-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

BELAJAR DARI UNIVERSITI KEHIDUPAN


“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja” - Hamka


Satu perkara yang mungkin mereka dan kita terlupa akan kepentingannya dalam membina kehidupan ialah…
‘ILMU’
Keperluan ilmu adalah sangat penting pada hari ini berbanding zaman sebelumnya. Selepas kita meninggalkan zaman industri, kita sekarang berada di zaman informasi yang sentiasa bergerak laju ke hadapan. Pergerakan yang begitu pantas inilah menyebabkan nilai bagi sesuatu ilmu itu menjadi sangat tinggi. Jika tiada ilmu, maka kita akan ketinggalan.

Ramai yang mengejar gred akademik dengan cara menghafal ayat-ayat buku, soalan bocor dan formula lalu dimuntahkannya kembali di dalam dewan peperiksaan. Jika begini cara kita belajar maka percayalah masuk tahun atau semester hadapan, apa yang kita hafal itu semua akan hilang.

Seseorang yang berilmu itu bukan diukur dengan hanya sekadar menghafal teori-teori lama yang dipelajari di dalam kelas di sekolah atau teori-teori di dalam kelas pengurusan di universiti semata-mata.

Dalam dunia keusahawanan. Usahawan dan bakal usahawan perlu lebih didedahkan dengan ilmu-ilmu praktikal yang menjadi keperluan semasa kita pada hari ini. Perlu dipastikan juga ilmu yang dipelajari itu boleh dimanfaatkan dalam kehidupan. Dengan ilmulah seseorang itu akan lebih berani ke hadapan.

Persoalan saya, adakah institusi pendidikan hari ini sudah menyediakan persiapan yang cukup buat anak-anak muda bagi menghadapai dunia yang sebenar? Dunia yang penuh dengan cabaran, godaan dan kealpaan?

Sudah lengkapkah sistem pendidikan di sekolah dan universiti untuk mempersiapkan anak-anak muda bagi mendepani dunia sebenar yang kian lama kian mencabar? Sudah cemerlangkah sistem pendidikan kita dalam membina pemikiran manusia yang berwawasan, emosi yang mantap dan kerohanian yang suci?

Atau kita hanya sibuk membina generasi yang mengejar sijil? Yang suatu hari nanti mereka akan mula sibuk menjaja diri mereka dalam sektor-sektor swasta dan kerajaan? Jika tiada tawaran maka pengangguran akan menjadi pilihan. Apa yang malang lagi adalah apabila mereka membiarkan orang lain menentukan nilai diri sendiri dengan mengikut dan mempercayai kata-kata orang lain berbanding kata-kata hati yang ingin mendorong dan membangunkan diri.

Kita tidak boleh hanya bergantung kepada ilmu-ilmu yang diajar di sekolah mahupun di universiti semata-mata untuk berjaya di dunia dan akhirat. Hari ini kita perlukan ilmu-ilmu yang lebih praktikal, ilmu yang boleh dimanfaatkan pada situasi kita sekarang, ilmu yang mampu menjadi bekalan untuk seseorang itu membina sebuah kehidupan.

Namun ilmu semata-mata tidak mampu menjadikan kita tahan lasak dengan sepak terajang ujian kehidupan. Elemen utama selepas ilmu ialah elemen pentarbiyahan diri. Pentarbiyah atau dalam kata lain ‘latihan’ ialah elemen yang akan menguatkan diri seseorang itu saat diuji dan kental jiwanya untuk berani melangkah kehadapan kembali.

Kita sebenarnya memerlukan ilmu-ilmu dan pentarbiyahan kehidupan yang berjaya membentuk insan-insan luar biasa seperti tokoh-tokoh Islam seperti Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Salahuddin Al Ayubi, Ibnu Khaldun, Ibnu sina dan banyak lagi.

Kita perlu mencontohi tokoh-tokoh perniagaan seperti Steve Job, Antony Robbin, Oprah Winfrey, J.K Rowling, Bill Gates, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, Sulaiman Ar Rajhi sebagai inspirasi dan panduan membangunkan empayar perniagaan sendiri.
Kita juga perlu menjadikan pemimpin-pemimpin kerohanian yang hebat seperti Sheikh Yusuf Al Qaradawi, Hassan Al Banna dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz sebagai pedoman.

Ilmu dan pentarbiyahan ini tidak dapat kita miliki daripada sistem pendidikan sekolah dan universiti yang sedia ada semata-mata kerana banyaknya polisi dan silibus pendidikan hari ini dipegang ketat oleh orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Tetapi kita mampu mempelajarinya melalui sistem pendidikan yang diatur oleh Allah s.w.t.

Sistem pendidikan yang mengajar kita erti susah dan senang, cabaran dan dugaan, pemurah dan bakhil, bijak dan jahil, melalui pengalaman sebenar dan kita merasainya melalui kehidupan. Maka, saya namakan ia sebagai Universiti Kehidupan.

Realitinya, kita semua sedang melalui sebuah Universiti Kehidupan. Sama ada seseorang itu sedar atau tidak, hidup ini ialah sebuah ‘universiti’ yang besar yang tiada sempadan. Tidak kiralah kita belajar di UiTM, UTM, UTHM, UTP, UUM dan sebagainya. Hakikatnya anda, saya dan semua berpijak di sebuah universiti yang sama iaitu Universiti Kehidupan.

Di Universiti Kehidupan inilah tokoh-tokoh hebat yang saya nyatakan seperti di atas mendapat pendidikan utama mereka dan berjaya. Kita juga mampu menjadi seperti mereka. Memiliki kejayaan hebat seperti mereka. Tetapi, persoalannya ialah sanggupkah kita menempuhi ujian-ujian dalam Universiti Kehidupan?

Di Universiti Kehidupan kita akan mempelajari tentang dunia sebenar. Dunia yang penuh dengan pembelajaran, pengalaman dan warna-warni kehidupan. Dunia yang kadang-kala bercanggah dengan logik akal.

Saya ingin mengucapkan selamat datang ke Universiti Kehidupan.





HIDUP BUKAN SEPERTI CERITA CINDERELLA



Ramai orang mengimpikan kehidupan mewah ala-ala drama TV3 jam tujuh malam. Hidup kaya-raya, duduk di rumah besar dan pandu kereta mewah. Bercinta pula dengan wanita-wanita cantik seperti Mira Filzah, Neelofar dan Heliza Helmi atau lelaki kacak seperti Asyraf Muslim, Remy Ishak, Fahrin Ahmad dan Izzue Islam. Gaduh-gaduh kemudian bercinta.

Ringggggggggg! Loceng jam berbunyi. Buka mata, badan masih terlantar di atas katil empuk bersama baju tidur. Bilik besar, rumah pula banglo tiga tingkat. Masuk bilik air semuanya tersusun rapi. Sabun muka, ubat gigi, berus, pencukur bulu-bulu semunya kelihatan baru dan teratur.  Mandi pula menggunakan pancuran air panas. Fuhh.

Keluar bilik air, badan yang basah dilap dengan tuala tebal lagi empuk. Rambut pula dikeringkan dengan pengering rambut. Kemudian kemeja disarung pada badan dan seluar dipakai dengan cermat. Akhir sekali, tali leher diikat pada leher dengan kemas.

Penuh bergaya.

Sebelum keluar bilik, dilihat dahulu cermin besar yang tergantung dan dibetul-betulkan lagi rambut. Ermmm, muka macam Fahrin Ahmad. Fuhh.

Baju kot dicapai dan terus keluar.

Morning, papa…” Fahrin menyapa si ayah yang sibuk membaca akhbar sambil menghirup secawan kopi panas.

Morning, Fahrin…” balas Dato’ Mansor. Suaranya seperti Datuk Jalaludin Hasan.

Darling… Sudah-sudahlah tu baca paper. Makan lauk tu,” kata Datin Salmah. Mukanya seperti Liza Abdullah. Ehh sesuai ke tak eh? Tak mengapalah kita teruskan.

“Ehh Fahrin, tak nak makan dulu ker?” Tanya Datin Salmah.

“Tak apalah, mama. Rin kena cepat. Banyak kerja di pejabat tu.  Papa mama, I need to go now. Papa, see you di pejabat.”

Pakai kasut hitam berkilat dan masuk dalam kereta BMW warna merah. Vrooommmm… vroooommmmm…

Bila sampai pejabat, disapa pula oleh pembantu peribadi yang cantik.

Morning, Encik Fahrin. Saya dah sediakan kopi kegemaran encik di atas meja.”

Morning, Shila. Thank you so much.”

Rakan-rakan kerja Shila ada yang cemburu melihat situasi itu. “Pandai si Shila tu ambik hati si Fahrin. Tengoklah, aku pasti akan dapat Fahrin,” monolog Zie, musuh ketat Shila.

“Encik Fahrin, ada orang dari Kencana Holding datang nak berjumpa dengan Encik Fahrin. Saya minta dia tunggu di bilik tamu terlebih dahulu,” beritahu Shila.

“Oh, baik. Boleh suruh dia masuk.”

“Knokk… knookk…” Pintu dibuka.

“Encik Fahrin, ini Cik Nialofa dari Kencana Holding. Anak kepada Dato’ Salim.”

Dalam keadaan gerak peralahan, kamera zum dekat pada wajah cantik ayu Cik Nialofa. Muzik tiba-tiba kedengaran. Irama dan lagu bersatu.

Kelipan mata begitu memikat hati dan wajahnya cantik warna kekuningan langsat.

“Nuuuuurrrr Kasih… Nurrrr kasih…” lagu OST Nur Kasih mula kedengaran. Ehh, sesuai ker lagu Yasin dalam drama ini? Ahh, hentam sahajalah! Kita teruskan.

Hati Fahrin mula bermonolog, “Siapakah dia? Tidak pernah aku melihat gadis secantik ini… Waaaaahhh”

“Vrrooooooooooommm… Bangunn… Bangunnn... Oii, bangun dari mimpi!” kejut emak untuk bangun solat Subuh.

Air liur basi dilap dengan tangan sambil wajah masam mencuka. Arrrgggghhhhhhhh. Menguap kemain besar lagi.

Hakikatnya, hidup saya dan ramai orang yang saya kenal tidak seperti yang sering kita idam-idamkan seperti dalam drama TV, ya tak?

Menurut laporan akhbar sebanyak 400,000 orang masih menganggur. Angka itu hampir setengah juta.

Saya harap kita sedar bahawa hidup ini bukan macam cerita Cinderella yang buka-buka mata sahaja ada anak raja masuk meminang. Itulah hakikatnya.

Kita perlu buat sesuatu. Jangan terus menunggu.

Hidup ada asam garamnya, ada manis tebunya. Adakala kita senyum kegembiraan, ada masanya kita sedih kedukaan. Ramai dalam kalangan kita bukanlah dibesarkan dalam keluarga orang-orang besar yang mempunyai syarikat-syarikat besar.

Habis sahaja belajar boleh terus kerja jadi orang kanan di syarikat besar Daddy. Segala-galanya sudah siap disediakan. Pejabat, kereta, pembantu am (PA), pelanggan pun sudah ada. Tak perlu susah-susah turun padang buat marketing dan sales.

Hidup bukan sesenang dan seromantik seperti dalam-drama TV. Awal-awal pagi ketika langit masih gelap, ada yang sudah mula memacak payung gerai di tepi jalan, ada yang sudah bersesak di jalan raya dan pengangkutan awam dan ada yang sudah menunggu depan pintu kedai menunggu pelanggan datang.

Hidup kian mencabar dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Pesaing pula semakin kuat dan bertambah. Fikiran mula stres kebingungan. Namun, hidup perlu diteruskan.

Kerana itu sahaja jalan yang kita ada.

Zaman sekarang ialah zaman di mana kita perlu cari peluang atau cipta peluang. Tiada istilah tunggu peluang sebab kita bukannya anak menteri atau anak raja yang berbondong-bondong orang nak harta kita.

Ada yang dibesarkan dalam keluarga miskin, ada yang dibesarkan dalam keluarga sederhana dan ada yang kaya. Ia tidak penting di mana kita bermula tetapi ia amat penting di mana kita akan berakhir.

Tidak kira siapa kita, setiap orang ada ceritanya yang tersendiri. Kita adalah hero dalam filem kita tersendiri. Setiap hari, setiap jam dan setiap saat, kisah hidup kita dirakam dan akan ditayangkan di akhirat kelak.

Jadi, jadikan kisah hidup kita satu perjuangan hidup yang sangat bermakna dan mampu menjadi inspirasi kepada ramai. Teruskan bermimpi agar impian tidak mati. Teruskan berdoa dan berharap agar hati tidak mati. Teruskan langkah agar impian menjadi pasti.

Ingat. Jalan Terus!










MELOBI DENGAN TUHAN



"Zan, ramai yang masuk tender tu, melobi sana sini untuk ambil hati orang atasan. Abang mana lah ada cable-cable ni, nak main lobi-lobi ni pun abang tak reti. Tapi zan, abang ada Allah, ketika orang lain sibuk melobi dengan manusia abang sibukkan diri melobi Tuhan" Abang Din bercerita

"Melobi dengan Tuhan?" Tanya aku meminta kepastian


"Yaa… bunyi macam tak pelik kan?" 


Abang Din bersambung lagi "Kita buatlah apa yang Allah suruh dan kita buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan. Yang penting ikhlas."


"Bagaimana tu abang Din?" Tanya saya lagi dengan penuh ingin tahu

Abang Din teruskan ceritanya dan perkenalkan falsafah hidupnya sebagai seorang usahawan dengan "Melobi Dengan Tuhan"

Antara perkara yang kita wajib buat adalah


1) Bersedekah pada jalan Allah sentiasa. Besar atau kecil jumlahnya lakukan dengan seikhlas hati.


2) Menunaikan solat dhuha setiap hari


3) Melayani ayah dan ibu kita seperti raja dan permaisuri


Sekali dua buat memang lah tidak nampak apa apa lagi. Tetapi lama kelamaan apabila amalan ini sudah menjadi darah daging kita ia akan membuahkan hasil yang masyuk sekali. Bukan lah masyuk duit semata mata, tetapi masyuk rahmatNya.


Berbalik kisah Abang Din tu. Tidak lama selepas itu abang Din memaklumkan kepada saya bahawa dia berjaya mendapatkan projek tersebut. Alhamdulillah, projek bernilai ratusan ribu ringgit tersebut mampu beliau menangi tanpa perlu melobi atau rasuah sana sini.

Semuanya adalah untuk kita kembali kepada Tuhan.


Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan
Penulis Buku Travelog Usahawan Muda


TOLONG BISNES ARTIS ATAU BISNES KAWAN, MANA LEBIH UTAMA?


Teringat saya kes viral apabila ada artis buat promosi jualan tudung di outletnya. Kelihatan ramai pak cik, mak cik, abang dan adik tolak menolak gaduh-gaduh untuk dapatkan nombor giliran di kaunter

Pihak krew dan artis itu pula sibuk membuat rakaman secara live untuk menunjukkan orang ramai sanggup bersusah payah untuk mendapatkan produk-produk mereka

Kecoh di media sosial sehinggakan ramai netizen mengencam kuat artis tersebut kerana ia kelihatan seperti mengambil kesemptan kesusahan orang ramai yang berada di situ untuk tujuan pemasaran mereka 

Laki perempuan semua tolak menolak berebut rebut kerana nakkan jenama tudung tersebut. Sanggup habiskan wang gaji untuk nak nampak glamour. Sanggup beratur dari subuh da nada yang sanggup memasang khemah bermalam supaya dapat menjadi orang yang terawal beratur di pintu depan

Silap-silap mak cik yang baru dapat bantuan sara hidup di kampong sebelah juga terkedek-kedek bentang tikar dan tidur sana untuk mendapatkan harga promosi. Wohoo. Suami di rumah garu kepala, “mana lah pergi bini ngan anak-anak aku ni”

Bila artis jual itu ini berebut orang melayu berbondong-bondong pergi seperti ada seruan jihad di situ. Seruan azan berkumandang tidak ramai pulak yang menyahut. Zzzaaaaaappppp . hati macam kena belah dengan pisau kan

Walaupun pakaian yang Artis-artis itu keluarkan boleh didapati di Bandung atau Songkhla .Walaupun pakaian yang mereka keluarkan itu hanya indah khabar dari rupa. Tetapi pembeli-pembeli itu tidak kisah, asalkan yang jual itu artis glemor

Balik kampong, “Jahhhh tengok tudung baru aku baru beli ni, aku beli dari artis kau tahu”

Bila Artis jual jual biskut raya , awal tahun lagi semua dah tempah. Harga boleh tahan mahalnya, tidaklah sesedap mana harap glamour bekasnya boleh tayang pada orang. Bila Kawan buat kuih raya, dikata pula "Sorry Mila, aku dah ada kuih raya dah, tahun depan ekk"

Bila artis keluarkan minyak wangi jenama mereka sendiri semua berebut untuk beli. Tetapi apabila kawan sendiri menjual minyak wangi dengan ambil stock dari supplier tempat yang sama, tidak pula dia beli.

Bila pergi kedai artis
“Berapa yer minyak wangi ni? “
“RM300 sahaja kak.”
“Ooooo..mesti berkualiti ni. Cantik pulak tu.. haaa… saya ambik satu ya.”

Tapi .....
Bila pergi kedai kawan
“Minyak wangi ni berapa yer harganya?”
RM50 jer 
Mahal lah. Botol tester ada?

Fullstop

Bila kawan sendiri berniaga

“ Mat, tak dapat kurang ker ? ” “ mahalnya ... "" takde harga member ke "" Kenapa postage tak buat free jer" Sambil tengok atas bawah peniaga tersebut.

Itu pun nasib lah kalau dia beli. Ada pula yang lalu kedai kawan pun tidak mahu pandang. Nak like status business kawan-kawan pun malas.

Kalau saya ada pilihan nak beli karipap daripada Neolofa ataupun Mak Cik Tina berniaga depan rumah kedai dia. Comfirm saya akan pergi ke Neolofa dulu buat-buat tanya

“Hai, Baru berniaga kat sini ker?” Ehh

Kemudian saya akan terus ke Mak Cik Tina untuk membeli daripadanya. Kerana saya yakin mak Cik itu lebih memerlukan duit untuk menyara kehidupannya

Bila membeli barang dari kawan anda, anda membantu mereka membina hidup, bukanlah mereka nak kumpul harta kekayaan untuk beli kereta porche atau rumah banglo, tetapi untuk survival keluarga. Kadang-kadang duit untung niaga RM30 ke RM50 sehari tu lah satu-satunya pendapatan untuk beli susu , pampers anak, bayar rumah, kereta dan lain-lain

Bukan tak boleh beli barang-barang dari artis, cumanya bersederhanalah dalam berbelanja dan utamakanlah membantulah peniaga-peniaga kecil, terutamanya kenalan kita. Wahai

Jika ada kekurangan dalam bisnes kawan, maklumkan kepada dia, beri pandangan penambahan baikkan. Bukan buat senyap dan gosip belakang

Support kawan-kawan, mereka lebih memerlukan

Entahlah, ini hanya pandangan 10 sen saya. Apa pandangan anda?



Kaizan Nazlan
Usahawan Jalanan
Penulis Buku Budak Kelas Belakang & Travelog Usahawan Muda

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia