-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

KISAH BILLIONNAIRE PADANG PASIR YANG KINI HANYA TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG INI AMAT MENGEJUTKAN DUNIA

































“Bagaimana anda boleh memuaskan nafsu lapar anda sedangkan jiran anda menghabiskan malam mereka dalam keadaan kelaparan?” - Sulaiman Al Rajhi

“Kaizan, impian aku adalah untuk menjadi seperti Sulaiman Al Rajhi!” Kata Abang Zul dengan penuh bersemangat.

“Mu kenal dak siapa dia?” Sambung Abang Zul lagi dengan loghat Kelantan

Saya kebingungan. “hurmm…siapa dia?” Otak masih ligat memikirkan siapakan sulaiman yang dimaksudkan itu.

“Dia adalah seorang jutawan yang kaya raya tetapi dia pilih untuk hidup sebagai orang miskin dengan mengagihkan dan mewakafkan harta kekayaannya...hummm..mu mampu?”

“Hah..Biar betul?”

Itulah kali pertama saya mendengar nama itu. Sulaiman Al Rahji. Siapa sebenarnya dia?

Sulaiman Al Rajhi dikatakan antara 10 orang yang terkaya di Arab Saudi. Pada tahun 2011, nama beliau telah disenaraikan oleh Forbes sebagai seorang yang berpengaruh dan orang ke 120 terkaya di dunia. 

Kita perlu faham bahawa kekayaan yang dimiliki beliau bukan hasil daripada pemberian harta oleh ibu dan ayahnya, tetapi hasil daripada titik peluh beliau sendiri berusaha dari bawah.

Kerajaan Arab Saudi telah menganugerahkan Anugerah Antarabangsa Raja Faisal 2012 pada Sulaiman Ar Rajhi di Riyadh.  Penganugerahan ini diberikan atas jasa besar beliau dalam mewujudkan perbankan Islam yang terbesar ketika itu. 

Pada bulan Mei 2011, dunia telah digemparkan dengan pengumuman tokoh koperat Islam ini untuk memindahkan harta kekayaannya yang dianggarkan bernilai USD 7.7 bilion itu kepada warisnya dan sebahagian besar yang lain kepada badan-badan amal dan kebajikan.

Selepas pemindahan itu, kini beliau menjadi insan yang miskin. Namun beliau selesa dengan cara itu. Pelik tetapi inilah kebenarannya.Kata Sulaiman Al Rajhi dalam satu sidang media, jalan yang dipilihnya ini telah membuatkan jiwanya menjadi lebih tenang dan selesa. Baginya manusia ini hanyalah penjaga bagi sesuatu, seluruh harta kekayaan itu adalah hak milik Allah s.w.t. 

Baginya dengan pengagihan hartanya secara adil dan mewakafkan sebahagian besar hartanya, beliau dapat mengelakkan perebutan harta dan permusuhan dalam kalangan ahli keluarga. 

Teringat kisah-kisah sahabat Nabi seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq, Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf dan baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kesemuanya merupakan insan-insan yang Allah berikan kekayaan harta.

Namun mereka tidak mewariskan harta kekayaan mereka pada ahli keluarga mereka, malah mereka memilih untuk mewakafkan hampir keseluruhan harta mereka dalam perjuangan menegakkan keadilan dan keamanan di dunia.

Apa yang mereka tinggalkan untuk diri mereka hanyalah barang-barang keperluan mereka sahaja untuk terus hidup dan menabur jasa buat ummat.

Tokoh hebat ini bukanlah lahir dalam keluarga yang berada, bukan anak menteri dan bukan juga berketurunan diraja.  Beliau membesar di Padang Pasir Nejd. Beliau telah mengambil langkah awal memulakan perniagaan dengan membuat bisnes menukar wang untuk pengembara yang merentasi padang pasir dari bandar Mekah ke bandar Madinah. 

Dari pengalaman yang dikutipnya di usia mudanya inilah yang menjadikan asas kukuhnya bagi menubuhkan Bank Al Rajhi yang dikenali di mata dunia hari ini.

Beliau sangat mengambil berat soal keperluan ummah dalam system kewangan. Beliau sedar bahawa perbankan Islam belum wujud walaupun di negara pasir tersebut. Beliau sendiri mengambil langkah awal berusaha dari bawah bagi membina sistem perbankan yang patuh syariah. Ini perjuangannya.

Beliau sangat arif dalam membina dan mengembangkan perniagaannya. Berkat ikhtiar dan usahanya, kini Bank Al Rajhi dilaporkan mencatat keuntungan paling tinggi di Arab Saudi. Kini Bank Al-Rajhi telah mempunyai lebih 570 cawangan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Bank Al Rajhi juga telah dianugerahkan beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Ternyata Sulaiman Al Rajhi merupakan orang yang berbakat dalam perniagaan.

Walaupun kejayaannya setinggi langit namun beliau sering kali menundukkan wajahnya ke bumi. Beliau sendiri memiliki pegangan saham syarikat penerbangan, namun beliau tidak berminat menaiki penerbangan kelas tinggi apatah lagi memilki jet peribadi. 

Katanya, beliau lebih selesa menaiki penerbangan kelas ekonomi. Baginya harta dan kekayaan bukanlah untuk ditunjuk-tunjuk dan dibanggakan kepada orang ramai.

Jika Sulaiman Al Rajhi boleh kecek Klate pastinya beliau akan royat “Tok seh, cara gini lebih dekat dengan jiwa ambo”.

Teringat pada Arwah Tok Guru Nik Aziz, pemimpin yang cukup saya kagumi. Walaupun boleh sahaja beliau memakai baju-baju yang diperbuat daripada kain-kain mahal, menaiki kereta-kereta mewah dan besar.

Namun beliau memilih cara hidup yang sangat sederhana. Katanya beliau tidak mahu rakyat kecik hati dengan melihat gaya hidup pemimpin sebegitu. Al Fatihah buat arwah Tok Guru.

Tokoh-tokoh hebat tidak terlepas dari ujian-ujian yang hebat.Tokoh-tokoh hebat tidak terlepas dari ujian-ujian yang hebat. Termasuk juga Sulaiman Al Rajhi. Beliau juga tidak terlepas dari ujian.

Tidak kira apa jua bidang yang diceburinya pastinya ada ujian yang mencabar diri. Antara ujian getir yang dihadapi beliau apabila kilang ternakan beliau hangus terbakar menyebabkan beliau kerugian besar. Apabila diberitahu perihal kejadian itu, beliau tetap nampak sabar dan tabah. Beliau hanya mengucapkan ‘Alhamdulillah’.

Saya yakin, bukanlah percapaiannya dalam perniagaan yang membuat namanya naik terpacak pada mata dunia. Tetapi pada keperibadiannya yang begitu merendah diri, penyabar dan suka memberi sehingga namanya disebut manis oleh orang ramai.

Apa yang membuat saya bertambah kagum padanya adalah kerana beliau merupakan seorang yang tegas dengan prinsip Islam. Pernah beliau keluar meninggalkan satu majlis makan malam apabila mengetahui terdapat program hiburan melalaikan di majlis tersebut.  

Pihak penganjur menjadi resah. Setelah pembatalan program hiburan tersebut dibuat dan setelah dijemput semula oleh panganjur, barulah beliau menyertai semula majlis makan malam itu.

Sulaiman Al Rajhi merupakan seorang yang berjiwa besar. Jiwanya sangat rapat dengan kerja-kerja amal. Beliau telah mengasaskan Yayasan Kebajikan Sulaiman Al Rajhi yang juga dikenali sebagai Yayasan SAAR.

Ia merupakan sebuah organisasi kebajikan amal bagi menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.  Fokus beliau kini adalah lebih kepada melakukan kerja-kerja amal bagi menyumbang bakti. Ini semua beliau lakukan atas dasar kepentingan ummah. 

Beliau banyak menyalurkan bantuan kewangan, mencetak ratusan ribu salinan kitab suci Al-Quran dan mengedarkannya secara percuma ke seluruh dunia, terutamanya di Negara-negara yang susah. Beliau juga banyak menyumbangkan hartanya dalam pembinaan masjid, pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi negara-negara susah.

Saya terpegun dengan kehebatan beliau, anda bagaimana?. Sering kali saya bertanya pada diri “bagaimana aku ingin menjadi sehebatnya. Mampukah?”.

Hidupnya bukan untuk diri tetapi untuk berbakti demi mendapatkan keredhaan Ilahi.

Aku juga ingin menjadi seperti Sulaiman Al Rahji.

"All wealth belongs to Allah, and we are only those who are entrusted (by God) to take care of them. There were several reasons that prompted me to distribute the wealth and that resulted in performing this virtue. Most important among them is to foster brotherhood and love among my children and safeguard their harmonious relationship. This is more significant than any wealth in this life." – Sulaiman Al Rahji

 Kaizan Nazlan
Penulis Buku Travelog Usahawan Muda


Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia