-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Redho Ilahi Atas Cinta Yang Diberi

11:29pm - 29/12/2013...pena ini masih ingin terus menulis....tentang perasaan di hati....

Jika RINDUKAN SESEORANG...
PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : 


"Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah...Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu...Aku semakin mengerti... ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti... aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Kerana Cinta Ilahi

Hati Ini Untuk Ibu & Ayah


pandanglah ibu dan ayah kita dengan "mata hati"....saat kita dilahirkan, siapa yang melaugkan azan? saat kita ketakutan, siapa yang datang dan peluk kita...saat kita nak tidur, siapa yang akan jenguk kita dulu...saat kita lapar, siapa yang masak untuk kita..saat kita nak exam, siapa yang mendoakan kita...setiap saat..setiap detik, mereka sentiasa bersama kita, di hadapan kita, dan pada doa mereka...perasan tak...kerana mereka permata dalam hidup kita...Ibu dan Ayah..

Kembara Menuju Ilahi


saya teringat, satu malam tu, selesai habis usrah, saya terus menuju ke rumah naqib saya...banyak yang kami bincangkan malam itu...

"Kai, ana nak pesan kat nta...jangan pernah mengharap pada Manusia, hanya mengharap pada ALLAH" itulah kata2nya yang terkesan dalam diri saya... dia tahu, adik didiknya itu bakal menempuhi cabaran yang hebat..sebagai seorang dai'....

fuhh...flash back ooo...hmmmm...jalan dakwah yang saya pilih...mengembara menuju cinta ilahi.....

Nukilan Hati Untuk Yang Maha Esa


Aduhai Pemilik jiwa yang kerdil ini..Betapa kami mengharapkan taufiq dan hidayah Mu..Betapa ingin kami menjadi hamba Mu..Hidup dalam ketaatan..dan dijemput pulang dalam kerahmatan..Aduhai Pemilik jiwa yang alpa ini..Terimalah taubat kami..Agar redhaMu sentiasa menyinari hati dan hidup kami...Daripada Mu kami datang, dan kepada Mu kami kembali...

Pelaburan SCAM


5 tahun lalu, saya dan keluarga terkena scam pelaburan ala system piramid...
1 tahun lepas, kawan-kawan saya pula terkena scam pelaburan emas... 

time tu, memang confident dengan syarikat tu..comfident giler..mana taknya..syarikat mereka syarikat berdaftar, under SMM, ada title Sdn Bhd, dan ada juga Berhad....

mereka akan umpan anda dengan kereta mewah, dinner di tempat mewah, competition kereta..mereka akan tunjukkan cek dan account bank mereka untuk menunjukkan bukti..

sila berjaga jaga....fikirlah satu prinsip ini

"Tiada kekayaan dan kejayaan akan bergolek pada kita tanpa ada usaha"

saya Kaizan Nazlan - Business & Financial mengingati anda, andai anda terlupa

Porgram: Takaful Opportunity Program

Alhamdulillah, selesai satu program anjuran Takaful Ikhlas Al Funajah Agensi dan Glory Generation Financial & Business Consultancy.. Mogo dengan perkongsian ELMU ini, kami dapat mengajak lebih ramai orang2 kita, untuk terlibat dalam perniagaan.. khususnya Takaful & Financial Consultant.

Mogo Kita Kaya, Berjaya & Beriman...




Jemput singgah ke page Kaizan Nazlan ya, untuk mendapatkan tips - tips pernigaan dan kewangan

Program: ROAD TO FINANCIAL FREEDOM "Formula Bagaimana Membina Kekayaan"

ROAD TO FINANCIAL FREEDOM "Formula Bagaimana Membina Kekayaan"
Mini Seminar tentang pengurusan wang, yang berlangsung di Kolej Kejururawatan Sungai Petani, pada 30 October 2013. alhamdulillah, Moga dengan pengisian ringkas ini, kita akan menjadi lebih arif dalam pengurusan kewangan kita.. Kita menjadi BOSS pada wang kita, bukan menjadi HAMBA wang...







"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." 
(Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)

Jemput singgah ke page Kaizan Nazlan ya, untuk mendapatkan tips - tips pernigaan dan kewangan

Program: Perancangan Kewangan Pra Perkahwinan

Group Consultation - Perancangan Kewangan Pra Perkahwinan

alhamdulillah, pada 7th December 2013 yang lalu, kami berpeluang untuk mengadakan sesi group consultation di Takaful Ikhlas Sungai Petani. pelbagai input yang kami share dalam sesi ini...Moga sharing yang diadakan dapat membantu kita dalam mencapai GOAL kita... ameen



"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), 
lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)


Jemput singgah ke page Kaizan Nazlan ya, untuk mendapatkan tips - tips pernigaan dan kewangan

Biar Gambar Berbicara: Lakukan Kebaikan Walaupun Ianya Hanyalah Senyuman

Rasulullah S.A.W bersabda : “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim)

Kisah Ronaldho - Duit & Kekayaan

Ronaldo bukan nama sebenar merupakan graduasi UiTM, sangat berminat dan bersemangat untuk berniaga, main kerjayanya adalah membuat sales untuk barang-barang Avon..hoho..bergaya. Tiga tahun dah berniaga, pada awalnya bersemangat, income masyuk, kumudian bertukar menjadi hambar, sebab keuntungan yang diperolehi dari perniagaannya sangat-sangat dimotivasikan, income tak naik-naik, ditambah dengan tekanan kerja, ditikam oleh rakan pernigaan...adehh sakitnya belakang, di pandang rendah oleh mak cik mak cik tingap..."ehh Aldo, ang ni takda kerja lain ka? duk berniaga barang perempuan pasai pa?..mak cik tu orang kedah barang kali...anyway, perkara ini berlarutan, Sehinggkan dia terfikir untuk berhenti berbusiness...nak berfikir untuk start bekerja makan gaji..dia kan ada sijil diploma ngan degree, dan dia mula benci duit, impiannya untuk menjadi kaya sudah tidak ada dalam hati sanubarinya..perghh..kesian giler

"takpa lah aku redho dengan sedang-sedang aja..makan gaji dah cukup" katanya

hurmmm....kesian bukan, ini bukan kisah dongeng, yaa..nama Ronaldho itu mamang dongeng lah, tapi the point is, ramai anak-anak melayu hilang bersemangat untuk berniaga, kerana mereka mula berburuk sangka dengan duit, kekayaan dan business...hurmmm...hari ni saya nak share...mari, kita baca perkongsian dari Kak Anis, dari Anis Choc Moist Cake...



::BAIK SANGKALAH DENGAN DUIT DAN KEKAYAAN::

Sebagai manusia biasa, tentu ada perasaan nak kaya..nak banyak duit..kan?..Sebab itu memang sifat manusia, sebab dalam diri kita semua kita memang nakkan kemajuan dalam apa saja yang kita lakukan. 

Bukan saja bab duit atau materialistik, tapi bab kerohanian dan spiritual pun sama.Kalau buat ibadah, dah berjaya buat yang wajib nak buat yang sunat pulak..Perasaan nak tambah lagi amalan pasti ada..Barulah rasa puas dan berjaya.

Tipulah kalau ada yang kata kat mulut tak nak kaya...Dulu-dulu waktu saya pokai dan broke saya pun cakap macam tu...Sebab duit asyik tak lekat jer..Malu kat orang sebab buat macam-macam tapi tak kayo-kayo...Jadi, senang cakap kat orang tak nak kaya..sebab konon nanti takut hanyut..Barulah orang tak tanya dah..baru orang tak ajak dah join Amway ke..join Zhulian ke..join apa lagi, Lamb berger ke.. .

Semua tu saya takut nak join..sebab nanti kena paksa pikir macam orang kaya..padahal penakut nak mencabar diri sendiri...takut nak mencuba..takut gagal!!... Belum cuba dah takut gagal!...Apa daa pemikiran macam orang miskin derrr...

Tak salah pun nak kaya...Jangan salah faham.Apalah salahnya kaya kalau boleh membantu dan menambah nilai hidup lebih ramai orang lagi? ..

Tahu tak bahawa keinginan untuk membant orang lain maju juga adalah salah satu daripada fitrah manusia.Ramai yang rasa puas kalau dapat tolong orang..Nampak tak?..

Jangan risau atau rasa bersalah atau malu kalau anda ada perasaan nak kaya ni.Jangan bagi orang lain biarkan anda rasa ragu-ragu atau malu nak jadi kaya.Orang tu tak faham sebenarnya keinginan itu adalah bagus.Eh silap, tersangat bagus sebenarnya. 

Semua orang boleh capai tahap tertinggi dalam hidup dia kalau dia faham kuasa minda dia pemberian terbaik Allah kepada manusia.Buat apa nak hidup biasa-biasa sedangkan kita dah tahu kita boleh mintak pada Allah unlimited!..Dan Allah pun dah janji, Allah mengikut sangkaan hambaNya!

Bila baca ni tentu anda akan rasa anda deserve boleh dapat apa saja yang anda impikan kan?..Tapi ..susah jugak nak dapat sebenarnya. .kalau dalam diam-diam atau dalam tak sedar..anda kondem orang kaya atau kondem duit.Anda cakap pada anak-anak, duit ni lah punca segala kejahatan.

Itulah namanya tak allign.Hati nak kaya, tapi kutuk dan merungut pasal duit.Kalau macam tu.... duit pun tak suka nak berkawan dengan kita.Sebab tu lah duit asyik tak lekat je..dia tak suka nak lama-lama duduk dalam wallet tuuu..

Sebenarnya nak kaya tu tak salah..Yang salah ialah orang yang pegang duit tu sendiri!..Sebab..sepatutnya dia pandai pilih nak buat apa dengan duit tu..Semuanya di atas pilihan kita.Siapa suruh guna duit untuk beri rasuah atau untuk kita bolot sorang-sorang? Atau...untuk cari perempuan? ..Bukankah itu semua kita yang pikir sendiri?..

Kenapa tak tolong orang je?..Kenapa tak gunakan duit tu untuk bersedekah dan berzakat?..Kenapa tak bina mesjid? Macam mentor saya dia bina mesjid. .

Kenapa tak hantar satu kampung buat haji atau umrah? Macam Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari, saya dengar sampai dah kehabisan orang kampung..semua dah dihantar Tan Sri untuk buat haji/umrah.Kenapa kita tak tiru mereka semua ni ke arah keagamaan? 

Nani dan Kereta Idamannya - Perancangan Kewangan Bijak


Sebelum Membeli Kereta
(Oleh: Afyan Mat Rawi)

Sumber: http://afyan.com/sebelum-membeli-kereta , dan anda boleh membaca artikel ini "The So Called Expert" untuk mengetahui lebih tentang artikel ini.

Adaptasi daripada sebuah kisah benar. Moga-moga bukan kisah saudara-saudari…

Nani (bukan nama sebenar) baru sahaja mendapat gajinya yang pertama selepas bekerja sebagai pegawai kerajaan di sebuah kementerian, yang beribu pejabat di Putrajaya;

Dia melihat wang gaji di slipnya;

“Wah, RM 1779.00”

Jumlah tersebut setelah ditolak beberapa potongan wajib.

Dia mengira-ngira bajet untuk membeli kereta. Memandangkan dia masih bujang, kos perbelanjaan hidupnya hanyalah sekitar RM 500 – 600 sahaja sebulan. Jika ditolak dengan wang diberikan kepada ibu ayahnya di kampung serta potongan hutang pelajaran, menjadikan jumlahnya RM 700 – 800.

“Hmmm… Ada lebih kurang RM 1,000 lagi baki gaji aku”

Nani membuat keputusan bijak,

“Bajet aku untuk kereta RM 500 sudah cukup. Ada lagi RM 500 lagi untuk simpanan”.

Petang itu selepas pulang daripada kerja, dia meninjau-ninjau sebuah bilik pameran kereta nasional berdekatan dengan tempat kerjanya.

Dia disapa oleh seorang jurujual;

“Akak, sedang cari kereta?”

Nani mengangguk, terasa tua pula apabila disapa dengan panggilan “akak” oleh jurujual yang dikira sebaya dengan abang sulungnya itu.

Nani melangkah keluar dari kedai tersebut, tidak selesa dengan jurujual tadi lantas melangkah ke deretan kedai lain yang terletaknya sebuah lagi bilik pameran kereta import.

Di sini, sekali lagi dia disapa oleh seorang wanita,

“Cik ingin kereta yang bagaimana?”

Nani dengan senang hati memberitahu bajet untuk membeli keretanya RM500.00.

“Jika begitu, saya cadangkan kereta ini”

Jurujual wanita itu dengan ramah, menunjukkan sebuah kereta di dalam bilik pameran tersebut sambil menunjukkan satu jadual pembiayaan pembelian kereta tersebut.

“Cik, kebetulan kereta ini sedang dalam promosi. Dengan ansuran bulanan sebanyak RM 595, Cik sudah dapat membawa kereta ini”.

Lalu dipelawa Nani untuk mencuba-pandu kereta tersebut. Nani dengan senang hati mencuba kereta tersebut, tambahan pula kereta tersebut memang sesuai dengan bajet perkiraanya tadi, RM 500 sebulan.

“Ah, RM 500 dengan RM 595, tidak terlalu banyak bezanya. Lagipun aku masih ada baki lagi”.

Selepas berbincang, Nani bersetuju utuk membeli kereta tersebut, cuma masalahnya ialah dia perlu menyediakan deposit 10% daripada nilai kereta tadi. Lalu, jurujual yang ramah tadi memberi cadangan,

“Memandangkan Cik merupakan seorang kakitangan kerajaan, Cik boleh mendapat pembiayaan tanpa sebarang wang pendahuluan, cuma ansuran tadi meningkat sedikit kepada RM 662”.

Nani berfikir sejenak,

“Baki gaji aku ada RM 1000, tolak dengan RM 662, masih ada lagi RM 300 – RM 400”.

Selepas berkira-kira, Nani bersetuju. Seminggu selepas itu, dengan pembiayaan sebuah bank Islam, kereta tersebut menjadi milik Nani. Nani berbangga dengan kereta yang dimilikinya.

“Barulah berbaloi kau belajar tinggi-tinggi selama ini”.

Beberapa bulan selepas itu, Nani baru perasan, bejetnya untuk membeli kereta tidak dikira dengan kos-kos tidak lansung seperti petrol, tol, parkir, dan penyelanggaraan. Itu tidak masuk lagi apabila dia disaman apabila tersilap parking ketika membeli belah di Kuala Lumpur minggu lalu. Juga belum termasuk, bonet belakangnya yang belum dibaiki akibat tercalar kerana bergeser dengan pagar rumahnya.

Bulan hadapan, dia sudah berjanji untuk pulang ke kampung bersama-sama kereta barunya. Sudah dimaklumkan kepada seluruh ahli keluarganya di kampung dia akan pulang dengan kereta baru. Ibu, ayah serta adik-adiknya sudah tidak sabar lagi untuk menaiki kereta barunya itu.

Dia berkira-kira, bajet makan minumnya bulan ini terpaksa dicatu demi untuk memastikan dia mempunyai bajet yang mencukupi untuk pulang ke kampung halamannya di Pantai Timur tanah air.

“Petrol RM 100, tol RM 40, jumlah RM 140. Ini baru satu hala, kalau pergi balik RM 140 X 2, jumlahnya RM 280! Aduuuuh…… Ini belum masuk belanja perjalanan membawa keluarga berjalan-jalan nanti. Kalau kerajaan naikkan lagi harga petrol, lagi bala! Aduuuuh….”.

Nani nekad, dari sekarang hingga ke bulan hadapan dia perlu mengikat perut, memasak sendiri demi memastikan dia dapat pulang dan bergembira di kampung. Sebelum-sebelum ini, ketika belajar di universiti, dua bulan sekali dia akan pulang ke kampung dan menggembirakan ahli keluarganya membawa mereka berjalan-jalan dengan kereta ayahnya. Kos pulang ke kampung hanyalah RM 80 pergi balik menggunakan bas ekspres.

Setiap kali pulang ke kampung, walaupun dia masih belum ada gaji ketika belajar dahulu, dia akan bergembira.

Tetapi kali ini, walaupun sudah bekerja dan mempunyai gaji, dia tidak segembira dahulu untuk pulang ke kampung.

Blog ini dibawa oleh Kaizan Nazlan Business Financial   , jemput singgah ke page saya

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia