-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

kebersihan sebahagian dari kita



heish...masalah ni...
apa tidaknya...kebanyakan semua rumah sewa kawan aku yang aku pergi...semuanya kotor...tak kemas...

kita jangan lupa...kita adalah MUSLIM FULL TIME...jadinya, setiap masa kita kena aplikasikan nilai2 seorang muslim...

ni tidak...pergi kelas...semua berpakaian smart2, segak2...TAPI...bila balik rumah...hooo...tak ku sangka...

PENAMPILAN SEGAK DI LUAR RUMAH....TETAPI....DI DALAM RUMAH HANCOR

dengan ruang tamu yang semak....dapur yang kotor...sampah yang tak dibuang...tandas yang bermacam macam tak tahu nak kata dah...

kita memang sibuk belajar, buat assignment...berdakwah...TETAPI...tak salah kalau kita sibuk kemas kan diri jugak...KEBERSIHAN kan sebahagian dari ibadah...

cuba kita berlatih jadi pembersih dari sekarang...haha...nanti takdalah Isteri kita asyik pening kepala jaa dengan kita...kita kan pemimpin rumah tangga pada suatu hari nanti...

come on...kita orang ISLAM...kena sentiasa bersih dan kemas...cuba contohi orang JEPUN sikit...

AMALKAN 5S

SUSUN
SISIH
SERAGAM
SAPU
SENTIASA AMAL


peringatan buat yang lupa..

SYURGA satu IMPIAN



sudah bersiap siapkah kamu untuk ke syurga?

syurga itu mahal harganya...jadi...bukannya senang untuk mendapatnya...tapi
percayalah...setiap dari muslim sudah ada tiket untuk masuk ke syurga..comfirm akan masuk syurga punya...

TETAPI...ada satu persoalan
apa dia?
persoalannya ialah...adakah kita masuk neraka dulu atau terus ke syurga..?

pada hari ini, pada saat ini...perbanyakkanlah amalan soleh...jadilah sebenar benar muslim...contohilah Rasulullah...

walaupun banyak mana kita beribadah...walaupun banyaknya kita berbuat amal soleh...walaupun banyak mana pun pahala kita...kita tak akan masuk syurga kerana amalan kita....kerana syurga itu terlalu MAHAL

tetapi...kita hanya akan masuk syurga dengan keredhaan ALLAH..maksudnya...kita hanya akan masuk syurga dengan kasih sayang ALLAH...


jadi...harapkanlah keredhaan ALLAH..harapkanlah kasih sayang ALLAH

SYURGA ITU SATU IMPIAN...buat BETUL BETUL

sekali lagi...sudah bersiap sedia kah kamu untuk ke syurga??

INSHALLAH..ON THE WAY

Mencari Diri Yang Hilang




may peace be upon you...Assalammualaikum....selamat ceria hebat selalu

pembelajaran semester 6 dalam bidang perniagaan di UiTM begitu hebat, subjek2 yang yang begitu mencabar..assignment...group discussion...dan macam2 lagi

kerja seperti menguruskan sesuatu program juga tak kalah hebatnya..meeting lagi..brainstorming lah..segala macam lah....serious penat...serious penat

(aku percaya ALLAH tak akan menzalimi hambaNya..ALLAH akan bagi ujian pada hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya...dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya)

jiwa aku kosong didalam kesibukan itu...kosong...seperti sesuatu yang hilang dalam diri aku...

aku serdar...aku telah pergi jauh meninggalkan ibadah sunat yang dulu selalu mendekatkan aku pada pencipta ku...

aku perlukan masa...pendek panjang masa yang diambil, itulah persoalannya

aku perlukan ruang untuk mencari diri...aku perlu beruzlah (menyendiri)..
aku perlu mencari diri aku yang sebenar...bukan diri aku sebagai anak kepada En Nazlan dan Zubaidah..bukan pula diri aku sebagai pelajar UiTM,bukan pula diri aku sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej...atau apa sahaja peranan aku yang lain...

AKU PERLU MENCARI DIRI AKU SEBAGAI HAMBA ALLAH...kerana, ia adalah asas kepada peranan aku yang lain
U TURN KE PANGKAL JALAN...

APAKAH CITA2 ANDA??



Apa kamu? 5 tahun dari sekarang?
apa kamu? 10 tahun dari sekrang?

adakah anda akan menjadi seorang guru yang baik, adakah kamu akan menjadi seorang proffesor yang cemerlang, adakah kamu akan jadi seorang akautan yang jujur atau coputer hackers yang amanah??

atau pernahkah kita terfikir...kita nak ke syurga atau neraka??
pernahkah kita terfikir?

cita2 adalah sebagai sebahagian dari kompas dalam hidup kita...jika kita tak ada kompas dalam kehidupan kita...kita akan sesat...kita tak akan ada hala tujuan...jadi, jika anda sudah ada cita2 anda...anda memang hebat!!
jika tak...kenapa tunggu lagi...mula berfikir...apakah cita2 anda?

saya MOHD KAIZAN BIN NAZLAN bercita cita untuk menjadi orang yang lebih baik pada esok hari..

saya bercita cita untuk menjadi seorang guru kaunseling 5 tahun lagi
saya bercita cita untuk menjadi seorang peniaga dalam 10 tahun lagi
saya bercita cita untuk masuk ke syurga ALLAH dengan rahmat ALLAH di hari kiamat nanti

AMIN!! =)




APAKAH CITA2 ANDA?

peristiwa di Langkawi



Di langkawi, aku dapat satu pengajaran…entah macam mana, hati aku tergerak untuk solat isyak berjemaah di masjid pada malam itu…
Mungkin…tak,aku pasti ALLAH hendak aku saksikan sesuatu..
Ketika itu para jemaah sudah berada didalam saf, semua sudah bersedia untuk solat….
Tiba-tiba, ada seorang lelaki tua baru mamasuki saf…dia berdiri selang 2 jemaah dari aku..

Imam melaungkan takbir..dan kami mula bersolat…
Ketika aku bangun dari rakaat pertama…aku terlihat warga tua itu..
Kelihatannya, agak susah bagi dia untuk berdiri..
Kesusahan yang dia alami itu sangat mengayat hati…hinggakan aku mengangis melihat usahanya untuk berdiri di dalam solat..
Bayangkan..4 rakaat…dia harus bersusah payah untuk berdiri
Aku begitu kagum dengan dia…walaupun sakit kakinya, dia tetap solat berjemaah di masjid….dia tetap solat berdiri…

Untuk makluman semua…lelaki tua ini juga mempunyai hati yang baik….dia memberi kami nasi lemak pada hari pertama kami jejak ke dalam masjid itu..
Dan dia juga peramah…dia menegur mat salleh yang dia jumpai…

PERSOALANNYA

Mampukah kah kita menjadi seperti dia…solat berjemaah dia masjid? Bersedekah tak kira siapa? Bertegur sapa dengan sesiapa?
Walau sakit…tetapi masih gagah menjejak kaki untuk solat berjemaah di surau…masih lagi boleh bersedekah…masih lagi boleh beramah mesra…
Menakjubkan…mampukah kita???

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI



Sesungguhnya tida ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah,
Tidak ada yang lebih menyedihkan dari
membiarkan bangsaku dihina,

Airmata tiada ertinya,
sejarah silam tiada maknanya,
sekiranya bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda dan dilupakan,

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa
selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan

Biar bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara,
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita,

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi keringat
dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik meniya dan menidakkan
mengangguk dan membenarkan kerana
sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
Banngsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pemngembara
malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah? lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan kita belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai kerana
hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.


“JOM PI SURAU”




“JOM PI SURAU”

Heyy…aku tak main2 lah…

Isu2 kejatuhan melayu dan umat Islam sudah banyak kali dibincangkan…malah banyak juga cara penyelesaiannya sudah disediakan…kita risau...TETAPI!!

Itu hanyalah perbincangan semata mata..hanya risau semata mata…kerana…TIADA SIAPA NAK BUAT..

“JUST DO IT”…itulah penyelesaiannya…aku ulang ”JUST DO IT”

Buat sahaja…tak perlu ada alasan dalam kehidupan ini….buat2…

Pasti kita pernah terfikir...bagaimana nak ubah diri kita lebih baik..bagaimana nak jadikan kehidupan kita lebih baik…cukuplah berfikir..cukuplah baca buku motivasi..cukuplah mendengar ceramah…tiba masanya untuk kita buat sesuatu…”JUST DO IT”

Mengapa kita tidak menjadi ‘INITIATER’?

Jangan mengharap orang lain untuk mulakan dulu…kita buat dulu

“JOM PI SURAU….”

Jujur aku katakan..

Kalau kita nak ubah kehidupan kita..kalau kita nak ubah diri kita…pergilah surau…SOLAT BERJEMAAH

Percayalah…aku merasainya…sesuatu yang susah nak dikatakan

Pergilah…rasainya sendiri…

belum cuba belum tahu...

Percayalah…kata2 aku ini bukan main2…bukan main2



“JUST DO IT….JANGAN BAGI ALASAN”

TAKE THE CHALLENGE


PENA & PADI: JOM PI SURAU




Jam menunjukkan pukul 1 petang…kelihatan PADI..tergesa2 ke rumah PENA….
PENA ketika itu baru lepas mengemas rumahnya….

PADI: ASSALAMMUALAIKUM… jom pergi surau…kita solat berjemaah

PENA: hmmmm…tak sempat kot PADI…aku tak mandi lagi nih

PADI: takpa…aku tunggu ko…ko cepatlah siap…tak perlu mandi tengahari…cukuplah mandi tadi..dan berwuduk

PENA: aaalaah…badan aku melekit lah…ko pergi la dulu…maghrib nanti aku datang…alah PADI…sembahyang kat rumah pun dah kira okay paa..apa la hang nih

PADI: ko nih banyak alas an lah…solat di rumah dan surau lain lah…

PENA: hmmmmm…hmmm…ko tak leh paksa…aku tak ikhlas…tak guna nya

PADI: ko solat jaa dulu kat surau…ikhlas tak ikhlas persoalan kedua..

PENA: hmmmmmmm…hmmmm =(

PADI:..mana pergi semangat kemasyarakatan kita? macam inilah PENA….siapa yang uruskan pernikahan ko nanti?

PENA: mestilah aku yang uruskan sendiri…adalah saudara mara aku tolong
jugak…kenapa?? (o_0)

PADI: maksud aku…siapa yang mengesahkan perkahwinan ko nanti?

PENA: hooo…mestilah tok IMAM…atau tok Kadi

PADI: betul…jadi mereka ni orang surau kan?

PENA: ha’ah

PADI: tak malu ka ko…masa hari2 biasa, takda orang pun nak jumpa dia kat surau2 atau masjid…takda sorang pun yang sibuk cari mereka untuk menuntut ilmu dari mereka….tetapi…bab kahwin…terus aja ingat.. terus aja cari mereka …tapi selepas habis pernikahan itu…terus lupa..sebab nak kahwin..

PENA: (alamak…malunya aku)…hehehehe(tersengih2)

PADI: okay2…itu bab kahwin…sekarang pulak…kalau ko meninggal…siapa yang akan uruskan jenazah ko..??? siapa yang akan memandikan ko…siapa yang akan sembahyang jenazah… siapa yang akan mengusung jenazah ko ke kubur…siapa yang akan membaca talkin…??

PENA: hmmmm..alaa

PADI: kalau ko kena rasuk dengan jin..kena ganggu dengan makhluk halus...siapa yang ko panggil?

PENA: (alammmak…kena lagi)..hmmmmm =(

PADI: tak malu ka ko??..mintak pertolongan orang2 surau nih..orang2 masjid nih..sedangkan kita tak pernah pun cuba menjalinkan silaturahim dengan mereka..dengan selalu hadir ke rumah ALLAH
Orang2 surau di kawasan kita tu semua dah tua…mereka perlukan perlapis…siapa lagi kalau bukan kita yang akan menyambungkan usaha mereka untuk sentiasa mengimarahkan rumah ALLAH…kalau takda mereka…dah lama seluruh umat Islam di kawasan kita ini berdoa besar…

PENA: sebab apa?

PADI: sebab tak berjemaah dan mengimarahkan rumah ALLAH…nabi kita dulu sampai nak bakar rumah pemuda2 yang tak nak solat berjemaah di rumah ALLAH…
lagi pun PENA..wahai kawan ku...setiap langkah kita ke surau..banyak pahalanya...

PENA: maafkan aku PADI… =(

ALLAHHUAKHBAR…ALLAHUAKHBAR!!....(seruan AZAN)


PADI: Takpa lah…aku pergi dulu..assalammualaikum


DI SURAU


ALLAHUAKHBAR…samiallahhulimamhamidah
Assalammualaikum warahmatullah…assalammualaikum warahmatullah…
(selesai solat berjemaah di surau)

Kelihatan PADI…bersalaman dan berbuah mesra di dalam surau…sejurus PADI hendak kelar ke masjid..tiba2

PENA: ASSALAMMUALAIKUM PADI!…heheh..aku datang lah tadi…tak perasan ka?

PADI: = )(Alhamdulillah...banyak faedah yang ko akan dapat dari ALLAH, PENA)


KAWAN KAWAN SEKALIAN...BERTAPA PENTINGGNYA KITA UNTUK MENUNAIKAN SOLAT BERJEMAAH DI RUMAH ALLAH...JANGAN PERLEKEHKAN MEREKA(ORANG SURAU)...MEREKALAH YANG TOLONG KITA SUATU HARI NANTI...JALINKANLAH HUBUNGAN SILATURAHIM DENGAN MEREKA..BERJEMAAH DENGAN MEREKA...SUPAYA NANTI...MEREKA GEMBIRA UNTUK TOLONG KITA...PERCAYALAH...JIKA KAMU INGAIN PERJUANGNKAN AGAMA..BERJEMAAHLAH DI RUMAH ALLAH...JIKA KAMU INGIN PERJUANGKAN BAGGSA..NEGARA...MARUAH..DIRI...BERJEMAALAH DI RUMAH ALLAH


TAKE THE CHALLENGE.....
JOM PI SURAU

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia