-->

Wednesday, July 31, 2013

Macam mana kita boleh terjebak dengan Hutang Lapuk?/ Bad Debt

Korang perlu tahu good debt dan bad debt...

Ia bukan masalah dengan diri kita, tapi ia adalah masalah dengan pengurusan keewangan kita..Berhutang itu tidak menjadi masalah, yang masalahnya ialah tiada ilmu pengurusan keewangan,itu yang masalah..


Bagaimana Kita Terjebak Dengan Hutang Lapuk?

Barangkali kalian tidak pernah merancang bila sepatutnya berhutang. (Ya! merancang hutang juga perlu.) Tahu-tahu sahaja komitmen hutang terlalu tinggi menyebabkan setiap bulan duit gaji cukup-cukup sahaja.
Hati-hati kepada kalian yang belum mengalami situasi ini. Rancang wang (dan hutang) dari sekarang!
Berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang yang bersifat hutang lapuk (bad debt):
1. Hutang kerana perkahwinan
Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang (RWDS), saya menganggarkan kos perkahwinan di bandar khususnya mencecah paling sedikit RM 30,000.
Justeru, kalian yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran, jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh berkahwin tanpa berhutang.
2. Hutang membeli kenderaan
Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru, walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut. Awas!
Pembaca buku RWDS kini sudah mengetahui 3 cara untuk menentukan kita layak membeli kereta yang mana satu.
3. Hutang kad kredit
Kad kredit adalah bagus untuk kalian yang berdisiplin sahaja. Sekiranya kalian bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat kalian untuk mempunyai walaupun satu kad kredit.
4. Hutang membeli rumah (untuk diduduki)
Sekali lagi saya perlu mengingatkan, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda.
Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah. Sekiranya kalian masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik air sahaja terlebih dahulu.
Jadikan rumah yang anda bakal duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih sesuai untuk pembesaran anak-anak.
5. Hutang membeli kelengkapan rumah
Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama 24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu kalian ingat adalah, barang elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan rumah berharga RM 300 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?
Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!
Sumber: http://bit.ly/aHLlzG Pakdi.net

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia