-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Apabila LELAKI kehilangan tulang rusuknya







بسم الله الرحمن الرحيم



"Dimulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku .........

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya . Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakmatangan.
LELAKI dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu...
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencarikhabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, sedang dia meminum kopinya, dia merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal" ........

Satu minggu kemudian...
LELAKI menerima khabar.
WANITA adalah salah seorang korban 11 sept 2001. Malam itu, sekali lagi, sedang LELAKI meneguk kopinya, dia kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semuanya sudah terlambat.Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Jika kita fikir akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?

credit to cahaya kasih and akma adam at C,A,C,A


Sumber: http://syabab-umar.blogspot.com/2011/09/apabila-lelaki-kehilangan-tulang.html

Iklan Di Sini




size 125 x 125 pixel space untuk RM20 sebulan.
design adalah percuma.



jika anda berminat, hubungi saya

Kaizan 019 4501495

atau tinggalkan komen anda di bawah

TAKUT TU..HAN, bukan TAKUT HAN..TU


tidak ada apa yang perlu takut dengan hukum hudud..ramai orang takut dengan hukum ALLAH ini..seolah olah..mereka melakukan kesalahan BESAR...

ramai dalam kalangan kita takut hukum ALLAH seperti takut akan HANTU...
padahal mereka tak pernah nampak hantu...bila dikatakan hantu...mereka terbayang bayang makhluk2 pelik yang wajahnya menakutkan dalam kebanyakan filem sekarang ini...begitu juga dengan hudud..ramai yang mereka reka cerita tentang hukum ALLAH ini, sehingga menakutkan masyarakat..

wahal kita sepatutnya bukan takut pada HAN..TU..tapi takut pada TU..HAN...ALLAH S.W.T

jika hendak tahu tentang hudud..rujuk pakar Al Quran dan para Ulama'...bukannya orang yang cakap kemaih(kemas) jaa...

Catatan Pena Padi: INI SEMUA KERJA ALLAH





بسم الله الرحمن الرحيم


"Dimulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

30/9/2011

fuh!, minggu minggu sudah merupakan minggu2 yang memenatkan...assignment, kerja persatuan, pelajaran dan banyak lagi.

serabut kepala ini bila kerja masih lagi tertunggak, pastu ditambah lagi dengan tugasan tugasan baru..

pergh...penat ooo...serabut kepala ni..dunia macam jadi begitu sempit..

ye lah, mana taknya..asyik dok pikir pasal kerja ja...hmmmmmm(mengeluh)

bila kita mula tension..biasa lah, darah muda nih cepat lah naik..sampaikan, kata2 kasar terkeluar daripada mulut ini, ketika kita masih lagi sedar..pergh..malunya aku dengan diri aku ni..

haha..luckly!!...aku ada abng usrah..selalunya, kalau aku ada masalah, aku pi jumpa dia..(teringin nak berjumpa dengannya)


INI SEMUA KERJA ALLAH


ALLAH S.W.T memakbulkan doa aku...entah macam mana, bila aku mula rasa macam memerlukannya di saat itu.. hamba ALLAH tu tiba2 muncul..haha..gembira aku..
terus dia ajak aku ngan kawan2 aku pi BERSANTAI...


tanpa perancangan, tanpa berfikir panjang atau apa kebenda yang lain...kami terus START ENJINE dan GOOOOOOOO

PANTAI MERDEKA, Kedah...hilangkan tension..wohoooo!!

MasyaALLAH!!...indahnya pantai MERDEKA..INDAHNYA CIPTAAN ALLAH...

bila tengok LAUT yang luas itu..pergh... dunia ni terasa luas kembali...hilang tekanan tadi...


Bersantai santai di tepi pantai, sembang2...lepaskan tension bersama sahabat..itu juga adalah USRAH (^_^)

manisnya erti sebuah PERSAHABAT...


Alhamdulillah...itulah ungkapan yang aku mampu ungkapkan sebagai tanda SYUKUR ku pada ALLAH S.W.T

hmmmmm...BAIK...misi menempuh ujian kerja bakal kembali..sat jaa lagi...

TABAH2!!!...

(^_^) tersenyum diri ini, dia(abng usrah aku tu) seolah olah memahami perasaan kami...seolah olah memahami diri kami...(makhluk asing kot dia nih..hah gurau jaa)


* kepada sahabat2 yang tension..saya cadangkan supaya anda pergi ke PANTAI dan sambil2 tu..mendongak ke LAGIT...akuilah kebesaran ALLAH..dan minta pertolongan Nya


Diri ku yang ku takuti..


yang aku takutkan bukanlah perompak, bukan juga pembunuh, bukan juga haiwan buas, bukan juga haiwan berbisa...yang aku takutkan ialah diri aku sendiri..diri yang sentiasa dicabar nafsu, yang selalu memberontak, hingga kita kadang2 terlanjur melakukan kemungkaran pada ALLAH S.W.T

aku takutkan diri aku sendiri yang melakukan dosa secara sedar...

tapi aku juga tahu akan ubatnya...ubatnya ialah TAKUT...TAKUT pada PENCIPTA kita...dan CINTAI PENCIPTA kita..

Ku berfikir..

Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini Payah untuk ku temui
Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Ku berfikir...

Lelaki diakhir zaman ini Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Ku berfikir...

Lelaki diakhir zaman ini Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari berat Ibadah dan amal terasa amat berat
Ku berfikir..

Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Ku berfikir...

Lelaki diakhir zaman ini Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Ku berfikir...

Lelaki diakhir zaman ini Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir Sunnah Rasulullah SAW cuba dipahat dan diukir Namun ku tetap berfikir...

Pasti masih ada lagi Lelaki diakhir zaman ini Seperti yang ku fikir...


sumber: Syahirul.com

Tolak Hudud Jatuh Syahadah

بسم الله الرحمن الرحيم
-HUDUD ni simbolik kekuatan pempimpin itu DENGAN ISLAM..
-simbolik kekuatan pemimpin itu dalam melaksanakan HUKUM ISLAM.
-pemimpin menawan rakyat dia supaya YAKIN PADA ISLAM..itu saje..sbb apa yang takut sangat???bukan mudah2 nak jatuhkan hukum hudud ni..ada langkah2 dia dah,ulamak susun dah..
- ustaz Zaharuddin



* Hukum hudud adalah soal AKIDAH..tolak hukum hudud..jatuh syahadah...jadi kafir..
kerana, apabila kita menolak hukum ALLAH S.W.T, maknanya kita mempertikaikan kekuasaan ALLAH S.W.T...
kalau kita pelajari ilmu tauhid..barang siapa yang mempertikaikan arahan ALLAH S.W.T...jatuh syahadahnya..
seolah olah kita mengatakan kita lebih arif daripada ALLAH S.W.T...wahalnya ALLAH S.W.T itu AL HAKIM..yang MAHA BIJAKSANA...

*Hukum hudud bukan soal politik..sila rujuk pakar2 agama atau ulama'

Dialog bersama seorang Mujahid 14 tahun




saya tak nak tanya apa perasaan anda....saya nak tanya apa sumbangan anda untuk saudara kita di Palestine...Iraq..Somalia..dan banyak lagi

"apa yang kamu akan buat selepas ini?"


anda fikirkan lah..jika Rasulullah s.a.w bersama kita, apa yang Rasulullah s.a.w akan kata jika sikap kita masih lagi tidak mahu ambil peduli..

ALLAH menilai apa yang anda lakukan..walaupun sekecil zarah

Surat buat saudara Islam kami di Malaysia

Ini adalah pesanan Dr. Khalil al Hayya mewakili HAMAS

di Pelestin untuk umat Islam di Malaysia. Pesanan ini diterjemahkan oleh Maszlee Malik (penulis buku "Hamas: Pejuang kota suci BaitulMaqdis") atas permintaan Dr. Khalil.
Mohon agar sahabat sekalian menyebarkannya sama ada melaui blog atau cetakan berkenaan Pesanan ini kerana ianya mengandungi rintihan, harapan, perkongsian dan rayuan daripada saudara kita di Palestin. Semoga pesanan ini memberi secebis kesedaran kepada kita.

Alhamdulillah, Allah memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih oleh Allah bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh Allah bagi mewakili umat Islam di seluruh dunia supaya menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid suci ketiga. Kami juga dipilih oleh Allah supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia.

Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan la ilaha ilallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari rumah, kampung halaman dan juga tanah air. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadum yang dapat disenaraikan, sudah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited supaya terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ia adalah jihad, kemulian dan bukti yang kami ingin bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami.

Semasa detik-detik awal penjajahan, kami, saudara anda daripada gerakan Islam menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam dibantai oleh penjajah. Walau bagaimanapun, pembantaian itu tidak cukup bagi melemahkan kami. Sehingga zaman Jamal Abdul Naser, seperti mana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh itu, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami menumpukan usaha membina semula struktur perjuangan. Usaha PENDIDIKAN, DAKWAH, TARBIAH, dan KEBAJIKAN menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehingga pada pertengahan 80-an apabila arus sekular mula jemu dengan perjuangan. Semasa arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin mula lesu, kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar memerdekakan sekeping tanah, tetapi bagi memandu kebangkitan semua umat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

Semenjak hari pertama penubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga memberikan nyawa ahli-ahli mereka bagi tujuan itu dan berjanji pada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami. HAMAS juga berjanji hendak memerdekakan Masjid Al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Setelah hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah mereka. Kemenangan ini walaupun indah, namun ia adalah ujian yang getir bagi kami. Kemenangan itu adalah era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahka satu lagi ruang dalam perjuangan kami iaitu POLITIK PEMERINTAHAN. Semakin bertambah beban, semakin tinggi pengorbanan kami.

Buat umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan FIKRAH dan AKIDAH yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan MANHAJ atau TUJUAN yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS ialah kerajaan umat Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar akan perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarkannya?

Umat Islam di Malaysia sekalian, menjadi pemerintah tidak mudah. Apatah lagi memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila pemerintah hanya memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap penganguran mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Baru-baru ini, tiga orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana tiada ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Malah persidangan Parlimen kami di Gaza hampir-hampir dibatalakan kerana kekurangan kertas.

Mengapa semua ini berlaku? Ia kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh Rejim Zionis, AS dan EU. Tekanan yang dikenakan hanya kerana rakyat Palestin memilih calon yang rakyat inginkan dalam pilihan raya yang lalu. Tekanan dikenakan kerana kami enggan mematuhi ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis mengambilnya dan mereka tidak pernah dipaksa supaya memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis supaya memulangkannya. Mereka juga menutup laluan udara, darat dan laut Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian yang disepertujui oleh kerajaan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seAkidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami juga yakin saudara seAkidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada regin Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunya dua pilihan. PERTAMANYA, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang KEDUA adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat Palestin hanya mampu bertahan selama enam bulan,. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tidak tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila? Perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya. Sanggupkan saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.


Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia, kami mengharapkan saudara bersikap proaktif. Kami hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD1 (bersamaan RM3.60) setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapakn saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu.

Kami juga berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin. Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Palestin dan Al-Aqsa. Halakan mereka ke arah menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami.

Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalain. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.

Allahu Akbar!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Hayya
Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin
14 Mei 2006






persoalannya mudah sahaja..
apakah yang kita akan membuat selepas ini..selepas saat ini...
persaoaln ini jugalah yang akan di kemukakan di akhirat nanti..apa yang kita nak jawab?
adakah kita masih mahu tidur..mengelamun dalam mimpi fastasi?

bangkitlah..kita perlu teruskan perjuangan

Abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Sayap kiri perjuangan
Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh>dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi." Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. "Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu." Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain. "Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ bapa mereka adalah khalifah Islam yang telah dijatuhkn..
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu Pengerusi OIC (Cuba teka siapa?) & negara-negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC

Gambar hiasan




Sumber: http://syabab-umar.blogspot.com/2011/09/abang-hanya-melihat-dengan-keseronokan.html

Kenapa Mahu Menjadi Ustaz?



medanmutah056.jpg
Hari ini saya dikelilingi oleh pelbagai reaksi masyarakat terhadap golongan ustaz. Isunya adalah tentang pelaburan internet.
Apa yang ada kebelakangan ini adalah peperangan tidak sekufu di antara tokoh-tokoh yang specialized dalam bidang ini seperti sahabat saya al-Fadhil Ustaz Haji Zaharuddin Abdul Rahman, dan dituruti dengan fatwa beberapa mufti, hinggalah kepada reaksi rasmi Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya katakan tidak sekufu, kerana peperangan itu bukan di antara hujah berbalas hujah. Tetapi hujah berbalas amarah dan emosi yang tidak sudah-sudah.
Kesan perbalahan ini, adalah seperti golongan ustaz membuka pekung di dada sendiri. Bak kata Ustaz Ismail Kamus suatu ketika dahulu, “kalau diam tak pasti bagaimana, bila bercakap comfirmed bodoh!”

Saya enggan membabitkan diri dalam pertikaian ini, walaupun dalam hati ada rasa terkilan melihat usaha menyelamatkan masyarakat dari terjebak dengan sesuatu yang haram, diperlekehkan oleh isu umur dan senioriti, siapa dia, apa kelayakan dia, dan tidak segan untuk membelakangkan terus hujah-hujah yang terdiri dari kalam Allah dan Rasul-Nya, serta pandangan Ulama’ yang mewarisi amanah para Nabi. Alangkah baiknya kalau hujah dipertikaikan dengan hujah yang lebih rasional, kerana itulah tradisi keilmuan Islam selama-lamanya.
Seperti yang saya katakan tadi, biarlah isu ini diselesaikan oleh mereka yang ahli di dalamnya.
MENGAPA RAMAI USTAZ TERLIBAT
Namun, apa yang ingin saya perkatakan adalah satu sudut lain terhadap isu ini, iaitu mengapakah begitu ramai ustaz yang terlibat dengan pelaburan internet dan kes-kes yang seumpama dengannya? Sehingga menjadi kesulitan kepada masyarakat untuk mempertimbangkan hal ini secara rasional, lantaran ramai ‘ustaz kami’ yang menyertainya.
Bukan hanya terserlah pada debat maya, malah saya sendiri seringkali didatangi oleh rakan sejenis saya (para ustaz) yang tanpa segan silu mengajak saya menyertai skim pelaburan internet, dengan hujah “ada ustaz kata boleh”. Habis, siapa saya dan siapa dia ketika dia berkata “ada ustaz kata boleh”. Kalau cerek dan belanga, mungkin sudah berasap-asap tekanan kepala yang terhambur. Namun saya sabarkan diri dan berkelakuan bodoh agar tidak memperbodohkan “ustaz”yang sedang duduk di hadapan saya.
Isu utama saya di sini ialah mengapakah ramai ustaz terlibat? Mengapa ramai ustaz yang ‘menjual diri’?
Sabarkan diri seketika, ketepikan kekecewaan saya dan kita semua terhadap kerenah mereka, namun bantulah saya untuk berfikir mengapakah ramai ustaz terlibat di dalam masalah ini?
MENCARI KERJA
Setahun pertama sekembalinya saya ke Malaysia, saya berlanggan dengan hampir semua portal yang menyediakan khidmat mencari pekerjaan. Saya pulang ke Malaysia dalam keadaan yang agak gementar kerana usia sudah mencecah hampir 30 pada ketika itu. Usia ini bermaksud, saya tidak boleh bekerja secara cuba-cuba. Tanggungan sudah besar, dan memilih pekerjaan yang betul adalah sangat kritikal.
Apa yang menjadi hambatan saya ketika itu, bukanlah soal memilih pekerjaan. Tetapi tiada pekerjaan untuk dipilih. Dalam tempoh setahun saya melanggan jobstreet.com dan lain-lain, tidak sampai 20 tawaran pekerjaan yang diiklankan, berkaitan dengan kelulusan seperti saya iaitu di bidang Syariah.
Ia saya catatkan tanpa mengambil kira iklan jawatan “guru”. Memang tidak dinafikan, ada J-QAF, dan ada KPLI. Sesekali apabila mendekati bulan Mei dan Jun, ada iklan kerja sebagai penterjemah Bahasa Arab untuk hotel-hotel di Genting Highlands.
graduate.jpg
Tetapi bayangkan sahaja, graduan yang dihasilkan setiap tahun oleh Akademi Islam Universiti Malaya, FPI UKM, IRK UIAM (sekadar menyebut beberapa nama), di samping Universiti Kolej dan Kolej-kolej yang menawarkan pengajian Islam di seluruh Malaysia. Hitunglah pula berapa ramai yang dikeluarkan oleh Al-Azhar di Mesir, Jordan, Yaman, Syria, Sudan, Arab Saudi, Pakistan, Maghribi juga United Kingdom.
Nisbah peluang pekerjaan para ustaz ini, dengan jumlah mereka yang masuk ke alam pekerjaan, jurangnya merisaukan saya.
Berbekalkan kelulusan dan pengalaman bekerja di luar negara sekali pun, saya memulakan kerja pertama saya di Malaysia dengan gaji pokok hanya RM1000 sebulan. Walaupun berat, dan habis sekelip mata apabila sewa rumah dan bil dibayar, ia masih baik berbanding ramai lagi ustaz dan ustazah yang bekerja dengan gaji yang lebih rendah dari itu. Saya perlu bekerja keras untuk menyelesaikan keperluan hidup, dan mendekatkan jarak gaji saya dengan isteri. Ia suatu perjuangan untuk keperluan, dan maruah diri.
Tetapi bagaimana pula dengan graduan-graduan Syariah yang lain? Ke mana perginya mereka?
MENGUNDANG KEENGKARAN
Sesungguhnya tekanan hidup bagi graduan pengajian Islam bukanlah suatu isu yang boleh diremeh-temehkan.
Kita boleh mengambil sikap mentertawakan sesetengah ustaz yang mengambil jalan pintas. Ada yang menukar prinsip politik untuk ‘cari makan’. Dan nah, apabila munculnya MLM seperti cendawan selepas hujan, dan skim pelaburan sehebat yang ada, saya tidak hairan seorang ustaz yang sedang menggaru kepala memikirkan susu dan lampin anaknya akan terjebak tanpa mahu menyiasat dalam-dalam.


“Hampir-hampir sahaja kefakiran itu menghasilkan kekufuran”
Walaupun atsar yang diriwayatkan dari Umar Radhiyallahu ‘anhu ini dihukum sebagai dhaif oleh kebanyakan ahli hadith yang saya ketahui, namun jangan dipejamkan maknanya dari realiti masyarakat.
Sudah tentu, dengan ilmu Syariah di dada dan helaian ijazah serta diploma, sepatutnya ia menjadi benteng Taqwa untuk bertahan di jalan yang lurus. Itulah yang sepatutnya. Namun kemiskinan dan tekanan hidup pemegang kelulusan pengajian Islam (seorang manusia yang manusia)… adalah fenomena yang boleh menghasilkan 1001 penyakit di dalam masyarakat.
Penyakit paling ringan, adalah hilangnya peranan mereka sebagai guru masyarakat. Penyakit paling berat, setelah tidak berperanan sebagai guru, mereka berubah menjadi perosak masyarakat. Ya, kefakiran boleh mencetuskan apa sahaja.
Seperti yang saya katakan tadi, kita boleh ketawakan para ustaz ini, memaki hamun dan menyindir mereka sebagai ular dalam semak, dan bukannya ulamak. Kita boleh berkata apa sahaja tentang mereka, tetapi semua itu adalah tindakan reaktif yang TIDAK MENGHASILKAN PENYELESAIAN.
Amat berat untuk saya menulis tentang ini kerana MARAH saya jauh lebih besar berbanding dengan SIMPATI. Namun sebagai seorang da’ie, dengan sekelumit simpati itulah, saya cuba mencari jalan keluarnya.
MENYELAMATKAN GENERASI PELAPIS
Bagi pelajar yang menyambung pengajian di bidang Sunnatullah seperti perubatan, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain, saya ada akses yang agak baik kepada mereka. Alhamdulillah, saya bersama team di dalam Kelab Rakan Intelek Muda, kami panggil balik sahabat-sahabat lama yang sudah menjadi doktor pakar, ketua jabatan di IPT dan lain-lain, untuk turun bersama mengadakan sesi kursus bagi pelajar di kolej persediaan.
0_3.jpg
Bersama pelajar ke UK, Eire dan USA di dalam Eco-Camp Anjuran KRIM
Kami hidangkan kepada pelajar-pelajar ini, realiti sebenar dunia pekerjaan mereka nanti. Biar soal Begin With the End in Mind mereka cukup optimum agar mereka melangkah ke universiti dengan visi dan misi yang TEPAT dan JELAS.
Tetapi setakat ini saya tiada akses kepada pelapis-pelapis saya sendiri. Bakal-bakal ustaz dan ustazah. Saya mahu berkongsi pengalaman dan nasihat sebagai abang kepada mereka, agar mereka pergi ke kembara ilmu dengan akal, mata dan hati yang celik terhadap masa depan mereka.
KRISIS VISI DAN MISI
Saya amat bimbang, ramai yang mengambil keputusan untuk belajar di bidang agama, mempunyai visi dan misi yang TEPAT, malangnya TIDAK JELAS. Mahu menjadi pewaris Anbiya’, mahu mengubah masyarakat, mahu menjadi da’i yang berisi, semua itu tepat… tetapi tidak jelas. Kerana ia hanya konsep, yang sukar dijelmakan dalam bentuk pekerjaan, demi survival kehidupan kerana manusia hidup dengan makan dan minum, bukan teori dan slogan.
nasibustaz01.jpg
Saya adalah di antara pelajar yang MEMILIH untuk belajar di bidang agama. Saya sudah berada di salah sebuah sekolah yang terbaik di Malaysia. Di dalam kelas aliran Sains yang terbaik yang saya boleh pergi. Tetapi saya telah membuat keputusan (bodoh atau cerdik) untuk beralih ke sekolah asal saya yang serba kekurangan, demi mengejar cita-cita saya untuk menjadi seorang Ulama’. Keputusan dibuat pada tahun 1991.
Kini, kesan keputusan itu boleh dilihat pada tahun 2007. Rakan-rakan sekelas saya dahulu sudah mencapai kejayaan yang layak dengan kebolehan mereka. Pada usia 32 tahun, rakan-rakan saya sudah berumah sendiri, sudah semakin menghampiri fenomena ‘money works for us, and we no longer work for money‘. Tetapi saya masih melalui kehidupan yang penat dan letih di usia 32 tahun ini. Masih gementar di pertengahan setiap bulan.
Namun tidak sekelumit pun rasa terkilan atau menyesal di hati, meninggalkan ‘dunia’ itu. Saya amat terasa betapa bermaknanya menjadi pelajar di bidang agama secara PILIHAN, dan bukannya KERANA TERPAKSA.
Tetapi perasaan ini tidak terbit secara mudah. Dengan 1001 kepayahan semasa belajar, saya cuba lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar bersedia untuk terjun ke dunia yang serba payah di hadapan saya. Saya kemaskan Bahasa Arab, pertahankan Bahasa Inggeris sebagai alat yang penting, saya tidak jemu belajar ICT, dan paling utama, seperti yang pernah saya sebutkan semasa di Jordan, “setiap seorang daripada kita, mesti specialized dalam sesuatu!”. Jangan pulang ke Malaysia hanya menambah bilangan yang ada, sebaliknya ada keunikan yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat, dan boleh memberi manfaat kepada diri sendiri.
Belajar bersungguh-sungguh, tidak ponteng kelas, dan cuba yang terbaik, walaupun sesekali kecundang sebagai manusia biasa.
Saya mahu memberitahu adik-adik yang masih menuntut di bangku pengajian Islam, bukakan mata terhadap realiti. Jangan berebut mengejar J-QAF dan KPLI kerana berapa sangat guru agama yang diperlukan di sebuah sekolah. Lengkapkanlah diri dengan semua ilmu, kemahiran dan maklumat yang ada agar anda masuk ke dunia pekerjaan dengan multi skill.
Dan yang terlebih penting, gilaplah sikap-sikap positif dan profesional di dalam diri. Ketika para profesional berebut menjadi ‘protaz’, malang sekali apabila saya hendak menyebut ‘Kepimpinan Ulama’ pun, tersekat di kerongkong. Bagaimana Ulama’ mahu memimpin masyarakat hari ini, jika kita penuh dengan rendah diri, serba faqir dan dha’if, lantas akhirnya menjadi mangsa perangkap skim pelaburan internet, MLM jenis yang tidak syar’ie, menjual Insurans yang tidak Islamik dan seterusnya menjadi fitnah kepada agama yang kita perjuangkan semasa di alam ada biasiswa dan elaun dulu.
housefly.jpg
LALAT
Saya takut, golongan agama di akhir zaman, semakin menjadi seperti lalat yang muncul di mana-mana sahaja ada makanan dan bangkai. Bila ada kenduri, barulah orang agama ada gunanya, untuk baca doa. Dan bila ada orang mati, barulah orang agama ada gunanya, untuk doa dan kenduri arwah.
Pastikan anda ada visi dan misi yang TEPAT….. dan JELAS!!!
Saya doakan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Sumber: http://saifulislam.com/?p=406

KEMBALILAH KEPADA FITRAH

Salam Aidil Fitri untuk sahabat dan saudaraku, khususnya para pengunjung blog Gentararasa yang dihormati,
Maafkan saya kerana sudah agak lama juga tidak mengisi entri baru dalam blog ini. Pengisian jadual pada bulan ramadan tahun ini agak berbeza, jadi sekali lagi saya belum berjaya mengatur masa antara ibadah khusus dan umum, habluminallah dan habluminannas, membaca Al Quran dan menulis, berceramah dan bermuhasabah…
Harapan saya cuma satu… semoga kita istiqamah di jalan mujahadah ini. Apapun terjadi, kita terus mendaki. Tidak kira berapa kali kita jatuh, namun kita pasti bangkit kembali. Ramadan yang mulia telah pergi, namun rohnya tetap di sini. Di hati kita. kita akan terus berusaha untuk mendidik diri. Marilah kita bersama saling kuat menguatkan, doa mendoakan, ingat mengingatkan, dengan sifat kasih dan mengasihi. Walau kita tidak pernah bersua, tetapi kesatuan cita-cita dan rasa… membentuk satu talian yang sukar diberi nama tetapi sangat tinggi makna. Apa lagi kalau bukan kasih mengasihi kerana Allah.
Hari ini hari raya… Hari kembali kepada Fitrah. Hari keluar daripada fitnah (ujian dunia dan manusia) untuk terus terikat dengan syariat. Itulah kemerdekaan yang hakiki. Fikiran dapat menjangkau Pencipta di sebalik penciptaan, nafsu bebas dari belenggu kehendak taraf bawah untuk melonjak ke taraf tinggi dan akhirnya hati bebas daripada sebarang cinta… kecuali cinta Allah dan cinta sesuatu kerana-Nya jua!
Marilah kitan klembali kepada fitrah… dengan mengatur kehidupan dunia sebagai musafir yang sentiasa merasakan akan kembali kepada Allah. Mulakanlah langkah untuk membuat perubahan dengan berbekalkan dua keyakinan – keyakinan kepada Allah dan keyakinan kepada diri sendiri. Dua keyakinan ini sangat berkaitan antara satu sama lain. Setiap kita mempunyai potensi untuk menjadi orang yang bertakwa.
Potensi dalaman itu sebenarnya ada pada setiap umat Islam. Percayalah kita lebih kuat daripada apa yang kita sangkakan. Jika kekuatan ini benar-benar ‘dioptimumkan’, kita tidak akan terkesan oleh gangguan luaran. Maka hidup ini akan lebih selesa, ceria dan mesra kerana segala-galanya bermula dan terbina dari dalam diri. Kita tidak akan terlalu bergantung kepada keadaan, peraturan dan segala yang bersifat luaran.
Kata hukama, “Jika kita dapat menguasai diri kita, kita akan dapat menguasai dunia.” Ertinya, dengan menguasai diri kita sendiri, pengaruh kita untuk menguasai orang lain, mengubah keadaan dan mencorak suasana luaran itu akan meningkat. Itulah sebenarnya sifat orang bertakwa. Yang hati mereka hanya terikat dengan Allah. Ketika Rasululullah menerangkan tentang takwa, baginda telah bersabda sebagaimana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah:
التَّقْوَى هَا هُنَاMaksud: Takwa itu di sini (sambil menunjukkan dadanya). (Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut, jil. 4, hlm. 1986, no. hadith: 2564)
Takut dan cinta mereka yang bertakwa hanya kepada Allah. Keyakinan diri mereka sangat tinggi hasil mengingati Allah, detik kematian dan hari Akhirat. Apa yang mereka takutkan jika mereka merasai Allah sentiasa bersama mereka? When Allah is your friend, who is your enemy? Mereka akan terasa ringannya ujian di dunia apabila mengenangkan azabnya mati. Dan mereka akan yakin menghadapi kesusahan hidup di dunia kerana menyedari itulah bekalan untuk hidup di akhirat nanti.
Bagi orang yang bertakwa, mereka tidak berpegang kepada prinsip ‘lihat dahulu baru yakin’ tetapi sebaliknya ‘yakin dahulu baru lihat’. Dengan keyakinan kepada Allah, syurga, neraka dan lain-lain rukun iman (yang tidak mereka lihat) serta mereka berusaha, bekerja dan berjuang di dunia – maka akhirnya mereka akan dapat melihat ‘wajah’ Allah di dalam syurga di akhirat kelak.
Inilah bentuk keyakinan diri yang sangat luar biasa. Manakala keyakinan yang terhasil oleh sikap ‘lihat dahulu baru yakin’ adalah keyakinan yang biasa-biasa. Keyakinan diri umat Islam adalah keyakinan yang luar biasa, justeru kita didorong untuk beribadah dan berjuang semasa hidup kerana mengharapkan pertemuan dengan Allah dan syurga selepas mati. Firman Allah:
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُMaksud: Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu perkara yang tetap dan yakin. (Surah al-Hijr 15: 99)
Firman Allah lagi:
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Maksud: Maka sesiapa yang berharap akan bertemu Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (Surah al-Kahfi 18: 110)
Para muttakin umpama ikan yang tidak akan masin dengan kemasinan laut. Sebab itu ingin ditegaskan bahawa keyakinan kepada diri sangat berkait dengan keyakinan kepada Allah. Maksudnya, siapa yang lebih kuat keyakinan kepada Allah, maka dialah yang paling kuat keyakinannya terhadap diri sendiri!
Siapakah orang yang paling kuat? Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِى يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
Maksud: Bukanlah orang yang kuat itu dengan bergusti, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang mengawal diri mereka ketika marah. (al-Bukhari, al-Jami’ al-Sahih al-Mukhtasar, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil. 5, hlm. 2267, no. hadith: 5763)
Sayidina Umar Ibn Khattab pernah berkata: “Kalau meminum segelas air yang dingin ketika kehausan yang amat sangat boleh menjatuhkan maruahku nescaya aku tidak akan meminumnya.”
Umar Ibn Aziz pernah berkata: “Aku tidak akan bercakap ketika aku terlalu ingin bercakap. Sebaliknya aku bercakap apabila aku terlalu berat untuk bercakap.”
Hukama pula ada berkata, “Kuasai diri kamu, nescaya kamu akan dapat menguasai dunia ini.” Rahsia kejayaan ‘orang besar’ itu terletak kepada kemampuan mereka menguasai diri sendiri. Dan dengan itu barulah mereka berjaya mengubah, mempengaruhi dan memimpin orang lain. Ini mengingat kita kepada satu madah yang berbunyi: “Jangan kamu marah jika orang lain tidak berubah sepertimana yang kamu kehendaki jika kamu sendiri tidak berubah seperti yang kamu kehendaki.”
Tegasnya, ‘kekuatan’ dalam diri ialah apabila kita dapat melakukan sesuatu yang perlu dilakukan dan meninggalkan sesuatu yang tidak perlu dilakukan. Kita ingin kuat. Kuat dalam erti kata dapat menentukan arah hidup dan jalan hidup kita sendiri. Kuat untuk menghadapi rintangan dan akhirnya meraih kejayaan. Kuat untuk mengakui kesalahan dan memperbaikinya.
Kuat untuk bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih dan sanggup menanggung risikonya. Kuat untuk berhijrah dari ‘zon selesa’ tapi penuh kebekuan untuk menuju ‘zon mencabar’ yang penuh dugaan, tetapi di situlah letaknya kejayaan dan kecemerlangan.
Jadi, kita bagaimana? Ingin terus dalam zon selesa? Tidak mungkin. Jadi keluarlah menuju zon yang mencabar – dan bersiap sedialah menghadapi kata nista, cerca dan hina musuh-musuh kita. Jangan terus salahkan musuh. Apa mereka yang hendak kata, katalah… asalkan apa yang kita lakukan itu adalah halal, wajib, sunat atau harus di sisi Allah.
Siapa yang mengharap keredaan manusia, pasti akan kecewa. Nampak gah seketika, tetapi akhirnya merudum di telapak kaki manusia yang dipuja-pujanya itu! Itu lumrah orang berjuang. Yang penting binalah keyakinan diri. Dan kemudian ubahlah diri, nescaya dunia akan ‘berubah’ mengikut perubahan kita!
Kadang-kadang kita terkejut dengan ungkapan-ungkapan yang kedengarannya begitu aneh. Ungkapan yang bukan dilahirkan oleh orang yang biasa, tetapi manusia yang luar biasa. Mereka yang mengucapkannya adalah hukama, ulama dan bijak pandai yang begitu arif tentang kehidupan. Ada ungkapan yang berbunyi: “Barang siapa yang ingat mati, akan hidup… tetapi mereka yang ingat hidup, akan mati.”
Ah, aneh. Mengapa begitu ya? Mari kita telusuri apa makna tersirat di sebaliknya. Bukan sekadar untuk bermain dengan kata-kata tetapi dengan berpijak pada ilmu dan pengalaman yang nyata. Justeru kata-kata itu hanya membenarkan sahaja apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW menerusi sabdanya yang dilaporkan oleh Abdullah Ibn Umar:
كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ : « أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا ». قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ: « أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ ».
Maksud: Aku bersama dengan Rasulullah, kemudiannya datanglah kepadanya seorang lelaki dari kalangan al-Ansar dan memmberi salam ke atas Nabi SAW, kemudian berkata: Wahai Rasulullah, siapakah mukmin yang terbaik? Nabi menjawab: “Mereka yang terbagus akhlaknya.” Dia bertanya lagi, “Maka siapakah mukmin yang paling cerdik?” Nabi menjawab: “mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang terbaik ialah yang melakukan persediaan untuk selepas itu. Itulah orang yang paling cerdik.” (Muhammad bin Yazid, Sunan Ibn Majah, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 2, hlm. 1423, No. hadith: 4259)
Mari kita kembara seketika untuk mengungkap cebisan rahsia kematian dan kehidupan yang hakikat bahawa itu adalah ujian bagi setiap insan. Firman Allah:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا
Maksud: Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. (Surah al-Mulk 67: 2)
Apakah kaitan antara hidup dan mati? Apakah rahsia di sebalik kata-kata bahawa mati itu adalah ‘tunang’ kepada kehidupan? Justeru, marilah kita ‘kembali’ sebelum pergi menemui kehidupan yang abadi!
Ingat lagi kata-kata Sayidina Ali karamallahuwajhah yang telah disebut pada awal buku ini? Ya, katanya: “Manusia semuanya tidur, apabila mati baru mereka terjaga (tersedar).”
Kata-kata itu sungguh dalam dan tersirat maknanya. Ia bermaksud, hanya apabila seseorang itu telah mati barulah hakikat atau realiti kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya.
Pendek kata, mati adalah ‘program realiti’ yang benar-benar realiti. Setelah roh berada di alam barzakh (yakni alam kubur yang menjadi sempadan antara dunia dan akhirat), barulah kebanyakan manusia sedar apakah perkara yang benar-benar bernilai dalam hidupnya ketika hidup di dunia. Apabila mata yang ada hancur dimamah bumi, maka ketika itulah mata hati yang alpa selama ini tersentak dan terbeliak. Lalu ketika itu barulah terserlah yang mana ‘intan’ dan yang mana ‘kaca’?
Menjelang kematian, setiap diri akan akur betapa bernilainya kebaikan dan kebajikan. Itulah hakikatnya intan yang selama ini dianggap kaca. Dan pada saat itu barulah kita sedar betapa intan yang selama ini kita puja hakikatnya kaca yang tidak berharga. Itulah perbuatan dosa dan perkara yang sia-sia. Alangkah ruginya ketika hidup di dunia. Kita tersentak!
Manusia baru tersedar apakah hakikat kehidupan yang sebenar setelah kematian. Dan lebih malang lagi rupa-rupanya baru pada ketika itu manusia menyedari bahawa mati sebenarnya bukanlah satu pengakhiran, tetapi ia adalah satu permulaan kepada satu kehidupan yang tidak ada mati-mati lagi (hidup di akhirat kekal abadi).
Manusia telah diingatkan bahawa di alam roh kita telah mengenal Allah. Firman Allah:
أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا
Maksud: “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Benar, Kami menjadi saksi.” (al-A’raf 7: 172)
Bahkan telah mengakuinya sebagai Rabb yang sebenar (Tuhan kita). Mengenal Allah ertinya mencintai Allah. Kerana siapa sahaja yang kenal Allah, pasti akan jatuh cinta kepada-Nya.
Namun alangkah sedikitnya manusia yang benar-benar mengenal Allah. Kebanyakan manusia hanya ‘mengetahui’ tetapi tidak mengenali-Nya. Mengenal dan mengetahui itu jauh berbeza. Mengenal dengan hati, mengetahui dengan akal. Mengenal hanya memahami, tetapi mengenali akan merasai. Kebanyakan kita hanya mengetahui Allah Maha Melihat, tetapi tidak merasai Allah Maha Melihat. Justeru, kita masih tega dan tergamak melakukan kemungkaran walaupun kita tahu Allah Maha Melihat.
Bermula di alam roh dahulu hati kita telah mengenal Allah. Pendek kata, cinta sejati sejak mula ialah cinta Allah. Malangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati itu sebaik sahaja lahir ke dunia. Detik itu, bermulalah perpisahan cinta daripada cinta Allah seperti terpisahnya cinta anak daripada cinta ibu sejatinya. Kemudian tempat cinta sejati di hati mereka telah diambil oleh cinta palsu.
Siapa yang memisahkan kita daripada cinta Allah? Sedih, yang memisahkan manusia daripada cinta Allah kerap-kalinya ialah ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa tidak meneruskan peranan mengenalkan Allah kepada anak-anaknya. Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar. Tidak dibajai dan diairi… semakin bertambah usia, semakin jauh jarak perpisahan itu.
Pepatah Arab ada mengatakan, ‘Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya’. Jadi, apabila cinta itu sudah tersalah, maka tersalah jugalah manusia meletakkan sifat kehambaannya. Hidup beralih arah, daripada menghambakan diri kepada Allah kepada ‘menyembah’ hawa nafsu. Firman Allah:
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلا
Maksud: Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya? (Surah al-Furqan 25: 43)
Akibatnya, tujuan hidup telah tersasar. Ini kerana, hanya manusia yang menyedari adanya Tuhan dan memperhambakan diri kepada-Nya sahaja yang akan mempunyai tujuan hidup yang tepat dan jelas. Manusia tidak akan tahu apa tujuan hidup, kerana manusia tidak pinta dihidupkan. Allah yang menghidupkan kita, maka Allah jualah yang Maha Mengetahui untuk apa manusia dihidupkan. No God, no purpose! – tanpa Tuhan tidak ada tujuan.
Setelah terhantuk (mati), barulah dia terngadah (sedar). Rupa-rupanya apa yang diburu selama ini hanyalah kepalsuan manakala apa yang dihindari adalah kebenaran. Ah, betapa tersasarnya langkah hidup selama di dunia, setelah mati baru terjaga. Pada ketika itu jugalah ramai yang mengharapkan agar dapat pulang ke dunia semula. Minta untuk dipanjangkan umur supaya dapat menukar perbuatan yang buruk selama hidup di dunia dulu dengan amalan kebaikan. Firman Allah:
وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ تَرَى الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى اللَّهِ وُجُوهُهُمْ مُسْوَدَّةٌ
Maksud: Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang yang berdusta terhadap Allah dan yang menyatakan kesedihan itu muka mereka hitam legam. (Surah al-Zumar 39: 60)
Di alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi ‘bumi dan langit’ kepada kita, barulah kita terjaga daripada buaian ‘mimpi’ selama ini. Tiba-tiba arus kesedaran melanda. Cahaya ilmu menerpa dengan tiba-tiba. Lalu tersentaklah dia bahawa hakaikatnya hidup ini adalah untuk menghambakan diri kepada Allah – beribadah kepada-Nya. Rasa ingin bertaubat singgah dengan tiba-tiba. Terasa dosa yang dilakukan begitu banyak, bagaikan buih di lautan.
Sayangnya, segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur kerana pada saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan. Jadi, kesedaran itu mesti dirasai semasa hidup di dunia lagi, barulah ia mempunyai makna dan berguna. Apabila hidup di dunia dilalui dengan penuh kesedaran akan hakikat kematian, maka barulah seorang manusia akan berlumba-lumba melakukan kebaikan dan kebajikan.
Sebaliknya, sekiranya kesedaran itu hanya berlaku di alam kubur, maka segala-galanya sudah terlambat. Jadi bertaubatlah sebelum terlambat, kembalilah ketika masih sempat! Mereka yang ingat mati inilah hakikatnya orang yang bijak dan mereka yang ingat mati inilah hakikatnya orang yang hidup. Merekalah orang yang berani. Dan orang yang berani tidak pernah mati – the brave never die!
Bagaimana untuk mengembalikan semula manusia kepada asas dan teras jati dirinya yakni sebagai hamba Allah? Atau ringkasnya, bagaimana hendak mencapai ketenangan dalam hidup yang serba mencabar ini?
Roh yang dekat kepada Allah akan tenang dan sihat semula. Hati yang tenang ialah hati yang mengingati Allah. Firman Allah:
…أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksud: Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah al-Ra’d 13: 28)
Inilah ubat hati. Namun jalan ke situ bukan mudah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga selalunya perit. Tetapi oleh kerana inginkan badan yang sihat, kita rela menelan kepahitan, kita rela menanggung keperitan berpantang. Menahan daripada makan makanan yang berkolestrol, lemak, manis, masin, berminyak walaupun itu semua itu enak rasanya. Kita ikut semua nasihat doktor. Berlari, bersenam dan mengawal stres… kita ikut dan patuh walaupun begitu ‘berat’ untuk mendapat sihat.
Maka begitulah jalan untuk ‘mengubat’ hati. Penawarnya juga pahit. Ubat hati jarang yang manis. Namun, semua itu perlu ditempuh jua. Apakah ubat hati? Mula-mula lazimilah menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah cahaya hati. Majlis ilmu adalah ‘taman syurga’ di dunia.
Ulama sering mengatakan, “Sesiapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari (sesetengahnya mengatakan 7 hari) maka hati seseorang akan keras.” Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit.
Hijrah bermula dengan diri sendiri. Jangan harapkan keluaraga, masyarakat, organisasi dan negara kita akan berubah (berhijrah) sekiranya diri kita sendiri tidak berubah terlebih dahulu. Perhatikan sajak di bawah untuk memahami kepentingan memulakan hijrah dengan diri sendiri:
Ketika lepas bebas di alam remaja,
impianku tidak mengenal batasan – aku ingin mengubah DUNIA.
Apabila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang,
kusedari… rupanya dunia tidak akan berubah.
Lalu aku bataskan jangkauan.
Memadailah jika aku dapat mengubah NEGARA,
namun ini juga tidak kesampaian.
Di usia senja, pilihan terakhirku ialah untuk mengubah KELUARGA,
dan mereka yang terdekat,
malangnya… mereka juga tidak mampu kuubah.
Kini, di perbaringan menanti maut,
baru ku sedari (mungkin buat kali pertama).
Andainya dahulu yang pertama kuubah adalah DIRI SENDIRI,
dengan menunjukkan teladan yang baik,
pasti aku dapat mengubah KELUARGA.
Lantas… dengan sokongan dan dorongan semangat mereka,
aku pasti mampu mengubah NEGARA.
Dan siapa tahu… mungkin juga aku mampu mengubah DUNIA.”
Langkah perubahan mesti bermula dengan ilmu. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna dan nama-Nya yang baik dan mulia. Ingat, ilmu wahyu akan menerangi hati, manakala ilmu dunia akan menerangi kehidupan. Hakikatnya ubat hati ialah ilmu-ilmu yang diambil daripada Al Quran.
Dari sana, susuli langkah seterusnya. Ilmu imam, amal adalah makmumnya. Mulalah amalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah – ingat Allah. Dan cara mengingati Allah yang paling utama ialah mendirikan solat. Solat lima waktu adalah silah (penghubung) antara hamba dengan Tuhan. Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa-rasa daripada segala gerakan dan bacaan itu ke dalam hati. Walau susah sungguh, tetapi paksalah diri bersungguh-sungguh.
Sedangkan bisa boleh jadi biasa apabila dilazimi. Apatah lagi ‘penawar’ yang datang daripada Allah – Tuhan yang mencipta kita. al-Quran dan solat tentulah akan lebih mudah kita biasakan apabila dilazimkan. Ingatlah solat itu penawar. Walaupun sukar kita merasa kemanisannya di peringkat awal, tetapi kemanisannya pasti datang juga jika kita berterusan mengamalkannya. Ingat selalu kata-kata, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. No pain, no gain. Sedangkan merebut cinta makhluk pun susah, apalagi mencari cinta Allah. Tentulah lebih susah. Tidak ada jalan mudah, itulah jalannya. Jalan mujahadah.
Seperti sakit fizikal yang perlu ada pantang larangnya, begitulah juga ‘sakit hati’ yang ada pantang larangnya. Makan ubat tidak boleh diiringi oleh makan ‘racun’. Maksudnya, apalah ertinya kalau kita rajin makan ubat penyakit darah tinggi, jika kita terus makan daging, garam dan lemak secara berlebihan? Atau pesakit kencing manis yang rajin menyuntik insulin tetapi rajin juga minum teh tarik yang manisnya keterlaluan? Penyakit tidak akan sembuh jika melanggar pantang. Bahkan, pengamal perubatan sering menegaskan bahawa berpantang lebih baik daripada berubat.
Begitulah halnya dengan usaha penyembuhan ‘sakit hati’, ada pantang larang juga. Perlu ‘berpantang’ daripada perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya, melihat, mendengar atau terlibat secara langsung dengan perkara-perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas, program hiburan yang merangsang nafsu, filem-filem lucah, dan lain-lain suasana yang boleh menyuburkan hawa nafsu.
Sebaik-baiknya carilah kawan yang seia sekata. Bentuk kumpulan kecil yang mempunyai satu fikiran, satu tujuan dan satu rasa – yakni sama-sama ingin mencari cinta Allah.
Untuk buat baik, perlu ada kumpulan. Untuk buat jahat, perlu ada ‘geng’. Untuk buat baik perlu ada ‘jamaah’ – kumpulan yang bersatu untuk melakukan kebaikan. Apabila ada perkumpulan, usrah atau jamaah, maka tentu ada program-program yang tersusun dan berkala.
Program yang positif boleh dibentuk sebagai alternatif kepada program yang negatif. Membaca dan mengkaji buku-buku agama, meningkatkan ilmu fardu ain, mendengar kuliah tafsir, mendengar nasyid-nasyid atau lagu-lagu yang baik, program riadah, sukan dan rehlah yang Islamik adalah program-program soleh yang boleh diatur oleh perkumpulan itu.
Ini adalah penebat kepada idea-idea nakal dan jahat yang boleh menggoda kita. Kita ada kawan, ada aktiviti dan akhirnya terbentuklah suasana dan persekitaran yang soleh. Masa lapang kita akan terisi. Ingat, musuh orang muda adalah ‘masa lapang’. Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah menegaskan bahawa nikmat yang sering memperdayakan manusia ialah masa lapang dan kesihatan tubuh badan.
Masa lapang ini perlu diisi dengan kesibukan belajar menuntut ilmu dan pelbagai usaha untuk memperbaiki diri. Dengan adanya program-program ini pantang larang dalam usaha menyembuhkan hati yang sakit dapat dijaga. Ada kawan mengingatkan. Ada program yang menyibukkan. Ada suasana yang mencorakkan. Mula-mula kita membentuk program dan akhirnya program akan membentuk kita. Inilah pentingnya program yang baik, kita akan terdisiplin melakukan kebaikan walaupun ada masa-masanya kita diserang rasa jemu, malas dan godaan-godaan jahat.
Inilah sebahagian langkah untuk mengubat ‘sakit hati’ di kalangan para orang muda masa kini. Kata Sayidina Ali lagi: “Beramallah ketika di tempat yang tidak ada ganjaran tetapi hanya ada amalan (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tidak ada amal (akhirat).”
Oleh itu adalah lebih baik kita terlebih dahulu sedar ketika hidup di dunia (kerana kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan membetulkan kesilapan), daripada kita tersedar ketika berada di alam kubur, yang mana pada ketika itu segala-galanya sudah tidak berguna lagi.
Berjuanglah menghadapi kemalasan dan kejahatan diri sendiri. Malulah kalau kita kalah dengan diri sendiri. Jangan hanya malu jika ‘kalah’ dengan orang lain. Biasanya orang yang menang dalam bertanding dengan dirinya sendiri akan menang juga dalam pertandingan dengan orang lain. Only me can beat me! – Hanya kita sendiri yang boleh mengalahkan kita!
Benar, anda sahaja boleh mengalah diri anda sendiri. Jadi bertandinglah dengan diri sendiri, dengan mengalahkan rasa malas, menundukkan sifat malu tidak bertempat, mengatasi rasa takut yang tidak kena pada masanya dan lain-lain sifat negatif. Jangan terkeliru dengan anggapan bahawa muda hanya sekali, lalu kita mesti ‘enjoy’ sepuas-puasnya.
Muda sebenarnya dua kali – satu di dunia, satu lagi di akhirat. Muda di dunia akan diakhiri oleh usia tua. Tetapi muda di akhirat kekal selama-lamanya (ahli syurga semuanya dalam usia remaja) – berita gembira untuk yang telah tua.
Gunakan masa di dunia untuk mencapai muda, bahagia dan keceriaan yang lebih bermakna di akhirat. Kembalilah kepada fitrah!
SENDU DI AIDIL FITRI
Akhirnya Ramadan pergi jua
Tapi yang pergi hanya giliran purnama
Bukan kesan rasa dan kebesaran makna
Semua itu masih di sini… di jiwa
Yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya
(Apakah roh Ramadan ini
akan terus menerangi
… bulan-bulan seterusnya?)
Kini Syawal bertamu lagi
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir diucapkan
Meraikan satu kemenangan
Dari satu peperangan…
di dalam diri, di dalam sukma
(Apakah kita berjaya?
atau sekadar menumpang gembira…
di pinggiran kasih-sayangNya?)
Ramadan akan pergi
Syawal pasti menyusulnya
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di belenggu dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
Dihempas ombak keresahan
(Akan tiba saatnya
Ketika Ramadan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada…
untuk menyambutnya!)

Sumber dari; http://genta-rasa.com/2011/08/29/kembalilah-kepada-fitrah/#more-1512

Pena Padi Marketing- Zam Zam Water



Menjual air Zam Zam 100% asli, yang dibotolkan di Arab Saudi Mekah

*packaging original dari Mekah
*10 Liter/botol
*RM130/botol


jika anda berminat untuk memperolehinya, sila hubungi nombor tertera

Kaizan: 0194501495

Syazwan: 0134562945

atau anda boleh bertanya atau membuat pesanan di ruang "komen" di bawah


* PenaPadi Marking services only available in Sungai Petani, Kedah area.
*RM2.00 akan dikenakan untuk penghantaran.
*Penghantaran dalam kawasan MERBOK, Kedah adalah percuma

PenaPadi Marketing - Choklat Minda

Coklat Minda merupakan produk keluaran "HIJRAH",ia sememangnya merupakan product makanan yang membantu peningkatan kesihatan minda. sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah dan universiti. Tambahan lagi, ia semenagnya sesuai untuk kegunaan tenaga pengajar seperti guru dan pensyarah.

Coklat Minda

Harga Runcit
SM : RM49
S&S: RM52


Cara Penggunaan:
Untuk dewasa dan kanak-kanak 2 biji sekali makan.


COKLAT MINDA jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.

Khasiat Dan Kebaikan

  • Meningkat dan Menguatkan
    Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru.
  • Mengatasi rasa gugup
    Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.
  • Memulihkan
    Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.
  • Mengekang
    Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah

Impak Awal Semasa Pengambilan Produk

  • Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.
  • Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
  • Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
  • Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.

Bahan Asas Coklat Minda


Koko

Selain daripada mempunyai perbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, koko/coklat juga begitu sinonim dengan ungkapan positif emosi seperti sayang, rasa cinta dan keceriaan. Secara perbandingan, koko/coklat mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membuktikan bahawa koko/coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.
(Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA).

Gotu Kola (Pegaga)

Pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala digelar food for the brain. Di negara barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk megurangkan ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola membantu mengatasi ‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yang terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan (antidepressant activity).
(Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).

Kacang Soya

Kacang soya menawarkan complete protein profile dan mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta mempunyai kesan positif kepada kesihatan.
(Petikan kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA).



Susu Kuda

Alternatif kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan susu ibu manusia. Komposisi lemak dan pecahan protein, menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu lembu.
(Kajian Godovac Zimmermann et al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000).

jika anda berminat untuk memperolehinya, sila hubungi nombor tertera

Kaizan: 0194501495

Syazwan: 0134562945


atau anda boleh bertanya atau membuat pesanan di ruang "komen" di bawah


untuk maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.coklatminda.com/

* PenaPadi Marking services only available in Sungai Petani, Kedah area.
*RM2.00 akan dikenakan untuk penghantaran.
*Penghantaran dalam kawasan MERBOK, Kedah adalah percuma

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia