-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Di Jalan Dakwah Aku Menikah


“Ustaz, ana bersedia untuk bernikah”
“Baguslah kalau macam itu, Ustaz akan tolong nta”
"Nta kena ingat Mat, Pernikahan nta ini, bukan mengenai kisah "cinta nta dengan muslimat" itu, tapi ia lebih dari itu.."
"Apa maksud Ustaz?"
"Maksud ana, pernikahan ini perlu seiring dengan jalan yang kita pilih ini... JALAN DAKWAH"
Itulah antara bual bicara Mat dengan Murobbinya Ustaz Ali….

Perbincangan ini bukanlah soal yang remeh, bukanlah soal yang kecil, ia adalah pembicaraan yang sangat serious. Ya, Serious.

Apabila ada di kalangan muslimin mahupun muslimat seawal tahun pertama dalam kehidupan kampus mula berbicara mengenai hal-hal baitul muslim ataupun soal-soal perkahwinan, itu adalah perkara yang biasa selari dengan fitrah yang telah diciptakan Allah SWT. Manusia, baik lelaki atau perempuan memiliki rasa suka atau tertarik pada lawan jenis. Sesuai dengan sabda Nabi SAW.

Tidak ada yang dapat dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan” (HR. Hakim)

Islam menjadikan pernikahan sebagai langkah terhormat untuk meraikan perasaan kasih sayang di antara dua jenis dan mengangkatnya sebagai ibadah yang cukup mulia.

Anas bin Malik meriwayatkan daripada Nabi SAW., “Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti dia telah menyempurnakan separuh (1/2agamanya, maka hendaklah dia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah” (HR. Baihaqi)
Bahkan Islam mencela mereka yang,
1.     Ingin beribadah seolah rahib
2.    Melambatkan pernikahan apabila sudah mampu
3.    Bermaksiat kepada Allah SWT.

Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa telah mempunyai kemampuan untuk menikah kemudian dia tidak menikah maka dia bukan termasuk umatku” (HR. Thabrani dan Baihaqi)

Sungguh, ini merupakan arahan Nabi SAW. kepada para pemuda dan para salaf merasakan sungguh terhina hidup membujang. Pernikahan adalah sunnah para Nabi sejak zaman datuk kita Nabi Adam ‘alaihissalam. Ingatlah pesan Imam Malik, “Seandainya saya akan mati beberapa saat lagi, sedangkan isteri saya sudah meninggal dunia, maka saya segera menikah lagi.”

Ramai di kalangan pemuda yang berdalih untuk tidak menikah dengan alasan yang biasa di dengar, “belum mampu”. Lalu mereka meletakkan beberapa lagi kriteria untuk mendokong alasan “belum mampu” seperti belum kerja tetap, belum memiliki rumah, ekonomi belum stabil dan pelbagai lagi bentuk kekhawatiran. Kesimpulannya, mereka mengira pernikahan ibarat seorang accountant yang mengira untung-rugi, kenaikan kos dan pembentangan budget tahunan.
Bukankah Islam telah membebaskan anda daripada belenggu materialisme ?

Bukankah Islam mengajarkan bahwa ukuran terhadap sesuatu dasarnya bukan pada material ?
Ya memang kita perlu kepada material, tetapi material bukanlah penyebab kepada kebahagiaan atau kesengsaraan ! Jika material yang menjadi jaminan kepada berlangsungnya sebuah perkahwinan, nescaya sesudah anda menikah anda akan terus berkira-kira akan segala ketidak-cukupan yang bakal mendatang.

Allah SWT. memberikan khabar gembira kepada para pemuda dan pemudi yang menyahut seruan untuk berumah-tangga dan bersama-sama menempuh bahtera bahagia. Perhatikanlah firman Allah SWT. berikut yang akan membuang perasaan kekhawatiran anda jauh-jauh,
وَأَنْكِحُوا الأيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui. (QS. An-Nur: 32)

Allah SWT. memberikan jaminan kepada orang-orang bujang yang memilih jalan yang syar’ie dengan kemampuan yang perlu bahwa mereka terbebas daripada kemiskinan.

Jika anda khawatir merasakan rezki tidak cukup untuk makan berdua, Nabi SAW. memberikan gambaran yang praktis,
Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tida orang dapat mencukupi empat orang.” (HR. Bukhari & Muslim)

Berkata Saidina Umar al-Khattab ra., “Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan padahal Allah telah menjaminnya.”

Landasan pernikahan, biarlah kerana dakwah
Apakah hal yang membezakan anda da’ie ilallah dengan selainnya ?
Bukankah anda yang pertama meyakini maratibul ‘amal yang dipelajari seawal mendengar usrah dan seterusnya anda kehulur-kehilir menyebarkan risalah yang mulia ini agar tiada hujah yang dapat mengatakan anda menyimpannya ?

Justru, usah menjadi orang yang terkemudiannya membelakangi risalah yang bermuat kebenaran ini sesudah kita mengajak manusia merealisasikan ajaran-ajaran Rasulullah SAW.
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (QS. Al-Baqarah: 140)

Pada pernikahan itu terdapat pelbagai kepentingan terhadap Islam & Dakwah. Sedarlah bahwa hal ini merupakan persoalan penting yang perlu anda tanyakan kepada diri anda untuk merungkai pelbagai kemaslahatan dakwah & tarbiyah yang akan hadir selanjutnya. Jagan dibiarkan syaithan menguasai diri anda disebalik pelbagai janji-janji keindahan dan kenikmatan dan angan-angan dengan tawaran pemuasan syahwat yang takkan kunjung sudah.
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya ?” (QS. Al-Jatsiyah: 23)
Menikahlah di jalan dakwah kerana padanya terbentang kemuliaan dan keberuntungan di dunia & akhirat.
KatakanlahInilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata.” (QS. Yusuf: 108)

Di atas jalan ini Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah yang masih musyrik dengan tawaranan jaminan keimanannya. Sungguh Ummu Sulaim tidak melakukan hal ini melainkan kerana memprirotikan maslahah dakwah. Jalan ini jugalah yang mempertemukan Saidina Ali ra. dan Fatimah Az-Zahrah dan dari mereka lahir cucu-cucu pemberani membela Islam. Jalan inilah yang menghantarkan ramai para sahabat untuk membina baitul muslim yang berorientasikan kepada Ibadah kepada Allah SWT dan menegakkan kedaulatan Islam di muka bumi.
Menikahlah di jalan dakwah.

Pasangan yang sesuai
Memang tidak dinafikan, drama, movie dan iklan-lah yang banyak membentuk pola berfikir kita meskipun sudah sekian lama berada di jalan dakwah, hati kita masih terusik dengan angan-angan dan panggilan syahwat. Apatah lagi apabila rancangan TV kita berbaur dengan sinetron Indonesia, hinggakan ada yang berfikir mahu mengahwini muslimat Indonesia, seperti Oki Setiadewi. Bukan kerana majunya dakwah PKS, tetapi kerana rupa.
Perempuan itu dinikahi kerana empat (4) hal, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya atau kerana agamanya. Pilihlah berdasarkan agamanya agar selamat dirimu.” (HR. Bukhari & Muslim)

Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. (HR. Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah. Ahmad dan lainnya)

Ustaz Cahyadi Takariawan mengajarkan kita hal ini dalam pemilihan pasangan:
Pernikahan akan bernilai dakwah apabila dilaksanakan sesuai sesuai dengan tuntutan Islam di satu sisi, dan menimbang kemaslahatan dakwah dalam setiap langkahnya, pada sisi yang lainDalam memilih jodoh, difikirkan kriteria pasangan hidup yang bernilai optimal bagi dakwah. Dalam menentukan siapa calon jodoh tersebut, dipertimbangkan pula kemaslahatan secara lebih luas. Selain kriteria umum sebagaimana tuntutan fikih Islam, pertimbangan lainnya adalah:
Apakah pemilihan jodoh ini memiliki implikasi kemaslahatan yang optimal bagi dakwah, ataukah sekadar mendapatkan kemaslahatan bagi dirinya ?” 

Semua orang inginkan yang cantik seperti pelakon Sinetron atau model iklan shampoo, kasut dan sikat rambut.
Tetapi hal ini bukanlah semudah memilih baju yang paling cantik untuk dipakai lalu dibayar harganya ! tanpa memikirkan maslahah Islam yang lebih besar contohnya mengahwini akhowat yang lebih mendesak keperluannya untuk mendirikan Baitul Muslim.
Rasulullah SAW. pernah bertanya kepada Jabir ra.,
Mengapa tidak (menikah) dengan seorang gadis yang dapat engkau cumbu dan dapat mencumbuimu ?” (HR. Bukhari & Muslim)
Lantas Jabir ra. menjawab dengan fikrah yang jelas setelah bersama program tarbiyah Nabi SAW.,
Wahai Rasulullah, saya memiliki saudara-saudara perempuan yang berjiwa keras, saya tidak mahu membawa yang keras juga kepada mereka. Janda ini saya harapkan mampu menyelesaikan persoalan tersebut,” kata Jabir. “Benar katamu,” jawab Nabi SAW.
Sungguh Jabir ra. boleh sahaja memilih gadis muda dan cantik dengan tetapi dia ingin menyampaikan satu pelajaran yang khusus buat kita semua bahwa kemaslahatan dakwah lebih tinggi dibandingkan menikahi model sinetron.

Umar al-Khattab ra. melakukan hal yang sama ketika ingin mengahwinkan anaknya ‘Asim. Kisah ini sangat mashyur, yakni kisah seorang gadis (Zaujah ‘Asim) yang enggan mencampurkan susu dengan air. Hanya perempuan yang benar-benar takut kepada Allah SWT. menjadi pilihannya. Barokah daripada pernikahan ini, lahir cucu ‘Asim bernama Umar bin Abdul ‘Aziz – semoga Allah merahmatinya.
Wahai da’ie di jalan Allah SWT.,
Berfikirlah hal-hal yang besar daripada sekadar membelek-belek mencari manfaat untuk dirimu sahaja. 

Pernikahan kita pada hari ini, esok atau lusa, bukan mengenai kisah "cinta dia dan kita" tapi, ia lebih dari itu.

"Di Jalan Dakwah Aku Menikah"

والله أعلمُ بالـصـواب



Sumber Utama: http://dakwah.info/supplemen/menikahi-pasangan-yang-sesuai/


At The End of The Day Kebenaran Itu Pasti

At the end of the day, the truth will reveal...

Dunia akhir zaman ternyata dunia yang dipenuhi dan dikotori dengan fitnah-fitnah. Kebenaran dibisukan daripada dicerita, kemudian dipekakkan juga telinga manusia dengan hiburan, kelalaian, tomahan dan segala macam agar suara kebenaran tidak kedengaran.


zaman ini betul-betul gila, seolah olah ada yang bermain perjanjian dengan si musuh nyata (SYAITAN). Ini tidak dinafikan, dalam sirah Rasulullah s.a.w sendiri, penglibatan iblis menghasut pemimpin kafir quraish untuk membunuh Rasulullah kita memang tidak dapat dinafikan. Ini berlaku dalam sirah, dimana iblis menyerupai seorang orang tua, lalu dia memberi cadangan "GILA" supaya mereka kaum kafir quraish untuk membunuh Rasul kita.

At the end of the day
"Listen to our heart"

jika kita menjaga solat kita, menjaga hubungan kita dengan ALLAH, menjaga hubungan kita sesama manusia, ditambahi dengan ilmu-ilmu bermanfaat, ilmu agama dan lain-lain.. di sinilah, suara kebenaran akan muncul dalam diri, dan ia juga akan membisik pada hati, inilah "kata hati" yang boleh kita ikuti. disini jugalah,  akan lahir KEBERANIAN dalam diri untuk menegakkan kebenaran.


bukankah ini yang dituntut dalam Islam?

Apa yang kita akan kata?

Secebis kebenaran untuk semua..

apa perasaan kita, atau apa yang kita sangka jika Mat baca surat khabar Harakah saja setiap hari, kemudian dia kritik pemerintahan BN. apa yang kita akan kata?

tentu saja kita akan kata "ang baca Harakah buat apa? tu semua cerita bohong jaa..mutu surat khabar pula asyik mengutuk ngutuk BN"

"bias lah ang wei!"

itu kata kita...

bagaimana pula jika Mat baca dari surat khabar utusan sahaja, berita harian, metro, TV 3 dan RTM..

apa yang kita akan kata?

fikirkanlah, jangan sampai sikap bias kita, sikap double standard kita membuat tersalah membuat pilihan...

ini adalah secebis kebenaran yang tidak disiarkan di mana mana media utama..



fikirkanlah, apa ALLAH akan kata....

"Kembara Dai' menuju Ilahi"



20th April 2013: Hari ini, bukan seperti hari biasa, ia seakan akan membawa tanda, dimana "Chapter" ini seakan sudah semakin ke penghujung.

Tidak sabar rasanya menunggu apakah tajuk "Chapter" akan datang.

ingin sangat aku nukilkan kepada sahabat-sahabat tentang kisah seorang Dai'. 

aku suka dengan tajuk "Kembara Dai' menuju Ilahi"..



dengan lafaz 
pena ini akan sentiasa menulis.....


Solat Tidak Mendapat Pahala - Hujah dan Fakta

"Sewajarnya kaum Melayu menyekat mana-mana pihak yang menjadikan agama sebagai bahan politik termasuklah menggunakan nama Islam dalam parti bagi menarik golongan terbabit menyertai mereka" ini merupakan petikan ucapan dari seorang pemimpin melayu di negara Malaysia.

kita perlukan pencerahan dalam bab ini, tapi fokus utama penulisan ini adalah untuk menyentuh atau menerangkan fitnah yang telah dibuat oleh segelintir pihak kepada lawannya. 



Isu: Solat UMNO tidak dapat pahala.

Hal ini diulas oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai pada 6 April 2013 yang lalu sebagaimana dilaporkan oleh TV3 dan akhbar Sinar Harian:
PAS dan Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai-bagai fatwa, saya kira dah pelbagai lah.Menghukumkan orang UMNO kafir, macam-macam lagi lah, Amanat Haji Hadi. Jadi jelas terbukti PAS adalah Parti Ajaran Sesat. PAS, Parti Ajaran Sesat. Bukan Parti Islam Semalaysia.Parti Ajaran Sesat dan kalau semua orang ikut PAS dengan ajaran sebegitu, ramailah orang Islam akan sesat. Lebih-lebih lagi dia gunakan agama untuk tujuan politik, lagi menyesatkan.[1]
Hal ini sebenarnya terlebih dahulu diulas di oleh Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya[2] sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 April 2013:
Sekiranya benar (kenyataan tersebut dibuat), perkataan sebegitu merupakan salah satu ciri-ciri ideologi khawarij. Ini sama mengkafirkan orang, ciri-ciri ideologi khawarij. Orang-orang macam ini, tolonglah berundur dari politik.[3]
Manakala keesokan harinya, bertarikh 5 April 2013 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria  mengatakan:
Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang.Berkemungkinan kerana UMNO tidak amalkan hukum hudud seperti yang diperjuangkan Pas itu, maka dengan mudah dia menuduh parti itu menolak dasar Islam sedangkan Malaysia begitu disanjungi negara luar sebagai peneraju kewangan dan perbankan Islam serta lain-lain lagi.[4]

KENYATAAN SEBENAR:
Ayuh membaca kenyataan sebenar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan isu ini. Untuk tujuan tersebut, penulis akan menterjemahkan terus ucapan Tuan Guru yang menggunakan dialek Kelantan ke bahasa baku rasmi untuk memudahkan pemahaman pembaca sekalian.
“Orang PAS boleh kata “Wei, buatlah poster PAS tu. Tapi bila tiada duit, ambi guni baja, cat hijau kemudian tampal. Boleh pahala.Kalau ada duit,beli yang sudah siap.Tapi UMNO tak boleh kata “ Wei, buat la bendera dacing tu, boleh pahala. Orang tanya, siapa yang akan bagi pahala?Kamu tolak Islam. Tolak Islam ini bermaksud tolak agama Allah Taala. Kalau macam tu, Tuhan yang mana nak berikan kamu pahala. Sebab kamu berlawan dengan Tuhan.Kamu solat tak boleh pahala, nak boleh pahala macamana sebab kamu tolak Islam.
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ. الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ. الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُون
Orang sembahyang dia riyak tak boleh pahala.Orang PAS sembahyang tetapi riyak, orang PAS sembahyang tapi kedekut hangit, tak boleh pahala.Jangankan kata UMNO, PAS pun tak boleh pahala.Kalau riyak.Kalau saahun, kalau….. (tak jelas).[5]
JAWAPAN DAN PENCERAHAN:
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika ditanya berkenaan isu yang sama seusai memberikan ucapan dalam sesi Bicara Minda Negara Berkebajikan: Persepsi dan Realiti yang dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 9 April 2013 mengatakan:
“Itu saya kena tanya beliau sendiri. Saya tak boleh dapat, tak boleh  hukum dengan laporan media sahaja”[6]Saya ingin bertanya, di mana masalahnya kenyataan Tuan Guru Nik Aziz sehingga dipolemikkan oleh banyak individu?
Oh, barangkali kerana laporan akhbar yang keluar di semua akhbar-akhbar utama negara menyebutTuan Guru Nik Abdul Aziz mengatakan solat orang UMNO tidak sah.Titik.Itu sahaja.
Kemudian kenyataan ini diulas-ulas oleh juak-juak UMNO dengan pelbagai tafsiran dari pihak mereka.
Penulisan ini bercadang untuk mengajak para pembaca memahami isu ini dengan lebih objektif dan matang.
Untuk tujuan tersebut, ada beberapa langkah yang perlu dicermati bersama.
Langkah pertama: Memahami keseluruhan kenyataan
Bolehkah kita membaca al-Quran dengan hanya membaca ayat ini sahaja?
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ
maka kecelakaan besar bagi orang yang menunaikan solat
Lalu kita berhenti. Ia adalah terlarang dalam agama kerana maksud sebenar yang dikehendaki oleh ayat ini akan terpesong. Seseorang itu hendaklah membaca keseluruhan ayat untuk memahami maksud sebenar yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Maka, al-Imam al-Ghazali di dalam kitabnya المستصفى (al-Mustashfa-kitab dalam ilmu usul fiqh) ada menghuraikan berkenaan dengan perkara ini:
فَقَوْلُهُ تَعَالَى: {فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ} لَا حُكْمَ لَهُ قَبْلَ إتْمَامِ الْكَلَامِ، فَإِذَا تَمَّ الْكَلَامُ كَانَ الْوَيْلُ مَقْصُورًا عَلَى مَنْ وُجِدَ فِيهِ شَرْطُ السَّهْوِ، وَالرِّيَاءِ لَا أَنَّهُ دَخَلَ فِيهِ كُلُّ مُصَلٍّ ثُمَّ خَرَجَ الْبَعْضُ، فَهَكَذَا يَنْبَغِي أَنْ يُفْهَمَ حَقِيقَةُ الِاسْتِثْنَاءِ، وَالشَّرْطِ فَاعْلَمُوهُ تَرْشُدُوا..[7]

 Tiada hukum tertentu sebelum sempurna ayat ini. Apabila ayat ini sudah lengkap, maka al-wail(kecelakaan atau Neraka Wail) itu hanya terhad bagi golongan yang lalai dan riya’ sahaja, bukannya semua orang yang solat. Inilah yang perlu difahami maksud sebenar pengecualian (exceptional) dan syarat. Amatilah, anda akan memahami Begitu juga aplikasi di dalam isu ini Tidak boleh hanya mengambil 10% daripada kenyataan Tuan guru, lalu dihukumkan secara total. Bacalah keseluruhan kenyataan beliau Sekarang, saya ingin mengajak pembaca untuk mengamati sekali lagi dengan lebih cermat ucapan Tuan Guru secara keseluruhannya.
Pembaca juga boleh menonton sendiri di laman youtube melalui alamat yang saya lampirkan di bahagian nota hujung artikel ini

“Orang PAS boleh kata “ Wei, buatlah poster PAS tu. Tapi bila tiada duit, ambi guni baja, cat hijau kemudian tampal. Boleh pahala.Kalau ada duit,beli yang sudah siap.Tapi UMNO tak boleh kata “ Wei, buat la bendera dacing tu, boleh pahala. Orang tanya, siapa yang akan bagi pahala?Kamu tolak Islam. Tolak Islam ini bermaksud tolak agama Allah Taala. Kalau macam tu, Tuhan yang mana nak berikan kamu pahala. Sebab kamu berlawan dengan Tuhan.Kamu solat tak boleh pahala, nak boleh pahala macamana sebab kamu tolak Islam.

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ. الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ. الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُون
Orang sembahyang dia riyak tak boleh pahala. Orang PAS sembahyang tetapi riyak, orang PAS sembahyang tapi kedekut hangit, tak boleh pahala. Jangankan kata UMNO, PAS pun tak boleh pahala.Kalau riyak.Kalau saahun, kalau….. (tak jelas).
Nah, jelas bukan? PAS merupakan sebuah organisasi yang berasaskan kepada hokum hakam syarak. Dari itu, segala amal buat ahlinya berkaitan dengan dosa dan pahala Berbeza dengan UMNO yang tidak berasaskan kepada hukum hakam syarak. UMNO memisahkan gerakerja ahli di dalam parti mereka daripada hukum hakam syara’. Perkara ini pembaca akan lebih memahami apabila membaca bukti yang saya lampirkan pada langkah ketiga insyaallalangkah kedua:
Memahami isu utama polemik  :Ayuh kita amati perkataan-perkataan Tuan Guru yang berkaitan dengan perbincangan kita ini.
Tapi UMNO tak boleh kata “ Wei, buat la bendera dacing tu, boleh pahala. Orang tanya, siapa yang akan bagi pahala?Kamu tolak IslamTolak Islam ini bermaksud tolak agama Allah TaalaKalau macam tu, Tuhan yang mana nak berikan kamu pahala. Sebab kamu berlawan dengan Tuhan.Kamu solat tak boleh pahala, nak boleh pahala macamana sebab kamu tolak Islam.
Orang sembahyang dia riyak tak boleh pahala. Orang PAS sembahyang tetapi riyak, orang PAS sembahyang tapi kedekut hangit, tak boleh pahala. Jangankan kata UMNO, PAS pun tak boleh pahala.Kalau riyak.
Nah, sekarang  apa dan di mana isunya?
Isu utamanya bukan hanya pada solat, tetapi pada syarat masyrut untuk diberikan ganjaran pahala.
Baca sekali lagi kenyataan Tuan Guru. Adakah hanya disebut tentang solat? Tidak bukan? Yang banyak disentuh ialah tentang perkara yang menghalang perolehan pahala.
Namun, saya tidak nafikan Tuan Guru ada juga menyentuh tentang solat tetapi masih berkenaan dengan syarat masyrut perolehan pahalan kan?
Cuba amati. Tuan Guru menyebut:
Kamu solat tak boleh pahala, nak boleh pahala macamana sebab kamu tolak Islam.
Menurut ijtihad Tuan Guru Nik Abdul Aziz UMNO memang tolak Islam. Dari itu apabila tolak Islam memang apa jua ibadah tidak akan dapat pahala . Tuan Guru tidak menghukum secara total tanpaillah (sebab).  
Tuan Guru memberikan pandangan dengan memberikan sebab. Seandainya pihak UMNO berpandangan sebaliknya (iaitu tidak tolak Islam), maka tidaklah perlu risau solat mereka tidak ada ganjaran pahala. Kerana illah (sebab) penghalang pahala sudah tiada.

Langkah ketiga: Menilai kesahan kenyataan Tuan Guru
Adakah benar UMNO memang tolak Islam sebagaimana yang didakwa oleh Tuan Guru?
Saya pun tak pasti, apa pandangan pembaca sekalian apabila membaca kenyataan-kenyataan seperti ini?
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 12 November 2012 mengatakan:
Sewajarnya kaum Melayu menyekat mana-mana pihak yang menjadikan agama sebagai bahan politik termasuklah menggunakan nama Islam dalam parti bagi menarik golongan terbabit menyertai mereka.
Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam[8]
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagaimana dilaporkan oleh themalaysianinsider.com bertarikh 12 Ogos 2012 ketika menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud dilaporan berkata:
Umno tidak menggunakan pendekatan agama atau perlembagaan untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat[9]
Mantan Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 9 Ogos 2010 ketika diminta mengulas kenyataan Chua yang membidas UMNO dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan orang Melayu berkata:
UMNO tidak pernah menggunakan agama bagi meraih sokongan masyarakat Melayu seperti didakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Jadi, untuk mengatakan UMNO menggunakan agama bagi meraih sokongan adalah tidak betul sama sekali kerana kita ambil berat masalah semua kaum.[10]
Tapi bagaimana pula dengan individu-individu di dalam UMNO yang tidak menolak Islam, tetapi ingin mengubah UMNO dari dalam? Atau memang individu itu memang tidak pernah tahu UMNO memisahkan politik daripada agama.
Perhatikan pada kenyataan Tuan Guru di atas. Tuan Guru menegur pada ideologi UMNO, bukan pada individu di dalam UMNO.
Seandainya individu terbabit tidak menolak Islam tetapi dengan niat yang selari dengan hukum hakam, maka tidaklah timbul isu padanya.
Contohnya andai saya katakan:
“ Sesiapa yang curi ayam saya, maka saya tidak akan redha sehingga hari kiamat”
Dari itu, sesiapa yang tidak mencuri, kenapa harus terasa?
Menurut Tuan Guru, barangkali ini ialah di antara bukti UMNO memisahkan urusan kehidupan (politik di antaranya) daripada agama.

Langkah keempat: Hukum solat
Isu ini andai tidak diamati dan diuruskan dengan bijaksana, akan membuatkan agama dilihat hodoh oleh saudara kita bukan Islam.
Saranan saya kepada semua.
Seandainya ada perkara yang melibatkan perkara hukum hakam agama yang sudah jelas, usah ditwistdan didivertkan untuk mendapatkan kelebihan politik (political mileage).
Pembaca sekalian,
Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak menghukum pada peribadi, beliau menghukum pada ideologi.Tiada nama individu atau perkataan ‘orang UMNO’ pada isu yang berbangkit. Yang disebut hanyalah perkataan UMNO.
Cuba amati sekali lagi pada kenyataan beliau:
Tapi UMNO tak boleh kata… – tidak dispesifikkan orang, hanya ideologi
Kamu tolak Islam….         - (kamu-ideologi UMNO)
Kamu solat tak boleh pahala- (kamu-ideologi UMNO)
Saya hanya ber’ijtihad’ maksud sebenar Tuan Guru dari sudut konteks penggunaan bahasanya.
Tuan Guru menghukum pada ideologi seandainya ideologi kamu menolak Islam, bagaimana mungkin akan beroleh pahala.
Urusan solat ialah tanggungjawab individu, bukan perkara organisasi. Dan Tuan Guru langsung tidak menyentuh orang UMNO atau individu tertentu.
Langkah kelima: Memahami lafaz umum yang khusus
Menurut pemahaman saya Tuan Guru memang memaksudkan pada ideologi UMNO, bukan orang UMNO. Ini kerana seandainya maksud Tuan Guru ialah orang UMNO, bukan semua orang dalam UMNO yang tolak Islam. Itu kita boleh faham dengan mudah. Mereka barangkali memahami Islam dengan cara yang berbeza.
Kalau macam tu, ayuh kita belajar usul fiqh untuk memahami apa maksud Tuan Guru apabila berkatasolat UMNO tidak beroleh pahala (ulang-tiada istilah ‘orang UMNO’ yang disebut Tuan Guru).
Dalam bab ini, saya mengandaikan Tuan Guru memaksudkan solat UMNO tidak beroleh pahala ialah orang UMNO, adakah beliau maksudkan semua orang UMNO ataupun orang UMNO yang menolak Islam?
Ada satu bab di dalam ilmu usul fiqh iaitu العام الظاهر ويراد به الخاص (lafaz yang umum tetapi maksud sebenarnya spesifik)[11]
Cuba lihat aplikasinya di dalam al-Quran:
Iaitu mereka-mereka yang diberitahu oleh manusia1: “Bahawa ada manusia2 telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”. 
Nah, siapa manusia (الناس1) dan manusia (الناس2)? Mana mungkin individu yang sama. Juga mustahil semua manusia memberitahu semua manusia yang lain.
Semua contoh di atas ialah lafaz umum yang memerlukan penjelasan siapa sebenarnya yang memberitahu dan siapa yang diberitahu?
Untuk memahami maksud umum al-quran, maka rujuklah kitab tafsir dan penjelasan dari hadis. Menurut Tafsir al-Jalalain maksud bagi:
Manusia 1 (an-naas) ialah: Naim bin Mas’ud al-Asyja’ie
Manusia 2 (an-naas) ialah: ketumbukan Abu Sufyan.[13]
Jadi, dalam isu ini untuk memahami maksud umum kenyataan Tuan Guru ini, mintalah penjelasan dari beliau sendiri. Siapakah yang dia maksudkan.
Bukan dijaja dengan menafikan ibadah sendiri.

Rumusan
Habis tu, ustaz setuju ke dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ni?
Saya berpandangan sebagai pelajar syariah saya banyak belajar dari kenyataan-kenyataan beliau kerana saya melihat banyak sekali aplikasi teori usul fiqh dan balaghah dalam ucapan beliau.
Cuma saya risau, adakah masyarakat awam boleh memahami maksudnya.
Dari itu, agar masyarakat awam tidak terfitnah, rayuan saya (yang masih belajar erti kehidupan) kepada:
1.      ahli politik, BERAMANAHLAH.
2.      ahli agamawan,  USAH MELUKUT DI GANTANG PENJUAL AGAMA.
3.      individu-individu dari mana-mana organisasi,  USAH LAJU MENCARI DOSA.
Menurut hemat saya, solat orang UMNO memang sah andai cukup syarat dan rukunnya.
Tetapi andai orang UMNO memang beriktikad menolak Islam, memang tiada ganjaran pahala buatnya.
Bahkan bukan hanya orang UMNO, orang PAS, PKR, MIC, MCA, DAP atau siapa juga hukumnya tetapi sama.
Kan Tok Guru dah sebut dalam ucapan dia.
Ayuh,
Bertaqwa kepada Allah dalam diri.
Andai tiada apa yang mahu dibicara, diam itu lebih utama.



[2] Saya ambil juga pandangan beliau memandangkan beliau tokoh yang dikenali selain dari organisasi beliau yang dilihat sebagai pembela UMNO. Untuk makluman pembaca sekalian, semua penulisan saya tidak akan mengambil pandangan dari ‘tepi-tepi jalan’, tetapi saya hanya akan nukilkan pandangan yang dilontarkan oleh pembesar-pembesar, menteri-menteri dan pimpinan-pimpinan utama organisasi. Ini kerana itulah manhaj yang diajarkan oleh al-quran. Sila lihat Surah al-A’raf ayat: 60, 66, 75, 88 dan 109. Semoga Allah akan mudahkan penulisan saya akan datang berkenaan manhaj ini insyaallah.
[7] Diberikan komentar oleh Muhammad Abdul Salam Abdul Syaafi, Darul Kutub al-Ilmiah, cetakan pertama (1993M- 1413H), jilid 1 halaman 262.
[8] http://www.sinarharian.com.my/politik/umno-pembangkang-guna-agama-demi-hayat-politik-1.103330
[9] http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-tidak-guna-agama-demi-kepentingan-politik-mohd-shafie
[10] http://www.bharian.com.my/articles/UMNOtakgunaagamapancingundi/Article/
[11] Lihat kitab ar-Risalah oleh al-Imam asy-Syafie, diberikan komentar oleh Sheikh Ahmad Syakir, Maktabah Halabi Mesir, cetakan pertama (1940M-1358H), halaman 58.
[12] Surah Ali Imran
[13] Yang dikarang oleh Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin as-Suyuthi, Dar al-Hadith Kaherah, Cetakan pertama, jilid 1 halaman 91.

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia