-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

RM375,000 Belum Cukup Untuk Cover Cost Bulanan RM2500



Dalam penulisan ini, ia lebih merujuk kepada perancangan kewangan yang kita buat, khsusnya untuk peninggalan waris-waris kita. Anak-anak kita, Isteri kita dan sebagainya. Ramai yang tak mahu buat perancangan kewangan, betul? Ada yang buat dek jaa...ada yang buat muka selamber ja, ada jugak yang buat muka kemek jaa bila diminta buat perancangan kewangan untuk persedian ditimpa musibah. Kata mereka;

"oi, ang nak aku mati cepat ka?"
"aku kebal takpa-takpa"
"kalau dah takdir, semuanya boleh berlaku, aku berserah jelah"

Ramai dalam kalangan masyarakat kita, ambil endah tak endah bab pengurusan kewangan, terutamanya bab Takaful. Ramai yang menggapnya soal yang remeh dan membazir. Sebabnya mereka sebenarnya tak faham tentang konsep tawakkal.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
"Apakah unta itu dibiarkan saja depan pintu seraya bertawakkal kepada Allah? Ataukah harus diikat dahulu supaya tidak hilang?" Beliau saw. menjawab: "Ikatlah dan bertawakkal (kepada Allah)."
"Allah (adalah Tuhan), tiada Zat yang berhak disembah kecuali Dia, kepada Allahlah orang-orang beriman hendaknya bertawakkal." (Q.s. At-Taghâbun: l3).

Menyebuat pasal takaful, wajib bagi anda untuk ada takaful polisi, lebih-lebih lagi apabila anda sudah berkahwin. Saya tidak berhajat untuk bercerita panjang tentang takaful polisi disini. Saya hendak sentuh serba sedikit tentang jumlah coverage yang anda perlukan dalam perlindungan takaful. 

Kerana bila anda berkahwin, anda boleh menjaga ratu permaisuri dan putera puteri anda ketika anda hidup dan andai kata musibah berlaku keatas diri anda, dan ketika anda sudah tidak ada di dunia ini lagi, anda masih boleh menjaga isteri dan anak-anak anda. Anda hanya perlu merancang hal ini sebelum berkahwin dan selepas kahwin. Sebagai contoh; 

Pedapatan bulanan Suami: RM2000
Pendapatan bulanan Isteri: RM1500

Bila pendapatan si suami isteri bergabung, ia akan menjadi RM3500 untuk pendapatan rumah tangga. Katakan total kos pembelajaan rumah tangga dalam RM2500 sebulan. Ertinya mereka masih ada lebihan RM1000 betul? 

Andai kata suami meninggal dunia, maka hilanglah RM2000 pendapatan suami. Maka hanya tinggal pendapatan isteri seorang sahaja. RM1500 untuk menampuang segala kos pembelanjaan bulanan, anak-anak anda macam mana? Maka, matlamat Takaful adalah untuk membantu si isteri tadi dalam mengekalkan gaya hidup ketika suami sudah tiada di dunia, dimana si isteri tadi boleh fokus dalam membimbing anak-anak mereka, tak tak perlu fikir sangat dah dalam bab kewangan. 

Mari saya tunjukkan sedikit kira-kira;
RM2,500  (kos pembelanjaan bulanan) x 12 bulan/setahun
= RM30,000 - kos pembelanjaan sara hiduo untuk setahun

untuk tahu jumlah coverage yang anda perlu dalam takaful, anda perlu buat kira-kira macam ni; 
*RM30,000/ 8% ( RM30,000 perlu dibahagi dengan dividen dari badan pelaburan pilihan anda, yang ditawarkan, cth Cimb Wealth, Takaful, Tabung Haji)
Maka, jawapannya RM375,000, ini bermakna, anda perlukan RM375,000 untuk dilaburkan, agar si isteri tadi dapat pendapatan dalam RM30,000 setahun atau RM2,500 sebulan.

Tapi...
= RM375,000 perlu + RM30,000 (RM375,000 jumlah perlindungan yang anda perlu untuk memberi waris anda, perlu ditambah RM30,000, sebagai perbelanjaan tahunan pertama waris anda, sebelum mendapat hasil pelaburan daripada tabung haji, ASB, Unit Trust dan sebagainya yang berjumlah RM375,000). Faham ke faham? jadi, jumlahnya ialah RM405,000.

RM405,000 Ini merupakan jumlah wang yang si isteri perlu untuk mengekalkan gaya hidup mereka bagi menapung kos hidup RM2,500. 

Dengan wang RM405,000 inilah yang perlu si suami buat polisi untuk cover kematian atau lumpuhnya.
Pergh!!, hampir setengah juta oooo!

Hmmm..inilah pengorbanan yang si suami perlu buat, hendak capai perlindungan sebanyak RM405,000 itu, perlu bermula dengan langkah pertama. Buatlah perlindungan sebanyak RM100,000 dulu, bila sudah dah ada duit lebih, tambah perlindungan secara berperingkat, sehingga perlindungan untuk orang tersayang langkap dan mencukupi.

Tambahan info, seeloknya anda perlu cari tempat-tempat pelaburan yang baik, yang mampu memberi anda divident 10-15% keatas pulangan. Sebab, pulangan yang pelaburan yang baik dan tinggi, mampu mengurangkan jumlah coverage yang anda perlu. Bagi pandangan peribadi saya Tabung haji, ASB, dan seumpanya, mereka tak memberi kita pulangan yang baik, tapi mereka menjanjikan security, berbanding badan pelaburan lain seperti CIMB wealth dan sebagainya yang mampu memberi ana pulangan yang baik tapi agak berisiko. Tapi...sebelum nak melabur duit anda ke mana mana badan pelaburan, make sure, anda sudah ada polisi takaful dahulu. 

jika ada sebarang pertanyaan dalam bab ini, anda boleh message saya di FB page saya Kaizan Nazlan. Insyaallah saya akan membantu.

Buat Hati Yang Sedih



Ada ujian yang kita terima kadang2 begitu berat, sakit, pedih..cuma yakinlah ALLAH sayang kita dan pertolongan ALLAH itu semakin dekat..bersabarlah wahai hati2 yang kecil, bertaqwalah kepada ALLAH dengan sebenar benar taqwa, kerana ia adalah pengubat duka dan luka....firman ALLAH;

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."
(Surah Ali Imran ayat 139)

RENEW MOTOR INSURANCE ANDA

"Lindungi Orang Tersayang"

kami dari syarikat Glory Generation Enterprise, kepakaran kami adalah dalam membantu anda melindungi kenderaan kesayangan anda dengan service yang cepat, harga yang lebih jimat dan perlindungan yang dijamin.

*PROMOTION
Percuma "Hadiah Misteri" terhad hingga 31/1/2014

Type "RENEW SEKARANG" Ke Nombor "019-4646585"
kami akan bantu memudahkan urusan anda

TEKNIK JIMAT AIR SUAM

Assalammualaikum,

kita semua anda impian betul? macam-macam kita nak buat, ada yang nak buat business sendiri, ada yang nak berkahwin, dan ada yang nak bercuti ke luar negara. Pasti seronok apabila kita dapat melihat impian kita tercapai, anda boleh bayangkan nikmatnya bila nikmat anda itu tercapai..jadi apa yang meghalang anda?

Kerap sekali, bila ditanya kenapa tak capai impian, ramai akan cakap "duit tak cukup", "tak mampu" dan sebaginya..dah lah dengan harga barang naik, harga ice pun naik...sering kali, masalah hidup kita sering berkaitan dengan duit, betul? sampaikan kadang2 kita bergadung dengan orang tua kita, bergadung dengan isteri, bermasam muka dengan kawan2, murung, stress dan sebagainya...

Jadi, untuk entry kali ini, saya ingin share ilmu berkaitan pengurusan kewangan peribadi..

ini merupakan routine harian kita, sebagai orang bekerja...

*Pagi
"Akak, Teh Tarik kurang manis 1"....  RM1.20

*Petang
"Aner, nescafe ice satu, ice kurang"... RM1.90

*Malam 
"brader, bagi abng sirap ice satu".... RM1.50

ini merupakan kos pembelanjaan harian kita untuk air saja, betul betul? atau lebih kurang. Harga minyak electrik, harga minyak naik, harga air/ice pun naik.. jadi, saya nak berkongsi sedikit ilmu.. Bagi saya, sudah tiba masanya kita "kayakan diri kita" dengan berjimat..prinsip hidup yang saya pakai;

"mengapa perlu kayakan orang lain, sedangkan kita boleh kayakan diri kita sendiri"


jika kita betul2 nak ubah hidup kita, kita kena ubah habit kita yang menjadi punca pembaziran...jika anda tak serious, tak perlu membazir masa membaca entry ini..


Teknik Jimat #1: Minum Air Suam
ini merupakan teknik yang effektif dalam penjimatan kos harian kita. Dalam perniagaan, air merupakan satu business yang sangat menguntungkan, dimana profit marjinnya boleh mencecah 200% hingga 300%. Ertinya disini, untuk membantu anda kawal wang anda, saya sarankan anda berjimat dengan hanya minum air suam untuk minum pagi, minum petang, dan makan malam ketika hari bekerja. Atau at least, amalkan teknik ini sehingga ekonomi kita stabil kembali.



jom kita buat sedikit kira2... dengan menggunakan TEKNIK JIMAT AIR SUAM
*Pagi
"Akak, Teh Tarik kurang manis 1"....  RM1.20 - anda jimat RM1.00

*Petang
"Aner, nescafe ice satu, ice kurang"... RM1.90 - anda jimat RM1.70

*Malam 
"brader, bagi abng sirap ice satu".... RM1.50 - anda jimat RM1.30


Secara total, anda mampu jimat RM4 sehari..


katakan hari kita bekerja adalah 240 hari setahun. Cuba anda darabkan (RM4 x 240hari), jawapnnya, anda mampu jimat dalam RM960 hanya dengan berjimat dalam kos air. Bayangkan RM960, anda mampu buat apa? anda boleh bercuti, beli hantaran kahwin, sedekah/hadiah pada sekolah tahfiz, atau apa-apa saja yang anda inginkan..atau simpan saja dalam account investment atau takaful anda. Plus, bukan saja duit anda bertambah, malah, kesihatan anda juga terjaga insyaallah..

Renungkan prinsip ini;

"mengapa perlu kayakan orang lain, sedangkan kita boleh kayakan diri kita sendiri"


saya Kaizan Nazlan - Business & Financial , mengingati andai kita terlupa...

Bil Terakhir


2 hari lepas saya ke hospital SP bersama Sukry Othman Diia dan Fauzan Ismail, kami membuat sesi ringkas consultation dengan seorang rakan ini, berkenaan "khairat kematian" untuk persatuan dan syarikatnya...bila difikir fikirkan balik, saya dan keluarga saya sendiri masih belum daftarkan diri sebagai mana2 ahli yang boleh melayakkan kami mendapatkan "khairat kematian"..
jadi, memang kena buatlah, andai apa2 terjadi nanti..sebab bila kita meninggal, kita masih perlu belanja untuk kos kain kafan, hospital, kubur dan lain2...dan selalulah datang masjid dan surau, agar mereka dapat bantu kita if anything yang tak disangka happen....

Kaizan Nazlan - Business & Financial, mengingati andai kita terlupa

Ketenangan Di Malam Hari

Kawan aku farid kelihatan serabut dengan assignment nya. Setelah makan, kami decide untuk berjalan ambil angin seketika.. malam itu memang cantik  

"Khai, aku serabut lah, pening aku..banyak masalah aku..assignment, kawan, family, ooo..serabut"
"haha, rilek lah, cuba ko pandang langit. aku selalu pandang langit bila stress, dan setiap kali tu aku pasti tenang"


"betulah Khai, ada bintang ada bulan, sangat cantik..tenang aku tengok"
Kami terus berjalan menikmati suasana malam yang begitu menenangkan...

Malam memang istimewa, ada bintang yang cantik, berkelip kelip, ada bulan yang cerah, ada bunyi cengkering, ada angin yang membelai... Malam sangat istimewa untuk hamba2 ALLAH menenangkan diri, fikiran dan badan..nikmatilah dan syukurilah nikmat yang ALLAH berikan ini...

"Nikmat manakah yang engkau dustakan?"

Nasi lemak 50 Sen


Menu budget Sarapan Pagi
















Nasi Lemak 2: RM1.00
Kuih 2: RM0.40
Air Suam: Free 

total: RM1.40

ini merupakan cara saya kawal budget saya untuk makanan.
1) cari kedai yang murah
2) minum air suam


kawal pembelanjaan harian anda....

p/s: selesaikan masalah kewangan kita dengan "manage financial flow" bukan dengan "tambah & tambah" pendapatan..utamakan yang lebih utama

Tabung Impian 2014 - Teknik menabung



haa, malam ni saya nak share antara teknik menabung..fungsi "tabung impian 2014" ini adalah untuk membantu anda mengumpul dana untuk mencapai impian besar anda pada tahun 2014 ini...contohnya untuk membeli laptop baru, untuk majlis nikah, untuk bercuti, dan apa2 saja impian anda...

caranya..setiap kali ada RM5 kertas dalam wallet kita...terus simpan ia dalam tabung impian anda..ada ja RM5 kertas, terus simpan dalam tabung impian anda..lihatlah outcomenya dalam 1 sebulan hingga 3 bulan, anda pasti nampak hasilnya..


anda boleh buat aktiviti ini bersama keluarga anda..pasti seronok

jom mula menabung dari sekarang! 


jemput singgah ke page saya Kaizan Nazlan

Jodoh

Jodoh memang tak boleh dijangka...

The Power of Syukur


sebenarnya apa yang berlaku hari ini, minyak naik, electric naik, ais naik, hantaran naik...betul kata geng tu "kita memang kena bersyukur"....kerana dengan bersyukur dengan apa yang ALLAH beri... ALLAH akan bagi lebih lagi pada kita...kita kena bersyukur dengan nikmat yang ALLAH beri..air, udara, anak, isteri, kawan...kita dah bersyukur ka?

p/s: kita memang kena bersyukur, sebab ia akan create "keyakinan" kita kepada ALLAH, dan ketika itulah impian kita akan tercapai..tapi, lawan tetap lawan

Di Mana ALLAH?

Kita biasa kebingunan...kerisauan dalam hal-hal dunia ini..betul kan...sama juga macam saya... persoalan yang timbul dalam fikiran dan hati saya hari ini... di mana ALLAH dalam diri saya? jadi, entry ini untuk kita renung dan kita kuatkan lagi cinta kita kepada ALLAH....



"Jagalah Allah dalam hati kita, niscaya Allah akan menjagamu, jagalah Allah niscaya engkau mendapatiNya di depanmu, ketika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka memintalah pertolongan kepada Allah...sungguh..ALLAH sentiasa bersama kita..."

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia