-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

"jangan terlalu banyak berfikir, tapi banyakkan tindakan"

Salam kawan2 ku..

kita selalu dapat ideakan..
banyak idea pulak tu..
banyak perkara hebat yang terfikir dalam fikiran kita kan..

tapi, biasanya semuanya tak menjadi..

kan? kan? kan?

bila kita dapat idea baru, dalam melakukan sesuatu. kita begitu teruja dengan idea itu. 
tak perlu fikir banyak..mula bertindak dari sekarang..

idea tidak bermakna tanpa tindakan..kita improvise dari semasa ke semasa..

"jangan terlalu banyak berfikir, tapi banyakkan tindakan"


"Stop Talking. Start Doing."

jadilah macam budak kecil dibawah ini


kelebihan budak ini dari orang2 lain ialah..dia TAK FIKIR BANYAK2..dia BERTINDAK..

benda yang kita rasa impossible boleh jadi possible..bila kita berani sahut cabaran dan yakin pada diri dan ALLAH

3 soalan bagi seorang pendakwah


masa berlalu begitu pantas sekali..pejam celik, pejam celik..umur aku sudah cecah 22 tahun..aku sedang menghabiskan pengajian degree aku dan aku seorang yang suka bergerak kerja dalam persatuan..

hujung minggu ni, aku bertemu dengan seorang senior dari kampus lain..aku bersembang sembang dengan dia...fokus tajuk kami ialah "dakwah dan sifat kepimpinan"

apa matlamat engkau kaizan? tanya senior itu pada aku

"matlamat aku? hmmm..aku nak jadi Orang kaya yang bertaqwa", jawab aku ringkas


bagaimana pula dengan prinsip engkau? tanya dia lagi

prinsip aku ialah "yakin pada diri" jawab aku sedikit semangat, sambil menggemgam tangan aku


dia senyum..


bagaimana mana pula dengan hobi engkau?

hobi aku bermain bola keranjang...


dia masih senyum, kemudian dia memalingkan wajahnya kepada kanak2 yang sedang asyik bermain bola di sebuah taman berdekatan...


wajahnya tenang, sesuai dengan perwatakannya..

kamu seorang pendakwah? tanya dia lagi

yaa, saya seorang pendakwah..


dia sambung..

kau tahu cita2 seorang pejuang agama ALLAH?

"hmmm..tak.."jawab aku


kau tahu matlamat seorang pejuang agama ALLAH?

"hmmm.." aku tak tak balas, aku tak tahu..


kau tahu prinsip seorang pejuang agama ALLAH?

ermm..apa jawapannya akhi? aku mula bertanya


berdakwah saja tidak cukup bagi menggelarkan diri kita seorang pejuang agama ALLAH..ada orang berdakwah, tapi niatnya tersimpang lari, ada orang berdakwah tapi matlamat lari, dan ada orang berdakwah tanpa kefahaman, lalu menyebabkan dia lari ..

Kaizan, engkau akan faham nanti, bila engkau melaluinya..

suaranya lembut saja, tapi ada ketegasan dalamnya, sambil matanya melihat ke langit, dia bersambung..

ingat ini kaizan...

Prinsip seorang pejuang agama ALLAH ialah "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah semata mata untuk ALLAH"

matlamat seorang pejuang agama ALLAH ialah "meletakkan Islam ditempat yang tertinggi"

dan..

Cita2 seorang pejuang agama ALLAH ialah "MATI SYAHID"

engkau akan jadi pemimpin yang hebat jika engkau jelas matlamat dan prinsip engkau...dan hobi engkau itu akan membantu engkau..

ingat tu Kaizan..


aku terdiam..agak lama..

usianya tidak lah jauh dari aku, tapi...ilmu dan semangatnya jauh sekali berbanding aku...ternyata, pertemuan dengan senior itu sangat2 memberi makna...banyak kelemahan yang aku sedari..banyak yang perlu di perbaiki...

"aku perlu berubah untuk mengubah"

Maha Suci ALLAH...Maha Suci ALLAH....Maha Suci ALLAH...


Hutang tak berbayar

tak habis lagi aku beraya..aku baru perasan, aku dapat surat..

woho..excited giler..surat tertulis "Urusan Paduka Baginda"..kad raya pa?

tak sabar nak bukak oo..kot2 dijemput menghadap agung..

bukak2 jaa... surat dari kekasih lama "PTPTN" adeh..

alamak!

RM17,980 aku kena bayar balik kat ptptn, padahal aku hanya pinjam RM15,000..hmmmmmm
..rilek ar..ni semua interest punya pasal.

(bukan aku punya)

jap2..tak salah aku, interest ptptn ni dah dikurangkan daripada 3% kepada 1% kan? hopefully lah..

hutang tm streamyx tak campur lagi..aduh..bab hutang ni kawan2..aku sangat sensitif..adeh


"Ya ALLAH selesaikanlah urusan aku ini..mudahkanlah bagi aku urusan aku"



tapi, ini bukanlah soal ptptn yang aku nak share kat sini..pasal isu hutang tu..satu masa nanti aku akan bayar..dan aku yakin ALLAH akan tolong aku bayar.. (^_^)

aku nak share sikit, pasal hutang yang tak terbayar..kamu tahu??

hutang kasih sayang..dan hutang penjagaan..seorang ibu dan ayah

ALLAH ya ALLAH...bab ni aku lemah sikit..aku tak dapat ikhtiar langsung macam mana nak banyar hutang ni..

kamu bayangkan kata2 Imam Al Ghazali kalau tak silap

"usaha kamu mendukung ibu kamu dalam menunaikan umrah masih lagi belum menyamai setitis susu ibu yang kamu minum semasa bayi"

you just can imagine..(sound professional sikit)

jangan cakap susu ja..pakaian..makanan..tempat tinggal..kasih sayang..pendidikan..

macam mana nak bayar? (o_0)??


aku termenung jauh...hmmmm

(hari itu, persoalan ini terjawab..)

Raya pertama hari itu, mereka katakan hasrat mereka kepada anak2 mereka...

harapan mereka hanyalah supaya aku dan adik beradik aku menjadi 

"Anak yang Soleh"

dan

kami anak2 mereka inilah yang akan uruskan jenazah mereka..

air mengalir dari mata aku apabila mendengar kata2 itu diungkapkan..

ALLAH MAHA BESAR..ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA BESAR

syukur aku kepada ALLAH S.W.T, kerana dikurniakan Ayah dan Ibu

Akhlak kita: Ajarlah Keluarga Kita Kebaikan

"Dimulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

"Ajarilah keluargamu kebaikan."
(H.R. Al Hakim)


Sahabat-sahabat, ajarlah keluarga kita dalam melakukan kebaikan, dari sekecil kecil perkara hinggalah sebesar besar perkara. Dari si comel masih kecil lagi, wajar bagi kita bagi mendidik anak2 kita akhlak yang baik. setiap ahli dalam keluarga ada peranan masing2, dan masing2 kenalah saling menasihat antara satu sama lain dalam kebaikan.

Moga kita dan keluarga kita sentiasa dalam rahmat dan keberkhatan ALLAH S.W.T

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling bagus akhlaknya.
(H.R. Ahmad, Abu Daud, al Hakim, Ibnu Hibban, dari Abu Hurairah)


Memahami Hudud dan Qisas dari kaca mata Islam


Memahami Hudud dan Qisas dari kaca mata Islam


Kata2 Menyentuh Hati

bagi saya, ia merupakan kata2 yang amat menyentuh perasaan..



hidup bukan untuk hidup, tp hidup untuk Yang Maha Esa, hidup bukan untuk mati, mati sebenrnye untuk hidup.
hidupku hanya untukMU....

Aplikasi Taqwa dalam gerak kerja Organisasi




Rosli Dhobi, Pembunuh atau Pejuang?


Nama pemuda ini harum namanya dan sebaris dengan pejuang-pejuang Melayu/Bumiputera Islam yang lain seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Maharaja Lela, Tok Gajah dan Dol Said. Beliau adalah Allahyarham Rosli Dhobi.
Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan kepada darah ayahnya berketurunan Palembang. Manakala ibuunya berketurunan Melanau.
Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.
Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.

Sebelum menjalani hukuman ini juga, Rosli Dhoby sempat menulis surat ini diserahkan kepada seorang warden yang amat dipercayainya dan banyak menyimpan sejarah perjuangannya Sumarja Mohamad atau Pak S. Berikut ialah isi kandungan suratterakhirnya. tersebut;

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta' lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta'genter saya ta'takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.

Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan

Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.

Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.

Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.

Miskipun Rosli Dhobi telah lama tiada, akan tetapi roh pejuangannya tetap abadi. Pejuangan Rosli Dhobi walaupun pada usia yang cukup mentah ternyata begitu mengagumkan. Al-fatihah kepada Allahyarham Rosli Dhobi. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para Syuhada.



KAFIR HARBI - UTUSAN MALAYSIA CETUSKAN PROVOKASI


23 Ramadhan 1433 H | 12 Ogos 2012

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.

Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.

Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.

Di zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan bukan Islam.

Pengkelasan Abdullah Sama'ah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.


Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim. 'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusanitu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.

'Fatwa' liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusankerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP.

Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP. Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil ke atas Abdullah.

Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum.

Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama. - Malaysiakini

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia