage, the mother of three, 42, thought wrong.
She was diagnosed with early stage breast cancer, or stage 0, in June.
That same month, she went through a 12-hour operation at Gleneagles Hospital to remove her right breast and to have reconstructive surgery done, using skin and fat from her stomach.
The operation and hospitalisation cost $30,000 and was covered by another insurance policy she had with Aviva.
Ms Tan then tried submitting her claim to Prudential this month for loss or potential loss of income.
She thought she could claim up to $100,000 for one policy and up to $107,000 for another policy.
But her claims were rejected by Prudential, which explained to her in a letter that her condition was non-invasive and “does not fulfil the definition of cancer”.
Ms Tan’s condition is known as ductal carcinoma in situ (DCIS) in her right breast.
This is a condition where the cancer starts in the milk ducts of the breast. It was considered non-invasive at that stage as the cancer had not spread beyond the milk ducts into the surrounding breast tissue.
In Ms Tan’s case, she had a mastectomy because the cancer cells were located in various parts of her breast.
Prudential’s decision has surprised Ms Tan, especially since her family’s medical history was known to her insurance agents.
Her mother was diagnosed with breast cancer when she was 19 years old. She subsequently died in 2003 after a long battle against cancer.
Her mother’s illness was what made Ms Tan buy her first insurance policy when she was 22.
Said Ms Tan, who is the co-partner of nanzinc.com, an online portal set up with her friend, entrepreneur Nanz Chong-Komo: “Fortunately, my mum had a pension plan so her treatment was covered.
“But seeing what she went through and given I was not under pension, I wanted to make sure that I was provided for.
“I thought by buying three policies I was covering myself in every circumstance, but it didn’t work out that way.”
She claimed the gaps in her policy – it did not cover early stage cancer – was not explained to her by her insurance agents.
Neither was the option of a rider to supplement her existing policies offered.
“What does this term mean?”
Did she think she should have read the fine print in her policy documents?
She said: “Even if I had read the fine print, I don’t think I would have understood what DCIS meant as a layman.”
Ms Tan, who set up a blog – A Clean Breast of It – about her battle with breast cancer, said she later found out that most insurers do not pay out for non-invasive, early stage cancers.
Critical illness coverage typically covers the loss of income that comes from up to 30 critical diseases. These include major cancers, heart attack, coronary artery bypass, stroke and kidney failure.
Fortunately, Ms Tan, who is on three months’ medical leave since her operation, has not suffered loss of income as she is still being paid.
Apart from the online portal, Ms Tan also runs a writing agency, earning on average $5,500 per month.
But she said: “It does limit my options. I can’t continue to keep being paid if I’m not working. What happens if I still don’t feel well after three months? Or if I need to take a six-month break to rest?”
Currently, she suffers from stomach cramps and can barely sit up for two hours at a go, she said. Ms Tan said: “I hope telling my story will create more awareness. I tell my friends to check their coverage and to make sure they are covered in full.”
What she wishes is for the insurance industry to broaden its definition of critical illness to include non-invasive and early stage cancers.
Or to at least make it compulsory to offer to customers other options which cover the gaps in any policy, she said.
Ms Tan lives in the east with her husband, 43, a civil servant, their son, 11, two daughters, four and nine, and her parents-in-law, both retirees in their 70s.
A spokesman for Prudential Singapore said Ms Tan’s policies “unfortunately do not qualify for stage 0 cancer.”
She said coverage of early stage cancers depend on the kind of policy purchased and the definition of cancer in that particular policy.
She said: “Standard critical illness (CI) policies typically do not cover stage 0 cancer… It is important to know that each and every critical illness stated in the CI policy is precisely defined.
“They are based on standard definitions given by the Life Insurance Association (LIA). Unless the person’s disease or surgery has fully satisfied the definition in the policy, no claim is payable.”
But the spokesman pointed out that Prudential has policies like PruSmart Lady, which provide coverage for female-related illnesses that are non-critical in nature such as DCIS.
Policy booklet
She added that all information pertaining to a specific policy is provided in the policy booklet given to customers.
Dr Wong Seng Weng, 40, consultant oncologist at The Cancer Centre, drew a distinction between cancers where the person’s longevity is compromised versus conditions which are treatable.
He said: “DCIS, if diagnosed and treated early, usually the survival rate is 100 per cent.
“Usually life insurers pay out when a person’s longevity is compromised.”
But this doesn’t mean that the cancer has to be very advanced, before a claim can be made, he clarified.
Even if the cancer is at stage 1, the insurer can pay out if it is an invasive form that spreads, he said.
Ms Tan is grateful she caught her cancer early. She said: “I’m thankful I caught it earlier so I didn’t need to go through chemotherapy and radiation.
“But I believe cancer is cancer, whether in the early or late stages.”
Why most standard policies don’t include non-invasive cancer
WHY do the bulk of standard critical illness policies not include non-invasive cancer?
MsPauline Lim, executive director of Life Insurance Association (LIA), explained: “Carcinoma in situ is specifically excluded from cover as these cancers can be treated and is not viewed as a ‘critical’ condition.”
She said: “Insurers base their premiums on the extent of coverage.
“There is a much higher incidence of the less serious cancers, so if they are also covered, it means premiums will cost much more and become less affordable for most ordinary people.
“This is not beneficial from a public policy perspective. LIA reviews its standard CI definitions from time to time.”
The LIA standardises the definitions of critical illnesses.
Ms Lim said consumers should look out for the following:
The scope of coverage and the circumstances under which policy will pay out.
Whether the amount of critical illness (CI) payout is sufficient.
If the CI premiums are fixed or if they increase as the policy holder gets older.
If there are exclusions for any of the CI conditions

Recent policies
Recent policies in the market do offer early stage coverage or multiple critical illness coverage.
These typically cost more than policies based on LIA’s standard definitions, said the spokesman.
One such policy is Great Eastern’s Early-Payout Critical Care (EPCC), which provides payouts at earlier stages of critical illness.
Its Great Eastern PinkLife plan pays out 25 per cent of the sum assured for carcinoma in situ, for cancers in the female organs.
_______________________________________________________________________
Kes ini boleh dijadikan pengjaran buat kita semua, sama ada kita ni perunding takaful ataupun pelanggan.
Pengajaran Untuk Ejen
Kepada para consultant kewangan dan ejen takaful mahupun insurans, pastikan para pelanggan diberikan maklumat secukupnya tentang polisi yang mereka ambil. Ambil sedikit masa untuk luangkan bersama-sama pelanggan untuk membaca satu-per-satu kandungan polisi ketika membuat penghantaran polisi. Ya, walaupun aktiviti tersebut tidaklah memberi sebarang keuntungan pendapatan kepada kita, tetapi ia amat bermakna buat pelanggan. Ini adalah tugas kita, bukan hanya tertumpu kepada aspek jualan dan komisen sahaja. Inilah servis kita kepada pelanggan.
Juga pastikan pelanggan ambil polisi secukupnya yang bersesuaian dengan keperluan. Sekiranya pelanggan menolak, terangkan kepada mereka implikasi. Gunakan borang carian fakta untuk pengesahan perkara tersebut yang menunjukkan kita telah menjalankan tanggung jawab untuk memberi penerangan tetapi ditolak oleh pelanggan.
Pastikan kita terangkan kesemua keperluan sebenar pelanggan dan bukan hanya menerangkan produk yang memberi komisen yang tinggi.
Pengajaran Untuk Pelanggan
Kepada para pelanggan pula, jangan terus percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh ejen. Yang perlu dipercayai ialah kandungan polisi tuan-tuan. Ambil masa untuk menyemak dan membaca polisi takaful yang kita ambil. Komitmen kewangan yang kita ambil untuk melanggan satu-satu polisi takaful selalunya mengambil masa yang panjang 10 sehingga 20 malah mungkin hingga 30 tahun. Justeru, ambillah masa 15 hingga 30 minit untuk menyemak polisi tersebut, ia sesuatu yang amat berbaloi.
Malah, sekiranya tuan-tuan dapati kandungan di dalam polisi tersebut bersalahan dengan apa yang diterangkan oleh ejen takaful atau insurans tuan-puan, ada masa 15 hari tempoh bertenang untuk membatalkan polisi takaful berkenaan dan akan mendapat kembali kesemua 100% sumbangan yang telah dibayar!
Dan akhir sekali pastikan kita mengambil perlindungan yang secukupnya. Cukup tidak semestinya banyak. Itulah pentingnya untuk tuan-puan mendapatkan perunding takaful yang benar-benar menjalankan tugas sebagai perunding, dan bukan jurujual!
Ya, mungkin tuan-puan tidak didedahkan dengan perkara ini sebelum ini! Justeru, inilah gunanya blog saya, untuk share maklumat-maklumat seperti ini. Pastikan Keluarga kamu tahu, saudara mara kamu tahu, dan kawan-kawan kamu tahu. Saya dah sebarkan maklumat ini, kalau kes ini terjadi pada anda atau ahli keluarga anda atau kawan anda..takziah saya ucapkan.
Credit to Afyan Mat Rawi untuk sumber berita..

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia