-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

RM70,000 Habis Dalam Tempoh 30 Hari

"More worrying are cases where retirees withdrew 70% of their savings and spent the money in less than 30 days," - The Star Online

Katakan pencarum mendapat RM100,000.00 daripada keseluruhan pengeluaran caruman mereka dalam kwsp. Jika 70%, ertinya RM70,000.00 mereka berjaya habiskan dalam tempoh hanya 30 hari.

Katakan mereka bersara pada umur 55 dan average umur kematian bagi orang Malaysia adalah 75 tahun. Ertinya pencarum masih ada baki 20 tahun untuk hidup. Dengan RM30,000.00 yang masih berbaki, mampukah mereka menyara hidup selama 20 tahun?

Dengan baget belanja RM1,500 setahun?
manakala RM125.00 sebulan?

Seriously, cukup?

Agak susah untuk menjawabnya. Jika pencarum mempunyai simpanan lain di Takaful atau Public Mutual, ia sedikit sebanyak membantu memberi talian hayat buat pencarum untuk menyara hidup sendiri. Jika tidak, mereka hanya boleh mengaharapkan bantuan bulanan daripada anak-anak mereka. Yang berkemungkinan besar menjadi "keluarga sandwich".




Bagi saya secara personal. Jika wang RM70,000.00 itu dihabiskan untuk membayar hutang rumah atau kereta kerana sudah tidak mahu pening kepala membayar hutang. Atau menunaikan umrah bagi menguatkan lagi spiritual diri. Ia mungkin berbaloi, bergantung kepada "aulawiyat" iaitu kepentingan yang lebih utama daripada utama pencarum. Dan ia perlu dipastikan adanya back up plan terlebih dahulu.

Sebaliknya, jika ia dihabiskan untuk renovate rumah tambah dapur untuk kenduri, tambah kereta yang lebih besar, tambah cawangan isteri kerana terlalu gatal di tangan, atau berbelanja sakan di Paris, Vanice atau Songla, woho! buat apa tu? Bagi saya ia perkara yang tidak patut dan habits sebegini perlu diubah oleh generasi muda hari ini.

Kadang-kadang bukan lah wang yang tidak cukup, tetapi nasfu yang .


Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Bukan Anak Pak Menteri

Perkara Penting Dalam Hidup Yang Anda Boleh Belajar Dari Burung

Bismillah.

Ibrah Dari Sang Burung
Ini cerita realiti kehidupan.

Setiap hari sang burung akan terbang meneroka alam bagi mencari rezeki. Dapat atau tidak rezeki itu, itu bukan ilmunya, bukan kerjanya. 

Walaupun sang burung itu tidak pasti sama ada dia dapat atau tidak rezeki pada hari itu, sang burung itu tetap terus berusaha, tetap terus mencari, dan sentiasa berserah pada Tuhan.

Begitu juga dengan kita, perlunya untuk kita berusaha dan bertindak setiap hari, dapat atau tidak rezeki itu, itu bukan ilmu kita, bukan kerja kita. Kita berserah pada Tuhan.

Insyaallah, pasti ada rezeki.

Ini realiti, usaha perlu diiringi dengan tindakan, duduk termenung menunggu "kun faya kun" memang tidak menjadi, duduk termenung sambil memikirkan strategi terbaik tanpa melakukan tindakan memang rugi. 

Jangan takut untuk bertindak, kerana pada tindakan itu, adalah tangga-tangga mencapai apa yang dihajati. Percaya pada rancangan diri, dan yakin Tuhan ada disisi. 

Tuan/ Cik Puan, saya akhiri perkongsian saya ini dengan kata-kata ini;

"Jangan merancang terlalu lama, takut-takut satu apa pun tak menjadi"

Terus bertindak, dan yakin Tuhan ada disisi.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Usahawan Ikat Perut

78% PENCARUM KWSP GAGAL MENYIMPAN

78% pencarum KWSP tiada simpanan yang mencukupi untuk hari tua

Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang mencukupi sebanyak RM196,800 atau lebih untuk menampung kehidupan mereka dalam tempoh persaraan.

Ketua Jabatan Pengurusan Strategi KWSP Balqais Yusoff berkata, 78 peratus pencarum lagi tidak mempunyai asas caruman mencukupi untuk tempoh persaraan mereka.

Sambil menyatakan dari sudut pandangan KWSP bahawa realiti persaraan hari ini agak menyedihkan, beliau berkata daripada 6.7 juta pencarum KWSP yang aktif, 65 peratus daripada mereka mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan.


"Jadi, ini bermakna, berdasarkan definisi kami, di mana pesara akan memerlukan sekurang-kurangnya RM820 sebulan dalam tahun-tahun persaraan, mereka yang mempunyai simpanan RM50,000 hanya boleh bertahan selama lima tahun sebelum simpanan mereka kehabisan.

"Itupun jika mereka boleh bertahan hidup dengan RM820 sebulan. Kita tahu RM820 itu tidak cukup, di mana dengan jumlah itu hari ini, mungkin anda boleh berbelanja untuk barangan runcit dan itulah realiti kehidupan hari ini," katanya kepada Bernama, di Petaling Jaya.

Balqais berkata, jumlah simpanan asas RM196,800 untuk persaraan dikira sebagai RM820 sebulan.
Beliau berkata, pada hari ini KWSP mempunyai kira-kira 14.5 juta pencarum di mana 6.7 juta yang menyumbang sekurang-kurangnya sekali setiap 12 bulan dianggap sebagai pencarum aktif.

Katanya, struktur gaji yang rendah di negara ini adalah penyumbang utama kepada keadaan itu, di mana 89 peratus daripada penduduk yang bekerja mendapat kurang daripada RM5,000 yang diterjemahkan kepada kadar simpanan yang lebih rendah untuk KWSP.

"Dari segi kadar sumbangan, Malaysia adalah yang kelima tertinggi di dunia dari segi simpanan mandatori. Namun disebabkan struktur gaji ia tidak boleh diterjemahkan kepada bilangan simpanan yang tinggi," katanya.

Walaupun struktur gaji merupakan satu isu, beliau menjelaskan beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan terutamanya dasar gaji minimum di mana apabila kadar caruman dijajarkan dengan gaji minimum, keadaan itu akan bertambah baik.

"Oleh itu, kita perlu sentiasa mengkaji semula struktur gaji dan gaji minimum juga perlu dijajarkan dengan kos sara hidup yang terus meningkat,"katanya.

-Bernama

Credit to: https://m.malaysiakini.com/news/

WANITA BERSAMA 2 ORANG ANAKNYA DI JALANAN

Bismillah. Ketika turun dari tangga tren komuter Bandaraya, saya tersempak dengan seorang ibu muda bersama dua orang anaknya sedang duduk atas lantai di sekitar laluan tangga.

Ermm...

Kemudiannya saya turun melalui tangga tersebut, kelihatan seorang warga emas sedang berselawat dan ditangannya ada sebakul tisu. Dia sedang duduk diatas kerusi, betul betul di penghujung laluan tangga.
Ada satu perasaan yang timbul dalam hati saya apabila melihat kedua dua situasi ini, dan perasaan ini bukan suatu perasaan yang hanya "kasihan" atau "geram" kepada mereka.

tetapi perasaan itu adalah satu perasaan ingin "membantu", supaya mereka dapat mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.

Mungkin, inilah yang dikatakan sebagai "passion".

p/s: sahabat sahabat, mohon doakan saya supaya saya kuat dan mampu membantu mereka.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Gambar sekadar hiasan

WANITA INDIA INI MENJAGA 2 ANAK BERBANGSA CINA SEPERTI ANAKNYA

Bismillah. 
 
Ketika membuat kerja kebajikan, ada suatu incident yang menarik perhatian kami. Ada dua orang kanak kanak berbangsa cina(seorang kakak dan seorang adik lelaki) memeluk erat seorang wanita berbangsa india, lingkungan 50an.

Rakan saya. Kak Nora memanggil si kakak itu. Ketika itu, kanak kanak dan para ibu ibu sedang bersiap dan berkumpul untuk menutup sesi pembelajaran.

"Hai.....what is your name?" kami senyum kepada dia

"My name is Yap.........." dia senyum dan bersemangat.

"Where do you leave?"

Saya tidak ingat nama tempat yang disebut.

Kemudian rakan saya bertanya lagi," where is your mama and papa?"

Dia terdiam...air mukanya kelihatan berubah, dari pada wajah ceria kepada wajah sedih. Barangkali kerana tidak tahu kepada jawapan tersebut.

kami cepat cepat mengubah soalan. dan menceriakannya. Kami berikan kepada dia dan adiknya gula gula. Mereka suka. Senyuman terpapar di wajah mereka. Kemudian mereka berlari dan memeluk penjaga mereka yang berbangsa india tadi. 

Kami senyum kepada "auntie" tersebut. Kami kagum dengannya. Walaupun apa jua kisahnya. Keep moving forward. Kami sedia membantu.

Kami tidak ada upah, tidak ada bayaran. Malah duit kami yang perlu dikeluarkan. Kami tidak mengharapkan apa apa. Cukuplah dapat melihat mereka senyum. Itulah hadiah yang best kepada kami.
Benda ini semua mengajar kami menjadi insan.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan


5 Pesanan Untuk Para Graduan Muda

Bismillah. Tahniah dan syabas kepada anda yang berjaya menghabiskan tempoh pengajian anda di University/kolej. Terutamanya kenalan-kenalan saya di UiTM Kedah. You make your parents proud. (tepuk tangan, tepuk bahu...) senyum.


Suka saya berkongsi kepada anda, 5 perkara yang tersangatlah penting dan ianya perlu anda tahu dan fahami bagi seorang graduan muda.

1) Jika anda ingin memiliki kereta. Sebaiknya beli kereta second hand yang masih elok dengan cash.

2) Jika anda ingin berniaga, mulakan modal perniagaan anda tidak lebih RM1000.

3) Bila sudah sampai seru anda untuk berumah tangga. Gunakan duit sendiri. Jangan jumpa bank atau ah long.

4) Bila ingin membina kerjaya. Tidak perlu segan bermula dari bawah. Komitmen itu penting.

5) Bila dapat gaji bulanan. Bayar ibu dan ayah anda dulu, biar mereka merasa rezeki melalui anda. pasti mereka suka.

Moga ianya bermanfaat.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Ceramah Motivasi: Saya Pelajar Cemerlang!

Bismillah. Sharing asar.

" Jika hidup dan mati kita boleh pilih, maka apatah lagi kejayaan dan kegagalan."

"Kita perlu sedar bahawa kita sentiasa ada pilihan"

"Maka pilihlah jalan jalan yang mendekatkan anda dengan ketaqwaan, kejayaan dan kebahagian"



Had a great time with these great people!

Warga Sekolah Model Khas Baling, form 4 & form 5. Saya mendoakan anda cemerlang dunia dan akhirat.
Khoir!
 
p/s: Kita boleh pilih untuk hidup atau mata, tetapi yang menghidupkan dan mematikan adalah Allah.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

JANGAN MENANGIS: KISAH 2 BUDAK BERNIAGA GERAI WESTERN GRILL DI KG BAHRU

[ ADA KERJA KOSONG? ]

Satu hari itu aku mendapat kiriman whatapp dari kawan baik aku.
“Hasbullah”.

“Khai, engkau ada kerja kosong?”

Aku terkejut dengan soalannya. Seorang Chef yang berbakat bertanyakan soalan sebegitu kepada aku. Aku faham keadaannya, aku follow perkembangannya dalam perniagaan, jatuh bangunnya aku tahu. Aku terdiam seketika,dan merenung panjang skrin telefon aku.

“Bul, aku takda kerja kosong, tetapi aku ada peluang yang mungkin engkau berminat”

“Apa dia Khai?”

“Aku ada tapak di Kampung Bahru, apa kata kita berniaga bersama di situ. Kau berminat?”

[ DAPUR HALIJAH ]

Wajahnya masih segar dalam bayangan fikiran ku. Aku masih ingat senyumannya, insan itu benar-benar mendamaikan hati aku. Sering kali juga dia mengusik dan memberi ceramah(complaint) sambil menepuk kuat anak kesayangnya itu depan aku. Mana tak nya, bawak kereta laju nak mampos!. woho. Bila dikenang kembali saat itu, memang kelakar.

Aku tidak dapat membayangkan perasaan Hasbullah apabila dia mendapat khabar berita bahawa ibu kesayangnya itu telah meninggal dunia. Aku hanya mampu berdoa agar arwah sentiasa dalam rahmat Allah dan dikasihi Nabi s.a.w di dunia sana.

Hari ini, kami berdua bersetuju untuk meletakkan nama “Halijah”, sempena nama arwah ibu Hasbullah. Sememangnya menjadi impian arwah Mak Cik Halijah bagi melihat anaknya itu menjadi seorang “Chef”. Aku tersenyum kerana kini impian arwah berada di depan mata ku.

Aku kenal Hasbullah, banyak kisah jatuh bangunnya dalam merialisasikan impian arwah ibunya. Sememangnya dia seorang yang kental dan berani menempuh ujian.

Aku pula? Aku seorang usahawan dan seorang professional trainer. Bidang Food & Beverages ini sememangnya adalah ruang dan peluang bagi aku untuk melebarkan sayap perniagaan aku. Aku bukan seorang usahawan wannabie yang mempunyai papa dan mama yang banyak harta dan kekayaan seperti Ceo-ceo dalam drama melayu dan apatah lagi seperti Pak-pak Menteri, aku adalah seorang usahawan ikat perut, banyak perkara yang perlu aku belajar dan aku bermula dari bawah.

Kini “Dapur Halijah” sudah dibuka oleh kami bersama. Ia bukanlah bererti cerita ini sudah tamat, tetapi ia bererti bahawa travelog kami sudah masuk ke chapter yang baru. Chapter yang sememangnya akan mengalahkan movie Diwale! Dan Ola Bola! Haha..ini azam kami. Susah senang kita harungi bersama.

Bak kata Muthu kepada Ali " I Cover You, You Cover I"
Bismillah. Kami melangkah. Moga Allah Redho.

Al Fatihah buat Arwah Mak Cik Halijah.
Usahawan Ikat Perut(Bukan anak menteri)
Kaizan Nazlan


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lokasi: Jalan Raja Abdullah, Kg Baru, KL
Landmark: MBSB Dang Wangi, Bank Islam Dang Wangi.
Waktu operasi: 6 p.m. - 12 p.m.
Facebook: Dapur Halijah F & B (https://www.facebook.com/ayamsantanpanggang/)

BACA INI SEBELUM ANDA BERHENTI KERJA UNTUK MELAKUKAN BUSINESS

Nak Berhenti Kerja Sebab nak mulakan business? 

Bismillah. Ada rakan-rakan saya yang mengeluh perihal kerja mereka. Ramai yang mengatakan kerja yang mereka lakukan sekarang tidak setimpal dengan gaji yang mereka terima. Lebih-lebih lagi mereka yang duduk di kawasan lembah Klang. 
Bila ada diantara rakan-rakan saya yang bercadang untuk berhenti kerja dan nak mulakan business. ini cadangan yang sering saya bagi kepada mereka baru baru ini.
1) "Tunggu dulu, Ekonomi sekarang sedang kemarau. bahaya jika.berhenti tiba-tiba."
2) "Lakukan business sebagai kerja part time dahulu. dapatkan rentak."
3) "Jika memang sudah tiada pilihan lain, mulakan business anda. Tetapi mulakan dengan modal kecil, biar kecil asalkan berhasil."
Maafkan saya. jika saya tidak sependapat dengan anda yang lain.
p/s: Saya sertakan artikel menarik untuk anda cerna. (klik link di bawah)

About 78% Of Jobs Lost Come From Finance, Insurance Sectors



Kaizan Nazlan
Usahwan Ikat Perut

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia