-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

JANGAN MENANGIS: KISAH 2 BUDAK BERNIAGA GERAI WESTERN GRILL DI KG BAHRU

[ ADA KERJA KOSONG? ]

Satu hari itu aku mendapat kiriman whatapp dari kawan baik aku.
“Hasbullah”.

“Khai, engkau ada kerja kosong?”

Aku terkejut dengan soalannya. Seorang Chef yang berbakat bertanyakan soalan sebegitu kepada aku. Aku faham keadaannya, aku follow perkembangannya dalam perniagaan, jatuh bangunnya aku tahu. Aku terdiam seketika,dan merenung panjang skrin telefon aku.

“Bul, aku takda kerja kosong, tetapi aku ada peluang yang mungkin engkau berminat”

“Apa dia Khai?”

“Aku ada tapak di Kampung Bahru, apa kata kita berniaga bersama di situ. Kau berminat?”

[ DAPUR HALIJAH ]

Wajahnya masih segar dalam bayangan fikiran ku. Aku masih ingat senyumannya, insan itu benar-benar mendamaikan hati aku. Sering kali juga dia mengusik dan memberi ceramah(complaint) sambil menepuk kuat anak kesayangnya itu depan aku. Mana tak nya, bawak kereta laju nak mampos!. woho. Bila dikenang kembali saat itu, memang kelakar.

Aku tidak dapat membayangkan perasaan Hasbullah apabila dia mendapat khabar berita bahawa ibu kesayangnya itu telah meninggal dunia. Aku hanya mampu berdoa agar arwah sentiasa dalam rahmat Allah dan dikasihi Nabi s.a.w di dunia sana.

Hari ini, kami berdua bersetuju untuk meletakkan nama “Halijah”, sempena nama arwah ibu Hasbullah. Sememangnya menjadi impian arwah Mak Cik Halijah bagi melihat anaknya itu menjadi seorang “Chef”. Aku tersenyum kerana kini impian arwah berada di depan mata ku.

Aku kenal Hasbullah, banyak kisah jatuh bangunnya dalam merialisasikan impian arwah ibunya. Sememangnya dia seorang yang kental dan berani menempuh ujian.

Aku pula? Aku seorang usahawan dan seorang professional trainer. Bidang Food & Beverages ini sememangnya adalah ruang dan peluang bagi aku untuk melebarkan sayap perniagaan aku. Aku bukan seorang usahawan wannabie yang mempunyai papa dan mama yang banyak harta dan kekayaan seperti Ceo-ceo dalam drama melayu dan apatah lagi seperti Pak-pak Menteri, aku adalah seorang usahawan ikat perut, banyak perkara yang perlu aku belajar dan aku bermula dari bawah.

Kini “Dapur Halijah” sudah dibuka oleh kami bersama. Ia bukanlah bererti cerita ini sudah tamat, tetapi ia bererti bahawa travelog kami sudah masuk ke chapter yang baru. Chapter yang sememangnya akan mengalahkan movie Diwale! Dan Ola Bola! Haha..ini azam kami. Susah senang kita harungi bersama.

Bak kata Muthu kepada Ali " I Cover You, You Cover I"
Bismillah. Kami melangkah. Moga Allah Redho.

Al Fatihah buat Arwah Mak Cik Halijah.
Usahawan Ikat Perut(Bukan anak menteri)
Kaizan Nazlan


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lokasi: Jalan Raja Abdullah, Kg Baru, KL
Landmark: MBSB Dang Wangi, Bank Islam Dang Wangi.
Waktu operasi: 6 p.m. - 12 p.m.
Facebook: Dapur Halijah F & B (https://www.facebook.com/ayamsantanpanggang/)

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia