-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

78% PENCARUM KWSP GAGAL MENYIMPAN

78% pencarum KWSP tiada simpanan yang mencukupi untuk hari tua

Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang mencukupi sebanyak RM196,800 atau lebih untuk menampung kehidupan mereka dalam tempoh persaraan.

Ketua Jabatan Pengurusan Strategi KWSP Balqais Yusoff berkata, 78 peratus pencarum lagi tidak mempunyai asas caruman mencukupi untuk tempoh persaraan mereka.

Sambil menyatakan dari sudut pandangan KWSP bahawa realiti persaraan hari ini agak menyedihkan, beliau berkata daripada 6.7 juta pencarum KWSP yang aktif, 65 peratus daripada mereka mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan.


"Jadi, ini bermakna, berdasarkan definisi kami, di mana pesara akan memerlukan sekurang-kurangnya RM820 sebulan dalam tahun-tahun persaraan, mereka yang mempunyai simpanan RM50,000 hanya boleh bertahan selama lima tahun sebelum simpanan mereka kehabisan.

"Itupun jika mereka boleh bertahan hidup dengan RM820 sebulan. Kita tahu RM820 itu tidak cukup, di mana dengan jumlah itu hari ini, mungkin anda boleh berbelanja untuk barangan runcit dan itulah realiti kehidupan hari ini," katanya kepada Bernama, di Petaling Jaya.

Balqais berkata, jumlah simpanan asas RM196,800 untuk persaraan dikira sebagai RM820 sebulan.
Beliau berkata, pada hari ini KWSP mempunyai kira-kira 14.5 juta pencarum di mana 6.7 juta yang menyumbang sekurang-kurangnya sekali setiap 12 bulan dianggap sebagai pencarum aktif.

Katanya, struktur gaji yang rendah di negara ini adalah penyumbang utama kepada keadaan itu, di mana 89 peratus daripada penduduk yang bekerja mendapat kurang daripada RM5,000 yang diterjemahkan kepada kadar simpanan yang lebih rendah untuk KWSP.

"Dari segi kadar sumbangan, Malaysia adalah yang kelima tertinggi di dunia dari segi simpanan mandatori. Namun disebabkan struktur gaji ia tidak boleh diterjemahkan kepada bilangan simpanan yang tinggi," katanya.

Walaupun struktur gaji merupakan satu isu, beliau menjelaskan beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan terutamanya dasar gaji minimum di mana apabila kadar caruman dijajarkan dengan gaji minimum, keadaan itu akan bertambah baik.

"Oleh itu, kita perlu sentiasa mengkaji semula struktur gaji dan gaji minimum juga perlu dijajarkan dengan kos sara hidup yang terus meningkat,"katanya.

-Bernama

Credit to: https://m.malaysiakini.com/news/

WANITA BERSAMA 2 ORANG ANAKNYA DI JALANAN

Bismillah. Ketika turun dari tangga tren komuter Bandaraya, saya tersempak dengan seorang ibu muda bersama dua orang anaknya sedang duduk atas lantai di sekitar laluan tangga.

Ermm...

Kemudiannya saya turun melalui tangga tersebut, kelihatan seorang warga emas sedang berselawat dan ditangannya ada sebakul tisu. Dia sedang duduk diatas kerusi, betul betul di penghujung laluan tangga.
Ada satu perasaan yang timbul dalam hati saya apabila melihat kedua dua situasi ini, dan perasaan ini bukan suatu perasaan yang hanya "kasihan" atau "geram" kepada mereka.

tetapi perasaan itu adalah satu perasaan ingin "membantu", supaya mereka dapat mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.

Mungkin, inilah yang dikatakan sebagai "passion".

p/s: sahabat sahabat, mohon doakan saya supaya saya kuat dan mampu membantu mereka.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Gambar sekadar hiasan

WANITA INDIA INI MENJAGA 2 ANAK BERBANGSA CINA SEPERTI ANAKNYA

Bismillah. 
 
Ketika membuat kerja kebajikan, ada suatu incident yang menarik perhatian kami. Ada dua orang kanak kanak berbangsa cina(seorang kakak dan seorang adik lelaki) memeluk erat seorang wanita berbangsa india, lingkungan 50an.

Rakan saya. Kak Nora memanggil si kakak itu. Ketika itu, kanak kanak dan para ibu ibu sedang bersiap dan berkumpul untuk menutup sesi pembelajaran.

"Hai.....what is your name?" kami senyum kepada dia

"My name is Yap.........." dia senyum dan bersemangat.

"Where do you leave?"

Saya tidak ingat nama tempat yang disebut.

Kemudian rakan saya bertanya lagi," where is your mama and papa?"

Dia terdiam...air mukanya kelihatan berubah, dari pada wajah ceria kepada wajah sedih. Barangkali kerana tidak tahu kepada jawapan tersebut.

kami cepat cepat mengubah soalan. dan menceriakannya. Kami berikan kepada dia dan adiknya gula gula. Mereka suka. Senyuman terpapar di wajah mereka. Kemudian mereka berlari dan memeluk penjaga mereka yang berbangsa india tadi. 

Kami senyum kepada "auntie" tersebut. Kami kagum dengannya. Walaupun apa jua kisahnya. Keep moving forward. Kami sedia membantu.

Kami tidak ada upah, tidak ada bayaran. Malah duit kami yang perlu dikeluarkan. Kami tidak mengharapkan apa apa. Cukuplah dapat melihat mereka senyum. Itulah hadiah yang best kepada kami.
Benda ini semua mengajar kami menjadi insan.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan


Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia