-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

SKIM PAK MAT TELO : JOM CEPAT JADI KAYA


Sejak kebelakangan ini saya sering menerima persoalan tentang satu skim pelaburan. Saya tak mahu sebut nama skim tersebut. Namun berikut adalah tanda-tanda skim pelaburan itu adalah skim cepat kaya dan catatan berkaitan:


1. Penganjur yakin menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Warren Buffett pun hanya berani mensasarkan pulangan 15% setahun. Itu pun dia tak berani kata mesti boleh dapat.


2. Penganjur meminta peserta mengajak orang baru untuk masuk skim tersebut. Tanpa orang baru, skim tersebut pasti mati kerana duit peleburan yang kita buat bukan untuk dilaburkan, tetapi untuk dibayar kepada peserta dan penganjur mengatakan itulah untung pelaburan dalam aset tertentu.

3. Untuk mengelakkan dari disiasat dalam negara, penganjur akan mengatakan ini adalah offshore investment. Beralamat di kepulauan yang kita tak pernah dengar, no telefon compliance officer / investor relations pun tiada. Siapa CEO nya? Siapa CIO nya? Siapa Chariman Board of Directornya ?

4. Kawan yang ajak kita masuk tak boleh nak terang apa sebenarnya pelaburan itu. Dia hanya tahu tunjuk duit masuk sahaja. Tak faham, tapi hati sudah tertawan dengan duit masuk.

5. Tidak ada sijil pematuhan Shariah (Shariah compliant) untuk memastikan ia adalah pelaburan yang halal.

6. Apabila hati sudah tertawan, mula-mula masuk dengan jumlah yang sedikit, bila tengok payment dibuat maka mula berani masuk dengan jumlah yang lebih besar. Ada yang lebih berani apabila mula gadai tanah, refinance rumah. Seterusnya, untung jadi introducer / penaja lebih banyak, justeru perlu ajak kawan-kawan dan saudara mara.

7. Tahniah kepada tuan yang telah buat due diligence dan mengatakan tidak kepada peleburan sebegini walaupun kawan-kawan / saudara tunjuk cek dan akaun bank untuk mneggoda.

Sekiranya kita tidak cukup duit, uruskan cashflow / aliran tunai dengan betul terlebih dahulu. Pelaburan hanya dibuat SELEPAS kita membetulkan cashfow / aliran tunai bulanan terlebih dahulu.


Sumber: Pakdi

If you don't know what you're going to do with your money before you get it, you'll waste it once you do receive it.

Jom.. Belajar Mengurus Wang Dengan Bijak "HANYA UNTUK ORANG YANG MAHU FINANCIAL FREEDOM"


Pengurusan Kewangan Bijak Bersama GLORY GENERATION CONSULTANCY

Hubungi saya sekarang, dan sama-sama kita urus kewangan anda. Saya akan bantu saudara/i dalam;

  1. PENGURUSAN WANG PRA PERKAHWINAN
  2. PENGURUSAN HUTANG SECARA BIJAK
  3. PENGURUSAN KEBOCORAN WANG
  4. PENGURUSAN RISIKO PERIBADI
  5. PENGURUSAN PERLINDUNGAN PENDAPATAN
  6. PENGURUSAN DANA SIMAPNAN & PELABURAN
  7. JANA PENDAPATAN SAMPINGAN
  8. MEMBINA PENYATA KEWANGAN
Saya offer khidmat saya, "HANYA PADA ORANG YANG MAHU FINANCIAL FREEDOM"
hubungi saya sekarang;

Sdr Kaizan Nazlan 019 4501495

"Make a Wise Action"

SIHAT, KUAT & CERGAS DENGAN OMEGA 3


Kebanyakan orang tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang bertenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan. 


Oleh itu mengamalkan supplement dan vitamin mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.

JOM ORDER SEKARANG!



Kelebihan Omega 3/ Minyak Ikan..

1) Untuk membantu mengurangkan risiko arteriosklerosis & penyakit jantung.

2) Untuk membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang baik.

3)Untuk membantu meningkatkan fungsi otak.

4)Untuk membantu mengekalkan mood yang seimbang dan rasa kesejahteraan.

5)Untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi.

6)Untuk membantu mengekalkan buah pinggang yang sihat.

7)Untuk membantu dalam rawatan kanser.

8)Untuk membantu mengekalkan tahap kolesterol yang optimum.

9)Untuk membantu mengekalkan sendi sihat dan pergerakan yang fleksibel yang lebih baik.

10)Untuk membantu dalam kekuatan fizikal dan stamina.



Dapatkan Omega-3 Fish Oil Sekarang, keluaran Halagel...

Ayah..Terima Kasih


Kaizan & Ayah

Insan yang sangat-sangat istimewa dalam hidup aku, "AYAH"

This Is My Story - Entrepreneur in Me


Clik Gambar ini
YEAR 2020 VISION
MY OWN BUSINESS & FINANCIAL SCHOOL - Membina usahawan-usahawan yang berdaya saing dalam pasaran global, serta membawa perubahan kearah kebaikan pada negara dan dunia. 

whats your?

7 HARI WAJAH KEMBALI BERSERI

PROMOSI PRODUK KECANTIKAN 
SERLAHAN KECANTIKAN ANDA BERSAMA CLAYRISSA ANDA PASTI PUAS HATI

Puas mencuba pelbagai Produk tetapi hasil hanya biasa2 sahaja? CLAYRRISA merupakan produk terbaik menjadikan kulit lebih cerah dan sekata. Lebih licin dan gebu walau tanpa secalit Make-up!

Rahsia artis malaysia kekal cantik berseri sepanjang masa

" kesan DILUAR JANGKAAN dengan CLAYRISSA "

DIJAMIN BERKESAN ! Kesan seawal 7 hari.
Lebih Ketara selepas 14hari.

Harga: RM138 
* Free Postage

Hubungi kami sekarang, untuk tempahan..

Cik Shamira: 019 5512394

Sila ke LiNK bawah untuk melihat testimoni kami

PROMOSI HEBAT: WAJAH BERSIH, BERSERI TANPA JERAWAT

SABUN VITAMIN A, C & E PLUS 

MADU KELULUT 


Wajah Cantik, Sihat, Bersih, Berseri, Kini Milik Anda

KINI, SEPANTAS 3 HARI WAJAH KEMBALI CANTIK BERSERI


JAMINAN KAMI!

Sebagai pembeli anda berhak untuk ragu dengan status pembelian anda. Penipuan dalam urusniaga Internet memang wujud. Oleh itu, pastikan anda hanya membeli dengan penjual yang diyakini.

Berikut merupakan sebab mengapa anda boleh membeli dengan kami dengan yakin dan tenang:
1)    Kami merupakan PENGEDAR SAH SABUN VITAMIN A, C & E PLUS MADU KELULUT (SABUN HURUN AIN )
2)    Polisi kami mudah: Produk DIJAMIN sampai atau setiap wang anda akan dikembalikan.
3)    Kami mudah dihubungi menerusi telefon atau email seperti berikut jika berlaku kesulitan.


Hubungi Kami di talian Sms/Call  019-5512394

SABUN VITAMIN A, C & E PLUS MADU KELULUT (SABUN HURUN AIN)
 pilihan bijak anda!!

 GOOD MANUFACTURING PRACTICE (GMP)
 MUSLIM PRODUCT (MP)
 MADE IN MALAYSIA
100% Keluaran BUMIPUTERA
 DIJAMIN HALAL
✔ Telah mendapat KELULUSAN KKM - NOT 130602392K
✔ Tiada kesan sampingan/negative
DIJAMIN Sampai ke alamat anda dalam masa 3-5 hari bekerja atau wang anda kami kembalikan 2X GANDA!

Harga normal RM59.90 seunit. Tapi untuk promosi, anda peroleh harga RM45 sahaja bagi semenanjung. Tambahan RM4 bagi Sabah Sarawak iaitu RM49 sahaja. Penghantaran PERCUMA sampai ke pintu rumah anda!


Sms 'SABUN VITAMIN' ke 019-5512394 untuk tempahan segera, mudah dan mesra

Tak Boleh Buat Loan Jika Tak Bayar PTPTN

Terkini! Hutang PTPTN Disenarai Dalam CCRIS

Nampaknya PTPTN dalam proses menyenaraikan hutang PTPTN dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS).
Maksudnya, hutang PTPTN akan menjadi faktor lulus atau gagal pembiayaan hutang-hutang baru seperti nak beli kereta, rumah dan pembiayaan peribadi. Debt service ratio juga nampaknya akan kira hutang PTPTN juga.
PTPTN loan holders now listed in Bank Negara’s credit reference database
KUALA LUMPUR: Starting this month, the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) is collaborating with Bank Negara to list PTPTN loan holders under the Central Credit Reference Information System (CCRIS).
According to Education Minister II Datuk Seri Idris Jusoh, those who have not settled their loan repayments should discuss this matter with PTPTN or they might face difficulties when applying for other loans.
However, he said this was not something scholars should worry about.
“This system was put in place for those who are adamant about not repaying their loans,” said Idris during a press conference Monday after the PTPTN Hari Raya celebration here.
He added that those unable to repay their loan could discuss their payment plan with PTPTN to come up with a new repayment schedule.
This would enable their names to be excluded from the CCRIS database, he added.
Those who managed to repay their loans in one lump sum before Sept 30 this year will get a 20% discount. (The Star, 19/08/2013)
Sumber dari Pakdi.net

Bukan Sekadar Yong-tau-foo – Perbezaan Insurance & Takaful

Perbezaan utama antara takaful dengan insurans adalah pada kontraknya.
Sumber dari: Majalah Niaga, Penulis: 


Kontrak insurans adalah berteraskan jual-beli, manakala kontrak takaful pula adalah berteraskan kontrak wakalah untuk menderma derma. Daripada kontrak jual-beli insurans inilah yang melahirkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba, yang membawa kepada fatwa haram.
Alternatif kepada insurans adalah takaful, yang menggunakan kontrak derma untuk mengelakkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba tadi.
Tulisan ini bukanlah untuk menghuraikan secara ilmiah dan akademik berkenaan hukum hakam insurans dan takaful, kerana saya bukanlah pakarnya.
Untuk mendapatkan maklumat secara ilmiah tentang perkara ini, boleh rujuk perkara ini di blog Ustaz Zaharuddin:

Takaful dan Insurans Sama?

“Takaful hanya tukar nama sahaja, yang lain-lain semua sama sahaja dengan insurans konvensional”, kata seorang ejen “takaful” konvensional.
Takaful Penyelamat
“Sistem Takaful bukan menjawab persoalan pengharaman insurans. Sistem takaful hanya meniru struktur dan format insurans konvensional from A to Z dan ubah istilah bahasa Arab & guna aqad derma. Itu saja.”, dipetik daripada sebuah laman forum kewangan.
“Bagi orang Melayu pada masa itu, insurans merupakan satu ‘benda baru’ untuk mereka dan mungkin keranapenguasaan bahasa Inggeris yang lemah, ini telah membuatkan mereka membuat pelbagai tanggapan salah mengenai Life Insurans dengan mengaitkan Life Insurans sebagai satu jual-beli nyawa atau jual-beli pampasan”, tulis seorang perunding kewangan yang mengaku dirinya ‘pakar insurans” di dalam artikelnya.
Jadi di manakah sebenarnya perbezaan insurans dan takaful?
Adakah benar bahawasanya insurans dan takaful sebenarnya menggunakan sistem yang sama?
Betul, insurans yang ada hari ini berasal daripada Barat. Insurans yang pertama dipercayai wujud adalah insurans perkapalan. Ia berasal daripada Eropah pada zaman pedagang-pedagang Inggeris belayar menggunakan kapal.
Kapal-kapal ini terdedah kepada pelbagai musibah seperti lanun, karam, ribut, tsunami dan lain-lain. Maka daripada situ, mereka berpakat dan timbullah istilah insurans dan dimodenkan sebagaimana yang kita lihat hari ini.
Sistem takaful yang ada sekarang mengguna sistem pengiraan yang sama dengan apa yang ada di dalam insurans yang telah dimodenkan tersebut.
“Jadi, betullah takaful ini berasal daripada insurans?”, ada pula yang berkata begitu.

Islam Juga Pengamal Takaful

Oh, tidak semestinya begitu kesimpulannya. Dari segi sejarah Islam juga, sistem yang sama telah diguna pakai pada zaman dahulu oleh pedagang-pedagang Arab. Jika di Eropah, para pedagang menggunakan kapal, pedagang Arab turut menggunakan kapal.
Bukan kapal laut, tetapi kapal padang pasir; unta.
Mereka juga terdedah kepada pelbagai musibah seperti perompak, ribut padang pasir, dan sebagainya. Maka daripada situ, mereka berpakat untuk berkongsi risiko, dan timbullah istilah “takaful”.
Takaful dalam bahasa arab bermaksud saling bantu-membantu, tolong-menolong.
Cuma takaful yang diamalkan oleh para pedagang Arab tidak melalui proses pemodenan sebagaimana proses pemodenan insurans oleh pedagang inggeris tadi.
Justeru, apabila takaful yang ada hari ini diwujudkan, ia menggunakan sistem yang telah lama wujud di dalam sistem insurans. Sistem takaful akan menilai dan hanya menerima perkara-perkara yang dibenarkan syarak sahaja.
Sebagai contoh sistem kontrak, sistem pengiraan risiko, sistem ejensi, sistem underwriting dan sebagainya.
Sebarang unsur yang tidak menepati kehendak syarak, akan dicari alternatif atau dibuang.
“Jadi, ini menunjukkan takaful menggunakan sistem yang sama. Maka tiada bezanya kita menggunakan insurans atau menggunakan takaful”, nampaknya masih tidak puas hati.

Yong-tau-fu – Babi Jadi Halal?

Mungkin penerangan sebelum ini masih ilmiah. Jika begitu, saya mengambil analogi yong-tau-fu.
Ya, yong-tau-fu.
Yong-tau-fu adalah makanan masyarakat Cina. Menu asal Yong-tau-fu adalah tauhu yang dicampurkan dengan kuah pasta ikan atau khinzir.

Hari ini menu ini sudah berubah dengan pelbagai bahan-bahan lain, seperti telur, sayur, sosej, dan sebagainya.
Sekiranya yong-tau-fu asal haram dimakan oleh orang Islam, kerana kandungan menunya adalah kuah pati khinzir, adakah ia masih haram sekiranya tiada lagi unsur tersebut?
Yong-tau-fu tidak boleh dimakan bukan kerana namanya yong-tau-fu. Sekiranya ia ditukar nama kepada “yong-tau-fu Halal”, atau “yong-tau-fu Islam”, atau “yong-tau-fu Ahmad”, ia masih lagi belum cukup syarat halal sekiranya ia masih menggunakan kuah pasta khinzir.

Fungsi Sama, Hukum Berbeza

Begitulah juga halnya dengan takaful dan insurans.
Fungsi insurans dan takaful adalah sama, iaitu untuk memberi perlindungan kewangan. Yang membezakan bukanlah premiumnya, bukanlah proses underwritingnya, atau juga bukanlah berapakah jumlah pampasannya.
Atau juga bukanlah komisennya.
Ada beberapa perkara yang sama, dan ada beberapa perkara yang tidak sama. Asasnya ia dibezakan dengan kontrak yang mewujudkan takaful ataupun insurans.
Yang ada unsur haram itu; riba, judi dan ketidaktentuan.
Takaful halal bukan kerana namanya takaful, dan insurans adalah haram bukan kerana namanya insurans.

Biar Gambar Berbicara: Bila Ustazah bercerita - 15 Tips Murah Rezeki


Tips Perancangan Keewangan ke Alam Rumah Tangga - Sebelum Aku Terima Nikahnya, Aku Perlu Merancang Sesuatu

Kereta hitam pacuan 4 roda laju bergerak ke highway dari Seremban ke Putrajaya. Dalam kereta Aku banyak termenung di luar, melihat pemandangan sekeliling...tiba-tiba
Kaizan sudah ada calon Isteri? tiba-tiba Auntie aku menanyakan soalan yang jarang ditanyakan famili aku"haaa..ini soalan keemasan untuk hari ini. kalau tersenyum tu, maksudnya ada lah tu"..auntie aku meyambung...aku hanya mampu tersenyum.."insyaallah" bisik hati aku
Sebelum Aku Terima Nikahnya, Aku Perlu Merancang
Perkahwinan itu adalah fitrah yang normal sebagai seorang manusia. Mahu menyayangi dan mahu disayangi. Mahukan anak dan mengembangkan silaturahim kekeluargaan. Mahukan hubungan kelamin dan seterusnya. Malah kajian-kajian orang Barat juga mendapati bahawa pasangan yang berkahwin lebih mudah berjaya dari sudut kewangan, berbanding dari mereka yang masih bujang. ehh betul ker?
Nabi Muhammad saw sendiri adalah orang bisnes pada zaman sebelum menjadi Rasul dan berkahwin dengan jutawan pada zamannya, Sayyidatina Khadijah seterusnya terus berjaya mendapat gelaran al-Amin (pangkat seperti Dato / Tan Sri / Tun) oleh masyarakat Mekah ketika itu.
Hadis lain juga ada menyebut faktor harta menjadi sebab sesuatu perkahwinan. Maka jika kita mendapat pasangan yang menjaga agama, cantik, keluarga yang baik-baik dan berharta maka kita mendapat kombinasi yang paling lengkap.
Ulama menyebut 4 perkara di atas sebagai faktor sekufu atau secara mudahnya sama taraf. Faktor agama adalah yang terbaik tetapi kombinasi agama, dan 3 faktor yang lain adalah jauh lebih baik.

Tips Perancangan Keewangan ke Alam Rumah Tangga

Berikut adalah antara TIPS langkah awal kita ke alam perkahwinan. Insyaallah, jika ia dapat diyahati dan difahami dengan betul, ia dapat membantu kita dan seterusnya dapat mengelakkan beban hutang perkahwinan selepas menjadi raja sehari.
#1 – Minda Financial Freedom
Kita dan pasangan perlu sama-sama mempunyai misi mencapai financial freedom (Bebas wang). Perkara ini adalah amat penting kerana apabila sudah berkahwin banyak perbelanjaan rumah tangga perlu dikongsi bersama. Our Action Begin With Our Mind Set.
Perbelanjaan rumah, mak ayah, kereta, percutian, anak-anak dan seterusnya.
Satu soalan penting yang boleh kita tanya pada bakal pasangan kita:
“Cik Bakal Isteriku, sudikah Cik hidup susah..susah dan senang bersama saya. Menaiki kereta buruk berasap hitam dan dan motor buruk terlebih dahulu, selama 7 tahun selepas tempoh perkahwinan kita?”
Lihat apa respon bakal pasangan kita.
Sekiranya pasangan kita tidak kisah tentang kelihatan “miskin” dalam tempoh 5 hingga 7 pertama perkahwinan, maka kita dapat terus ke 4 perkara yang lain.
#2 – Sederhana Dalam Kenduri
Dalam urusan perkahwinan, kita kurang memikirkan “Aku tidak mampu,” tetapi minda kita menjadi “Bagaimana untuk mampu?”. Justeru berhati-hati dan jangan mengikut emosi “Raja Sehari.” Terlalu ikut emosi inilah yang menyebabkan kita berhutang untuk berkahwin.
Betul, Nabi SAW sebut mengadakan kenduri perkahwinan adalah satu sunnah. Buatlah walaupun sekadar menjamu seekor kambing. Dalam masyarat Arab, jamuan seekor kambing adalah satu jamuan yang kecil.
Dalam masyarakat kita, seekor kambing dapat menampung kira-kira 40 hingga 60 orang tetamu.
Kenduri perkahwinan itu adalah sunnah. Namun membazir adalah amalan syaitan.
#3 – Mas Kahwin dan Hantaran
Salah satu rukun nikah adalah mas kahwin. Ia adalah hak sepenuhnya pengantin perempuan. Berbincanglah dengan baik sesama pasangan.
Manakala yang menjadi bebanan khususnya di pihak lelaki adalah mengenai duit hantaran dan dulang-dulangnya.INI MEMANG SOAL SENSETIF! dalam minda aku;
Kalau lelaki comfirm setuju
Barangkali sudah masanya kita memperkenalkan budaya baru.
Apa kata kita meminta hantaran dibuat dalam bentuk simpanan emas, saham atau saham amanah. yang paling penting dan tak boleh tinggal ialah perlindungan lengkap takaful. Tambah sikit hadiah-hadiah, buku mengenai pengurusan kewangan, bisnes dan pelaburan atau pakej ke seminar-seminar berkaitan kewangan.
Perkahwinan adalah perjalanan yang panjang sampai ke syurga. Bukan hanya untuk satu hari. Salah satu punca kebahagiaan perkahwinan adalah bagaimana suami-isteri menguruskan pendapatan isi rumah mereka. Perkongsian matlamat antara si bakal suami dan si bakal isteri amat-amat penting, ia bermula dengan komunikasi. 
#4 – Jangan Menggatal Kalau Tidak Berduit
Perkara kedua dan perkara ketiga adalah perkara yang berkaitan budaya masyarakat kita dan mengambil masa untuk berubah. Kita sepatutnya memudahkan proses perkahwinan dan bukan terikut-ikut dengan orang lain khususnya apabila melihat betapa ‘glamour‘ nya kelompok artis dan orang-orang korporat berkahwin.
Tajaan bernilai jutaan ringgit. Hotel 5,6 bintang. Hantaran berpuluh ribu ringgit.
Sekiranya mampu tiada masalah.
Namun jika kita tidak tergolong dalam golongan yang mampu untuk berkenduri kendara seperti itu, maka mulalah menyimpan seawal mungkin.
Duit PTPTN misalnya bukan digunakan untuk membeli telefon bimbit, tablet, laptop yang paling canggih tetapi simpanlah sebahagiannya. Disiplinkan diri untuk menyimpan.
guna prinsip ini "SIMPAN DULU, LEBIHAN ITU BARU BELANJA"
Jangan aniaya anak dara orang kalau sekadar mahu seronok berpacaran, tetapi dalam hati tidak ada niat untuk menikahinya secepat mungkin.
Ya, dalam kos perkahwinan hari ini mencecah RM20,000 hingga RM30,000 untuk perkahwinan yang biasa-biasa. Adakah membuat pembiayaan peribadi untuk perkahwinan dan ia hanya selesai selepas anak kita berumur 7 tahun menjadi pilihan utama?
#5 – Sewa Rumah Sahaja
Selain bersetuju untuk menaiki kereta buruk untuk tempoh 5 hingga 7 tahun pertama, pasangan kita juga patut bersedia untuk duduk di rumah sewa sahaja dalam tempoh tersebut.
Rumah sewa yang biasa-biasa sahaja, 3 bilik tidur dan dua bilik air. Apartment yang sekitar 1,000 kaki persegi sahaja luasnya.
Kos memiliki rumah pertama hari ini adalah amat tinggi. Khususnya di Lembah Klang. Rumah berharga RM100,000 memerlukan paling kurang RM20,000 tunai untuk membolehkan kita mula duduk (baca: deposit 10%, pasang gril dan kelengkapan asas rumah).
Rumah berharga RM200,000 memerlukan sekitar RM30,000 hingga RM40,000 ribu. Berbanding menyewa rumah, barangkali kita cuma perlu berbelanja sekitar 10 hingga 15% sahaja dari kos awal membeli sebuah rumah.

Biar Nampak Papa kedana Tetapi Poket Bergaya

Pengorbanan sebegini perlu dibuat dalam tempoh 5 hingga 7 tahun pertama sahaja.
Kerana fokus utama pasangan muda adalah lebih kepada menyimpan pendapatan dari gaji, dan menukarnya menjadi harta. Seperti panduan kekayaan Nabi Yusuf a.s., “Apa yang kamu tuai, simpanlah bersama tangkainya.” prinsip ini perlu diterapkan.
Jika kita tidak berhati-hati kita barangkali kita tersangkut dengan hutang lapuk sebesar RM50,000 hingga RM70,000 ketika usia yang muda. Apakah itu yang kita mahukan? tentu tidak kan..
Jadi, kepada yang nak melangkah ke alam perkahwinan itu, saya ucapkan tahniah, selamat maju jaya, dan rancang keewangan kita sebaik mungkin. Salam

Idea dari Pakdi.net

Sewa Rumah dulu atau Beli Rumah? Pesanan Untuk Newbie


Sewa dulu atau beli?

Pembelian rumah selalunya merupakan perbelanjaan yang paling besar dalam hidup kebanyakan kita selepas kos kahwin. Jadi kita perlu tahu cara yang betul untuk menghadapinya. Rancang betul-betul, ambik masa untuk buat perancangan yang terbaik, kerna ia melibatkan masa depan kita berpuluh-puluh tahun akan datang.

Berikut adalah panduan untuk golongan seperti dibawah;

a. Orang yang masih bujang.
b. Orang yang baru berkeluarga
c. Orang yang baru mempunyai satu / dua anak

Rumah untuk kita duduk adalah satu liabiliti. Ia liabiliti sebab, setiap bulan kita membayar sendiri ansuran / sewa rumah tersebut dengan gaji bulanan kita. Ada orang nak tolong bayarkan? Jika tidak ada, ia memang liabiliti. Maka perancangan yang baik perlu dibuat dengan teliti untuk memastikan kita tidak membayar lebih dari sepatutnya untuk liabiliti ini.

Salah satu pendekatan adalah menyewa rumah / apartment yang sederhana sahaja luasnya. Cukup dengan rumah / apartment yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air yang cukup untuk kita anak beranak berteduh. Plan untuk menetap disitu untuk beberapa tahun sehingga financial kita atau cashflow kita bertambah baik.

Barangkali ada yang berpendapat, 
kalau gabung pendapatan suami isteri barangkali dapat beli rumah yang lebih luas dan besar. Maklumlah, kalau pendapatan sendiri barangkali boleh beli rumah yang bernilai kira-kira RM 250,000 tetapi dengan bergabung pendapatan boleh beli sehingga RM 500,000! Bagi kebanyakan kita, hartanah adalah pembelian paling besar dalam hidup mereka. Justeru, alang-alang membeli biar puas hati.

Memang tiada masalah untuk terus beli rumah besar sekiranya kita mempunyai pendapatan lain selain gaji, tetapi sekiranya kita hanya ada gaji untuk hidup dari bulan ke bulan, maka inilah yang saya cadangkan. Banyak lagi yang perlu kita buat dengan pendapatan kita selain membayar liabiliti tersebut untuk 30 tahun, khususnya untuk digunakan sebagai modal pelaburan yang boleh memberikan kita hartanah yang lebih besar.

"Lagi tinggi downpayment kita, lagi rendah interest yang perlu kita bayar" guna konsep ini untuk merancang keewangan kita, beli rumah yang kita mampu bayar banyak untuk duit muka. Sebabnya harga rumah yang kita perlu bayar RM200,000 boleh bertukar menjadi RMRM300,000, hanya disebabkan interest yang dikenakan.

Rumah Yang Kita Duduk Adalah Beban. Sama seperti kereta yang kita miliki, "Kereta Itu Beban Atau Liabiliti". Jadi, rancanglah sebaik mungkin, bawa berbincang dengan ramai pihak, dan buatlah keputusan terbaik. Best of effort!


Tentang Kami : Glory Generation Financial Consultancy


Assalammualaikum, hi nama saya Mohd Kaizan. Saudara/i boleh panggil saya “Kaizan”. Secara ringkas tentang latar belakang pendidikan saya, saya mendapat pendidikan Diploma dalam pengurusan perniagaan, Degree dalam Pengurusan Pemasaran di UiTM dan juga mendapat didikan pengurusan kewangan dibawah agency “AlFunajah”, Takaful Ikhlas Sdn Bhd.

Sekarang ini saya dan berberapa sahabat saya Sukry dan Fauzan telah menubuhkan Glory Generation Financial Consultancy. Tugas seharian kami adalah untuk membantu orang ramai dalam pengurusan keewangan peribadi, dari segi pelaburan, takaful, harta pusaka dan lain-lain. Dalam masa yang sama, kami cuba untuk aplikasikan prinsip-prinsip yang kami berkongsi bersama dan kami juga sedang belajar untuk membuat business.

penapadi.blogspot.com merupakan blog peribadi saya, medan saya untuk membantu orang ramai dalam soal keewangan, perniagaan, motivasi dan lain-lain. Insyaallah dalam blog ini, saya akan istiqomah dalam memberi sedikit sebanyak tips-tips pengurusan duit dalam poket kita, sedikit sebanyak mengenai selok belok perniagaan, dan motivasi.

Bila bercakap mengenai duit ni ramai sangat yang terus berminat pasal buat duit & pelaburan duit, sehingga terlebih excited, sehinggakan hilanglah pertimbangan kita untuk menilai sesuatu itu secara bijak. Sedangkan kalau kita betul-betul faham prinsip keewangan, isu pokoknya adalah mengenai bab pengurusan duit yang kita perolehi, dan bukan berapa banyak duit yang masuk dalam poket kita.

Malangnya orang cuma nak tahu cara urus duit selepas dia ada masalah. Sepatutnya kita kena tahu cara mencegah dulu sebab bila dah ‘sakit’ baru nak mengubahnya, sangat sukar untuk megubahnya, tapi tak mustahil.

Saya menyediakan platform ini untuk memberi bantuan nasihat dan pandangan kepada anda, khususnya bab pengurusan keewangan. Saya alu-alukan untuk pembaca untuk bertanya dan insyaallah saya akan menjawab, insyaallah jawapan saya adalah dari rujukan pakar-pakar dalam bidang pengurusan keewangan. Akhir kata, moga ALLAH merahmati dan berkhati usaha saya dan tuan/puan. Salam.
Saudara/i boleh terus hubungi saya di talian 019 4501495

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia