-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

FOTOGRAPHER INI DIMARAHI ISTERINYA KERANA MENGUTAMAKAN BUKU BERBANDING SUSU ANAK



"ABANG MANA SUSU ANAK KITA?"

Pada suatu hari yang redup ditemani angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa (Jangan gelakkan pada imaginasi ayat ini), saya berpeluang untuk mengopi bersama seorang fotografi professional, namanya Fairuz. Orangnya lingkungkan 40-an. Gaya dan percakapannya sangat sederhana namun isi-isi ucapannya sangat memberi kesan pada jiwa. Usahawan jalanan seperti kami ini bila mengopi 10 minit sahaja sembang pasal urusan kerja, lagi 50 minit lagi sembang bab-bab kehidupan dan benda-benda yang santai.

Dia bukan calang-calang orang, setelah tamat SPM dia menyambung pengajiannya dalam bidang perakaunan di negara orang putih. Namun bidang itu bukanlah jiwanya. Dari kecil sehingga besar dia sudah menunjukkan minat yang mendalam dalam fotografi. Setelah tamat pengajiannya, dia mula dengar secara serius apa kata hati.

‘Fotografi’

Tuan Fairuz bercerita kepada saya tentang kisah jatuh bangunnya bergelar seorang usahawan.

Abang sudah 20 tahun dalam bidang creative advertising ini. Kepakaran abang dalam fotoshooting untuk corporate clients. Alhamdulillah sudah ada team dan studio sendiri. Nak capai ke tahap ini bukan mudah, dik. Lima tahun pertama ialah fasa ujian tahap gaban! Tetapi kenapa abang teruskan? Kerana minat abang yang mendalam.

Cara untuk kita bangunkan diri kita adalah dengan membaca. Abang ni memang suka baca buku. Buku astronomi, buku fotografi, buku alam, semuanya abang baca. Sekarang ni abang minat baca novel pula. Jangan salah sangka. Bukan novel jiwang karat Melayu tu yang abang baca, tetapi novel-novel tempatan dan antarabangsa yang menceritakan tentang persahabatan, keluarga, ketuhanan dan banyak lagi. Benda ini semua adalah untuk membentuk kreativiti dalam diri. Biasalah, abang ni berjiwa seni.

Dunia keusahawanan ini sangat-sangat mencabar. Duit tersangkut-sangkut itu normal. Buka dompet keluar kupu-kupu berterbangan. Kupu-kupu pun tak nak pada dompet abang. Ternyata dompet seperti sudah nak mati. Kalau boleh buat CPR tekan-tekan untuk selamatkan orang sakit itu bagus juga jika kita boleh buat untuk selamatkan duit dalam dompet abang ni. Tekan-tekan keluar duit. Best! Tapi itu fantasi. Kita berada dalam dunia realiti. Abang struggle dalam hidup ini, pun begitu makan minum abang dan keluarga abang cukup. Alhamdulillah. Takdalah sampai anak bini tak makan minum.

Suatu hari masa zaman susah dulu abang adalah duit sedikit dalam dompet. Abang dah rancang nak beli buku fotografi. Abang katalah pada isteri abang nak keluar. Isteri pula cakap, “Abang nak keluar nanti singgah kedai beli susu anak. Susu dah habis.” Dalam hati abang merunggut, “Alamak, time macam ni lah susu nak habis ”

Dalam kereta fikiran serabut fikir;

Nak beli susu ke nak beli buku?

Nak beli susu ke nak beli buku?

Lama abang berfikir…

Abang balik rumah, abang kata duit tak cukup beli susu. Isteri mula mengomel. Satu jam kemudian, isteri abang buka bonet belakang kereta, dia ternampak buku baru yang abang beli di Kinokuniya.

“Abang!” Jerit dia.

“Susu anak tak mahu beli, buku ni pula yang abang beli!” Lalu dicampak buku itu jatuh menyembah bumi.

Zaaaaapppppppppp….. Hati seperti dibaling dan dilunyai-lunyai. Silap abang juga sebab pilih buku daripada susu.

Abang sampai bergaduh dengan isteri abang sebab nak buat apa yang abang minat. Emak ayah abang pun tak restu ketika itu. Ya lah belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, balik-balik nak buat bisnes fotografi pula. Kerjaya yang kita pilih ini nampak sahaja mudah, orang ingat kerja kita tekan butang kamera dah siap. Snap sana snap sini siap! Tak semudah itu!

Di Malaysia nak mengharapkan buat kerja-kerja fotografi sahaja tak cukup. Dalam business creative line ini kita perlukan skil-skil advertising, designing, content writing dan banyak lagi. Dengan skil-skil yang pelbagai inilah baru kita mampu menambah nilai pelanggan sebaiknya.

Abang ambil masa lima tahun untuk abang bina diri dan bina bisnes. Lima tahun pertama ini ialah fasa untuk abang stabilkan bisnes abang pada hari ini. Setiap hari abang struggle untuk membuktikan apa yang yang abang buat ni boleh mendatangkan hasil.

Lama-kelamaan emak ayah abang termasuk isteri sudah mula faham dan boleh terima. Hari ini, Alhamdulillah. Sekali job tu nilainya boleh cecah 10 ke 30 ribu ringgit. Takdalah kaya mana, tapi cukuplah buat kami sekeluarga.

Banyak pengalaman best yang abang dapat seperti membuat rakaman video atas helikopter, masuk bilik pembedahan ketika doktor sedang buat pembedahan dan banyak lagi. Syukur. Tetapi yang paling best adalah dengan kerja abang ini, abang ada banyak masa berkualiti untuk anak-anak dan isteri. Tak ramai yang ada masa bersarapan dengan anak isteri. Tapi abang ada.

Apa pun yang kita pilih, pilihlah untuk buat dan jadi yang terbaik. Kita bertanggungjawab dengan apa yang kita pilih. Bukan bersaing dengan orang lain, tetapi bersaing dengan diri yang sentiasa susah nak bangun pagi. Hidup ini pasti kita akan struggle dengan ujian-ujian, till one day you will cherish it.


Kaizan Nazlan
Usahawan Jalanan

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia