-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

4 Perkara Dalam Networking

Salam, saya nak sharing info penting ni..sangat sangat penting untuk kita buat NETWORKING



EMPAT KESILAPAN SEMASA BER "NETWORKING".

1. Kita bercakap tentang kita. Asyik benar bercerita tentang kita, keluarga, bisnes semasa dan seumpamanya. Ghairah bercerita tentang 'life story' kita dalam pertemuan adalah 'over kill'. 

Kita wajar mendengar. Berikan telinga. Tambahkan senyum.

2. Bertemu untuk mendapatkan sesuatu. Orang tidak suka diperguna. Apa yang betul mulakan dengan niat membantu. Menambah nilai dan selepas itu ruang untuk kita dibantu akan terbuka luas.

Mulakan dengan memberi dan berkongsi. Kita akan dirai.

3. Lupa mahu mengucapkan terima kasih. Kita berpisah tanpa ungkapan paling berharga itu. Dan kita bakal mendapati kita tiada lagi dalam radar sedar orang yang kita temui tadi.

Sentiasa ada nota yang kita hantar selepas bertemu.Ia seumpama jambatan kukuh untuk menyeberang pada masa akan datang.

4. Tidak ada tindakan susulan. Kita bertemu seseorang dan kita lupa untuk terus cari jalan kukuhkan hubungan. Networking adalah permulaan. Selepas itu adalah tentang pembelajaran, berkembang dan menyemai kukuh hubungan jangka panjang.

Bina tabiat sosial yang baik dan kita akan ke depan.

(Dato' Roslan Abd Hamid)

Tak Kahwin-Kahwin sebab terlalu ikut adat

Mengikut adat Melayu... "selagi kita tak kaya, jangan kahwin!"
Mengikut syariat Islam pula... "nak kaya, kena kahwin..."

Allah telah memberi jaminan dalam surah an-Nur..

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Yakinlah dgn janji ALLAH yg mencipta kita. Kepada kawan2 saya diluar saya...selamat memperjuangkan kehidupan mu.. kita yang decide, bukan mak ayah kita, atau bakal mertua kita..boleh..boleh

Sekadar hiasan



PERKONGSIAN ILMU - PROF MUHAYA Di KARNIVAL RASUL IN MY HEART

Pagi ini, saya nak share perkongsian dari Anis Choc Moist Cake...lebih kurang tazkirah pada diri kita...moga ianya memberi manfaat..


PERKONGSIAN ILMU PROF.MUHAYA @ KARNIVAL RASUL IN MY HEART (26/10/2013)

1.Suami-suami, kalau ada isteri yang suka mengumpat, sediakan getah. 
2.Ibu-ibu pernah mintak maaf dengan anak-anak tak?
3.Wanita, masa tak kahwin lagi pegi umrah mintak doa dapat suami.
4.Bila dah nak kawin, pegi bridal sana, bridal sini..pastu mintak doa dapat zuriat pulak.
5.Bila anak dah besar, nak marah pulak....Kenapa? Sebab kita tak bersyukur.
6.Cek nadi sebelum tidur, kalau 80 - something wrong. Kalau 60-orang yang tenang, yakin dengan Allah.
7.Siapa tertekan maka sayang dunia.
8.Ramai yang kufur!..Bahagia bukan di luar diri kita..
9.Dunia dalaman menentukan dunia luaran kita.
10.Kalau kita bahagia, bererti bersih jiwa. 
11.Siapa nak tenang,bahagia dan membahagiakan, jangan tak suka orang. (kannnn....)
12.Orang lelaki tak datang ceramah sebab dah pandai sangat. (kwang kwang kwang...)
13.Orang yang sangat bersih hatinya adalah orang yang lebih mengalah dengan ibu mertuanya berbanding ibunya sendiri.
14.Sebab, ibu dah kenal lama..lagipun bila ibu kata apa-apa, tak kecik hati pun...
15.Ada..Beri...Dapat..
16.Jangan kerana kita, suami masuk neraka. 
17.Banyak masalah rumahtangga, isteri ingkar suami. Isteri suruh suami kurangkan kasih sayang kepada ibu dan keluarganya. (orang macam ni memang tak ada ilmu...)
18.Kenapa masuk NGO? Kerana Allah atau kerana penghargaan manusia?
19.Ubah diri kita dulu, baru ubah masyarakat.
20.Siapa AJK Masjid? Banyak tak duit masjid?..
21.Kalau duit banyak, tak bagus..sepatutnya AJK Masjid tak ada duit, sebab banyak aktiviti ilmu.
22.Sedekah paling baik adalah untuk orang alim.
23.Kalau hari-hari suka baca gossip, konfem banyak keladak. (kan dah kata...)
24.Berapa orang suka dan tak sabar-sabar nak pegi kerja?
25.Kalau kerja adalah aktiviti yang dijalankan tanpa tujuan, akan menyebabkan penat bekerja.
26.Cikgu adalah orang pertama yang akan masuk syurga atau neraka.
27.Cikgu-cikgu, jadikanlah sekolah Ladang Cahaya.
28.Siapa nak jemput saya pegi rumah anda? Kalau 20 minit saja saya ke rumah anda, saya dah boleh nampak 20 tahun future anda. (kannn..kannnn..)
29.Sebab, rumah yang penuh marah, penuh benci..boleh nampak macamana masa depan rumahtangga anda.
30.Kalau dunia dalaman sangat bagus, dunia luaran juga sangat bagus.
31.Kalau orang kedekut, bakhil..pembedahan mata pasti ada masalah. (hohohoooo....)
32.Manusia ramai di bumi ini yang macam LORI SAMPAH!..Sebab dalam diri penuh marah,dengki, dendam. (betullll sangat!...)
33.Sebab itulah bila jumpa orang, dia nak lempar sampah dalam diri dia. (hehehe..)
34.Bagaimana orang yang suka menonjolkan diri?
35.Sebab, dia tak ada apa-apa..Dunia dalaman dia kosong..Dia tunjuk dunia dalaman dia.
36.Buang- merungut, mengumpat. (setuju!..)
37.Ada 4 nasihat Prof Muhaya, iaitu hormat semua makhluk Allah, Ikhlas, Lemah lembut,Niat beri manafaat. (Bestnyaa....)

Terima kasih banyak Prof.Muhaya dan Puan Anis di atas ilmu ini. Semoga Prof dan Puan Anis, n the team di beri Allah rezeki melimpah ruah lagi..dan hidup diberkhati ALLAH...

PERSONAL LOAN BUKAN UNTUK KAHWIN : Tips Kewangan Bijak Pra Perkahwinan

PERSONAL LOAN BUKAN UNTUK KAHWIN..seriously..ia bukan..


Disini saya nak share Tips Kewangan Bijak Pra Perkahwinan

ramai dalam kalangan kita tak cukup duit nak tampung kos hantaran, kos majlis dan lain2 lagi..betul betul?..saya dari dulu tak setuju dengan perkahwinan yang berbelanja kos yang besar, yang luar dari kemampuan seseorang tu....sehingga kita buat loan...

ramai HERO-HERO muda selepas grad kecundang dalam perangkap hutang yang mengcengkam hidup mereka apabila mereka mencari jalan penyelesaian yang mudah dengan membuat PERSONAL LOAN untuk tampung kos kahwin..hanya perlu ada slip gaji saja, loan lulus..

tapi, interest bapak tinggi..tempoh bayar balik singkat..

dalam perancangan pra perkahwinan saya, saya berbincang dengan "si dia tu" dalam soal ini..open..saya terus terang keadaan saya..dan alhamdulillah dia memahami..."biar bersederhana, tapi bermakna"...rancang sesuatu mengikut kemampuan kita...


Jangan buat loan, berbincang dan rancang elok2 dengan bakal isteri anda...



jika anda nak berkahwin..saya doakan anda berjaya..ameen

Takaful Opportunity Program - Career Path

Alhamdulillah, selesai satu program anjuran Takaful Ikhlas Al Funajah Agensi dan Glory Generation Financial & Business Consultancy.. Mogo dengan perkongsian ELMU ini, kami dapat mengajak lebih ramai orang2 kita, untuk terlibat dalam perniagaan.. khususnya Takaful & Financial Consultant.

Mogo Kita Kaya, Berjaya & Beriman...






ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI...RM1 JER PON


Salam semua..moga semua sihat dan hebat...walaupun saya agak murah hari ni..kereta kat bengkel..repair kereta mahu tak beratus ratus (T_T)...tapi, jangan bagi situasi macam ini merosakkan mood kita sepanjang hari yaa!..be positive...semua ada hikmahnya!

haaa...hari ini, saya nak berkongsi perkongsian dari ANIS CHOCOLATE MOIST CAKE...sangat2 menarik..."ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI...RM1 JER PON" selamat membaca


SERINGGIT JER....?


Dulu...saya mula belajar bersedeqah di tempat kerja saya kerana peminta-peminta derma ni suka sangat beramai-ramai ke ruang legar ofis saya setiap hujung bulan atau hari gaji..Macam tau-tau saja.. (dalam hati saya).Mula-mula saya buat donno je, buat-buat tak faham...maklumlah kerja hebat lah sangat..tapi 'tak berapa cukup'..



Dalam hati berkata, Allah tak marah kot kalau tak bagi..., sebab untuk keperluan keluarga pun tak cukup..Lagipun itukan derma..bukan paksaan, kena bagi dengan ikhlas hati kan...

Tapi makin lama baru terperasan, seorang ofis mate ni, Suzette namanya..setiap hujung bulan dia pasti menderma, yang nampak setiap hujung bulan la, yang tak nampak sure byk lagi tu . (Thank u Suzette for the lesson!)..dan dia ni mmg dah kaya raya dari dulu-dulu lagi..

Patutlah kami dulu sentiasa BOCOR..Masuk sikit bocor sikit..masuk banyak bocor banyak..macam tu lah silih berganti..Tapi sejak dah faham tentang bersedeqah alhamdulillah..seronoknya..rupanya inilah punca kekayaan..kena banyak memberi..memberi..memberi...

Dulu beri sebulan sekali..masuk pun sebulan sekali..Alhamdulillah Bila start beri seminggu sekali..masuk pun seminggu sekali..Syukur..Sekarang, dah tak senang hati kalau tak cuci kolam hari-hari..kerana barulah masyuk pun hari-hari ..

A soft reminder untuk adik-adik yang baru nak berbisnes..Walaupun bisnes belum bersinar-sinar sgt lagi..Kolam tu kenalah cuci hari-hari..kata nak masyuk hari-hari...

Cucilah kolam tu macamana pun ATLEAST kena keluarkan seringgit saja sehari consistently setiap hari..Senang je seringgit tu, setiap hari masukkan di tabung mesjid ke..ataupun sedeqah kat budak2..anak kawan-kawan ke..anak2 jiran ke..ataupun setiap kali kita bershopping hari tu..lebihkanlah seringgit utk makcik nasi lemak ke, abg keropok lekor ke, atau abg jual ikan kat pasar tu ke..ishhh..mesti mereka ni terharu..kerana selama ni customer asyik mintak kurang je, ni makhluk planet mana pulak ni, lain dari yang lain...

Yang penting mmg kena beri..beri..beri..cobsistently..Dah tak nak dengar ada yg kata, bisnes tak ok lagi..gaji saya kecik...nak hidup pun tak cukup...Siapa yg masih kata macam tu bermakna dia masih tak faham-faham lagi..masih tak dapat ler tu .Bermakna dia masih belum menjadi insan terpilih...kata kat orang sebelah,

"KESIAANNNN...."

Rahsia Formula Kekayaan & Kejayaan: " 3 + 7 "

URUS WANG SEMUDAH 3 + 7 ...senang jer..faham prinsip ini, dan insyaallah anda pasti mencapai financial goal anda..

Seorang kawan saya bertanya “Kalau kau power, apa formula nak kaya?” Saya bertanya semula “Apakah jawapan 3+7?”
Balas kawan “Aku tanya formula kaya bukan soalan tadika”

“Orang kaya adalah orang yang pandai urus wang. Sebahagian mereka guna formula kewangan semudah 3 +7.

Soalan 3+7 = berapa?” soal saya lagi
“Jawabnya 10 der, dah tahu tanya pula” balas si kawan.

“Ya, kalau ada RM 10, bahagikan pada dua,
RM 3 untuk duit masa depan
RM 7 untuk perbelanjaan sekarang dan bayar hutang masa sekarang” balas saya bersahaja.

(^_^) 30% dari income bulanan kita adalah untuk membina masa depan kita..financial freedom, dan 70% lagi untuk pembelanjaan bulanan..

Credit to Fauzan

Next Step Untuk Bina Impian & Kejayaan

Ini Bukan Sekadar Kunci - Ini Kunci Membina Impian dan Kejayaan

alhamdulillah..saja nak share berita gembira ni..ehem..saya dah dapat kelulusan untuk membangunkan pusat didikan di Bujang Valey, Kedah.. Pusat didikan ini lebih kepada membentuk budak2 sekolah dan umum dalam soal AKADEMIK, dan didikan BUSINESS dan FINANCIAL pada umum..dan kat situ juga, saya nak bangunkan MINI LIBRARY...inilah passion saya..inilah yang saya nak buat untuk bantu agama dan bangsa saya... doa2kan usaha saya berjaya ya kawan2...


Petua Kekayaan & Kejayaan: Pay yourself first, before Paying to TNB, Streamyx , SADA, En Jamil dan Mak Cik Kentin?

Tips Mencapai Kekayaan : Pay yourself first, before paying to TNB, TM Net, SADA, En Jamil (Tuan Rumah Sewa)..dan mak cik pak cik taukey kedai.


apa yang saya nak share ini adalah satu ilmu yang sangat2 penting. Penting gila, serious. Prinsip inilah yang membezakan orang KAYA dan MISKIN..orang BERJAYA dan GAGAL. Ramai usahawan-usahawan berjaya gunakan prinsip ini dalam kehidupan, plus pakar-pakar kewangan juga suggest benda yang sama..tentu sekali, ia kecuali BANK, TM Net, Mak CIk Kentin dan En Jamil..diorang tak suka..unless kita dapat bayar apa yang dia nak..

Ini bukan SKIM CEPAT MISKIN, serious..ia bukan...ia adalah ELMU kewangan. Serious..anda kena fokus!


Pay yourself first, before paying to TNB, TM Net, SADA, En Jamil (Tuan Rumah Sewa)..dan mak cik pak cik taukey kedai..Ertinya disini..bila kita dapat income, ataupun duit PTPTN, biasiswa JPA ataupun dana dari Papa & Mama.. tolong sangat2 untuk save duit untuk diri kita dulu, sebelum bagi kat orang lain.. masukkan 5 - 10% dalam saving investment..seperti Unit Trust dan Takaful..ini untuk diri kita, ini untuk future kita, dan retirement plan kita dalam mencapai financial freedom..

"ehh..kalau aku buat macam tu, nanti aku tak cukup duit lah"

ehh..sekarang siapa yang nak kaya, korang atau en Jamil tu haa? atau TNB, TM Net?

mestilah kita kan?...jadi, reward diri kita dulu...duit yang kita usahakan itu adalah untuk diri kita..kita berhak.

"ermmm..macam mana ekkk? takut lah..kalau2 diorag tu call nanti..macam mana?"

sebenarnya, ini adalah psikology strategy..strategy ini bertujuan untuk PUSH diri kita ke tahap MAXIMUM..untuk unleash True Potential kita..percaya atau tak..bila kita didesak, otak kita, badan kita dan emosi kita akan lebih aktik..ini membolehkan diri kita melakukan sesautau luar kemampuan kita..

The idea adalah untuk reward diri kita dan mendesak diri kita untuk BERJIMAT dan MENAMBAH INCOME dari SIDE BUSINESS..

dengan kita Pay Diri kita dulu, banyak benefit yang kita dapat.. macam diri saya, di awal career..manalah ada duit sangat..tapi, saya sungguh2 untuk PAY diri saya  RM200 each month..RM100 untuk takaful plan saya..yang akan bagi saya RM100,000.00 pampasan dan RM70,000 tempoh matang..Kemudian, lagi RM100, saya invest dalam unit trust yang saya target untuk capai RM400,000..bila umur saya 60..amacam? boleh..boleh? 

dengan berapa ratus berbaki, barulah saya akan bayar bil-bil saya lain, termasuk expenses makan minum, berjalan jalan dan lain - lain lagi..yang pasti saya terpaksa berjimat, dan terpaksa jadi cerdik dalam menguruskan wang saya..mana tak nya, saya dapat eliminate unnecessary expenses dalam hidup saya..dan saya terpaksa jadi pandai berniaga..haha..sikit-sikit lah...baru mula kan..biasalah..

percayalah..dengan keadaan kita terdesak..kita akan lebih MOTIVASI untuk mengubah hidup kita..

saya ulang strategy nya.. PAY YOUR SELF FIRST...moga ilmu ini bermanfaat, insyaallah.

5 Formula Kejayaan & Kekayaan

M - E - S - T - I


Mentor - Kita mesti cari leader dalam industri, dan berguru dengan dia.

Elmu - Kita sentiasa tambah ilmu kita, dari semasa ke semasa.

Strategy - kita kena gunakan FB page, Blog ngan Twitter sebagai internet strategy.

Tindakan - Kita kena ambik tindakan sekarang..fast action, fast result.

Impian - Kita kena create matlamat kita, dan hala tuju kita.

Formula ni semua adalah formula dari Dr Azizan...dia create formula ni base on pengalaman jatuh naik dia dalam business..moga bermanfaat



Biar Gambar Berbicara: Bila Sampai Waktunya - Jodoh


Gambar Oleh Farouq Hadi

3 Situasi Pelaburan Lelaki Hensem..

Gambar kat bawah ni menunjukkan "Compound Interest Table" untuk pelaburan. Ada 3 situasi, untuk kita nilai dan bezakan, persoalannya manakah yang lebih bijak? masing2 invest RM1000/setahun, kadar pulangan 8% dividen..company sama...yang membezakannya ialah MASA. 

Compound Interest Table


Kaizan: Invest 10 tahun, mula invest umur 21, dapat RM332,41, pada usia 65 tahun

Robin: Invest 10 tahun, mula invest umur 31 tahun, dapat RM 153,971, pada usia 65 tahun

Batman: Invest 34 tahun, mula invest umur 31, dapat RM227,077, pada usia 65 tahun
hurmm...tentulah pelaburan yang "kaizan" buat..kan..cuba kaji dan teliti perbezaan dia..sangat2 jauh berbeza..hanya kerana MASA mula melabur.


Ertinya, kunci membina kekayaan adalah dengan mula invest seawal mungkin..save duit PTPTN dan duit gaji kita untuk future kita..moga Tips ini bermanfaat

Jangan leburkan duit di FB Ads...‏ 5 Tips Power Untuk Online Advertisement

Ramai yang sudah tahu dengan impak FB Ads.
Yang banyak membantu ramai usahawan mengaut keuntungan dengan mempromosikan produk mereka melalui platform FB Ads.
Justeru, mereka mengambil langkah mudah dengan memulakan kempen FB Ads berbekalkan modal wang yang tinggi, tanpa persediaan ilmu.
Akhirnya, mereka gagal mendapat keuntungan, malah duit lebur akibat rugi teruk. Salah satu persediaan awal untuk mempelajari ilmu FB Ads adalah, mengenalpasti glosari atau istilah yang digunapakai dalam FB Ads.
1) Broad Category : Broad category mempunyai fungsi hampir sama dengan #interest targeting. Fungsi ini membolehkan pengiklan mensasarkan pelanggan melalui informasi yang ditetapkan pada Timeline. 
2) Connection: Keupayaan mensasarkan pelanggan berdasarkan connection pada Page, aplikasi atau event. Sebagai contoh, sasarkan iklan pada pengguna FB yang sudah like Page anda, masih belum like Page anda atau rakan-rakan pengguna FB yang sudah like Page anda. 
3) CPC : Tetapan CPC ini boleh dipilih secara manual semasa penetapan setting iklan. Pengiklan kemudian akan memilih jumlah maksima wang yang mereka mahu habiskan untuk setiap klik pada iklan. Contoh jika anda set CPC iaitu RM0.30, maka FB akan mengecaj kurang RM0.30 untuk setiap klik pada iklan anda.
4) CPM: Kos Per 1,000 impression. Dalam penetapan iklan, anda boleh memilih setting CPM secara manual. Pengiklan kemudian akan memilih jumlah kos maksima yang mereka mahu habiskan untuk setiap 1,000 kali iklan itu muncul. Ini dilakukan dalam auction bidding.
5) Optimized CPM: Kaedah ini dipilih secara default. Facebook akan mengoptimumkan penonton anda, memaparkan iklan anda kepada kepada kumpulan sasaran mengikut tindakan yang anda inginkan (Page Likes, Engagement Post, dan lain-lain). Bidaan dilakukan dinamik, dan secara automatik. Kos bagi setiap 1,000 impression akan menjadi lebih tinggi daripada dengan CPM. Jadi, pastikan anda lebih berhati-hati dan membuat persediaan dalam sudut modal wang bila mengambil pilihan ini..
Credit to Majalah Niaga

Dapat RM114,000, Tetapi Masih Miskin

INI ADALAH ISU RAKYAT MALAYSIA DAN NEGARA2 LAIN....BILA MEREKA PENCEN, MEREKA PUN TAK BERDUIT....


Fakta mengatakan purata caruman KWSP untuk pencarum adalah RM114,000 seorang, selepas mereka pencen. Macam banyak kan? tetapi tak langsung...Apaka maksud ini?

Secara purata, mengikut jangka hayat 55-75 tahun, pencarum hanya menerima RM475 sebulan! tahu tak..RM475 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan di Malaysia.

RM475 sebulan ni, cerita jimat cermat betul betul punya...mampukah kita?

Ini tak termasuk INFLASI!... kenaikan harga barang naik setiap tahun..ada harga barang yang turun setiap tahun? takda kan..yang ada, hanyalah subsidi saja..

ini tak termasuk renovation dapur bagi mak cik-mak cik yang nak besarkan dapur mereka untuk kenduri..atau kereta baru bagi pak cik-pak cik.

Sekiranya pencarum melakukan pengeluaran KWSP awal, jumlah ini akan berkurang lagi dan merumitkan kos sara hidup mereka yang pencen!

"3 perkara yang perlu kita tahu"

1. Jangan 100% mengharapkan simpanan KWSP sahaja. Kita perlu menyimpan juga sendiri!
2. Pengeluaran awal KWSP adalah “last resort” sekiranya mesti keluarkan wang sahaja! Melaikan ada bijak dalam pelaburan.
3. Mulakan perniagaan atau mula melabur supaya kewangan masa depan kita lebih terjamin

Mudahan kita tidak pencen tak berduit. Matlamat kita adalah untuk “Retire Rich, Retire Young!” Saya Kaizan Nazlan, I Share, to show taht I Care

Credit to Fauzan

4 Jenis Pelaburan Yang Mampu Menyelamatkan Orang Melayu


saya baru balik dari 2 program Investment...ilmu yang sangat2 fresh bagi diri saya dalam dunia finance..

Full house di Hotel Sunway, Penang.. Seminar berkenaan Pelaburan Saham, Emas dan Hartanah.. orang kita, mula minat dalam pelaburan ini, kita dah tak seperti dulu...terima kasih buat mentor pelaburan saham Haji Mohd Asri, kerana membuka kesedaran tentang pelaburan saham buat saya dan kawan2 lain..

  1. Pelaburan EMAS
  2. Pelaburan Saham
  3. Pelaburan Hartanah
  4. Dan Pelaburan dan Perlindungan Takaful...
seriously, benda2 ini boleh membantu bangsa kita..


Kaizan & Dr Rizal Naidu
Bersama Mentor saya dalam bidang financial consultant..Dr Rizal Naidu, "Million Dollar Round Table", seorang jutawan..banyak ilmu yang saya belajar dari dia..Dr Rizal Naidu ni merupakan seorang yang pakar dalam bidang Takaful world wide.

dalam dunia perniagaan..atau apa2 saja..perkara ini amat2 penting, dan ramai orang kita silap dalam bab ini...kita perlu ada "MENTOR" yang mampu memimpin kita kearah kejayaan dalam industri yang kita ceburi..


Hj Mohd Asri
Mentor saya kata pada saya tadi, "nak terlibat dalam pelaburan saham ini tak perlu IQ yang tingggi, SPM dah cuku..tapi yang penting adalah PASSION & KESABARAN". Haji Mohd Asri ini merupakan pakar dalam pelaburan saham.

Jadi, kepada kawan2 di luar sana, jom mula (^_^)

Tanggung Hutang Sampai Mati Sebab Nak Kahwin

serious cakap...ini perkara yang sangat sangat serious...ramai dalam kalangan kita bila nak berkahwin, dia mengambil alternatif mudah dengan buat persoanal loan, kad kredit dan sebagainya.

seronok 3 bulan, lepas tu..tunggulah BEBANAN HUTANG AKAN MULA MENGHANTUI

Fikirkan....
Keratan dari Berita Harian

Keratan dari Sinar Harian


3 Sebab Kenapa Kita Membazir Duit!

Bayangkan duit kita dibakar
Hurmm, saya nak tanya, "sanggup tak kita koyak koyak kan duit kertas RM10?" Bakar wang kertas RM50? Hurmm?.. Comfirm tak kan, satu ringgit pun saya teragak agak nak koyakkan, apatah lagi RM10 dan RM50. 

Tahu tak Sebab apa? Ini psikologi manusia..Sebab kenapa saya dan anda tak mahu koyakatau bakar duit itu, adalah kerana kita tidak akan membazir sesuatu yang zahirnya wang. Tetapi, tanya pada diri sendiri balik. 

Pernah atau tidak anda membeli majalah atau buku, dan meletakkanya merata rata, kemudian anda tidak sempat membacanya? Atau membeli baju baru, dan hanya sedar selepas beberapa bulan anda hanya memakainya sekali sahaja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda rasaka amat anda mahukannya, tetapi, sedar tak sedar, anda tidak perlukannya? Pastinya pernah bukan? Ianya terjadi pada ramai antara kita, termasuk saya. Apabila melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya oleh kerana penat lelah kita bekerja setiap hari untuk mendapatkannya. Tetapi, bila datangnya masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang yang dibeli sudah tidak dapat dilihat, dan di sini pembaziran pun berlaku. Berikut adalah 3 sebab mengapakah pembaziran berlaku:

1. Kita memberi alasan untuk berbelanja
Kita sering memberi sebab mengapa kita perlu berbelanja, seperti "aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri! yup". Tidak kira, sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian diluar kemampuan. Adakalanya juga kita yakinkan diri sendiri untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu berbelanja sedemikian. Nafsu kita untuk berbelanja dapat mengalahkan rasional kita untuk berjimat.

2. Kita tak mahu dilihat kedekut
Adakalanya kita fikirkan apa orang lain berangapan mengenai kita.“ehh..apa yang diorang fikir pasal aku nanti ek?” Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. Jadi, untuk meningkatkan keyakinan diri kononnya, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap persetujuan dari orang lain.

3. Kita suka pada kepuasan sebentar
Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat. Hurmm, orang perempuan.orang perempuan. Ini kes shopping lah ni. Hurmmm, jadi? Setelah kita tahu punca kenapa kita membazir, jom UBAH! Dan mula melangkah untuk Financial Freedom.

Tips: Untuk membina kekayaan, kita perlu dulu menampal kebocoran wang kita

Nama Saya Mohd Kaizan - Ini Kisah Saya

Assalammualaikum,

Nama Saya Mohd Kaizan Bin Nazlan. Saya merupakan graduan UiTM dalam bidang pengurusan perniagaan dan pemasaran. Saya juga merupakan wakil dari Takaful Ikhlas dan saya merupakan pengasas kepada "Glory Generation Financial & Business Consultancy".  Kepakaran saya adalah dalam membatu anda dalam menyelesaikan masalah kewangan anda dan juga pakar dalam membantu anda dalam pengurusan perniagaan SME. Dengan formula Rahsia Kewangan Bijak, saya dan team saya mampu membantu anda menambah baik status kewangan dan perniagaan anda. Matlamat saya dan team saya adalah untuk membantu anda mencapai fianancial freedom dan ingat ALLAH S.W.T sentiasa.

Jujur saya katakan, dulu saya tidak seperti sekarang. Banyak perkara yang perlu saya lalui. Saya berpengalaman hidup susah, kereta family saya pernah ditarik oleh penguat kuasa, harta benda seperti kereta, camera dan lain-lain terpaksa digadai untuk menapung kos pembelanjaan hidup. Ditambah dengan masalah perniagaan Ayah dan Ibu saya yang tak stabil dan macam-macam lagi. Kegagalan mencapai matlamat itu macam biasa dah dalam hidup saya.

Tapi, alhamdulillah, dengan pengalaman dan didikan yang diberikan, sekarang, saya banyak belajar dan saya semakin matang berbanding dulu. Banyak saya belajar, terutamanya tentang rahsia pengurusan kewangan dan perniagaan bijak yang mampu membantu diri saya ke tahap sekarang. Saya begitu minat dalam pengurusan kewangan dan pengurusan pernigaan, kerana saya yakin, dengan perkara seperti ini, ia dapat membantu Agama saya, Bangsa saya dan Negara saya. Sekarang, matlamat saya makin jelas. Ayah dan Ibu saya merupakan motivator saya, mereka yang sering menguatkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai matlamat hidup saya. Ayah dan ibu saya sangat menyokong usaha saya dalam career sebagai financial & business consultant, bagi membantu diri saya, family saya dan semua orang-orang diluar sana, bagi menaikkan taraf hidup mereka, agar kita semua dapat melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Financial & Business Consultancy
Berapa ramai orang diluar sana yang status kewangan dan perniagaan mereka di tahap kritikal, dan mereka tidak pun mencari pakar bagi membantu mereka menyelesaikan masalah, sehinggakan ramai dalam kalangan mereka jatuh muflis dan hilang semangat untuk mengubah hidup, maka hilanglah "laksamana ekonomi dalam negara". Saya Mohd Kaizan Bin Nazlan, saya sedia membantu anda..
\

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia