-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Book4Ukhuwah Project


its friday!..selawat banyak-banyak deh...Alhamdulillah, Tuan Mujimudin membantu saya dalam mengemas surau lama yang nak dijadikan mini library dan pusat tuition.. setelah lama tergendala, akhir, semangat datang balik hari jumaat ini. (^_^) "Book For Ukhuwah Project". 



Siapa nak menyumbang buku, sangat2 dialu alukan..

Tuan Danial merupakan volunteer pertama dalam nak mengemas surau lama ni.. kalau tidak, jenuh saya nak kemas sorang2.. Danial bagi saya air lagi, dan suruh saya berehat sekejap..haha...pandai dia..terima kasih Danial.. 


Terima kasih kepada penyumbang2 buku. Jasa mu akan dikenang..haha...




puas!..haha..geram tengok keadaan surau lama yang bersepah..tapi sekarang dah okay sikit dah..tapi banyak benda lagi kena buat...fuhh... step by step lah nah... Book For Ukhuwah Project - aim saya untuk buat tuition center dan mini library, untuk budak-budak lembah bujang..


#book4ukhuwah Project


Salam Ukhuwah



Mengaji Di Rumah Ustaz Hashim



Di sinilah tempat saya belajar mengenai ilmu tauhid, sifat 20..alhamdulillah..syukran ustaz Hashim sebab sudi mengajar..

Dulu2 saya memang xda ilmu, sehinggakan ada kawan saya yang non muslim tegur saya, dia kata "walaupun saya ni bukan Islam, tapi saya lebih tahu Islam dari kamu"..astaghfirullah..malu, rasa hina sangat..

Tapi, itulah antara turning point saya..sedikit demi sedikit, saya mula mengaji, belajar2..utk dkt dengan ilahi..utk faham erti saya sebagai seorang muslim..alhamdulillah, keadaan sekarang dah berbeza...

p/s: kenapa saya share benda macam ini? sebab, kalau nak jadi usahawan yang kaya dan berjaya.. hubungan dengan ALLAH kena tip top..faham deh?

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Buat Tak Tahu Ja



"In my opinion, the reason most people stop and turn back from their dreams is because the tiny person with the loud voice found inside each of us wields more power than our bigger person" Quote from Robert Kiyosaki

Perasan tak, ada ja suara kecil dalam diri kita yang berbisik bila kita nak buat perkara baik, tak kiralah dalam dakwah atau perniagaan, contohnya 
"ehh, tak payah buat lah", 
"takut lah..nanti orang pandang slack", 
"humm..Malu lah", 
"nanti apa orang kata ek?"

kan? kannn?

hurmm, pesan saya..ignore dia..saya tahu agak sukar..tapi ignore ja...ignore

Salam Ukhuwah

Yang Penting ialah Return On Investment

Nota Kewangan:

Dalam pelaburan, perkara yang penting yang perlu kita ambil kira ialah Return On Investment (ROI).

ROI: (Hasil Pelaburan - Kos Pelaburan) / Kos Pelaburan

nak tahu pelaburan itu menguntungkan atau tidak, kena calculate ROI...

Sebabnyakan, ramai yang salah tafsir keuntngan pelaburan dengan melihat value of money yang diorang peroleh dari pelaburan itu. ini salah!. Jumlah wang yang dia peroleh tidak menentukan..


sebagai contoh 

Pelaburan A
invest RM1, jumlah diperolehi RM5

Pelaburan B
invest RM5, jumlah peroleh RM10

mana lagi untung? kalau tengok dari value of money tentulah pelaburan B kan? tapi, bila kita tengok dari sudut ROI,pelaburan A lagi menguntungkan, sebab ROI;

Pelaburan A
invest RM1, jumlah diperolehi RM5 - ROI: (5 - 1)/1 x 100%: 400%

Pelaburan B

invest RM5, jumlah peroleh RM10 - ROI: (10 - 5)/5 X 100%: 100%

nampak tak? macam mana nak kira keuntungan sesuatu pelaburan?
baik, kalau ada salah silap mohon diperbetulkan, selamat maju jaya ya...

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan - Business & Financial


Dunia Kristianisasi, Perniagaan dan Dakwah

Saya termenung pada skrin computer riba, buntu memikirkan idea untuk membuat sistem tuition center yang nak didirikan dengan berkonsepkan usrah, dan bermotifkan social business. Malangnya idea tak datang pula, tersekat dengan permasalahan projek tersebut. Mata hanya tumpu pada skrin yang memparkan slide power point berkenaan projek tuition center tersebut. Kebutuan malam itu membuatkan saya termenung dan menimbulkan persoalan-persoalan yang bermacam. Antara persoalan killer yang nak matikan hujah saya ialah;

"kenapa engkau nak buat semua ni Khai, apa yang engkau dapat? buat penat engkau ja, lagi banyak masalah adalah..tak perlu teruskan projek ni lah, buang masa" fuh, seakan syaitan membisik di telinga saya, halus saja. Astaghfirullah. Sesunggunya aku berlindung dari syaitan yang direjam..

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30pm, mata saya mula rasa berat, tapi saya masih berat untuk tidur, banyak yang perlu diselesaikan. Angin menghembus masuk dalam bilik menerusi tingkap yang sengaja saya buka, untuk merasa dingin malam. Saya termenung diluar............sebenarnya ada sesuatu yang bermain difikiran saya.........

"Apa benar mbak, katanya..di singapura..sudah ada orang melayu yang masuk kristen.." Saya cuba memancing pandangannya berdasarkan pengalamannya sebagai seorang kristian...

"Benar. Tapi bukan di Singapura saja...di Malaysia juga sudah rame kok mas...Maaf, waktu ke johor dan melaka itu saya ketemu orang-orang melayu yang sudah kristen. Orangnya cakep dan pinter-pinter kok mas. Bahasa inggarisnya aduhh..hebat! Tapi sayang di Malaysia pemerintahnya agak keras. Tiada kebebasan kepercayaan. 

Jadinya saudara-saudara kita yang baru masuk kristen nggak berani terang-terangan. Takut kehilangan famili..karir dan kebebasan. Tentunya kalau di Malaysia kita nggak boleh bicara soal agama begini ya..seperti kita sekarang ini"

Saya terkejut besar dengan apa yang dikatakan oleh mbak itu. Dalaman saya amat resah.

"Benarkah apa yang mbak bilang ini? Tapi soal dasar pemerintahan kan kita tidak sama di antara sebuah negara dengan negara lain. Kondisi kehidupan sosial, politik dan ekonomi rakyatnya juga berbeda. Jadi Malaysia perlukan peraturan yang sesuai dengan kondisi Malaysia." Saya cuba memperbetulkan persepsinya yang meleset"

Kenapakah mbak ini kalau bicara tentang program dan perkembangan kristen di indonesia begitu detail? Seolah-olah dia tahu bahkan berpartisipasi dalam semua program mereka. Seolah-olah pergerakan Kristen begitu aktif, agresif, terbuka dan terang-terangan? apa yang saya tahu selama ini pergerakan kristian itu agak terlindung dan kurang publisiti. Banyak bergerak secara senyap-senyap. Tapi, itukan di Malaysia. Di negara indonesia, mereka bebas bersuara dan bebas beragama. Dasar mereka terbuka.

Tapi, keterbukaan bukan beerti terbukanya kefahaman antara agama di Indonesia. Keterbukaan bukan bermakna meningkatnya semangat toleransi. Keterbukaan bahkan semacam mengundang provokasi. Mereka sudah semakin berani! yang akhirnya boleh meninbulkan persengkataan social dan kemudiannya menjerumus kepada pembakaran, demonstrasi, pergaduhan dan permusuhan.

"Mas tahu enggak, di Indonesia sekarang ada 40 juta anak-anak terlantar di jalanan. Tidak cukup makan dan tidak mendapat pendidikan. Baru berusia tiga tahun sudah diajar meminta-minta di jalanan..di tengah panas dan hujan. Tidak kira itu anak orang Islam atau kristian, bahkan anak orang hindu, mereka itu mesti dibantu. Itu tanggungjawab kita semua. termasuk mas sekali juga" Kata-katanya itu begitu lancar sekali

"Jadi kalau anak-anak itu diambil dan dimasukkan ke Panti Asuahan Kristen maka mereka akan dijadikan kristen?" saya bertanya terus terang dengan nada cemas.

"Ohh...bukan begitu, Mas. Itu salah faham. Dalam kristen nggak pernah berlaku pemaksaan. Kami hanya memberikan mereka pelajaran dan keperluan hidup. Tentunya lebih baik dari apa yang mereka pernah dapat dari ibu bapa mereka sendiri. Soal mahu jadi kristen apa nggak itu biarkan mereka menilai dan memikirkan sendiri bila sudah dewasa. Kalau mereka memilih kristen sudah tentulah kami senang sekali."

Dia  menyambung lagi macam satu khutbah...

"Kami juga tidak pernah menangkap anak-anak ini dijalanan lalu dibawa pergi secara paksa. Bahkan kami akan cari ibu bapanya. Kami temui dan beri konsultansi. Setelah mendapat izin, barulah kami menghantar anak mereka ke panti kami kerana ibu bapa sudah tidak sanggup menanggung biaya makan minum dan sekolah anak-anak mereka."

"Mbak punya anak?" Saya sengaja mahu mengendurkan nadanya kerana ada beberapa orang mula menoleh pandangan ke arah kami.

"Saya belum punya anak. Tetapi saya pernah bernikah. Kami berpisah apabila saya menerima iman ALLAH bapa dan Ruhul Kudus(masuk kristian)."

"Bererti mbak dulu Islam?" saya tercengang.

"ya, benar..Mas kan tahu..Pekalongan itukan daerah Islam. Bumi para santri. Ada puluhan pesantren di sana. Saya juga pernah jadi anak santri dulu. Sehingga saya pernah jadi ustazah mengajar di pesantren dekat dengan rumah saya."

"Ustazah?" Saya terkedu buat kedua kalinya.

"saya mengajar anak-anak di pesantren setiap hari, tetapi kebutuhan hidup sendiri tidak pernah terpenuhi. Gaji kecil dan dapatnya tidak tentu. Anak-anak yang dihantar ke pesantren nggak dibawakan pesangon oleh orang tuanya. Mereka nggak mahu membayar yuran. Pengurus pesantren yang pusing mencari dana untuk memberi makan anak-anak ini. Hidup saya sendiri sering kesempitan. Terus terang saya nggak pernah rasa senang. Selalu putus wang."

"Akhirnya saya nikah sama ustaz pesantren yang sama. Gaji dari dua orang tidak pernah cukup untuk menanggung kami berdua. Bagaimana apabila sudah punyai anak nanti? Kami sering bertengkar. Suami saya suruh saya bersabar. Dia bilang ini jihad. Saya bilang ini kebodohan dan kekeliruan. Kita mesti berubah. Kita mesti keluar dari kemiskinan. Keluar dari kejumudan dan kejahilan."

Gaya cakapnya seperti seorang motivator, barangkali dia selalu mengulang skrip yang yang di program-program mereka. Saya rasa, eloklah dibiarkan dia bercakap semahunya. Dia berbicara lagi....

"Sekarang pemikiran rakyat semakin terbuka. Selepas reformasi, rakyat semakin rasional. Kebebasan memilih kepercayaan amat didokong pemerintah Indonesia. Inilah demokrasi tulen. Jangan heran kalau sekarang ini bukan hanya ustaz dan ustazah masuk kristen, bahkan ada banyak mantan imam yang sekarang sudah jadi krinsten....

...terbukti kehidupan mereka amat baik dan sempurna sekarang, jauh bedanya kalau dibandingkan sewaktu mereka masih Islam dulu.....

....40 juta anak-anak jalanan yang terlantar itu 99% adalah anak-anak orang Islam! Kristen cuma datang sebagai penyelamat. Kami cuma mahu menjadi umat yang prihatin dan dekat dengan rakyat" Ujar wanita kristen itu

saya mula mencelah...
"Maaf, jika saya katakan jika tidak dengan kekuatan dana jemaat Kristen Sedunia(gabungan seluruh gereja-gereja Kristen Dunia), lalu dana tersebut disalurkan masuk ke tabung Gerakan Kristen Indonesia (GKI) tentulah perkembangan Kristen Indonesia tidak sehebat sekarang." kini, giliran saya pula untuk bicara panjang.

Betul, strategi kristianisasi yang bersandar kepada kebutuhan material ini cukup efektif di bumi indonesia ini. Ada jutaan orang yang sedang terlantar, hidup miskin melarat. Bukan perut mereka saja kosang, malah jiwa mereka juga kosong dalam aspek ketuhanan. Mereka hanyut terumbang ambing, hidup tanpa fundamental atau asas Islam yang kukuh. Bagi mereka, pengisian perut lebih utama dari pengisia agama. Hanya boleh bicara soal agama bila perut sudah penuh. No food, no Talk. Jadi, mereka masuk kristen bukan kerana Ikhlas , tapi kerana beras.

"Na' uzubillahi min zalik." watak wanita kristian itu mula menghilang. saya tersedar..rupanya diri dibuai mimpi.

astaghfirullah....astaghfirullah...astaghfirullah....adakah ianya satu mimpi? tidak, aku yakin tidak, umat Islam sememangnya sedang tenat. Moga saudara-saudara Islam ku di Indonesia dan di seluruh dunia dipelihara Iman dan Islam mereka.

Sebenarnya ia bukanlah mimpi, tapi ia adalah realiti yang berlaku di Indonesia dan singapura. Di Indonesia, orang kristen bergerak dengan aggresif bagi menyebarkan ajaran merekan, dengan jalan business dan dakyah mereka. Business seperti MLM yang dikuasai oleh mereka mendapat sambutan dan memberi kejayaan pada ahli-ahli mereka, sehinggakan mucul pula golongan pakar-pakar motivasi dalam bidang socialogi dan business. Dengan kuatnya pengaruh mereka dalam pernigaan, mereka mampu untuk membiayai kos-kos pembelanjaan untuk pendidikan dan perubatan. Boleh saya katakan mereka menggunakan perniagaan, pendidikan, dan kebajikan untuk mendekatkan kristen dengan masyarakat setempat.

Perniagaan, Pendidikan dan kebajikan menjadi senjata utama kekuatan gerakan kristian.

Jam sudah menunjukkan jam 3 pagi. Facebook saya masih terbuka, saya terlihat gambar saya ketika memberi tazkirah dalam program motivasi di sebuah sekolah di Kedah;


Saya termenung panjang, hati berbisik...

"Sudahkah saya buat yang terbaik untuk perjuangan Islam ini? Sudahkah saya memanfaatkan peluang yang ada untuk Islam"

ternyata sekali tidak, bahkan terlalu sikit sangat usaha saya. Saya termenung pada budak-budak itu, merekalah generasi Islam akan datang, persoalannya adakah mereka akan menjadi pendokong perjuangan Islam atau sebaliknya. hurmmm..saya tidak tahu, saya hanya mampu berdoa agar mereka menjadi generasi kemenangan Islam. 

Yang pasti, saya sudah decide, perniagaan dan penulisan akan menjadi wadah utama saya dalam usaha memperjuangankan Islam di muka bumi ini. Ehh, bagi saya Perniagaan dan Penulisan itu adalah Dakwah, apabila kena pada caranya. Perancangan saya untuk membuat tuition center berkonsepkan usrah yang bermotifkan sosial business mesti diteruskan. bagi mengembangkan Ilmu dalam membentuk sakhsiah dan akademik yang mantap dalam kalangan pelajar.

Solat Tahajud, taubat, dan hajat menjadi antara senjata utama dalam menguatkan jiwa saya dalam perjuangan ini.  Hati berbisik "sabar....Saya tak boleh berhenti di sini, perjuangan saya belum selesai......"

Terciptanya Sebuah Impian

Selesai solat subuh, saya wirid sebentar sebelum berdoa, mudah-mudahan hari yang saya bakal tempuh hari ini akan dipermudahkan dan dikuatkan diri ini untuk kekal dalam jihad ekonomi. Sambil berwirid saya memandang rak buku disekitar rumah saya, dan ada satu buku yang menangkap perhatian saya. 

"macam pernah nampak ja buku ni" bisik hati saya. Di buku itu tertulis besar OKB "Orang Kaya Bertaqwa", ya ALLAH, saya tersenyum.


Sebenarnya buku "Orang Kaya Bertaqwa" karangan Chef Li merupakan buku keusahawanan kegemaran saya ketika umur saya 16 tahun lagi. Mana tidaknya, buku inilah yang telah memberi inspirasi pada diri saya untuk menceburi bidang keusahawanan. Saya mengambil tajuk buku ini "Orang Kaya Bertaqwa" sebagai impian saya di dunia ini. Bagi saya, impian ini cukup mantap, untuk saya jadikan bekalan dunia dan akhirat.

alhamdulillah, impian saya yang saya tentukan 8 tahun dulu, masih saya pegang. Saya akui ianya sukar, tapi saya pasti ianya tidak mustahil untuk menjadi seorang ahli usahawan yang kaya dan berjaya dan dalam masa yang sama bertaqwa.

Sering kali saya bertanyakan kepada rakan-rakan saya, yang baru saya kenali, mahupun yang sudah bertahun saya kenal. Pasti saya akan tanyakan soalan yang simple ini;

"Apa impian kau?"

dan 80% dari rakan-rakan saya tidak mampu menjawab, antara jawapan-jawapan mereka ialah;

"impian saya adalah untuk ada impian!" waduh, pening kalau macam ini
"entahlah, saya pun tak tahu impian dan cita-cita saya, go with the flow ja" 
"Impian saya, cukuplah ada kerja, cukup makan dan ada keluarga" hurmm itu ja ka?
"Impian saya, adalah untuk membantu Siti mencapai impiannya" aduh, jiwang sangat kamu nih
"Happy go lucky jer bro" aiyaa...

Tidak ada niat untuk memperlekehkan impian rakan-rakan saya ini, patut kah? entahlah. Sebabnya saya percaya, kita hidup didunia ini untuk menjadi orang yang luar biasa, orang yang mampu memberi manfaat pada orang lain. Hidup kita hanya sekali kan?, kenapa tidak kita gunakan masa hidup kita yang singkat ini untuk create impian kita, lagi best kalau impian kita itu boleh bantu orang. Saya yakin ramai yang ada impian yang hebat, cumanya malu nak dikeluarkan, takut diketawakan orang, betul ke betul? biasalah tu kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, dato-dot, datin-datin.

Setiap insan anda impian mereka sendiri, tak kiralah besar atau kecil, cumanya buatlah sebaik mungkin anda untuk capai impian tersebut. Create satu impian yang besar, ia adalah sebagai GOAL perjuangan kita di dunia ini, insyaallah. Kepada yang belum ada impian, saya doakan anda ada IMPIAN, dan kepada yang dah ada, saya doakan anda istiqomah dan berjaya mencapai IMPIAN tersebut.

Nama saya Mohd Kaizan Bin Nazlan, impian saya adalah untuk menjadi Orang Kaya Bertaqwa (OKB). insyaallah.

Sebaik saja saya menyelesaikan wirid dan doa, saya terus capai buku tersebut, dan mula membelek kembali penulisan chef li untuk mendapatkan kembali semangat sebagai motivasi diri. "Masyaallah, masih segar penulisan ini........"

Berpagian dgn TV9



Moga kita sihat, baik dan hebat sentiasa. Walaupun mata terkemit kemit, badan macam layu lemah saja, eh mana taknya..cuaca panas sejuk sejak kebelakangan ni memang tarbiyah diri lah. Bukan saja-saja nak lemah. 

Baik, apa yang saya nak share hari ini, elok juga kita menghadap tv pagi-pagi ni, daripada tengok muka buku dia, kau dan aku saja, tengok rancangan tanyalah ustaz tv9 okay apa..banyak ilmu yang bermanfaat yang boleh kita dapat..rilek, santai, boleh makan biskut cicah dengan air teh susu lagi, hurmm..ohhm...dah boleh dapat ilmu. senang kan? Kalau tengok beramai ramai dengan keluarga lagi best, semua cicah roti dengan teh sambil-sambil dengar ceramah di tv. khusyuk saja. dapat bayangkan tak? 



Kalau korang semua ingat, 1400 tahun yang lalu, kan kebangkitan Islam itu bermula dengan ilmu, dimana ayat quran pertama yang turun kepada Rasulullah s.a.w menyebut berkenaan "Iqra" dengan nama ALLAH..ya ALLAH hebatnya ilmu ini..ilmu ini cahaya beb.. cari dan ambillah cahaya itu, kerana ia adalah penyuluh kepada kehidupan kita di hari ini dan di masa hadapan.



moga kita menjadi generasi revolusi ilmuan Islam .

Salam ukhuwah
Kaizan Nazlan

Sebuah Takdir Putus Pernikahan

Inilah Sebuah Takdir..

Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh. 

Dipendekkan cerita mereka pun disatukan.

Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara.

Isteri: "Boleh saya terus terang?"

Suami: "Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu-malu."

Isteri: "Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya."

Suami terdiam. Nampak seakan terkejut.

Suami: "Saya..saya lepaskan awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak. Saya akan pindah."

"Takpe. Hantar saja saya ke rumah mama saya. Saya reda. Saya... tak layak.. berada di sini..."

Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya. 

Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya, penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina!




**

Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian...

Pemuda berada di wad. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.

Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk 'Zalim',

"Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!"

Tertusuk seketika kalbu pemuda. Tuan guru menyambung lagi,

"Misalnya, sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi. 

Keras seperti batu konkrit macam mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami satu."

"Jangan zalim. Selagi seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman. Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat. 

Bila Allah sudah pasangkan 'lampu' hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya.

Disebut dalam hadis Qudsi, 

'Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku.' (HR al-Thabrani)

Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?"

Tup !

Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya.

Doktor yang merawat masuk ke biliknya. 

Doktor: "Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan."

Pemuda: "Apa ya?"

Doktor: "Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia."

Pemuda: "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un."

Doktor: "Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu."

Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju.

Perlahan-lahan dibacanya,

"Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita. 

Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri.

Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat. 

Maaf bila saya tak sempurna."

Pemuda kehilangan kata-kata. 
Tumpah seribu air mata



Cerita Asal : Muhammad Rusydi

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia