-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

10 TIPS CAPAI AZAM TAHUN BARU



Antara perkara popular yang sering orang ramai lakukan setiap kali masuk tahun baru adalah membina “AZAM TAHUN BARU”. Ia sangat bagus, lagi-lagi azam tahun ini membuat kita ghairah untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan.

Cabarannya ialah ramai yang berputus asa setengah jalan. Baru sebulan dua berusahasa, sudah menyerah dengan pelbagai alasan

“Bro, tak nampak jalan lah”

“Brother, tahun depan je lah. Dah ke laut”

Ada yang lupa yang dia pernah buat azam sebelum masuk tahun baru

“Hah Azam? Aku pernah buat eh”

Biasalah, kita adalah manusia. Sedangkan iman kita boleh naik dan turun, inikan pula azam baru. Pasti ada detik ketika kita semangat gila, ada ada ketika kita rasa down gila. Itu normal dalam hidup.

Cumanya apa yang kita nak adalah bukan menyerah kalah bila jatuh atau penat lelah, tetapi berehatlah dan terus bangun berusaha mencapai matlamat

Sempena memasuki tahun baru ini, marilah kita sama-sama membuat azam tahun baru agar ia menjadi motivasi hidup kita. Orang kata Benjamin Franklin, “If you fail to plan, you are planning to fail!”

Masih belum terlambat untuk kita mempunyai azam tahun baru. Di sini saya kongsikan 10 TIPS CAPAI AZAM TAHUN BARU

1) Tentulah yang paling utama dari yang utama adalah untuk membuat listing azam tahun baru. Ambil pencil dan kertas. Atau boleh gunakan apps note dalam handphone. Tulis 10 ke 20 apa yang anda inginkan. Kemudian dari listing tersebut, pilih tiga ke lima sahaja matlamat yang anda benar-benar ingin capai pada tahun ini.

2) Setelah buat listing dan pilih tiga ke lima matlamat, anda perlu tulis azam tahun baru anda pada sekeping kertas dan letakkannya ke berberapa tempat seperti pintu bilik anda, dan cermin dalam bilik. Supaya setiap kali anda ingin bersiap dan keluar bekerja, anada akan ingat azam anda pada tahun ini.

Anda juga boleh tulis dalam handphone dijadikan wallpaper atau simpan dalam applikasi notes

3) Kepada orang yang mempunyai daya visual yang kuat, sangat bagus untuk anda melukis atau menampal gambar-gambar impian anda. Lukis atau tampal dengan penuh kreatif dan jika ada warna warni lebih bagus.

Jika anda ingin kurus, lukis atau tampal diri anda telah kurus, jika anda ingin membeli kereta, lukis atau tampal gambar kereta yang anda inginkan.

Teknik ini namanya “Vission Board”

4) Setelah siap menulis, melukis azam, sekarang anda perlu sentiasa bercerita tentang apa yang anda Ingin capai pada tahun ini kepada keluarga dan kawan-kawan.

Ini penting supaya keluarga dan kawan-kawan anda boleh bagi sokongan. Jika dia ada kenalan yang boleh membantu anda, dia boleh tolong kenalkan. Paling tidak dia boleh tolong doakan anda.

Jangan biar rahsia, kongsikan

5) Buat perancangan bagaimana untuk capai azam anda.Apakah strategy dan teknik yang anda perlukan? Rangka master plan anda sebaik mungkin.

6) Sentiasa cek perkembangan anda mencapai matlamat. Adakah progressnya baik? Atau adakah terbantut di pinggir jalan? Jika baik, teruskan apa yang kita buat. Jika tidak, kita perlu perbaiki mana yang silap.

7) Buat time line bila nak capai matlamat itu. Lagi cepat ia tercapai, lagi bagus kan? Boleh kita buat azam lain pula.

8) Cari kawan dan rapatkan circle yang boleh membantu anda mencapai matlamat anda. Perbanykkan kawan-kawan positif yang berpontensi membantu anda. Kena rajin berkawan. Mana tahun kawan baru anda itu boleh bantu anda capai matlamat anda, atau dia ada kawan-kawan yang boleh bantu anda.

Mana tahu kan?

9) Cari bantuan-bantuan yang boleh digunakan seperti badan kerajaan, swasta. Seperti Geran, bantuan kerajaan ka, program insentif ka,apa ka, cari dan gali.  

Selain itu, anda boleh mencari individu-individu yang boleh menjadi guru pembimbing anda.

10) Yang terakhir, pastilah “Jangan biarkan matlamat bermain dalam fikiran sahaja”. Jangan banyak berfikir dan mula bertindak. Keluar rumah dan mulakan langkah mencari ruang dan peluang yang anda.

Moga perkongsian ringkas 10 TIPS CAPAI AZAM TAHUN BARU ini sedikit sebanyak
mampu membantu anda membina azam diri anda. Selamat berjuang!

Kaizan Nazlan
Penulis Jalanan






KISAH MENARIK FOUNDER NANI'S FROZEN FOOD



"KNOK..KNOK. NAK BELI KUIH?"

“Berniaga kecil-kecil lama-lama akan jadi empayer perniagaan”


Kebanyakan orang melihat sesuatu kejayaan seseorang hanya dari sudut kesenangan yang diperolehinya sahaja. Mereka kata, "Saya tidak mungkin mampu berjaya menjadi seperti dia.", "Dia berjaya kerana nasib dia sangat baik" dan bermacam -macam lagi kata-kata, seolah-olah mereka yang dikatakan berjaya itu memperolehi kejayaan mereka dengan begitu mudah dan mereka berjaya kerana nasib mereka baik.

Tetapi apa yang ramai dalam kalangan kita gagal untuk melihat adalah perjuangan dan pengorbanan mereka mengubah nasib mereka sendiri. Bagaimana seseorang itu mengatasi saat-saat sukar dalam hidupnya sebelum mencapai kejayaan. Detik-detik penolakan yang terpaksa didepani bersama orang sekeliling terhadapnya.

Pengkhianatan yang dialamainya, kritikan yang diterimanya, kepenatan tubuh badannya bekerja dan kesanggupan siang malam memikirkan cara bagaimana mengatasi rintangan-rintangan yang dihadapinya setiap hari. Ini semua dilakukan agar impiannya menjadi satu realiti, bukan hanya sekadar mimpi. Kejayaan tidak datang begitu sahaja kepada kita. Ia datang dengan ujian dan ujian inilah yang membentuk diri kita menjadi insan luar biasa.

Semuanya bermula apabila si Isteri menyampaikan hajat pada suami untuk mula berniaga. Si Suami menyokong permintaan Isteri. Nawaitunya adalah supaya mereka dapat membantu memudahkan suri-suri rumah menyediakan juadah makanan untuk keluarga tercinta.

Resepi kuih muih bonda yang telah diturunkan menjadi bekalan untuk menghasilkan produk-produk pilihan. “Tidak perlu sewa kedai. Kita bermula dari rumah sahaja.” Kata Suami.

Knok.. knokk
"Assalammualaikum Tuan"
"waalaikumsalam" Kelihatan 2 orang yang tidak kenali berdiri didepan pintu rumah
"ya ada apa ya?" Kata seorang lelaki berusia lingkungan 40an
"Saya Rozaini, ni suami saya Asnan. Kami ada bawa cucuq badak frozen dan karipap frozen. " Sambil Rozaini menunjukkan kearah bekas polisterin berwarna putih yang dibawanya.
"Tuan try rasalah dulu, kalau berkenan boleh beli lagi"
"hoo..jual kuih ka. takpa takpa. ada banyak lagi kuih dalam peti ais saya tu"
"ohhh..ahh tak pa lah lagu tu. terima kasih nah"
"ya..ya", dia menganggukan saja lalu ditutupnya pintu.

Takpalah sayang, kita try rumah sebelah pulak. Kata Asnan pada isterinya.
Baik Bang. jom

Petang itu suami isteri itu teruskan aktiviti mereka memperkenalkan produk dari air tangan mereka dari rumah ke rumah, lorong ke lorong, sehinggalah kedai ke kedai. Ada yang tidak berminat, namun ada juga yang beli, ada yang kritik dan ada juga yang menjadi pelanggan setia.

Itulah rencah rasa yang ditempuhi pasangan suami isteri ini. Tipulah jika tidak patah semangat. Lena tidur juga sering kali tergugat memikirkan apa yang bakal tempuh di hari esok. tetapi apa yang boleh dikata. itulah pilihan mereka berhenti bekerja dan mula fokus membina perniagaan.

Sudah 20 tahun berlalu sejak perniagaan ini dijalankan pada pertengahan tahun 1996. Banyak sepak terajang dunia perniagaan telah mereka lalui. Diakui sendiri bahawa ia bukan sesuatu yang mudah. Anak-anak dan family terdekat banyak berkorban membantu bersama dalam merialisasikan impian ini.

“Wahh, lu sudah 20 tahun dalam pasaran? Good ooo.. gua respek sama lu. Tak ramai yang bertahan sampai 20 tahun” Kata seorang Apek.

Kini kuih muih mereka sudah mendapat banyak pengikhtirafan negara juga antarabangsa. Perjuangan Rozaini bagi memperkenalkan kuih muih trasdisi Malaysia sudah mendapat perhatian negara Brunie, Jermany, London, China dan Jepun. Kini mereka bukan mengetuk pintu-pintu rumah, tetapi kini mereka mengetuk pintu-pintu pasaraya-pasaraya dan syarikat-syarikat besar.

Kini kuih muih mereka sudah mendapat tempat di pasaraya-pasaraya gergasi di Malaysia. Malah turun berada di pasaraya antarabangsa. Malah sultan Brunie dan perdana menteri Malaysia ke 5 juga pernah merasai kuih tradisi mereka.

Kini kuih muih ini juga sudah mendapat tempahan hingga ke peringkat antarabangsa dan menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat di negara matahari terbit untuk membuat kuih tradisi orang Jepun.

“Orang Jepun pun mai kilang kami ni di Jening. Depa nak sampaikan hasrat untuk bekerjasama dengan kita. kalau kira Jeniang ni kawasan pendalaman di Kedah. Tapi Ini semua kuasa Allah. Dia yang atur.”

“Pagi kami jamu makan kuih cucuq badak. tengahari kami bawak depa pekena cendol. depa syok arh.” Kata Haji Asnan

Saya sendiri sangat gemar makan cucuq badak dan samosa inti daging mereka. pehh. berkocak selera perut memikirkannya.

Kata Hajah Rozaini
“Nak berbusiness ni ke bersungguh-sungguh. ketika itulah Allah akan bantu kita.”

Inilah kisah Hajah Rozaini dan Haji Asnan, pemilik kepada jenama besar Nani's Frozen Food yang menjadi pilihan ramai sehingga kini. Apa yang menarik lagi ialah kejayaan-kejayaan yang mereka kecapi hari ini bermula dari belakang rumah.





FOTOGRAPHER INI DIMARAHI ISTERINYA KERANA MENGUTAMAKAN BUKU BERBANDING SUSU ANAK



"ABANG MANA SUSU ANAK KITA?"

Pada suatu hari yang redup ditemani angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa (Jangan gelakkan pada imaginasi ayat ini), saya berpeluang untuk mengopi bersama seorang fotografi professional, namanya Fairuz. Orangnya lingkungkan 40-an. Gaya dan percakapannya sangat sederhana namun isi-isi ucapannya sangat memberi kesan pada jiwa. Usahawan jalanan seperti kami ini bila mengopi 10 minit sahaja sembang pasal urusan kerja, lagi 50 minit lagi sembang bab-bab kehidupan dan benda-benda yang santai.

Dia bukan calang-calang orang, setelah tamat SPM dia menyambung pengajiannya dalam bidang perakaunan di negara orang putih. Namun bidang itu bukanlah jiwanya. Dari kecil sehingga besar dia sudah menunjukkan minat yang mendalam dalam fotografi. Setelah tamat pengajiannya, dia mula dengar secara serius apa kata hati.

‘Fotografi’

Tuan Fairuz bercerita kepada saya tentang kisah jatuh bangunnya bergelar seorang usahawan.

Abang sudah 20 tahun dalam bidang creative advertising ini. Kepakaran abang dalam fotoshooting untuk corporate clients. Alhamdulillah sudah ada team dan studio sendiri. Nak capai ke tahap ini bukan mudah, dik. Lima tahun pertama ialah fasa ujian tahap gaban! Tetapi kenapa abang teruskan? Kerana minat abang yang mendalam.

Cara untuk kita bangunkan diri kita adalah dengan membaca. Abang ni memang suka baca buku. Buku astronomi, buku fotografi, buku alam, semuanya abang baca. Sekarang ni abang minat baca novel pula. Jangan salah sangka. Bukan novel jiwang karat Melayu tu yang abang baca, tetapi novel-novel tempatan dan antarabangsa yang menceritakan tentang persahabatan, keluarga, ketuhanan dan banyak lagi. Benda ini semua adalah untuk membentuk kreativiti dalam diri. Biasalah, abang ni berjiwa seni.

Dunia keusahawanan ini sangat-sangat mencabar. Duit tersangkut-sangkut itu normal. Buka dompet keluar kupu-kupu berterbangan. Kupu-kupu pun tak nak pada dompet abang. Ternyata dompet seperti sudah nak mati. Kalau boleh buat CPR tekan-tekan untuk selamatkan orang sakit itu bagus juga jika kita boleh buat untuk selamatkan duit dalam dompet abang ni. Tekan-tekan keluar duit. Best! Tapi itu fantasi. Kita berada dalam dunia realiti. Abang struggle dalam hidup ini, pun begitu makan minum abang dan keluarga abang cukup. Alhamdulillah. Takdalah sampai anak bini tak makan minum.

Suatu hari masa zaman susah dulu abang adalah duit sedikit dalam dompet. Abang dah rancang nak beli buku fotografi. Abang katalah pada isteri abang nak keluar. Isteri pula cakap, “Abang nak keluar nanti singgah kedai beli susu anak. Susu dah habis.” Dalam hati abang merunggut, “Alamak, time macam ni lah susu nak habis ”

Dalam kereta fikiran serabut fikir;

Nak beli susu ke nak beli buku?

Nak beli susu ke nak beli buku?

Lama abang berfikir…

Abang balik rumah, abang kata duit tak cukup beli susu. Isteri mula mengomel. Satu jam kemudian, isteri abang buka bonet belakang kereta, dia ternampak buku baru yang abang beli di Kinokuniya.

“Abang!” Jerit dia.

“Susu anak tak mahu beli, buku ni pula yang abang beli!” Lalu dicampak buku itu jatuh menyembah bumi.

Zaaaaapppppppppp….. Hati seperti dibaling dan dilunyai-lunyai. Silap abang juga sebab pilih buku daripada susu.

Abang sampai bergaduh dengan isteri abang sebab nak buat apa yang abang minat. Emak ayah abang pun tak restu ketika itu. Ya lah belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, balik-balik nak buat bisnes fotografi pula. Kerjaya yang kita pilih ini nampak sahaja mudah, orang ingat kerja kita tekan butang kamera dah siap. Snap sana snap sini siap! Tak semudah itu!

Di Malaysia nak mengharapkan buat kerja-kerja fotografi sahaja tak cukup. Dalam business creative line ini kita perlukan skil-skil advertising, designing, content writing dan banyak lagi. Dengan skil-skil yang pelbagai inilah baru kita mampu menambah nilai pelanggan sebaiknya.

Abang ambil masa lima tahun untuk abang bina diri dan bina bisnes. Lima tahun pertama ini ialah fasa untuk abang stabilkan bisnes abang pada hari ini. Setiap hari abang struggle untuk membuktikan apa yang yang abang buat ni boleh mendatangkan hasil.

Lama-kelamaan emak ayah abang termasuk isteri sudah mula faham dan boleh terima. Hari ini, Alhamdulillah. Sekali job tu nilainya boleh cecah 10 ke 30 ribu ringgit. Takdalah kaya mana, tapi cukuplah buat kami sekeluarga.

Banyak pengalaman best yang abang dapat seperti membuat rakaman video atas helikopter, masuk bilik pembedahan ketika doktor sedang buat pembedahan dan banyak lagi. Syukur. Tetapi yang paling best adalah dengan kerja abang ini, abang ada banyak masa berkualiti untuk anak-anak dan isteri. Tak ramai yang ada masa bersarapan dengan anak isteri. Tapi abang ada.

Apa pun yang kita pilih, pilihlah untuk buat dan jadi yang terbaik. Kita bertanggungjawab dengan apa yang kita pilih. Bukan bersaing dengan orang lain, tetapi bersaing dengan diri yang sentiasa susah nak bangun pagi. Hidup ini pasti kita akan struggle dengan ujian-ujian, till one day you will cherish it.


Kaizan Nazlan
Usahawan Jalanan

BELAJAR DARI UNIVERSITI KEHIDUPAN


“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja” - Hamka


Satu perkara yang mungkin mereka dan kita terlupa akan kepentingannya dalam membina kehidupan ialah…
‘ILMU’
Keperluan ilmu adalah sangat penting pada hari ini berbanding zaman sebelumnya. Selepas kita meninggalkan zaman industri, kita sekarang berada di zaman informasi yang sentiasa bergerak laju ke hadapan. Pergerakan yang begitu pantas inilah menyebabkan nilai bagi sesuatu ilmu itu menjadi sangat tinggi. Jika tiada ilmu, maka kita akan ketinggalan.

Ramai yang mengejar gred akademik dengan cara menghafal ayat-ayat buku, soalan bocor dan formula lalu dimuntahkannya kembali di dalam dewan peperiksaan. Jika begini cara kita belajar maka percayalah masuk tahun atau semester hadapan, apa yang kita hafal itu semua akan hilang.

Seseorang yang berilmu itu bukan diukur dengan hanya sekadar menghafal teori-teori lama yang dipelajari di dalam kelas di sekolah atau teori-teori di dalam kelas pengurusan di universiti semata-mata.

Dalam dunia keusahawanan. Usahawan dan bakal usahawan perlu lebih didedahkan dengan ilmu-ilmu praktikal yang menjadi keperluan semasa kita pada hari ini. Perlu dipastikan juga ilmu yang dipelajari itu boleh dimanfaatkan dalam kehidupan. Dengan ilmulah seseorang itu akan lebih berani ke hadapan.

Persoalan saya, adakah institusi pendidikan hari ini sudah menyediakan persiapan yang cukup buat anak-anak muda bagi menghadapai dunia yang sebenar? Dunia yang penuh dengan cabaran, godaan dan kealpaan?

Sudah lengkapkah sistem pendidikan di sekolah dan universiti untuk mempersiapkan anak-anak muda bagi mendepani dunia sebenar yang kian lama kian mencabar? Sudah cemerlangkah sistem pendidikan kita dalam membina pemikiran manusia yang berwawasan, emosi yang mantap dan kerohanian yang suci?

Atau kita hanya sibuk membina generasi yang mengejar sijil? Yang suatu hari nanti mereka akan mula sibuk menjaja diri mereka dalam sektor-sektor swasta dan kerajaan? Jika tiada tawaran maka pengangguran akan menjadi pilihan. Apa yang malang lagi adalah apabila mereka membiarkan orang lain menentukan nilai diri sendiri dengan mengikut dan mempercayai kata-kata orang lain berbanding kata-kata hati yang ingin mendorong dan membangunkan diri.

Kita tidak boleh hanya bergantung kepada ilmu-ilmu yang diajar di sekolah mahupun di universiti semata-mata untuk berjaya di dunia dan akhirat. Hari ini kita perlukan ilmu-ilmu yang lebih praktikal, ilmu yang boleh dimanfaatkan pada situasi kita sekarang, ilmu yang mampu menjadi bekalan untuk seseorang itu membina sebuah kehidupan.

Namun ilmu semata-mata tidak mampu menjadikan kita tahan lasak dengan sepak terajang ujian kehidupan. Elemen utama selepas ilmu ialah elemen pentarbiyahan diri. Pentarbiyah atau dalam kata lain ‘latihan’ ialah elemen yang akan menguatkan diri seseorang itu saat diuji dan kental jiwanya untuk berani melangkah kehadapan kembali.

Kita sebenarnya memerlukan ilmu-ilmu dan pentarbiyahan kehidupan yang berjaya membentuk insan-insan luar biasa seperti tokoh-tokoh Islam seperti Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Salahuddin Al Ayubi, Ibnu Khaldun, Ibnu sina dan banyak lagi.

Kita perlu mencontohi tokoh-tokoh perniagaan seperti Steve Job, Antony Robbin, Oprah Winfrey, J.K Rowling, Bill Gates, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, Sulaiman Ar Rajhi sebagai inspirasi dan panduan membangunkan empayar perniagaan sendiri.
Kita juga perlu menjadikan pemimpin-pemimpin kerohanian yang hebat seperti Sheikh Yusuf Al Qaradawi, Hassan Al Banna dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz sebagai pedoman.

Ilmu dan pentarbiyahan ini tidak dapat kita miliki daripada sistem pendidikan sekolah dan universiti yang sedia ada semata-mata kerana banyaknya polisi dan silibus pendidikan hari ini dipegang ketat oleh orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Tetapi kita mampu mempelajarinya melalui sistem pendidikan yang diatur oleh Allah s.w.t.

Sistem pendidikan yang mengajar kita erti susah dan senang, cabaran dan dugaan, pemurah dan bakhil, bijak dan jahil, melalui pengalaman sebenar dan kita merasainya melalui kehidupan. Maka, saya namakan ia sebagai Universiti Kehidupan.

Realitinya, kita semua sedang melalui sebuah Universiti Kehidupan. Sama ada seseorang itu sedar atau tidak, hidup ini ialah sebuah ‘universiti’ yang besar yang tiada sempadan. Tidak kiralah kita belajar di UiTM, UTM, UTHM, UTP, UUM dan sebagainya. Hakikatnya anda, saya dan semua berpijak di sebuah universiti yang sama iaitu Universiti Kehidupan.

Di Universiti Kehidupan inilah tokoh-tokoh hebat yang saya nyatakan seperti di atas mendapat pendidikan utama mereka dan berjaya. Kita juga mampu menjadi seperti mereka. Memiliki kejayaan hebat seperti mereka. Tetapi, persoalannya ialah sanggupkah kita menempuhi ujian-ujian dalam Universiti Kehidupan?

Di Universiti Kehidupan kita akan mempelajari tentang dunia sebenar. Dunia yang penuh dengan pembelajaran, pengalaman dan warna-warni kehidupan. Dunia yang kadang-kala bercanggah dengan logik akal.

Saya ingin mengucapkan selamat datang ke Universiti Kehidupan.





HIDUP BUKAN SEPERTI CERITA CINDERELLA



Ramai orang mengimpikan kehidupan mewah ala-ala drama TV3 jam tujuh malam. Hidup kaya-raya, duduk di rumah besar dan pandu kereta mewah. Bercinta pula dengan wanita-wanita cantik seperti Mira Filzah, Neelofar dan Heliza Helmi atau lelaki kacak seperti Asyraf Muslim, Remy Ishak, Fahrin Ahmad dan Izzue Islam. Gaduh-gaduh kemudian bercinta.

Ringggggggggg! Loceng jam berbunyi. Buka mata, badan masih terlantar di atas katil empuk bersama baju tidur. Bilik besar, rumah pula banglo tiga tingkat. Masuk bilik air semuanya tersusun rapi. Sabun muka, ubat gigi, berus, pencukur bulu-bulu semunya kelihatan baru dan teratur.  Mandi pula menggunakan pancuran air panas. Fuhh.

Keluar bilik air, badan yang basah dilap dengan tuala tebal lagi empuk. Rambut pula dikeringkan dengan pengering rambut. Kemudian kemeja disarung pada badan dan seluar dipakai dengan cermat. Akhir sekali, tali leher diikat pada leher dengan kemas.

Penuh bergaya.

Sebelum keluar bilik, dilihat dahulu cermin besar yang tergantung dan dibetul-betulkan lagi rambut. Ermmm, muka macam Fahrin Ahmad. Fuhh.

Baju kot dicapai dan terus keluar.

Morning, papa…” Fahrin menyapa si ayah yang sibuk membaca akhbar sambil menghirup secawan kopi panas.

Morning, Fahrin…” balas Dato’ Mansor. Suaranya seperti Datuk Jalaludin Hasan.

Darling… Sudah-sudahlah tu baca paper. Makan lauk tu,” kata Datin Salmah. Mukanya seperti Liza Abdullah. Ehh sesuai ke tak eh? Tak mengapalah kita teruskan.

“Ehh Fahrin, tak nak makan dulu ker?” Tanya Datin Salmah.

“Tak apalah, mama. Rin kena cepat. Banyak kerja di pejabat tu.  Papa mama, I need to go now. Papa, see you di pejabat.”

Pakai kasut hitam berkilat dan masuk dalam kereta BMW warna merah. Vrooommmm… vroooommmmm…

Bila sampai pejabat, disapa pula oleh pembantu peribadi yang cantik.

Morning, Encik Fahrin. Saya dah sediakan kopi kegemaran encik di atas meja.”

Morning, Shila. Thank you so much.”

Rakan-rakan kerja Shila ada yang cemburu melihat situasi itu. “Pandai si Shila tu ambik hati si Fahrin. Tengoklah, aku pasti akan dapat Fahrin,” monolog Zie, musuh ketat Shila.

“Encik Fahrin, ada orang dari Kencana Holding datang nak berjumpa dengan Encik Fahrin. Saya minta dia tunggu di bilik tamu terlebih dahulu,” beritahu Shila.

“Oh, baik. Boleh suruh dia masuk.”

“Knokk… knookk…” Pintu dibuka.

“Encik Fahrin, ini Cik Nialofa dari Kencana Holding. Anak kepada Dato’ Salim.”

Dalam keadaan gerak peralahan, kamera zum dekat pada wajah cantik ayu Cik Nialofa. Muzik tiba-tiba kedengaran. Irama dan lagu bersatu.

Kelipan mata begitu memikat hati dan wajahnya cantik warna kekuningan langsat.

“Nuuuuurrrr Kasih… Nurrrr kasih…” lagu OST Nur Kasih mula kedengaran. Ehh, sesuai ker lagu Yasin dalam drama ini? Ahh, hentam sahajalah! Kita teruskan.

Hati Fahrin mula bermonolog, “Siapakah dia? Tidak pernah aku melihat gadis secantik ini… Waaaaahhh”

“Vrrooooooooooommm… Bangunn… Bangunnn... Oii, bangun dari mimpi!” kejut emak untuk bangun solat Subuh.

Air liur basi dilap dengan tangan sambil wajah masam mencuka. Arrrgggghhhhhhhh. Menguap kemain besar lagi.

Hakikatnya, hidup saya dan ramai orang yang saya kenal tidak seperti yang sering kita idam-idamkan seperti dalam drama TV, ya tak?

Menurut laporan akhbar sebanyak 400,000 orang masih menganggur. Angka itu hampir setengah juta.

Saya harap kita sedar bahawa hidup ini bukan macam cerita Cinderella yang buka-buka mata sahaja ada anak raja masuk meminang. Itulah hakikatnya.

Kita perlu buat sesuatu. Jangan terus menunggu.

Hidup ada asam garamnya, ada manis tebunya. Adakala kita senyum kegembiraan, ada masanya kita sedih kedukaan. Ramai dalam kalangan kita bukanlah dibesarkan dalam keluarga orang-orang besar yang mempunyai syarikat-syarikat besar.

Habis sahaja belajar boleh terus kerja jadi orang kanan di syarikat besar Daddy. Segala-galanya sudah siap disediakan. Pejabat, kereta, pembantu am (PA), pelanggan pun sudah ada. Tak perlu susah-susah turun padang buat marketing dan sales.

Hidup bukan sesenang dan seromantik seperti dalam-drama TV. Awal-awal pagi ketika langit masih gelap, ada yang sudah mula memacak payung gerai di tepi jalan, ada yang sudah bersesak di jalan raya dan pengangkutan awam dan ada yang sudah menunggu depan pintu kedai menunggu pelanggan datang.

Hidup kian mencabar dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Pesaing pula semakin kuat dan bertambah. Fikiran mula stres kebingungan. Namun, hidup perlu diteruskan.

Kerana itu sahaja jalan yang kita ada.

Zaman sekarang ialah zaman di mana kita perlu cari peluang atau cipta peluang. Tiada istilah tunggu peluang sebab kita bukannya anak menteri atau anak raja yang berbondong-bondong orang nak harta kita.

Ada yang dibesarkan dalam keluarga miskin, ada yang dibesarkan dalam keluarga sederhana dan ada yang kaya. Ia tidak penting di mana kita bermula tetapi ia amat penting di mana kita akan berakhir.

Tidak kira siapa kita, setiap orang ada ceritanya yang tersendiri. Kita adalah hero dalam filem kita tersendiri. Setiap hari, setiap jam dan setiap saat, kisah hidup kita dirakam dan akan ditayangkan di akhirat kelak.

Jadi, jadikan kisah hidup kita satu perjuangan hidup yang sangat bermakna dan mampu menjadi inspirasi kepada ramai. Teruskan bermimpi agar impian tidak mati. Teruskan berdoa dan berharap agar hati tidak mati. Teruskan langkah agar impian menjadi pasti.

Ingat. Jalan Terus!










Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia