-->

Saturday, July 27, 2013

Sebenarnya Aku Belum Bersedia

Kenapa tidak mahu cepatkan tempoh pernikahan? kan itu yang terbaik..

Sebenarnya aku masih belum bersedia..belum bersedia untuk berkahwin...belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar ini.


hurmm..


Bab pernikahan bukanlah bab yang ringan, bukan bab yang boleh dibuat main-main, bukanlah sesuatu yang kita boleh buat keputusan dengan mudah, ia melibatkan masa depan kita, dan ia juga melibatkan nasib kita di akhirat kelak. Syurga atau neraka. Hati aku berdebar-debar, fikiranku agak celaru. Mampukah aku?

Apa yang engkau bimbangkan? kenapa kata begitu?

Cuba engkau lihat aku, dan katakan, adakah aku sudah bersedia?


Masalah keewangan, benar-benar menggangu emosi aku untuk meneruskan perancangan aku. selain dari itu, Kematangan aku, cukupkah? ..dan tiba-tiba aku tertanya, layakkah aku untuk dia? pelbagai persoalan mula timbul, ia datang bertubi-tubi..dan kebanyakan persoalan itu, aku tidak dapat menjawabnya..

hurmm...engkau terlalu banyak sangat berfikir, sedangkan engkau lupa akan kekuasaan ALLAH.. Engkau lupa ya tentang janji ALLAH pada orang yang bernikah?

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi sentiasa mengetahui" (An Nur:32)


Rezeki itu milik ALLAH..jika niat engkau baik, pasti ALLAH akan tolong..


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (An Nur:26)


ALLAH S.W.T tidak akan mengurniakan engaku isteri yang solehah, jika dia kau sendiri tidak baik..dan..yang penting engkau berusaha untuk menjadi baik..dan nekad menjadi hambaNya yang bertaqwa..


Sedikit sebanyak, apa yang sahabat aku katakan itu betul, aku perlu perbaiki diri aku, perbaiki IMAN aku, perbaiki kebolehan aku untuk menjana duit, kuatkan mental dan segabaginya...

terima kasih sahabat, engkau banyak membantu aku, tapi, berilah aku masa untuk aku berfikir dan tenagkan fikiran aku..supaya aku dapat membuat keputusan mukhtamad.

Sambil mendongak kelangit, hati aku berbisik "bersediakah aku?"


Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

2 comments:

  1. bicara soal sedia atau tidak itu sbnrnya bukan persoalan yg kita belum jawab.. namun apa yg kini sediakan untuk melalui yg mendatang~~ moga Allah permudahkan urusan anda ~~ kmbali pada-Nya sbgai petunjuk dan persediaan yg jitu itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa Terima kasih..yang mendatang itu yang menakutkan..yang kini yang perlu kita sediakan..

      Delete

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia