-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

BAGAIMANA LELAKI INI MENIPU ORANG RAMAI SUPAYA PERCAYA BAHAWA DIA KAYA DAN TERKENAL SEPERTI ARTIS



Video diatas merakamkan bagaimana seorang melakukan prank secara besar-besaran kepada khalayak ramai. Bagaimana dia boleh membuat orang percaya bahawa dia kaya dan terkenal memang membuat orang ramai terkesima dan seakan tidak percaya.


"Haaaa....semudah itu?"

Hakikatnya ia tidak mudah, ia perlukan banyak bantuan untuk menjayakan prank tersebut. Dengan bantuan berberapa orang rakan sebagai body guard, juru gambar, wartawan media dan peminat mereka mula merancang bagaimana untuk mengenakan “prank” kepada khalayak ramai.

Mungkin ini falsafah "fake it, till everyone believe in it"

Video ini hanya selingan untuk message utama yang ingin saya sampaikan.

Dalam dunia ini jenis mereka yang berlakon untuk mendapat populariti, pengaruh, harta kekayaan ini ramai. Bermacam orang, bermacam ragami. Mereka sebenarnya berlakon dan menjual harapan bagi memperoleh kepentingan yang mereka ingini.



JUAL HARAPAN PALSU (PRODUK KECANTIKAN)

"Produk ini memang terbaik. Seminggu makan, kulit putih, buah dada mantok, miss v ketat. Bonda buat sendiri semua ini, formula turun temurun dari keturunan puteri Gunung Ledang"

Maka team cybertrooper yang diupah mula support. "i'olls dah guna jenama ini, suami i semakin sayang"

"Walaupun akak dah anak 7, bila guna produk ini nampak macam anak dara, putih kurus melecun"

Dan bermacam macam lagi testimoni reka sendiri berderet di ruangan komen insta, fb dan sebagainya.
 
Maka berduyun duyun mereka yang nak kurus, cantik, putih, ketat dan sebagainya beli dan ada yang beli sekali bundle supaya boleh menjadi agent dan stokis.

Akhirnya, Penjual krim, ubat kecantikan yang dibeli secara bundle dari kilang ini juga yang masyuk.


MENJUAL HARAPAN PALSU DENGAN PERNIAGAAN DAN PELABURAN

"masuklah team mlm aku, aku akan groom sampai kau jadi kaya dan berjaya seperti aku. Paling lambat setahun, kau pasti akan kaya"

Untuk menguatkan keyakinan prospek, maka kuncu-kuncu skim ini mula menjalankan modus operandi mereka menggunakan story telling klise mereka.

Orang-orang yang diupah berkata, "betul katanya. Aku dulu susah, banyak hutang. Kemudian aku follow brother ini. aku dah follow dia baru setahun, Alhamdulillah boleh pakai Hondo CRV. kau kena join, boleh kaya dan berjaya. Rumah besar, kereta BMW beli cash"

Seorang lagi watak yang memakai kopiah pula berkata "Alhamdulillah sheikh abe ni bukan ore senang, ore kampung ja. Bila tahu pasal ni abe ikut, sebab benda ini halal,tak rugi cuba. Abe dah buat lama dah. Tiap tiap taun boleh bawa mak ayah abe buat umrah. Sebulan sekali abe boleh boei pada mahaad tahfiz dekat rumah abe, boleh saham akhirat"

Maka mereka yang ingin mengubah hidup untuk kaya dunia dan akhirat juga terjerat dalam permainan si buntal yang tamak akan harta orang lain.


MENJUAL HARAPAN PALSU DENGAN AJARAN BARU

"marilah ikut Ayah, kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar"
 
maka pengikut-pengikut mereka sujud, cium kaki, cium tangan dan hulurkan duit berkepuk kepuk. Lalu orang-orang yang baru direkruit ke dalam ajaran ini pun lakukan sahaja seperti orang-orang lama, tanpa menyoal apa apa. Kerana takut dilabel biadap kepada tok guru mereka.
 
Untuk menambah keyakinan orang, maka orang-orang suruhan mula membuat kerja mereka. 

"Aku nak habaq, aku belum pernah lagi jumpa Tok Guru macam Haji Abuja, sangat alim, solat tahajud tak pernah tinggal"

"Benar, pernah sekali aku ikutnya pergi berdakwah di siam, Bangla Road. Aku lihat awan ikut sahaja memayungi perjalanan Haji Abuja"

Maka orang yang mula nak dekatkan diri kepada Allah, akhirnya termasuk ke dalam mulut buaya bernafsu khinzir di hutan.

Demi meragut harta kekayaan dan memliki pengaruh dari orang ramai mereka sanggup berdusta.

Wahai mereka yang berdusta. Bertaqwa lah!

Ini adalah peringatan buat kita semua, agar sentiasa berhati-hati. Jangan mudah percaya dengan apa yang dilihat, didengar, kaji terlebih dahulu agar tidak termasuk dalam mulut harimau dan buaya. Moga kita semua dijauhkan dari mereka-mereka ini.

SAYONARA KAMPUNG BAHRU KARYA KONTROVERSI MENGKRITIK MENTALITI


Karya terbaru saya "Sayonara Kampung Bahru" bakal terbit tidak lama lagi. Buku ini dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Disember 2018.

Ada apa dengan Kampung Bahru? Pasti ramai yang tahu akan kewujudan sebuah perkampungan melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sering kali menjadi perhatian pelabur-pelabur hartanah dan kunjungan pelancong-pelancong luar.

Mana tidaknya, dek kerana faktor lokasinya yang berada di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur, menjadikan ia unik di mata ramai dan menjadi lubuk emas membina kekayaan.

Selain daripada itu Kampung Bahru turut dikenali sebagai port syurga makanan. Dari makanan siam ke eropah semuanya ada.  Setiap hujung minggu pasti penuh dan padat dengan manusia yang kelaparan. 

Namun apa yang ingin diketengahkan dalam buku ini bukanlah soal lokasinya yang strategik dan bukan juga soal makanannya yang sedap. Perbincangan dalam buku ini jauh lebih  penting dari soal lokasi dan makanan. 

Dalam buku "Sayonara Kampung Bahru" saya mengetengahkan isu-isu panas yang dialami oleh kaum melayu bumiputera di Malaysia.

Ia bakal mencetuskan kontroversi. Apa-apa pun anda perlu baca dahulu. 

Nantikan sesi resensi "Sayonara Kampung Bahru". Untuk mengetahui lebih mengenai buku yang bakal mengundang kontroversi ini.

*****


"Khasiat buku ini adalah anda akan merasa pahit dengan kebenaran, manis dengan kejujuran. Kedua-duanya adalah ubat memberi kebaikan kepada akal fikiran"

Tiga prolog dikongsikan sebagai buah mula pembacaan buku ini.

PERBEZAAN APABILA CINA DAN MELAYU MATI
“Satu Cina mati, satu jutawan dilahirkan, satu Melayu mati, satu tanah terpaksa digadaikan” Begitulah kata-kata seorang kenalan berbangsa Cina.


ANTARA DUA DARJAT
“Tanah ini dulunya milik kita, tetapi banyaknya pemilik condo-condo ini bukanlah dalam kalangan orang melayu kita. Tetapi orang-orang luar yang bekerja dan menetap di Malaysia. Hanya mereka yang berduit dan orang berpangkat yang duduk di condo itu”


KALAU BUKAN KITA MENGANGKAT, SIAPA LAGI? 
Tidak perlu untuk sajikan pulut kuning dan bunga telur di setiap majlis keramain untuk mengatakan kita ini melayu. Tidak perlu juga menjunjung keris dan megucupnya di setiap perhimpunan untuk menunjukkan kita ini pejuang melayu.

Tetapi cukuplah dengan memperbaiki “janji” kita.
“JANJI MELAYU”

KEPENTINGAN PERANCANGAN PERSARAAN BUAT USAHAWAN




Bagi saya amat penting bagi setiap usahawan untuk ada perancangan persaraan. Sebenarnya bukanlah usahawan sahaja, semua orang wajib ada perancangan persaraan.

“Berapa jumlah simpanan dan berapa jumlah pendapatan yang kita mahukan apabila usia mencecah 55 tahun?” Ini persoalan yang perlu kita jawab.

Kita ambil 55 tahun kerana itu adalah tahun standard persaraan di Negara kita.

Tidak kiralah dia kontraktor binaan ka, dia caterer makanan ka, dia penjual nasi lemak tepi jalan ka, dia jual ayam belakang rumah ka. Perniagaan kecil atau besar, tabung persaraan amat penting untuk setiap dari kita. 

Perancangan ini perlu kita lakukan sejak kita muda. Bila dah tua baru nak menyimpan, itu tidak akan kemana. Contohnya pada usia 55 tahun sudah ada RM500,000.00 ke atas sebagai wang simpanan. Orang berniaga mestilah kena ada banyak duit ye tak. Atau paling kurang kena ada RM1,000,000.00 simpanan. Fuhh berpeluh. Jika dapat ini kira cemerlang lah.


Tidak mustahil betul?

Ini perlu supaya bila umur sudah lanjut, kita tidak lagi perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti zaman awal kita struggle dalam dunia keusahawanan. 

Bak kata orang lama kita “Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian”

Dalam perancangan persaraan 3 aspek penting perlu diambil kira

Pertama: Simpanan
Kedua: Perlindungan
Ketiga: Pelaburan

Ketiga-tiga perkara ini amat penting untuk kita merancang persaraan kita. Ia sangat penting untuk kita mencapai matlamat kewangan kita. Cumanya untuk artikel ini saya ingin fokus kepada aspek pertama iaitu “Simpanan”

Simpanan adalah perkara asas dalam perancangan persaraan. Jika tiada disiplin menyimpan, nak jadi kaya itu ibarat angan-angan mat jenin. Cakap sahaja, tapi tak buat-buat.
Bila dapat untung banyak atau sedikit pastikan kita menyimpan. Suka saya cadangkan untuk kita simpan 10% daripada hasil pendapatan kita ke dalam tabung persaraan. Setiap bulan disiplinkan diri untuk menyimpan.

Jika untung awal-awal berniaga baru untung RM500.00 simpanlah RM50, jika untung RM1,000 simpanlah RM100, jika untung lebih daripada itu simpanlah lebih. Nak lebih daripada 10% pun tidak mengapa.

Perlu kita ingat “bukan berapa banyak pendapatan yang membuat kita kaya, tetapi berapa banyak yang kita simpan yang membuat kita kaya”

Bila kita dapat untung besar, perbanyakkan simpanan. Jangan pula kita membazirkan dengan membuat projek yang tak kenal punca atau terlebih murah hati belanja orang membabi buta.

Untuk memastikan kita ada dana persaraan yang cukup. Perkara pertama yang perlu diingat adalah;

*Jangan laburkan kesemua duit untuk RnD perniagaan. Pastikan ada dana untuk tabung diri masa hadapan. Mula menyimpan sekarang.

*Jangan jadi bodoh melabur dalam skim cepat kaya. Pastikan duit anda itu disimpan dalam instrument pelaburan yang halal dan dijamin keselamatan.

*Jangan pinjamkan duit kepada kawan atau ahli keluarga. Jika mahu, hanya pinjamkan sejumlah yang ada sanggup hilang sahaja.


Amat penting apabila kita tua kita mempunya duit yang banyak, supaya bila tua kita boleh berehat kerana zaman tua adalah zaman untuk kita menikmati hasil. Bukan lagi zaman kita struggle siang dan malam menanam hasil. 

Zaman itu adalah untuk kita lebihkan fokus menambah amal ibadah dan meluangkan lebih masa bersama pasangan. Sebagai tambahan lagi, masa inilah kita luangkan banyak masa kita  mendidik dan melatih generasi generasi muda menyusun langkah dalam perniagaan dan kehidupan.

Masa itu kita digelar “Otai Business”

Ini hanya pandangan 10 sen saya. Moga bermanfaat.




TEMPAT MENYIMPAN ALTERNATIF UNTUK DANA PERSARAAN



Hai Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin kongsikan ilmu yang cukup penting dalam pengurusan kewangan. Ia sangat penting untuk kita umumnya dan khususnya kepada para usahawan-usahawan di luar sana.

Sesetengah orang beranggapan bahawa kita tidak perlu ada simpanan di masa tua. Terutamanya simpanan jangka masa panjang yang lambat untuk dilihat hasil pelaburan. sesetengah orang lebih suka untuk melabur dalam skim-skim cepat kaya. Katanya lebih lumayan dan lebih pantas mendapat hasil.

Dalam artikel ini saya tidak berhajat untuk membicarakan tentang skim-skim cepat kaya yang sebenarnya kuat menipu. fokus utama artikel ini adalah berkongsi kaedah penyimpanan alternatif untuk dana persaraan.

Dua tempat simpanan yang baik sebagai tempat mengembangkan wang sebagai wang persaraan untuk kita, khusnya untuk mereka yang bekerja sendiri. Dua simpanan ini amat praktikal untuk kita yang ingin serious menyimpan.

Dalam simpanan ini, pelabur hanya boleh mengeluarkan dana simpanan apabila mencapai tempoh matang. terma dan syarat pengeluaran agak ketat bagi mendisiplinkan pelabur untuk kekal menyimpan.

Apakah dua instrument simpanan untuk dana persaraan itu?

1) KWSP simpanan sendiri (SP1M)

Untuk membuat simpanan persaraan di dalam skim ini anda boleh walk in ke mana mana cawangan KWSP dan memohon untuk menyimpan secara sukarela. Mohon kepada mereka untuk membuat simpanan shariah.

konsep tabung sama seperti tabung KWSP lain. ada tabung 1 dan tabung 2. 70% akaun 1 dan 30% akaun 2. jumlah maksimum terkumpul bayaran caruman secara sukarela itu adalah kekal RM60,000 setahun.

Caruman SPIM boleh dibuat bila-bila masa. Simpanan di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia juga akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun. Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun.

2) Private Retirement Scheme (PRS)

Untuk membuat simpanan persaraan PRS, anda boleh berhubung dengan mana-mana agent yang menawarkan simpanan PRS. Kebanyakkannya financial consultant unit trust boleh membantu. 

Apa yang bagus scheme ini mempunyai takaful sebagai manfaat tambahan. Maximum jumlah yang di "cover" adalah sebanyak RM100,000.00. Jika si penyimpan meninggal, waris akan mendapat wang pampasan dan juga dana persaraan yang terkumpul.

Katakan simpanan anda dalam PRS sudah mencecah RM80,000. Maka pihak PRS akan memberi pampasan takaful sebanyak RM80,000 termasuk juga dana terkumpul iaitu RM80,000.00

Jika simpanan anda dalam PRS mencecah RM120,000.00. Maka pihak PRS akan memberi pampasan takaful sebanyak RM100,000.00. Ini kerana jumlah maximum pampasan adalah RM100,000.00.

Untuk makluman, duit anda hanya boleh dikeluarkan ketika umur anda 55 Tahun. Ia bagus untuk mereka serious menyimpan dalam jangka masa panjang. Untuk maklumat yang lebih detail, anda boleh terus berhubung dengan KWSP dan PRS.

Bagaimana dengan hasil pulangan? Berapa yang kita akan dapat?

Ia bergantung kepada jumlah dan konsistensi anda menyimpan. Lebih banyak dan lebih kerap lebih bagus. Kerana wang simpanan akan bertambah dan semakin bertambah apabila wang kekal disimpan.

Pulangan dividen saya tidak pasti. Tetapi boleh saya anggarkan dalam 6 ke 7 peratus secara average.

Dalam simapanan persaraan ini, tidak perlu untuk kita labur dalam kedua dua instrument ini secara serentak. Memilih antara satu sudah cukup baik. Jika mampu kedua duanya lagi bagus.

Dua instrument simpanan ini selamat dan membuahkan hasil yang baik insyaallah. Saya syorkan. Moga bermanfaat.

Apa apa pun ini hanya pandangan dari diri saya yang kerdil. Selamat memenuhkan tabung persaraan!


p/s: Saya bukan agent, mohon rujuk pada ahlinya. Satu lagi simpanan yang baik adalah "Emas". Ini kita cerita di artikel lain. insyaallah.

BUKU TERBARU KAIZAN NAZLAN - TRAVELOG USAHAWAN MUDA

Hai Assalammualaikum,

Insyaallah dalam pertengahan bulan April ini akan keluar buku terbaru saya bertajuk Travelog Usahawan Muda. Akan dirasmikan secara official di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

Saya kira tajuk ini amat dekat dengan saya, kerana ia merupakan catatan hidup saya bergelar seorang usahawan. Ia bukan satu perjalanan hidup yang senang, ia penuh dengan ujian dan halangan yang sering kali membuat saya jatuh dan penat untuk teruskan. 

Namun, sedikit demi sedikit saya usaha memperbaiki kelemahan saya dan mula mencapai kejayaan sedikit demi sedikit. Saya sertakan sipnosis buku Travelog Usahawan Muda, mudah-mudahan ia memberi gambaran awal mengenai buku ini.



SIPNOSIS BUKU : TRAVELOG USAHAWAN MUDA


“Ini drama realiti bukan drama TV” inilah kata-kata yang tepat bagi menggambarkan intipati penulisan buku ini. Ia bukan buku penyedap rasa seperti drama TV yang semuanya indah-indah belaka, tetapi penulis menukilkan kisah realiti susah senang bergelar seorang usahawan yang bermula dari kosong.

Travelog Usahawan Muda merupakan kisah perjalanan hidup penulis mencari hala tuju dalam bidang perniagaan. Penulis sendiri menukilkan catatan travelog dirinya menempuhi zaman perit getir sehingga membuatnya hampir menyerah kalah.

Perlbagai jenis perniagaan yang telah diceburi oleh penulis untuk memastikan impiannya tercapai. Namun banyak kegagalan demi kegagalan yang beliau hadapi. 

Mengapa penulis mahu terus melalui jalan ini walaupun sedar ia adalah jalan yang sukar dan memenatkan? Kerana beliau yakin setelah datangnya kesusahan pasti adanya kesenangan.

Walaupun sering kali gagal, beliau tetap mahu bangkit dan terus mencuba lagi. Sehinggalah kejayaan tercipta sedikit demi sedikit.

Buku ini juga menyentuh cerita-cerita zahir dan belakang tadbir dunia perniagaan hari ini yang perlu diketahui oleh semua orang. Agar ia menjadi panduan dan pengajaran buat insan-insan yang akan, sedang dan telah menceburi bidang perniagaan.

Penulis turut memberikan dorongan motivasi kepada pembaca supaya tidak mudah berputus asa dalam dunia perniagaan. Kerana kegagalan itu bukan lawan kepada kejayaan tetapi sebahagian daripada kejayaan. “Untuk berjaya seseorang usahawan itu perlu gagal”.

Menyimpulkan nukilan ini, satu message utama yang ingin dibawa kepada pembaca ialah “Jalan Terus!”


***

Kepada yang berminat untuk membuat Pre Order buku Travelog Usahawan Muda. Boleh berhubung dengan saya terus di talian 019-4501495 atau type "TUM" di ruangan komen.

Harga istimewa untuk mereka yang tempah awal (pre order)
20% diskaun akan diberikan daripada harga asal.

harga selepas diskaun ialah RM20.00 sahaja. (Harga buku RM25.00)

*harga postage tidak termasuk.
.

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia