-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Takbur cakap besar(besar diri)

"tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah daripada takbur"

jika anda menemui orang jahil dan orang fasik, maka katakanlah(beritahu) pada diri anda sendiri iaitu: "orang itu melakukan dosa kerana dia jahil, padahal aku ada ilmu kerana hajat ALLAH Taala yang begitu tinggi terhadap diriku, tergamak aku melakukan dosa. maka tidak syak lagi orang itu lebih baik (mulia) daripada aku"

sekirannya anda ternampak kanak kanak, maka katakanlah dalam hati anda, iaitu: "kanak kanak ini kalau melakukan dosa, tidak diseksa oleh ALLAH. Maka tidak syak lagi bahawa kanak kanak itu lebih mulia daripada aku"

jika anda menemui orang alim, maka katakan dalam hati iaitu:"orang ini dikurniakan ALLAH Taala ilmu, sedangkan aku tidak dikurniakan sepertinya. maka tidak syak lagi bahawa orang alim itu lebih mulia daripada aku. sepatutnya aku bersopan santun dihadapannya(merendah diri)."

sekiranya anda menemui orang tua, maka katakanlah dalam hati anda iaitu: "orang ini lebih tua daripada aku, tentu ilmunyapun banyak daripadaku keranan dia bnyak melihat dan mendengar. maka tidak syak lagi bahawa orang tua ini lebih mulia daripada aku"

kalau anda ternampak semua binatang, maka dalam hati anda katakan iaitu: "Binatang ini tidak berdosa, tidak diseksa ALLAH Taala. Sedang aku diseksa ALLAH Taala kerana melakukan dosa. Maka tidak syak lagi bahawa binatang ini lebih mulia daripada aku"

Nabi s.a.w pernah bersabda "aku penghulu anak adam tidak pernah bermegah megah dan tidak besar diri"

sedangkan Nabi kita penghulu manusia, kekasih Tuhan sekalian alam tidak besar diri..betapa pula kita yang sangat hina ini tidak wajar sama sekali melakukannya keranan sikap besar diri itu akan membawa kita ke arah mati dalam kejahatan ketika akhir kalam...

"(iaitu) tidak ada Tuhan melainkan Aku, (sesiapa yang bersikap takbur seolah olah dia merampas pakaian Tuhannya)" Surah Taha; ayat 14

Apabila ditimpa musibah


bila kita ditimpa musibah, carilah ALLAH. mengadu dan menangislah, kerana ia akan memberikan kelegaan pada jiwa. ALLAH berfirman,

Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)


Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa:

Maksudnya :
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku).”
dan satu lagi doa yang diamal oleh Ummu Salamah,

Ummu Salamah radhiallahu ‘anha mengisahkan: Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barang siapa ditimpa musibah, selanjutnya ia berkata:….
"Ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya"
_____________________________________________________________________
"Tidaklah seorang muslim mendapat musibah kemudian dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah kepadanya, inna lillahi wa inna ilaihi raajiun. Ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya." Ummu Salamah berkata," ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata,"Adakah kaum muslim yang lebih baik dari Abu Salamah? Dia adalah keluarga pertama yang berhijrah kepada Rasulullah SAW, kemudian aku mengucapkan doa di atas lalu Allah memberi ganti untukku berupa rasulNya. Rasulullah SAW mengutuskan Hathib bin Abu Balta'ah untuk melamarku untuk beliau. Aku mempunyai anak perempuan dan aku adalah wanita pemcemburu. Beliau bersabda, " Adapun anak perempuannya, maka aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mencukupinya (Ummu Salamah) dengannya dan aku berdoa kepada Allah agar Allah menghilangkan sifat cemburu. Kemudian aku bernikah dengan Rasulullah SAW."
[ Hadis Riwayat Muslim]

life is like a Jigsaw Puzzle


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum,

moga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkhati ALLAH.. amin..

hmmm...

bagi aku, hidup ini adalah seperti Jigsaw Puzzle


hidup kita bagaikan mengisi setiap kekosongan didalam puzzle tersebut...hari demi hari, sedar atau tidak, kita sudahpun meletakkan serpihan serpihan puzzle kita...setiap hari satu serpihan puzzle akan dimuatkan..

hingga akhirnya ia menjadi sebuah gambar..gambar itu sebenarnya diibaratkan sebagai sebuah kehidupan..

apabila serpihan puzzle sudah diletakkan ke tempatnya, maka habislah satu Puzzle, atau boleh aku katakan sebagai satu bahagian dari kehidupan..

gambar puzzle itu tidak kita tahu, kita hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal agar, gambar puzzle itu merupakan sebuah gambar yang cantik...atau kehidupan yang bahagia..
sebenarnya, Puzzle itu sudah pun cantik, bergantung pada kita dengan cara bagaiman kita menyusunnya..salah langkah, boleh memburuk dan mecacatkan gambar tersebut..jika betul penyusunan kita, inshaALLAH cantiklah gambar tersebut..maka cantiklah kehidupan kita..

aku yakin, malah terlebih yakin...kecantikan gambar kita bukan dinilai oleh kita, tetapi oleh yang MAHA KUASA, ALLAH S.W.T

susunlah serpihan puzzle tersebut dengan betul, dan susunlah kehidupan kita dengan betul, betul yang berlandaskan syariat Islam..

yaa, kita manusia, sering kali tersilap langkah, seperti permainan Jigsaw Puzzle juga, sering kali kita memuatkan serpihan yang salah, dan kemudian kita memperbaikinya sehingga menjadi betul, hingga tiada cacat celanya...

(^_^) begitu juga dengan kehidupan, bila kita tersilap, cepat2 lah kita membetulkan keadaan, supaya kita sentiasa berada di landasan yang betul, landasan yang diredhoi ALLAH S.W.T..

ALLAH kan MAHA PENGAMPUN lagi MAHA MENGASIHANI

itulah, bagi aku "life is like a Jigsaw Puzzle"

Aku dan syaitan- Aurat


بسم الله الرحمن الرحيم


Syaitan1 :kenapa pakai berhijab??..tak lawa seh
Syaitan 2: ko kan cantik..serlahkanlah kecantikan mu...
Syaitan 3: letaklah gambar ko kat FB,..biar orang terpegun lihat wajah ko..
Syaitan 4: leggokkan badan tu, pakailah ketat sikit, mekap biar tebal t
au..

Wanita Solehah: My beauty is for my husband to see, not the world
Syaitan 1,2,3,4: ARGHH!! Siot..tak mungkin...huhu

kisah seorang Pegawai dan Tukang Sapu



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum,

pada satu petang lalu, selepas solat asar di surau, aku berehat sebentar di dalamnya..kemudian, ada sesuatu yg mengagumkan aku..aku terdengar perbualan antara seorang pegawai kerajaan dan seorang tukang sapu
Pegawai: kenapa kamu pilih kerja macam ini?
Tukang sapu: (^_^), saya tak kisah Pak Cik, lagi pun dekat dengan rumah saya..
Pegawai: hmm..kamu muda lagi..kamu pilih lah kerja yang elok sikit..terjamin sikit
Tukang Sapu: (^_^) Al Razzaq..ALLAH YANG MAHA PEMBERI REZEKI..saya YAKIN
*aku kagum dengan keyakinannya pada ALLAH yang memberi rezeki..
tak kiralah kerja apapun kita lakukan, yang penting halal..dan yakin lah bahawa ALLAH yang memberi kita rezeki, bukan manusia

asyik2 solat!..apa erti aku bersolat?


بسم الله الرحمن الرحيم


"SOLAT adalah TIANG AGAMA..." ahhhh..ada apa dengan solat?, asyik solat jaa..aku tak rasa apa2 pon(itulah ungkapa hati aku dulu..)

aku memohon kemaafan dari Mu Ya ALLAH..

baik...

SOLAT ini sebenarnya, bukan hanya kita bergerak dan membaca ayat2 tertentu..
ia lebih dari itu..

ia lebih dari itu..

solat inilah yang akan MEMBUKA RAHSIA2 DUNIA..wohooo..serious ka?

serious lah...

masalah2 yang berlaku disekeliling kita ini, semuanya berlaku kerana qualiti solat kita yang lemah,..jika lemah solat kita, maka lemahlah quality kita..

(^_^) aku sering kali tersenyum bila orang memberi tahu aku bahawa "Solat adalah Tiang Agama"

kerana..setiap kali itu jugalah, aku mengimbau nostalgia dulu..
(^_^)

dulu, hidup aku tanpa arah, hanya mengejar cita2 dunia...sungguh tertekan bila hendak mencapainya...

kemudian, ada seorang sahabat senyum melihat aku, dan berkata kepada aku,

"solat lah berjemaah"

pada mulanya, aku tak merasa apa2..aku ambil ia sekadar kata2 yang tak bererti..
aku tak faham sebenarnya ungkapan itu,

hinggalah aku berpeluang mengikuti kursus terapi solat..

mula dari situ, aku mula faham sedikit..solat aku diperbaiki...

selepas itu juga, aku mula giat solat berjemaah...

dan
menakjubkan...

aku rasa lain...rasa yang susah nak digambarkan..

(^_^)

barulah aku faham dan mengerti apa maksud "Solat adalah Tiang Agama"

bila qualiti solat kita bertambah..banyak benda akan berlaku pada diri kita..hehe =)

percayalah..

segala galanya adalah dengan SOLAT..saya ulang..SEGALA SEGALA...SEMUANYA adalah dengan SOLAT...(ungkapan ini susah nak faham, tapi percaya lah dengan ungkapan ini..)

PERCAYA dan YAKIN lah..anda memang insan yang hebat...YOU are GREAT!!

hehe..aku tak cakap aku baik..secara jujur, aku masih lagi dalam proses memperbaiki diri..aku masih lagi berpura pura baik...belum lagi baik

solat ini menakjubkan...percaya dan yakin lah...anda yang dah merasa, dan ada yang belum...

(^_^) jom berusaha

bukalah quantiti solat itu yang menjadi ukuran...tetapi...Qualiti SOLAT

saya Pena Padi..

saya bukan lah BAIK..tetapi saya ingin menjadi BAIK

"hidup ini bukanlah cerita kita mengejar cita2 dunia..tetapi, hidup ini menceritakan bagaimana kita mengenal erti kehidupan di dunia"

assalammualaikum

Pandai Tapi Jahat



Hamba A: Engkau tingkatan berapa?
Hamba B: Aku dari tingakatan 5 Lestari..
Hamba A: Hahahahaha
Hamba B: Kenapa ko gelak?
Hamba A: Ya lah, 5 Lestari tu kelas yang paling tak pandai..hahaha
Hamba B: Habis tu ko kelas apa?
Hamba A: Aku kelas 5 Arif, kelas paling pandai bro…huhu
Hamba B: Kalau macam itu, aku nak Tanya ko satu soalan?
Hamba A: Apa dia?
Hamba B: Tumbuh tumbuhan ini siapa yang jadikan?
Hamba A: Haha..soalan senang bro..tumbuhan2 ini adalah makhluk SEMULA JADI, ko tak belajar sains ka?
Hamba B: (0_o)??hmmm… bukan ALLAH yang jadikan ka?
Hamba A: Ha..eh..ehe(tersengih)..hmmmm…(alamak, malunya aku)

· Aapa guna pandai tetapi jahat, tak kenal ALLAH, kepandaian macam ini boleh merosakkan dunia, kita mengharapkan orang2 pandai ini akan menjadikan keadaan dunia leih baik, tetapi, sebaliknya yang berlaku..belajarlah kerana ALLAH dan untuk mengenal ALLAH

Hamba B: (^_^), ko nak tahu siapa yang paling pandai?
Hamba A: hmmm..siapa?
Hamba B: orang yang paling pandai ialah orang yang sentiasa ingat MATI

peringatan buat diri dan sahabat, waallualam

Keberanian Si Pena




Buku dan kertas berselerak di merata tempat. Entah kenapa hari ini tiada ilham untuk dia menulis. Dia memandang sekeliling cuba mencari ilham tetapi buntu. Diasah kembali pensel yang sememangnya sudah tajam, entah untuk yang keberapa kali asahan itu dilakukan. Mata pensel sudah kembali tajam tetapi ilham untuk menulis masih lagi tiada. Dia kecewa lalu meletakkan sebentar penselnya itu dan bingkas bangun dari tempat duduknya. Perlahan-lahan langkahnya menghampiri jendela. Jendela yang sering menjadi cermin untuk dia melihat dunia luar yang penuh dengan kacau-bilau. Matanya pantas menangkap bangunan yang sudah musnah dihentam bom dan mayat bergelimpangan di merata tempat.
Manusia yang tidak berdosa, yang tidak tahu menahu perkara disekelilinginya dan manusia yang berani untuk mempertahankan hidupnya dari musnah habis ditenggelami dengan hujan peluru yang tidak pernah berhenti walaupun sesaat. Dia mengeluh kecil dengan kerenah manusia yang tidak tahu watak apa yang dilakonkan di pentas dunia ini. Tidak tahukah mereka nanti, mereka akan disoal dengan setiap apa yang dilakukan? Tatkala itu telinganya cepat menangkap suara kegembiraan dari sekumpulan manusia. Dialihkan pandangannya mencari suara itu lantas matanya tertumpu pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang seronok berlari ke sana ke mari. Hatinya berbunga riang melihat kegembiraan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu.
Apakah mereka tahu apa yang terjadi sekarang ini? Terdetik di hatinya. Ah! Budak-budak, mereka tahu apa hanya main saja, bisik hatinya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu dan dengan kelam-kabutnya dia mencari sesuatu di dalam timbunan buku. Dicapainya satu buku yang penuh dengan debu. Dihembusnya debu itu perlahan menampakkan tulisannya yang agak kabur untuk dibaca tetapi senyumannya pantas terukir. Dia menghampiri jendela kembali sambil menyelak helaian demi helaian dan akhirnya tangannya berhenti menyelak di satu muka surat.
Syaik Al-Albani mengatakan : “Lelaki dewasa dan merdeka yang pertama kali beriman adalah Abu bakar, dari kalangan anak-anak adalah Ali bin Abi Talib, dari kalangan budak Zaid bin Haritsah”.
Kali ini senyumannya semakin lebar dan dalam masa yang sama matanya kembali terarah melihat sekumpulan kanak-kanak tadi. Ali begitu kecil saat itu untuk memahami apakah itu islam tetapi dia dapat menguasai perkara tersebut dengan cepat sekali. Adakah mereka itu memahaminya? Segala persoalan menyerbu ke dalam kotak fikirannya. Ditutupnya kembali buku itu dan mengeluh kecil. Apakah yang beragama itu masih melakukan suruhan-Nya atau hanya sekadar menjadikan ianya sebagai topeng tanpa menunjukkan wajah sebenar? Adakah manusia yang melakukan solat tetapi masih lagi membuka aurat/tidak berpuasa dan adakah yang menutup aurat/berpuasa tidak pernah melakukan solat? Adakah manusia yang kuat imannya dapat mengawal mulut,tangan,mata dan telinganya dari melakukan larangan-Nya? Dan adakah manusia yang dapat mengawal mulut,tangan,mata dan telinganya adalah seorang yang kuat imannya? Tepuk dada dan tanyalah selera.
Dia kembali ke tempat duduknya. Dengan pantas dia mengambil pensel dan menulis sesuatu. Entah kenapa,tiba-tiba dia mendapat ilham untuk menulis. Tangannya berhenti menulis apabila mendengar laungan azan yang amat menyentuh hatinya. Allahuakbar!! Jerit hatinya dan tatkala itu juga dia mendengar satu jeritan, cepat-cepat dia menghampiri jendela untuk melihat apa yang telah terjadi. Dia bersembunyi sedikit di sebalik jendela supaya tiada siapa yang perasan dengan kehadirannya di situ. Dengan jelas matanya melihat sekumpulan pemberontak mengacukan senjata ke arah kanak-kanak yang sedang ketakutan itu. Ah! Carilah orang yang sesuai untuk berlawan. Jangan gunakan kanak-kanak yang lemah untuk dijadikan mangsa. Pantas dia mencapai bukunya di atas meja dan dengan secepat kilat dia membaling buku tersebut ke arah pemberontak itu. Picu yang ingin dilepaskan terhenti, ketua meraba kepalanya. Sakit. Mereka menoleh ke belakangan ingin tahu perbuatan siapakah itu tapi hampa kerana tiada siapa di situ. Ketua mengarahkan ahli yang lain mencari empunya badan yang membaling buku tersebut. Ditinggalkan kanak-kanak yang sedang menangis ketakutan, mereka melepaskan nafas lega.
Kena solat cepat-cepat ni, bisik hatinya. Dia sudah tahu apa yang akan jadi kalau dia melengahkan solatnya. Saat dia memberi salam, terdengar derap kaki berlari menghampiri tempatnya. Belum sempat dia bangun, dia telah ditarik dengan kasar.
ikut kami!”, kata ketua sambil anak buahnya menarik dia dengan kasar. Dia bangun dengan perlahan.
tunggu sebentar, izinkanlah aku untuk mengambil buku tulis ku”, pintanya dengan lembut.
tak payah!”, jerit ketua.
sebentar sahaja, aku tidak akan lari kemana-mana”, rayunya. Ketua hanya mengangguk laju,dia tersenyum lalu pergi ke mejanya. Mana buku ni, bisik hatinya.
sudah! Kita lewat ni,cepat bawa dia pergi”, arah ketua sambil menarik dia keluar dari tempat tersebut dan di bawa ke tempat kurungan. Bermacam ragam manusia yang dia lihat di tempat kurungan tersebut. Semuanya berdoa kepada tuhan masing-masing supaya mereka terselamat dari mimpi ngeri itu.
assalammualaikum..dari mana asal mu?” tanya dia kepada salah seorang pemuda yang terkurung bersamanya.
wa’alaikummussalam..aku berasal dari sini. Engkau?” pertanyaan itu dikembalikan kepadanya.
aku juga berasal dari sini. Boleh aku bertanya, mengapakah dikau sering saja menadah tangan dan berdoa?” pemuda itu memandangnya dengan wajah yang sayu.
aku ingin memohon keampunan dari Allah supaya mengampunkan segala dosaku. Terlalu banyak dosa ku sebelum ini, rasa takut menjelma pabila tahu ajal mula mendekat”, jawab pemuda itu sambil mengalir airmatanya. Pabila tahu ajal sudah menghampiri barulah ingin menyesal, inilah sifat manusia zaman sekarang, getusnya di dalam hati.
mengapa dikau tidak melakukan solat taubat sahaja?” tanya dia lagi.
aku tidak tahu bagaimana untuk bersolat”, pemuda itu menundukkan kepalanya, malu memandang wajahnya. Dia beristifar di dalam hati.
mari aku ajarkan”, ujarnya. Pemuda itu hanya tersenyum gembira walaupun agak lambat untuk dia mempelajarinya.
Hari demi hari berlalu, tiap detik dia serahkan pada yang Maha Esa. Biarkan DIA yang tentukan hidup mati umatnya, dia redha. Dia memandang sekilas pemuda yang ditegurnya dulu, Alhamdulillah pemuda itu sentiasa khusyuk di dalam solatnya. Moga Allah mengampunkan dosa pemuda itu. Pintu kurungan dibuka mengejutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Sentiasa berjaga menunggu giliran untuk ditarik keluar dan dijadikan mangsa seterusnya.
hey! Kamu, mari ikut kami keluar”, jari telunjuk di arahkan kepadanya. Dia hanya tersenyum dan berdiri dengan lemah sambil melangkah longlai ke arah mereka.
tunggu sekejap, saya ditangkap sebelum dia. Mengapakah engkau memanggilnya dahulu?” pemuda itu bingkas bangun cuba mempertikaikan keputusan mereka.
tidak mengapa wahai pemuda. Aku redha jika ini ketentuan-Nya, doakan kesejahteraan ku”, pintanya terus ditarik keluar. Pintu di tutup. Aimata pemuda itu mengalir, terharu dengan keberanian yang telah dia tunjukkan kepada semua. Doaku sentiasa mengiringi mu wahai sahabat, bisik pemuda itu di dalam hati.
Dia ditolak keras memasuki sebuah bilik kecil hingga tersungkur. Lalu mereka pergi. Dia hanya duduk dan memandang sekeliling. Mulutnya terkumat-kamit membaca kalimah Allah supaya perasaannya tidak dihanyutkan dengan perasaan takut yang mula menguasai diri. Tiba-tiba pintu dibuka, seseorang masuk dan duduk dihadapannya. Dia mengangkat kepalanya sedikit, kedatangan orang itu langsung tidak menganggunya. Mulutnya masih tidak berhenti menyebut kalimah Allah itu.
apakah yang kamu baca itu wahai orang muda?” tanya ketua. Dia hanya tersenyum lalu menjawab…
kalimah suci Allah”,
apakah ini buku tulisan mu?” dihulurkan buku yang hampir koyak kepadanya. Dia mengambilnya dan menyelak satu demi satu helaian. Dia hanya mengangguk lemah. Baru dia teringat, buku inilah yang digunakannya untuk membantu sekumpulan kanak-kanak tempoh hari. Dia mengangkat wajahnya merenung sayu wajah ketua.
mengapa?” tanya dia kepada ketua. Agak musykil kerana ketua dengan baik hati mengembalikan naskhah itu kepadanya.
tulisan mu masih belum di tamatkan”,
jadi?” dahinya semakin mengerut, masih lagi tidak mengerti.
aku ingin dikau menghabiskannya di sini”, tersentak dia mendengar kata-kata ketua itu. Sukar untuk dia menghabiskan tulisannya itu dalam keadaan selemah itu. Otak pun tidak boleh berfungsi dengan sebaiknya.
bagaimana ingin aku habiskan tulisan ku ini jika ajal ku sudah memanggil?” ketua itu hanya tersenyum manis sambil membuka gari ditangannya.
apakah benar apa yang dikau tuliskan itu? Wujudkah syurga dan neraka? Wujudkah nabi kesayangan umat? Dan wujudkah tuhan yang satu?” bertubi-tubi soalan ketua ditujukan kepadanya.
apa yang aku tuliskan itu adalah benar-benar belaka. Al-Quran itu adalah buktinya dan apa yang kau lihat ini juga bukti kekuasaan-Nya”, jawabnya dengan bangga sekali. Hilang segala penat-lelahnya apabila berbicara tentang agamanya yang satu.
jika ianya benar-benar belaka, bantulah aku untuk memahami agama mu yang suci lagi murni ini”,
Alhamdulillah”, senyumannya semakin lebar.
*****
Kakinya laju berlari sambil memeluk erat buku di dadanya. Lariannya semakin pantas tanpa menoleh ke belakang. Bannnggggg!! Langkahnya berhenti dari terus berlari apabila dia mendengar satu das tembakan. Dia menoleh sambil airmatanya mengalir deras. Adakah benar keputusan yang di ambil ini, bisik hatinya.
pergi, selamatkan diri!” jerit ketua sambil menolaknya keluar dari kawasan itu.
tidak sesekali! Aku tidak takut untuk menghadapi mati ku ini”, jawabnya dengan tegas, jelas menunjukkan kekuatan iman yang kental tanpa rasa gentar sedikit pun.
pergi sahabat ku. Jika benar apa yang dijanjikan oleh Allah, aku sanggup berkorban demi untuk menyelamatkan sahabat ku”, dia menggeleng tidak setuju dengan keputusan itu. Ketua masih lagi berkeras untuk dia melarikan diri.
aku tidak akan meninggalkan dikau sendirian. Masih banyak lagi yang perlu engkau pelajari”, katanya sambil menarik ketua tetapi ditahan.
dengar sini sahabat ku. Habiskanlah tulisan mu ini untuk dijadikan tatapan anak muda generasi akan datang. Sedarkanlah mereka yang sedang lalai di luar sana. Ajalmu masih belum sampai lagi wahai sahabat ku, engkau masih ada tanggungjawab untuk dilakukan”, hampir mengalir airmatanya apabila mendengar kata-kata ketua itu.
Sekali lagi dia terkejut dengan beberapa lagi das tembakan. Ya Allah, ampunilah hambamu ini kerana tidak dapat menyelamatkan saudara baru ku itu, tangisnya di dalam hati. Dia berjalan lemah memasuki hutan dan berazam akan meneruskan niat sahabatnya itu serta tidak akan mensia-siakan mengorbanan yang telah dilakukan oleh ketua. Doaku sentiasa mengiringi mu wahai sahabat, monolognya sendirian sambil menghilangkan diri di sebalik semak.
*****
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Pemberontak yang telah bermaharajalela sejak bertahun lamanya telah digulingkan sekali gus kerajaan kembali bertahta. Apa bezanya, bumi kembali menjadi aman dan tenang dari pandangan kasar sahaja. Lama dia berdiri di jendela melihat segala bangunan yang telah musnah kini dibangunkan kembali. Kalimah syukur berkumandang di hatinya. Dia kembali semula ke meja tulisnya, mencapai pensel untuk memulakan karangannya. Alhamdulillah, bukunya semakin mendapat perhatian masyarakat. Mengharapkan apa yang disebarkannya menjadi pengajaran kepada semua agar tidak leka jika berada di kemuncak kerana suatu hari nanti semuanya pasti menyembah bumi kembali.
Tok Tok Tok!!! Bertalu-talu ketukan di pintu. Dia bingkas bangun lalu membuka pintu. Dia terkesima. Dihadapannya sekarang ini berdirinya seorang lelaki yang tempang dan comot sekali. Senyumannya terukir.
selamat kembali wahai sahabat ku”, airmatanya mengalir sambil memeluk erat seseorang yang pernah membantunya suatu ketika dahulu. Apa yang terjadi adalah ketentuan-Nya.

DENGAN KUALITI JIWA BUKAN KUANTITI HARTA…



Maaf, kiranya saya membuat para pengunjung blog tertunggu-tunggu entri baru. Agak lama juga saya tidak menulis dalam blog ini. Mengerjakan tiga buku serentak, memang menguji ketabahan dan ketelitian. Itulah yang menjadi hambatan saya dalam beberapa minggu ini. Saya cuba selesaikan tiga buku serentak – sebuah yang agak berat dan ilmiah, satu lagi agak santai dan kreatif, manakala yang ketiga pertengahan diantara keduanya.
Insya-Allah, Mukmin Profesional – Celik Mata hati, Nota fikir untuk Zikir dan R & R Rohani akan terbit tidak lama lagi. Cuma ketentuannya di tangan Allah jua. Disamping itu ada satu tugas asas dan teras yang sangat mencabar. Pembaikan dan penambahan nilai untuk modul Penghayatan Amanah dalam Profesyen yang telah dilaksanakan untuk kakitangan Bank Rakyat. Insya-Allah, banyak penambah-baikan akan dilakukan pada pelaksanaan program latihan yang akan datang.
Saya bersyukur kerana mendapat banyak doa dan dorongan daripada pengunjung. Itu menguatkan jiwa dan semangat saya untuk terus menulis. Saya sering mengingatkan diri, usaha kita mengingatkan orang lain adalah juga usaha kita untuk memperbaiki diri sendiri. Dijauhkan Allah dari bersifat hipokrit. Walaupun kekadang apa yang diingatkan untuk orang lain, terlupa kita padankan pada diri sendiri. Saya, anda dan kita semua hanya INGIN jadi baik, belum benar-benar jadi baik. Kita insan yang sedang bermujahadah.
Baiklah sahabat dan saudara-saudaraku, kali ini mari kita sama-sama telusuri tulisan yang sangat sederhana ini. Semoga sadara/i ikhlas membacanya, sepertimana saya cuba ikhlas ketika menulisnya. Bacalah… dengan kualiti jiwa, bukan kuantiti harta...
Redha Allah terletak pada redha ibu-bapa. Semua orang pernah mendengar ungkapan ini. Namun, berapa kerat yang memahami tuntutannya? Dan berpada kerat pula yang telah menunaikan tuntutannya? Ibu-bapa yang telah tua memang menguji anak-anak. Maklumlah, akalnya sudah lemah, pertimbangannya jadi singkat. Kerenah orang tua sangat menguji anak-anak.
Berapa ramai yang menganggap ibu-bapa yang telah tua sebagai satu liabiliti dalam kehidupan kita. Pada hal mereka sebenarnya adalah satu aset yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Menjaga ibu-bapa yang telah tua, bersabar dalam menghadapi kerenahnya sesungguhnya akan membuka pintu kerahmatan dan keberkatan daripada Allah swt.
Ingatkah lagi kita tentang satu hadis panjang yang menceritakan kepada kita bagaimana tiga orang lelaki terperangkap dalam sebuah gua? Masing-masing memohon pertolongan daripada Allah melalui perantaraan (tawassul) amalan mereka. Salah seorang lelaki tersebut telah memohon kepada Allah melalui perantaraan amalannya yang berbakti kepada orang tua… dan pintu gua itu tergeser, petanda bantuan Allah tiba kerana amalannya terhadap orang tua.
Mengapa tidak kini kita gunakan kaedah yang sama? Bukankah banyak permasalahan dan beban hidup yang berat sedang atau akan kita tanggung? Salah satu kaedah untuk mengatasi dan menangani masalah tersebut ialah dengan berbakti kepada orang tua dan menjadikan kebaktian tersebut sebagai perantaraan berdoa kepada Allah. Dengan syarat kita berbuat demikian dengan hati yang ikhlas.
Berapa ramai penulis yang “terbantut” idea dan mindanya, lalu dia mengangkat tangan berdoa kepada Allah melalui perantaraan ketaatannya kepada ibu-bapanya? Atau ahli perniagaan yang dilanda masalah hutang atau merudumnya jualan, lalu istirahat seketika lantas berdoa meminta bantuan Allah melalui budi-baiknya terhadap ibu-bapa? Atau ahli politik yang diserang kiri dan kanan oleh musuh politiknya, mengambil sedikit masa untuk bermunajat kepada Allah melalui amalan baik terhadap kedua ibu-bapanya?
Ingatlah, ibu-bapa yang tua itu adalah satu aset. Kesusahan, kejemuan dan kebimbangan kita sewaktu menjaga mereka sebenarnya adalah mahar kepada sebuah ketenangan, keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan. Namun sebaliknya, jika mengabaikan mereka itulah yang akan membuka kepada pintu kehancuran, keresahan dan kegagalan. Benar seperti yang pernah didendangkan oleh lagu lama, “ayah dan ibu wali-wali keramat.”
Ibu-bapa memang “wali keramat” kerana meminggirkan mereka (apatah lagi kalau sampai ke tahap menderhakai mereka) akan menyebabkan hidup kita terhijab (terhalang). Bukan sahaja kita orang awam ini, bahkan orang-orang Soleh sekalipun jika tersalah laku dengan ibu-bapa akan menerima padahnya. Lupakah kita kepada Juraij, seorang yang amat soleh (rajin uzlah dan beribadah) tetapi tertimpa malapetaka fitnah kerana tidak disenangi oleh ibunya.
Gara-gara begitu asyik dengan solat sunat, Juraij tidak menyahut panggilan ibunya. Ibunya sungguh terasa hati menyebabkan dia berdoa agar Juraij ditimpa fitnah. Benar, tidak lama kemudian Juraij difitnah berzina dengan perempuan jahat menyebabkan dia dihina dan disakiti oleh penduduk-penduduk setempat. Itulah bahananya mengecilkan hati ibu. Justeru, dari segi hukumnya, ajaran Islam menetapkan seseorang yang sedang bersembahyang sunat wajib menyahut panggilan ibunya setelah tiga kali panggilan itu diulang. Kenapa? Padahal solat itu hubungan dengan Allah, sedangkan menyahut panggilan ibu bapa itu hubungan sesama manusia? Apakah hak manusia lebih besar daripada hak Allah?
Tidak, bukan begitu. Sebenarnya itu didikan daripada Allah jua, agar seorang anak menjaga hubungan dengan ibu-bapanya semasa berhubung dengan Allah. Taat kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ada kalanya dirangkaikan dalam ayat-ayat tertentu dalam Al Quran. Ya, jangan sampai mengejar cinta Allah, dengan mengabaikan cinta terhadap ibu-bapa. Yang setepatnya ialah cintailah ibu-bapa kerana mencari cinta Allah!
Bayangkan jika manusia sesoleh Juraij pun boleh ditimpa kesusahan kerana kesalahan yang boleh dikatakan kecil (berbanding kederhakaan anak-anak zaman ini) terhadap ibunya, apalagi kita. Kebaikan kita tidaklah setinggi dan sebanyak Juraij, sebaliknya kesalahan kita terhadap ibu-bapa kita lebih banyak daripadanya… Bila-bila sahaja kita boleh ditimpa malapetaka akibat kederhakaan ini. Dan mungkin kita tidak sedar, malapetaka itu telah pun menimpa kita.
Intai-intai dan telitilah kembali jalan hidup yang telah, sedang dan akan kita susuri ini. Berapa banyak halangan dan hambatan yang datang melanda. Berapa banyak kali kita kecundang? Apa yang dirancang kekadang sering tidak “menjadi”. Malang dan bencana datang timpa menimpa. Dicari sebabnya, dikaji puncanya, seakan-akan tidak terjumpa… mana tahu semuanya bahana derhaka kepada kedua ibu-bapa.
Dosa kita pada yang lain masih adalah istilah nanti dan tunggu. Tetapi dosa kepada ibu-bapa akan dibalas segera dan tiba-tiba. Sesetengah orang, hanya kerana dia telah menghulurkan bantuan ratusan malah ribuan ringgit sebulan kepada ibu-bapanya, dia telah menunaikan tanggungjawab… Jadi apabila ibu-bapanya “bersuara” sedikit, sudah berani dia membentak. Apa yang tidak cukup lagi? Apa lagi yang ibu hendak? Apa lagi yang bapa tidak puas hati?
Ingatlah, wang ringgit dan harta benda tidak akan mampu membalas jasa atau menebus bakti kedua orang tua kita. Bukan semua perkara dalam kehidupan ini boleh dibeli. Banyak perkara-perkara penting dalam hidup ini tidak boleh dinilai oleh kuantiti material dan fizikal yang kita ada. Antaranya, jasa dan bakti kedua ibu-bapa. Ia hanya boleh “dibayar” oleh kualiti jiwa bukan kuantiti harta.
Maksudnya, budi hanya dapat dibayar oleh budi. Jasa dengan jasa. Budi baik dan akhlak kita yang cantik sahaja dapat menyenangkan hati orang tua pada usia senja mereka. Layani mereka dengan baik, dengarlah cerita mereka (walaupun telah diulang berkali-kali), duduk berbual dengan mereka, membelai atau mengurut badan mereka dan yang paling penting sering menziarahi dan sentiasa berdoa untuk mereka.
Jangan lupa, satu hari kita juga akan melalui apa yang sedang lalui kini. Kita akan mencecah gerbang tua dan mengecap sisa-sisa umur dengan payah dan lelah seperti mereka… bagaimana kita saat itu? Tentukanlah nasib kita itu pada hari ini. Bagaimana? Taat, layan dan belai dengan penuh kasih sayang orang tua kita pada hari ini, insya-Allah anak-anak kita akan mengamalkan sikap yang sama terhadap kita pada akhir nanti.
Cerita dan nasihat ini bukan pertama kali kita dengar… tetapi semuanya diulang lagi kerana kita sering mengabaikan apa yang sering kita dengar. Kita sering menjadi umpama kelekatu yang melanggar lampu yang bercahaya sedangkan di bawahnya sudah begitu banyak kelekatu lain yang terkorban. Berapa banyak ikon anak derhaka dalam cerita rakyat seperti Sitanggang mahupun Malim Kundang yang kita benci dan caci, ironinya kita menjejak mereka tanpa kita sedari.
Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung… Oh, terlalu banyak kesalahan kita terhadap mereka. Dan apakah ini telah menyebabkan tertutupnya pintu kerahmatan dan keberkatan?
Rezeki banyak, tetapi tidak puas. Umur panjang, tetapi dipenuhi dosa. Masa lapang, tetapi hilang manfaat. Kesibukan yang memanjang, keresahan yang tidak berpenghujung mungkin sedang berlaku dalam hidup kita. Anak-anak degil. Isteri atau suami semakin degil dan tidak serasi… Apakah ini semua kerana dosa kita terhadap orang tua? Apakah Allah sedang murkakan kita?
Jika anda bertanya begitu, sila ulang baca ayat pertama pada awal tulisan ini!
sumber: http://genta-rasa.com/dengan-kualiti-jiwa-bukan-kuantiti-harta/

MARI DEMONSTRASI HARI-HARI!


Saya cuba melihat dari dimensi lain. Bukan untuk mencari kelainan tetapi sekadar ingin menyumbang ke arah menyempurnakan sudut pandang. Berbeza tidak semestinya bertentangan. Perbezaan hanya melihat dari sudut lain yang mungkin menjadi ‘titik buta’ orang lain. Manakala ‘titik buta’ kita pula perlu disuluh oleh pandangan orang lain. Begitulah seadanya. Kata sesetengah orang inilah yang dikatakan ‘the same difference’ – perbezaan dalam kesamaan.
Justeru, awal pagi tadi saya menulis artikel di bawah apabila melihat dan membaca para ‘demonstran’ anti Zionis yang berjumlah puluhan ribu semalam. Secara peribadi, tanpa diduga saya diminta mengimami solat hajat (atas permintaan keluarganya) untuk keselamatan seorang ahli kariah surau kami yang turut berada di atas kapal yang diserang oleh halikopter Yahudia baru-baru ini. Kebetulan, imam pada malam itu berada di luar kawasan… jadi saya ke depan menjadi imam atas permintaan kawan-kawan. Namun, bermula malam itu saya terus berfikir…
Sehinggalah pagi ini, apa yang saya fikirkan itu, saya coretkan dalam bentuk “dialog” yang saya imiginasikan. Agar mudah dihadam dan dihayati. Pohon maaf atas kekasaran bahasa atau kelancangan makna. Semoga dibaca dengan rasa terbukan, seperti mana saya cuba terbuka menulisnya. Terimalah… MARI DEMONSTRASI HARI-HARI!
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”
“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”
“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “
“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka!”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?
sumber: http://genta-rasa.com/mari-demonstrasi-hari-hari/

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia