-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

BUDAK DARJAH 6 MINTA COUPLE?

15 July 2015
Saya tidak pernah kenal erti couple, sehinggalah ada seorang rakan kelas saya ini minta couple dengan saya. Ketika itu saya form 3.
“Haaa kau nak Couple?”
Tanya saya seakan terkejut dengan permintaan rakan sekelah saya. sama umur.
“Ermmm…  boleh kan?”
Melihat wajahnya yang bersungguh-sungguh, tangannya digembam dengan penuh harapan, apabila fokus lagi pada wajahnya, terlihat jerawat-jerawat dan black haits nya pehh, kemudian barulah nampak senyuman di bibirnya. Tetap juga manis bagi seorang gadis melayu. Berbaju kurung dan bertudung. Alhamdulillah ni.
UiT!!!!!!…Cepat-cepat saya sedarkan diri daripada memandang wajahnya. Astaghfirullah. kena kawal macho ni, kena jual mahal ni. baik
Saya tanya pada dia,
“hmmmm, apa itu couple?” (kawal macho)
Iya, saya bukan lah lembab sangat untuk tahu couple itu adalah antara buayafriend dan gelifren, tetapi apa itu couple? Apa tujuannya? Apa yang saya boleh bantu dia dengan couple seawal usia 15 tahun ni? Mana saya mampu nak sara dia, Spender saya pun mak saya belikan, inikan makan minum dia pula, tiket wayang dan top up handphone dia.
Gadis itu tidak dapat menjawab persoalan-persoalan yang saya timbulkan.  Tetapi dia tetap nak juga couple dengan saya. Comfirm, dia sendiri tidak faham kenapa ingin bercouple, hanya mengikut perasaan waktu zaman remaja sahaja.
Pelik, manusia bersungguh-sungguh inginkan sesuatu yang dia sendiri tidak faham.
Apabila saya masuk form 4, dan berpindah ke sekolah SMK, baru saya sedar, dunia couple ini sangat famous.
“Haaa… itu awek aku, kau jangan kacau”
“Abang….. nak couple”
“Siapa nama awak?” Budak darjah 6 menyapa saya.
Puffffff…. Tersembur air dalam mulut saya.
Ketika di zaman form 5 saya, budak-budak form 1 mula menggedik-gedik dengan budak-budak form 4 dan 5. Normal masa itu.
Yang lagi dasyat, sketsa couple ini juga turut terpengaruh kepada budak sekolah rendah. Budak darjah 6 sudah mula pandai minta couple dengan rakan sekelasnya. Adik, abang dan kakak angkat menjadi trend.
Perghh.
Sampai sekarang, saya masih tidak tahu apa itu couple. Apa peranannya, apa logikanya, apa manfaatnya. apa manfaatnya bercouple sebelum nikah ini?
Cuma saya tahu, couple ini berperanan apabila kita sudah bernikah. Ustaz yang bagi tahu.
Bagi pendapat saya, adalah lebih baik kita simpan wang kita dan mula melabur, daripada belanja top up, belanja makan, belanja tiket wang si dia, yang belum tentu lagi menjadi pasangan suami/isteri kita.
Masa dan tenaga kita pula, gunakan sebaiknya dalam menimba ilmu, membuat kerja-kerja kebajikan dan tolong orang tersayang di dapur. Pelaburan pahala.
Bukannya saya tidak pernah bercouple, pernah suatu ketika dahulu. Tetapi agenda saya ini telah dihantam kuat oleh Penasihat Perdana Menteri ketika itu(ibu saya). Saya endahkan bantahan itu, sehinggalah ada peristiwa yang membuat hati saya terluka di antara saya dan dia, sakitnya tuh disini, huhu. apa kekecewaan itu? biarlah rahsia. Disitulah saya kembali mendengar nasihat-nasihat dari Penasihat Perdana Menteri(ibu saya). Ibu saya lebih memahami.
Alhamdulillah, Ibu dan ayah saya tidak memberi kasihan sayang melalui wang dan harta, jika tidak sudah tentu saya akan banyak berhibur sana-sini dengan kawan dan aweks, kerana ada wang! dan tiada ilmu dan tiada kekuatan iman. Sebaliknya mereka memberi kasih, dorongan positif untuk sentiasa “move forward”, ilmu agama dan sharing pengalaman, agar saya lebih matang.
“Bersungguh-sungguh melakukan perkara yang sendiri tidak faham, pelik” dan”Bersungguh-sungguh melakukan perkara yang kita faham, itu osem!” asalkan halal.
 sumber asal: kaizannazlan.net / http://kaizannazlan.net/budak-darjah-6-minta-couple/
Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

TUM: RAMADHAN AKU DATANG – PERCUMA!

HADIAH DARI SAYA BUAT ANDA
Bismillah- saya ada sertakan 30 senarai idea business dalam buku "TUM: RAMADHAN AKU DATANG". Anda boleh praktikkan secara santai, dalam bulan Ramadhan. Walaupun anda berniaga, ketahuilah, pahala lebih bernilai dari wang ringgit. selamat membaca
Ikuti kisah luar biasa ini dalam “TRAVELOG USAHAWAN MUDA: Ramadhan Aku Datang” pasti anda akan temui RAHSIA AGUNG ILAHI.
Dalam bulan yang penuh barakah ini, saya mempersiapkan hadiah buat teman-teman semua, tanda penghargaan saya kepada anda semua. ia merupakan penulisan santai saya, selamat membaca.
“TRAVELOG USAHAWAN MUDA: Ramadhan Aku Datang”

Tuan-tuan, cik puan-cik puan boleh download ebook “TRAVELOG USAHAWAN MUDA: Ramadhan Aku Datang” secara percuma di http://bit.ly/1Cf0HX2 . Tawaran ini hanya valid sepanjang bulan Ramadhan ini sahaja, jadi download lah laju-laju.
kepada yang sudah membacanya, feedback anda sangat-sangat saya hargai. email saya di kaizannaz@gmail.com atau fb: KAIZAN NAZLAN .
p/s: Jemput singgah ke blog penulisan baru saya, kaizannazlan.net
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
moga bermanfaat. sekian, saya suka.

Professional Trainer
Self Empowerment & Financial
Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan



SIAPA MELAMAR DULU?

jodoh_ajal
Tak Tahulah mana satu datang dulu...astaghfirullah

kaizannazlan.net

Be Comfortable To Be Uncomfortable

success_quotes
Be comfortable to be uncomfortable

For more artikel, visit: kaizannazlan.net

BLOG AWESOME PEMBANGUNAN DIRI & KEWANGAN ANDA

Assalammualaikum sahabar-sahabat, 

Moga anda berada dalam keadaan hebat sentiasa. Suka saya umumkan bahawa blog di bawah ini merupakan blog terbaru saya. yang akan mengantikan peranan blog lama saya (penapadi.blogspot.com). 


kaizannazlan.net merupakan blog dimana saya menulis berkaitan pembangunan diri, tips-tips kewangan dan update program terdekat saya. Walau bagaimana pun blog penapadi.blogspot.com akan terus aktif dengan perkongsian-perkongsian menarik. insyaalllah. Jemput singgah ke kaizannazlan.net

#kaizannazlan

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Professional Learning Trainer
Penulis Buku Travelog Usahawan Muda

BENGKEL KEWANGAN: KUASA ALIRAN WANG


[ KUASA ALIRAN WANG ]
// 5 Perkara Anda Bakal Pelajari //
ISI KANDUNGAN KURSUS :
• Kaedah penyimpanan wang berkesan
• Kaedah Perlindungan harta bijak
• Pelaburan hensem
• Bedah Siasat Status Kewangan Kita
• Persiapan GST
• Mengenalpasti Perangkap Kewangan
• Pelaburan hensem
• Perlindungan harta
HASIL PEMBELAJARAN
1) Peserta akan memahami cara menyimpan wang dengan lebih efektif dengan teknik 6 Tabung Ajaib.
2) Peserta akan mengetahui kaedah perlindungan harta yang bijak dengan teknik smart coverage.
3) Peserta memahami cara pelaburan yang bijak dengan teknik compounding power.
4) Membantu peserta membedah siasat status kewangan peribadi mereka dengan financial report.
5) Membantu peserta membuat persiapan GST dengan teknik ABCD Model.
NILAI PELABURAN KURSUS: KUASA ALIRAN WANG
Nilai Early Bird (sebelum 15 Mac 2015): RM97/ seorang
Nilai Selepas Early Bird: RM157/ seorang
Jangan lepaskan peluang! Daftar sekarang!
Visit: kaizannazlan.net
sila hubungi: 019-4501495

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia