-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Amalan Murah Rezeki - Khas Buat Student dan Orang Baru Bekerja


Kenapa saya kata khas untuk student dan orang yang baru bekerja?
Sebabnya zaman time Universiti ni lah kita selalu kekurangan duit untuk makan, beli buku, fotostat, print dan pelbagai perkara lagi.

Dan zaman baru nak bina kerjaya ni lah yang banyak pakai duit, nak beli itu dan ini…kos hidup tinggi, kena berdikari dah, kena bagi mak ayah allowance pulak tu..haa..macam-macam..

amalan ini sebenarnya umum, siapa2 boleh amalkan..amalan ini adalah daripada "al Muhaddith Sayyid Muhammad Ibn 'Alawi al Maliki al Hasani"

Pertama sekali..”ubah mind set kita tentang konsep rezeki”
Nak faham rezeki ini dengan bahasa mudah ialah “apa-apa saja yang kita dapat manfaat darinya, itu adalah rezeki”

Duit dalam wallet kita belum tentu rezeki kita, duit dalam bank belum tentu rezeki kita..nak katakana, tolong open minded sikit, “rezeki bukan bentuk duit”, tetapi adalah manfaat yang kita dapat.

Takpa-takpa, sekadar tu dulu..

Jadi, untuk permulaan ini, ikut amalan ini

Baca surah Al Waqiah setiap hari..

ehh panjangnya?

Ehh memanglah, nak murah rezeki ke tak nak ni?

nah, baca..





kemudian baca Doa ini selepas baca Surah Al Waqi'ah;

Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, yang menjadi tempat menaruh harapan bagi setiap yang besar. Ya ALLAH! mudahkanlah untukku urusan rezekiku. Peliharalah aku dalam usaha untuk mendapatkannya daripada sebarang tipu helah dan kepayahan, daripada hati yang sentiasa sibuk dan kepayahan, daripada hati yang sentiasa sibuk memikirkannya, daripada keinginan yang sentiasa tetambat kepadanya, daripada menghinakan diri kepada makhlukMu disebabkannya, daripada asyik memikirkannya dan mentadbir untuk mendapatkannya dan daripada sifat kikir dan bakhil selepas mendapatnya. Ya ALLAH! jadikanlah ia sebagai sebab untuk mendirikan dan menegakkan 'ubudiyah kepadaMu dan menyaksikan segala hukum rububiyyahMu. Ya ALLAH! uruskanlah urusanku dengan zatMu, dan janganlah Engkau serahkan daku kepada diriku walaupun sekelip mata, atau pun kepada seseorang dari makhlukMu. Perbaikilah segala keadaanku dan tunjukilah daku jalan yang lurus; jalan ALLAH yang memiliki segala yang ada di seluruh langit dan bumi. 

Ingatlah! Hanya kepada ALLAH kembali segala perkara.

Menjawab Video Saiful Bukhari

orang berkata, "kerana POLITIK, orang melayu berpecah...tapi Cina bersatu"

aku kata, saudara tak faham apa yang kita hadapi sekarang. Ia bukan soal politik, tapi soal menegakkan yang benar dan membina sebuah negara yang mempunyai nilai-nilai Islam.

kerana itu, saya mengambil serious dalam bab menangkis fitnah yang dilontarkan oleh pihak yang zalim.

untuk menjawab isu SAIFUL BUKHARI MENGAGKAT SUMPAH;

Biar Video ini berbicara;



Syed Farid dalam facebooknya menulis "Melalui sedikit ilmu yang saya belajar mengenai video editing, saya dapat mengesan beberapa perkara yang sungguh meragukan dalam video sumpah Saiful Bukhari. Video yang dibuat oleh beliau mungkin menggunakan teknik "green screen layer" atau "masking" untuk tindihkan 2 video rakaman menjadi satu. sila google teknik tersebut untuk mengetahui bagaimana video ini dibuat." kemudian dia mengemukakan pendedahan video diatas.


Fakta Menangkis Spekulasi Mentah - Non Muslim Bertambah di Parlimen


MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA… 

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. 



Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya : 
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. 

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN) 
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO. 

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar. 

Suhaimi Saad
Ketua Penerangan PAS Pahang.


Untuk Maklumat Tambahan, sila ke link tersebut PR Ke Putrajaya DAP Bertakhta, untuk menilai keadaan sebelum PRU 13.

Keperitan Yang Dirasa

Dengarlah suara hati;

"stressnya aku di tempat kerja ni!"
"arghh...aku buntu, tersekat dalam kehidupan yang sangat membosankan!"
"aku takda hidup, penat-penat...."
"aku tak dihargai..aku ini takda nilai ka?"
"mereka tak kenal potensi aku...mereka juga macam tak nak tahu..sedihnya"
"aku stress!! dengan hidup macam ni"
"mungkin aku tak mempunyai kekuatan yang cukup...lemahnya aku"
"ada aku, takda aku..sama jaa...aku tak diperlukan"
"aku kesunyian...sepi"
"hutang-hutang..giler hidup ini"
"aku mual dengan politik kotor..tolonglah"
"benci aku!..kaki KIPAS betul...tu sebab boleh berjaya"
"bosannya...bosannya...bosannya"
"satu hari nanti, aku pasti balas dendam..."
"isteri aku tak lawa lah..macam mana ni..perasaan semakin pudar"
"boyfriend aku curang!!..."
"aku tak mampu buat perubahan..."
"biarlah dia berjaya..aku tak sehebat dia"
"bolehkah aku mempercayai dia lagi??"


ini merupakan suara-suara manusia di tempat kerja, hubungan sosial, di tempat belajar, keluarga, ia adalah suara hati kehidupan manusia.

tapi, bukan suara ini yang kita nak...suara-suara seperti ini menyebabkan kita terpesong dari makna kehidupan. kita nak buang semua ini.

mengekalkan suara-suara ini dalam diri, menumbuhkan penyakit dalam diri... sakit hati...dan hati mula menjadi gelap..

banyak-banyakkanlah istighfar..

insyaallah, ada mampu mengubahnya..ada sesuatu yang perlu anda cari dulu..

haaa?? apa dia?

(^_^) tunggu nah...cukuplah dulu sekadar kita sedar bahawa ada suara hati yang perit kita rasa dalam diri, dan kita tahu bahawa kita kena ubahkan ia menjadi sesuatu yang kita mahu...sekian dulu..salam

"Suara Hati perlu dicari, agar impian menjadi realiti"

Impian Mesti Mau Besar



Dream Big, atau dalam bahasa kitanya ialah "bercita cita besar". John Maxwell, seorang pakar dalam bidang motivasi berkata, "Dream Big is something beyond our comfort zone" atau dalam bahasa kitanya ialah "bercita cita besar ini adalah sesuatu yang luar dari ruangan selesa kita".

jap..jap..apa itu comfort zone(ruang selesa)?

haa..inilah sesuatu yang orang melayu terperangkap. Kita sebenarnya terperangkap dengan kehidupan yang selesa dan bersahaja. yaa, nampak cool, dan rilex, tapi hakikatnya ia adalah TIDAK..not at it.

aku ada kereta, ada rumah, ada anak bini okay dah tu..nak apa lagi..
aku dah ada degree, okay lah tu, buat apa nak belajar tinggi-tinggi...
ehh, gaji aku RM2000 sebulan, okay lah tuu..
aku pakai VIVA, okay lah tuu..cukup lah..
hari-hari aku kena maki dengan boss..okay lah..janji kerja dalam air cond..

inilah comfort zone, ruang selesa yang diri kita sendiri bina, sehingga hilang perkataan "challenge" "berdaya saing" "buat yang terbaik!"  "aku nak jadi yang terbaik!" dalam diri kita, dan lebih parah lagi, kita sandarkan perkataan "bersyukurlah"..

adeh...tepek dahi aku..

Islam tak ajar macam itu..takpa, lain kali kita bincang pula bab syukur yang sebenarnya...sejarah membuktikannya..

"Selamat Mengapai Cita-Cita kita yang BESAR"

My Voice, Sebuah Impian

Enrti kali ini, saya nak share sesuatu yang sangat istimewa dalam hidup saya. Ia adalah sebuah impian saya, Stephen R.Covey dalam bukunya "The 8th Habit" mendefinasikan impian itu sebagai "The Voice". Saya sudah jumpa impian saya, Voice saya. Mereka dibawah inilah impian saya....


membantu umat Islam dari sudut sosial, mengajar mereka cara pergaulan yang sihat, mengajar mereka kerja sekolah sangat mententeramkan hati ini. Memang penant, tapi berbaloi.

kami(saya dan rakan-rakan saya) mengambil keputusan untuk membantu kanak-kanak lembah bujang, Kedah dengan menyediakan kelas tambahan untuk mereka. Buat kat surau jaa. Sambutan sangat menggalakkan. Syukur pada ALLAH.


Ustaz Syukri merupakan penjaga saksiah kanak-kanak riang itu, dia jugak kena kawal tingkah laku mereka. Biasalah, budak-budak lagi, banyaklah kerenahnya. you just can imagine, kami nak kena jaga dalam 24 pelajar dari lingkungan 6 tahun hingga 17 tahun, memang mencabar. Nasib baik ada guru-guru lain dalam kalangan kawan-kawan kami yang sudi tolong.


kebiasaannya selepas sesi belajar, Ustaz Fauzan akan bagi kata-kata semangat dan sedikit pengisian untuk jiwa. well, sedikit sebanyak ia membantu. (^_^)


Harapan saya tinggi menggunung, memberi makna kehidupan pada budak-budak ini adalah impian saya. Dengan tuition 2 kali seminggu inilah, saya dan rakan-rakan sepejuangan membina generasi mukmin professional..fuhhh. ini baru peringkat awal pembinaan IMPIAN aku, banyak yang perlu dibuat..

tujuan entri ini dibuat untuk menggalakkan sahabat-sahabat lain diluar sana untuk cari IMPIAN masing-masing. Jika dah ada, boleh lah share baa. akhir kata, "Find your Voice, and share it"

Melayu di Penang Menderita, orang Cina bermaharajalela? Hujah beserta Fakta


“Melayu di Penang Menderita, orang Cina bermaharajalela”
Ini merupakan mind set rata-rata melayu Malaysia, sehinggakan mind setting ini atau spekulasi negative ini boleh mengakibatkan perbezaan jurang antara kaum, lebih-lebih lagi kaum Melayu dan Cina. Entri kali ini bertujuan menstabilkan persepsi orang Melayu terhadap orang Cina. Mudah-mudahan dengan pencerahan ini, tiada pertempuran antara kaum akan berlaku.

Cukuplah dengan peristiwa 13 Mei.

Mengikut penelitian saya, di Penang khususnya, pentadbiran negeri tidak pernah disandar oleh orang Melayu bumiputera. Sebelum DAP mengambil tampuk pemerintahan, Parti Gerakan merupakan parti yang memerintah negeri tersebut. Ertinya, pentadbiran di Penang dari dulu lagi adalah dalam kalangan orang Cina. cumanya bezanya, dulu CINA dalam BN dan Kini CINA kawan PAS dan PKR.

Persoalannya sekarang, Parti Bukan Islam yang mana lebih Islam?

Antara MCA dan DAP, anda boleh rujuk di sini - Menilai Parti Non Muslim Yang Lebih Islam
Antara Gerakan dan DAP, anda boleh merujuk sumbangan kerajaan negeri pada orang melayu berbanding Gerakan. 



 ____________________________________________________________________________
PAS KHAWARIJ DI PULAU PINANG
Penulis hanya akan memberikan fokus untuk menjawab sebarang tulisan atau kritikan terhadap  PAS yang mempunyai nilai akademik dan fakta sahaja. Manakala tulisan-tulisan yang berbentuk tohmahan terhadap PAS, cacian, makian, kenyataan tanpa sandaran, penulis akan abaikan sahaja.
1.     PAS menyokong diskriminasi ekonomi Melayu dan India Muslim Pulau Pinang.
Manakala di Malaysia, semenjak 2008 golongan khawarij yang terdiri dari PAS dan PKR semakin menganas setelah menakluk beberapa negeri. Kita menyaksikan berbagai masalah yang berlaku di Penangumat Islam yang terdiri daripada melayu dan India Muslim ditindas dan diruntuhkan perniagaan mereka satu demi satu yang akhirnya sekirannya berterusan pulau pinang akan menjadi seperti pulau singapura….pusat Dajjal dan maksiat.[1]
JAWAPAN
Memandangkan tohmahan yang diberikan oleh penulis blog terbabit menfokuskan isu penindasan perniagaan yang berlaku di Pulau Pinang, maka sewajarnyalah kita mengambil pandangan daripada pihak yang terlibat secara terus dalam isu ini.
Bagi mengukuhkan lagi perbincangan ini, penulis akan mendapatkan sebarang fakta dari sumber primer yang menyokong tohmahan di dalam blog tersebut dan akan disusuli dengan jawabannya insyaallah.
Antara isu yang berlaku di Pulau Pinang ialah berkenaan tender Kerajaan Negeri yang dikatakan tidak adil.
Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan menegaskan, kenyataan Guan Eng bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.[2]
Selain itu, kenyataan daripada beliau juga pernah berkumandang di Pulau Pinang berkenaan isu yang sama pada bulan 2 Febuari 2010 sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada keesokannya.[3]
Namun, akhirnya beliau yang pernah mentohmah Lim Guan Eng meminta maaf atas kapasitinya sebagai Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, terhadap kenyatan beliau kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, termasuk bekaitan dengan isu 46 kontraktor Melayu telah disenaraihitamkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.[4]
Walau bagaimana pun, kenyataan permohonan maaf beliau terhadap Ketua Menteri ini berkenaan salahtanggapan beliau kepada Kerajaan Negeri telah dinafikan sendiri oleh beliau (Datuk Mohamed Fadzill Hassan) sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Januari dengan mengatakan:
“Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.
“Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.[5]
Ketua Menteri Pulau Pinang keesokan harinya menyatakan kekesalan beliau terhadap tindakan Datuk Mohamed Fadzill Hassan itu.[6]
Pada hemat penulis, Datuk Mohamed Fadzill Hassan tidak wajar membuat kenyataan kedua (yang menafikan permohonan maaf  beliau terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang) yang dilihat akan merosakan reputasi beliau sebagai Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang.
Berdasarkan penelitian penulis, Datuk Mohamed Fadzill Hassan jelas memohon maaf kepada Kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap kenyataan beliau di akhbar sebelum ini.
Perkara ini para pembaca boleh dapati di laman Youtube dengan carian “Maaf Mohamed fadzill”dengan tajuk Kontraktor Melayu tarik balik kenyataan terhadap Lim Guan Eng pada minit 1:24 hingga minit 2: 01.
Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawasanya Kerajaan Negeri menyenaraihitamkan kontraktor-kontraktor boleh didapati pada sesi yang sama pada minit 2:10 hingga 2:50. [7]
Berikut adalah rekod projek yang didedahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang membawa kepada permohonan maaf Datuk Mohamed Fadzill Hassan (walaupun kemudiaannya dinafikan oleh beliau)
Kontraktor Melayu Dapat 100% Daripada Projek Jabatan Pengairan & Saliran(JPS) dan
98% Nilai Projek Jabatan Kerja Negeri(JKR) Yang Di bawah Peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang



TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAAN NEGERI)
Di samping itu, ketika menyampaikan perutusan Hari Raya ‘Aidilfitri 1431H/9 September 2010 yang lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang ada memberikan penjelasan berikut:
Di negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri akan berusaha untuk martabatkan rakyat Pulau Pinang dan orang Melayu memiliki daya dinamik, daya kepakaran dan daya keusahawanan. Peruntukan untuk hal ehwal Islam telah bertambah daripada RM 12.5 juta pada 2008 kepada RM 24.3 juta pada 2010. Di antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri adalah:
a) mengadakan tender terbuka di mana kontraktor Melayu biasa menunjukkan kebolehan berdaya saing dengan kontraktor lain dengan kontraktor Melayu biasa memenangi kebanyakan tender. Jelas hanya kontraktor UMNO sahaja yang tidak dapat berdaya saing.
b) menubuhkan Majlis Sains Pulau Pinang yang menggalakkan pelajar pintar dan menubuhkan Penang Tech Center yang menonjolkan pencapaian industri di sini agar menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemeralangan sains dan teknologi; dan
c) memberikan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru kafa dan mengiktiraf para huffaz;
d) menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang untuk menggalakkan universiti terkemuka dunia termasuk dalam Islam untuk mendirikan kampus cawangan;
e) memberikan bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50%.[9]
Selain itu sewaktu membuat ucapan sempena Hari Kemerdekaan Negara pada 21 Ogos lalu, beliau ada menyebutkan seperti berikut:
Begitu juga dengan kemampuan kerajaan negeri untuk menyampaikan dana sebanyak RM11.3 juta kepada sekolah-sekolah bantuan separuh dan mampu menggandakan peruntukan untuk hal-ehwal Islam kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding RM13.5 juta di bawah BN pada 2008.[10]
Selain itu, sewaktu memberikan ucapan di dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama Di Komtar, George Town Pada 21 November 201o, Ketua Menteri Pulau Pinang menitipkan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Pualau Pinang seperti berikut (yang berkaitan dengan isu-isu kemelayuan dan keislaman):
Rakyat akan teringat juga urustadbir baik kewangan negeri sehingga Pulau Pinang dipuji 2 tahun berturut-turut oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan Belanjawan dan asset yang paling tinggi dalam sejarah sebanyak RM 1.1 bilion. Lebihan kewangan inilah yang membolehkan kerajaan negeri menjalankan program rakyat seperti berikut:-
4) memperluaskan pemberian bantuan pembangunan kepada sekolah bantuan Cina, Tamil, mubaligh, sekolah menengah bebas Cina dan sekolah agama rakyat sebanyak RM RM12 juta;
5) menambahkan bantuan untuk hal ehwal agama Islam baik dalam bentuk ex-gratia[11] kepada guru KAFA dan huffaz mahupun projek-projek pembangunan berlandaskan “amar maaruf nahi mungkar” sebanyak RM 63 juta;
17)Mengurangkan lessen penjaja dan nelayan sebanyak 50%;
Itu juga sebabnya kerajaan negeri berani memartabatkan usahawan Bumiputera adalah tender terbuka melalui e-perolehan di mana kabel politik tidak diperlukan lagi sebaliknya hanya perlu kabel computer. Kontraktor Kelas F tidak perlu hanya datangnya daripada UMNO. Malah, kesungguhan kontraktor Melayu memenangi sebahagian besar kontrak kerajaan negeri(leboh 70%) sungguhpun melalui tender terbuka membuktikan bukan kontraktor Melayu yang tak mampu bersaing, hanya kontraktor UMNO yang lembik dan dayus.[12]
Manakala dari sudut mengekalkan hak keistimewaan agama Islam di Pulau Pinang pula, kerajaan Negeri menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dari sudut memberikan peruntukan jika dibandingkan dengan Barisan Nasional. Berikut ialah fakta sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 10 Febuari 2013 pada halaman 5.

Nah, adakah masih belum jelas faktanya?
PAS tidak pernah (setakat artikel ini ditulis) bersama dengan kezaliman si penzalim.
Adakah kerana itu PAS Khawarij?

Penulis: Ustaz Ridhauddin

[1] http://insanberdakwah.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-orang-khawarij-mengikut-hadis.html
[2] Utusan Malaysia 30 November 2010, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1130&pub= Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
[3]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
[4] http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persatuan-kontraktor-melayu-dilapor-minta-maaf-pada-guan-eng/
[5]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
[6] http://www.harakahdaily.my/kontraktor-melayu-minta-maaf-ada-rakaman-video
[7] Setakat akses penulis pada tarikh 27 April 2011 pada jam 5.45 petang.
[8] http://limguaneng.com/index.php/2010/12/15/isu-kontraktor-melayu-di-pulau-pinang/
[9] http://limguaneng.com/index.php/2010/09/09/perutusan-hari-raya-aidilfitri-1431h/#more-1080
[10] http://limguaneng.com/index.php/2010/08/31/perutusan-kemerdekaan-di-pulau-pinang/#more-1069
[11] Ialah diberikan atau dibuat sbg suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang. Lihat kamus Dewan Edisi Empat, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ex-gratia+
[12] http://limguaneng.com/index.php/2010/11/16/kerajaan-berjiwa-rakyat-yang-memartabatkan-rakyat/#more-1151

ANALISIS KEPUTUSAN PRU 13 - USTAZ HAFIDZI MOHD NOOR

Berikut saya sertakan analisis keputusan PRU 13 daripada Ustaz Hafidzi, Pengurusi Al Aqsa Sharif. Saya mengambil sikap positif dalam keputusan PRU 13, walaupun dalam hati, saya agak kecewa dengan keputusan tersebut atas sebab pelbagai kejadian aneh berlaku seperti kewujudan pengundi dalam kalangan orang asing, lampu black out ketika pengiraan undi, beg pengundi dibawa lari dan macam-macam lagi.

________________________________________________________________

berikut saya kongsikan beberapa rumusan keputusan PRU13 yg diedarkan oleh rakan rakan:


Fwd : Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.



Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut: 

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12 

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008. 

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21 

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi). 

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain). 

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong. 

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan). 

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut 

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14 

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan. 

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas. 

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru. 

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam. 

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.


_________________________________________________________________

sekian dulu, salam


Hubungan dengan Israel

ada sesetengah orang ingin menjadikan isu ini sebagai bahan politik...hmmm..interesting
jadi, macam biasa aku akan buat pencerahan dalam isu ini...
untuk mendapatkan artikel full, sila ke link berikut CLICK HERE

berikut adalah kenyataan dari Ustaz Hafidzi Mohd Noor, Pengurusi Al Aqsa Sharif

Ketika sibuk isu kenyataan Anwar ttg Israel, saya diburu oleh media untuk mengulas kenyataan tersebut dgn harapan saya menghentam DSAI. Jawapan saya ialah 'It is the case of the pot calling the kettle black" - Ini adalah satu keadaan di mana periuk mengatakan kuali hitam (wal hal dua kali lima sahaja).
Cuba teliti kenyataan Menteri Luar Malaysia (Datuk Anifah Aman) spt berikut: 

ucapan Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). 

"Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)." 

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Bandingkan dengan kenyataan DSAI: "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

(DSAI menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati.)

Jadi nasehat saya tak payahlah kenyataan DSAI ini diputar belit untuk modal politik kerana ibarat menampar air di dulang, terpercik ke muka sendiri..

ini adalah comment dari orang kuat Al Aqsa Shariff, orang yang berjuang di Palestine, secara specifnya di GAZA.

ertinya apa? patutkah kita menilai hanya pada satu pihak?

dan tanya pada diri..
satu lagi;


 Yusuf al Qardawi, ulama besar Islam... Recep Tayip erdogan, ketua menteri TURKY.. Dr Mosri, menteri Mesir, khaled Mashaal, pemimpin HAMAS...mereka juga berhasrat untuk melakukan hubungan diplomatik dengan MALAYSIA, apabila PR menang..dan mereka memang mengagumi PR, terutamanya gerakan Islam di MALAYSIA..

tambahan lagi, Dr Yusuf Al Qardawi menyebut dalam surat terbukanya mengatakan bahawa DSAI adalah orang yang paling layak menjadi menteri di MALAYSIA..


Salam Persahabatan Pada Putrajaya

jujur aku katakan..aku betul-betul terharu dengan perjuangan ini..
orang india, melayu dan cina bersatu bagi membina sebuah negara yang lebih baik...

Dato Husam Musa bertanding dalam PRU 13 dengan tiada sesiapa di Putrajaya..dia mengharapkan orang Putrajaya menjadi sahabatnya..

ini dia..salam persahabatan dari Dato Husam Musa

Kejahilan Yang Tak Disedari - Aku dan Mat

satu malam pada 4 tahun yang lepas..
"Mat, ang tengok pemimpin ang tu..dia(DSAI) betul-betul bersalah tau dak..ni buktinya"
"hahaha..." kami gelak tanda kegembiraan yang puas apabila ada satu video menunjukkan kesalahan Anuar Ibrahim..

kawan aku, Mat diam saja..

kemudian dia menjawab "tu semua fitnah" jawab Mat..

dia memang orang yang penyabar..

ketika itu, kami dalam bilik kolej sedang menyaksikan video-video politik dalam laptop..

aku peliklah dengan kawan aku tu.. kenapa dia sokong pembangkang?


tak lama selepas itu, muka Tok Guru Nik Aziz pula keluar dalam video tu...

aku tak tahu kenapa...walaupin aku tak suka pembangkang...tapi aku tak pernah benci Tok Guru...



_______________________________________________________________________________

ketika ini, kami berada pada semester kedua kami..
kelas BEL, atau kelas inggeris menjadi mata subjek kegemaran aku. Lecturer aku, Puan Shamsiah, bagi aku, dia adalah orang yang sangat bijak. aku memandang tinggi padanya. Dia sangat menggalakkan pertukaran pandangan dan fikiran dalam kelas, dan aku adalah antara salah seorang yang aktif memberi pandangan dan bertanya soalan..

satu hari itu dalam kelas Puan Shamsiah, dia membuka satu topik yang menarik
"OIC ataupun pertubuhan badan-badan Islam bersatu"
Puan tanya pada aku..

"what do you think Kaizan? did the OIC have made a good effort to the muslim as a whole?"

aku katakan dengan confidence..

"YES, because....bla..bla..bla..." aku memberi hujah aku

aku katakan, OIC sangat-sangat membantu dunia Islam pada hari ini, dengan bantuan kemanusiaan yang disediakan dan sebagainyaa..

Puan angguk, dan dia senyum...kemudia dia tanya pelajar lain...

Mat, kawan aku berdiri dan memberi padangan dia...

Mat katakan bahawa OIC tidak berfungsi dengan sepenuhnya, dan OIC belum cukup membantu ummah...contonya di Palestine.. dimana OIC?

aku tertanya lagi..apakah? kenapa dengan dia ni? asyik membangkang ja?

lebih mengejutkan lagi, Puan Shamsiah support pandangan Mat...

aku tertanya.."am I missing something here?"
_________________________________________________________________________________

ketika ini kami duduk di cafe kolej, aku, kawan-kawan aku dan Mat...satu perbincangan dibuka..
"apa hukum bersanding?"

Ramai yang bertanya pada Mat,

"apa hukum bersanding sheikh?"..

biasalah..Mat tu sekolah agama dan dia pun memang orang yang berpegang pada agama..

Mat kata.."bersanding tu haram,..boleh jatuh syirik"..kemudian dia memberi hujahnya..

kemudian aku menjawab.."
kenapa pulak haram? okay jaa aku tengok"...
aku berhujah dengan kebiasaan orang buat, culture di malaysia..

hujah aku tidak cukup, dan tak relevent langsung...

Mat dengan rileknya dia tanya.. "ang belajar kat mana? yang kata boleh bersanding tu..kalau tak tahu, lebih baik diam"

tuuuu...aku terdiam..

pastu, aku jawab, "aku tahulah"...

aku agak emo ketika itu..

Mat pun kata "yaaa...takpa..ang betul" dia senyum.. dia cuba kawal keadaan balik..

pffftt..meluat aku time tu, mentang mentang dia sekolah agama...
_________________________________________________________________________________

tak lama selepas tu, baru aku tahu, banyak benda yang aku tak tahu...berkenaan isu palestine...hukum hakam agama...pasal politik.....dan lain-lain...

dalam diriku ketika itu..aku berasa jahil.....................

"definitely..im missing something in me...aku kena belajar lebih..."

di sinilah, aku mula mendekati kuliah agama, program-program bermanfaat, baca surat khabar dengan serious dan lain-lain lagi..

dalam entry kali ini, aku cuma nak kata..kejahilan yang ada pada kita, boleh jadi ada pada kita tanpa kita sedar..dan ketuhuilah bahawa kejahilan kita boleh membuat kita bertindak zalim....moga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi di dunia dan akhirat..

sekadar ini dulu..salam..

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia