-->

Wednesday, July 31, 2013

Terpengaruh dengan "The So Called Expert"
Banyak orang muda terperangkap dengan hutang sepanjang umur dia, sehingga ada yang jatuh muflis..macam mana perkara ini boleh terjadi?
Ramai suri rumah terkapai kapai, apabila si suami meninggal dunia hingga terperangkap dalam hutang dan orang2 yang ingin ambil kesempatan..macam mana perkara ini boleh terjadi?
Ramai pesara-pesara pencen masih lagi terperangkap dengan pelbagai bebanan, termasuk bebanan hutang, dan negative cash flow..macam mana perkara ini boleh terjadi?

Selepas penat meluahkan rasa tidak puas hati kenaikan "Harga Barang", apa tindakan seterusnya? ini adalah perkara yang majoriti kita terlepas pandang, dan malas nak pandang2..ehh bukannya haram pun..



"Pengurusan Keewangan" , kita selalu silap di bahagian ini.

macam mana boleh silap?

silapnya adalah bila kita meminta nasihat keewangan dari orang2 yang "so called expert" dalam bidang finance. Diorang pakai baju kemeja dengan kot sikit, kita dah terpedaya. Kita silap sebab terlalu bergantung pada orang.

siapa diorang?

diaorang adalah "BANK", "agent Insurance", "Broker asset", "Along yang tak berapa nak tolong", "penjual kereta" dan yang sebaris dengannya, nampak gambaran bukan?

Matlamat diorang bukan untuk menyimpan duit dalam poket kita, tapi matlamat diorang adalah untuk keluarkan duit kita dari poket kita.

Jadi dioranglah yang berdusta ya?

Taklah, yang paling berdusta atau berbohong adalah diri kita sendiri. Ya, kita terperangkap dengan janji2 mereka disebabkan kita tidak ada ilmu berkenaan financial, kita mengharapkan orang lain untuk mneguruskan keewangan kita secara total, inilah kesilapan besar kita.

BANK, agent insurance dan lain2 tu, mereka tak salah, mereka nak cari makan jugak macam kita. Isunya siapa yang bijak akan dapat kawal duit.

"kesilapan kita adalah disebabkan kita tidak berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita berkenaan keewangan kita"

Realiti sekarang ini, kita lebih menyalahkan orang lain atas permasalahan yang dihadapi, bila harga barang naik, secara automatik kita terus salahkan "KERAJAAN" secara total. Mismanage duit, rasuah, tak pandai pengurusan, tu semua memang ada dalam kerajaan, tapi, ia bukan alasan kita untuk menyelahkan mereka 100%, kita ni macam mana? nampak sangat, kita terlalu mengharapkan kerajaan, bukan mengharap pada ALLAH.


Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia