-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Jalan Yang Aku Pilih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). [3:200]

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.[14:27]


Wahai orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari api neraka, iaitu kamu berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwa kamu, sesungguhnya ALLAH mengetahui dan kamu tidak. (Surah As Saf ayat 10-11)

*kalau nak memahami dan mengerti apa yang aku cakap ini, kamu kena mengerti ayat2 al Quran tersebut..nak mengerti ayat2 tersebut, perlu dengan ilmu. 

ALLAH menyeru kepada kaum muslimin supaya berkorban jiwa dan harta, masa dan lain2 untuk menegakkan kalimah ALLAH diatas bumi ini..

persoalannya, apa erti pengorbanan?

pengorbanan ialah menggadaikan sesuatu yang kita suka untuk kepentingan Islam...kepentingan AGAMA ALLAH..

dalam, membuat gerak kerja Islam ini, kaum muslimin kena yakin bahawa

"JIka kita tolong AGAMA ALLAH, nescaya ALLAH akan tolong dan mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat"

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [Muhammad : 7]


 serious cakap, jalan yang aku pilih ini jauh, memenatkan dan mencabar..tapi, jiwa aku tenang di sepanjang perjalanan

Tips Pengurusan Organisasi - Mesyuarat

Hijrah ke Kedah: membawa makna yang besar, agenda yang besar

Hijrah ke Kedah

Hmmm...aku lebih suka memakai perkataan hijrah dari perkataan berpindah. Yelah, perkataan hijrah itu sendiri memberi makna yang mendalam. 

"Perubahan Ke Arah Yang Lebih Baik"

(^_^) itu yang aku nak capai apabila kami sekeluarga berpindah ke Kedah, pada hujung bulan 3 ini.

dari Negeri Sembilan Darul Khusus kepada Negeri Kedah Darul Aman..hmm..aku suka bunyinya..
aku tak tahu apa, tapi "I got a good feeling" dalam hijrah kami ini.

mungkin ada orang akan kata "aii, rumah belakang sawah paa, hari2 turun bendang paa?"

ehh, tolong sikit, rumah aku kat area bandar okay..aisshh

kalau nak di ikutkan, aku sendiri dah macam orang kedah, tapi nak cakap loghat kedah ni, aku tak berapa reti, walaupun belajar di Kedah, hampir 4 tahun setengah.

"awat ni?"
"Ang nak pi mana?"
"wei, wei, tunggu sat..."
"sat nah"

haaa..ni dilect biasa digunakan, aku malas nak ckp kedah, sebab orang Kedah kata, aku cakap kedah "hudoh"..

haha..perkataan hudoh tu pun aku nak tergelak bila diorang cakap..

oh yaa.. 

22 Jalan Kota Tanah, 05050 Alor Setar, Kedah

insyaallah, akan menetap di situ..

(mungkinkah, situ bermula episode OMBAK RINDU 2?? haaa!...siapa yang tahu..biarlah rahsia)

antara yang bestnya ialah, ia dekat dengan pusat tarbiyah aku.. just across the road, not far from my home.
(aishh, speaking sikit..sia2 belajar kat UiTM kalau tak speaking)

Pusat Tarbiyah?

yaa, satu tempat dimana aku nak menuntut ilmu agama dari Guru aku Ustaz Shahrizan, Ustaz Amin, Ustaz Mujahid, Ustaz Yahya dan murobbi aku, Sheikh Zainul Asri Hj Romli..

apa yang special pasal mereka ini semua...

haa...mai ikut aku, mengaji di DARUL HADIS

 haaa...2 person that I respect.. MB Kedah dan Sultan Kedah

izinkan saya jadi orang Kedah..boleh..nak tukar IC








(^_^) "aku pasti....hijrah ini pasti membawa makna yang besar, agenda yang besar"

such an inspirational music, dont you think..(aishh meluat aku kaizan)

Alamak! kereta Rosak

orang- orang duk sibuk cakap pasal tarbiyah..apa benda tu? simple word please...

hek eleh..tu lahh..orang ajak ikut usrah tak mau.. Tarbiyah tu maintenance untuk kita..

haaa? maintenance?

aishhh... hurmm..nahh baca dulu...


* manusia yang berjemaah akan kuat dengan UKHWAH antara mereka



Apabila diri, keluarga dan masyarkat mantap dari segi tarbiyahinsyaallah Islam akan dapat didaulatkan di negara, seterusnya dunia

Segala galanya bermula dengan TARBIYAH”



Analogi Mudah: "menuju destinasi Jauh dengan kereta"

untuk menuju destinasi kita, semua perkara kena berjalan lancar, enjin kena okay, air mesti ada..minyak mesti ada..minyak hitam mesti kena tukar kalau kotor..tayar mesti kena pam..

benda ini semua dipanggil "maintenance"
*(tentu kita tidak mahu kereta kita rosak kan)

"Tarbiyah" itu adalah maintenance bagi manusia..

"Dakwah" ialah destinasi jauh kita

tak cukup tarbiyah, atau tak cukup maintenance akan menyebabkan kita hadapi masalah dalam perjalanan kita tu..

perjalanan menuju ILAHI

Tarbiyah Dzatiyah - Didikan memperbaiki diri

 Dirikanlah daulah ISLAM dalam diri kamu, nescaya ia akan berdiri dalam negaramu.
~Hassan al-Hudhaibi~


Definisi Tarbiyah Dzatiyah:

"Sejumlah wasilah Tarbiyah yang diberikan seorang Muslim kepada dirinya sendiri, untuk membentuk keperibadian Islam yang sempurna (Ilmu, Iman, Akhlak, Sosial dll) dan naik tinggi ke tingkatan kesempurnaan sebagai manusia."


  1. Ringkasnya, Tarbiyah seseorang terhadap diri sendiri, oleh dirinya sendiri (Self-Tarbiyah).
  2. Tarbiyah Dzatiyah merupakan penerusan terhadap Tarbiyah Jama'iyah (Usrah, Mabit, Daurah, Mukhayyam dll) yang telah diikuti oleh kita.

Kepentingan Tarbiyah Dzatiyah:

Menjaga diri sendiri mestilah didahulukan daripada menjaga orang lain.

"Hai orang-orang yang beriman, jagalah diri dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…"
(At-Tahrim 66: 6)

Jika kita tidak mahu mentarbiyah diri sendiri, siapa yang akan mentarbiyah kita?


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)…"
(Al-Hasyr 59: 18)
Hisab Allah SWT di Hari Akhirat kelak bersifat individual.

"Dan setiap mereka datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri."
(Maryam 19: 95)



LEBAH: berlembut bertempat, bertegas bertempat


ciri-ciri sang LEBAH..

1) mereka ini tak mengganggu orang kalau orang tak mengganggu mereka
2) mereka ini taat pada permaisuri mereka
3) mereka hidup secara berjemaah(berkumpulan)
4) mereka ini bagi manfaat pada alam dan manusia
5) mereka mendapatkan hasil, keuntungan mereka tanpa merosakkan alam sekitar..(cthnya, mereka ambil madu dari bunga tanpa merosakkannya)
6) rajin, sentiasa bekerja
7) bersikap lembut bertempat, bersikap tegas dan garang bertempat


kenapa cerita pasal lebah?

hmmmm..kenapa yer?...

haa..sebab..contoh terbaik gerakan Islam adalah seperti LEBAH..

"berdampinglah dengan ALLAH, zaman berulang, sejarah berulang"

haaa...dahh..habis cerita

waallahhualam..

Ust Muhd Nazmi Karim - Perjanjian Hudaibiyyah - Adakah pejuang Islam menggadaikan prinsip?




Huraian Tentang Tahaluf Siasi PAS dengan PR adakah PAS telah menggadaikan prinsip? Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat adakah PAS telah menggadaikan prinsip?

kajilah sesuatu perjuangan itu dengan ILMU... Sirah Nabi menceritakan...

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din - Ceramah Perdana PGU 7.0

Dengarlah kata2 Tok Guru, ulama ini adalah pewaris para nabi...mereka ini golongan yang tahu dan mengerti hal2 agama..hal2 berkaitan Islam..dan Islam itu a way of LIFE..Islam itu syumul, menyeluruh dari setiap aspek kehidupan manusia...termasuk politik..politik yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah satu wasilah untuk mentadbir negara dengan acuan Islam...



Perjuangan Pas, bukanlah perjuangan yang kita lihat di TV 3, RTM atau Newspaper...atau perbincangan kedai kopi atau bisikan dari para SB..

"ALLAH akan memberi seseorang itu petunjuk, ia ini taufiq dan hidayah, jika dia nak kepada ISLAM"

nak kenal perjuangan Islam, perlulah dengan ILMU...ILMU TAUHID, FEQAH, dan TASSAWUF amat penting dalam perjuangan ini...

waallahhualam..

Mesir - Ikhwanul Muslimin kami menyusuri


Kemenangan Islam dalam konteks demokrasi berpelembagaan

KEMENANGAN ISLAM
Dalam Konteks Demokrasi Berpelembagaan Malaysia

Ikhwah yg dirahmati;

PERBINCANGAN saya bawakan ini adalah berdasarkan kupasan Surah An-Nasr yg pernah disyarahkan oleh guru saya, yg mana surah itu kerap dikaitkan dlm usaha kemenangan Islam. Kupasan saya ini hanya berkisar pada pra-syarat Kemenangan Islam dlm konteks Demokrasi Berpilihanraya [muwajjahah silmiyyah] yg dilakukan oleh Gerakan Islam [PAS] pada masa kini. 

Terdapat beberapa perkara penting berkaitan KEMENANGAN DALAM ISLAM;

Asas Pertama;
Perkara asas yg perlu difahami adalah bahawa kemenangan pd Islam itu adalah satu yg pasti, iaitu tatkala usaha dilakukan utk memenangkan Islam. Kata Allah;

"Bahawa sesungguhnya merekalah orang yang diberikan pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami [orang yang beriman] itulah yang pasti menang"
[As-Saffat 171-173]

Asas Kedua;
Bahawa selain kemenangan itu, Allah turut menjanjikan kekalahan sebagai gantianya mengikut persediaan dan kesungguhna yg dilakukan oleh Ummat islam, melalui ayatNya;


"...Demikian itulah keadaan hari-hari [dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan], Kami gilirkannya antara sesama manusia..."
[Al-Imran ayat 140]

Allah juga engangkat diriNya sbg Pemilik sebenar kekuasaan yg Dia blh beri dan ambil dari sesiapa sahaja yg dimahukan.

Asas ketiga;
Setiap kemenangan mempunyai ciri & syarat yg mengharuskan Allah membantu mencapai kemenagan itu. Maka melalui Surah An-Nasr ini [contohnya], Allah menunjukkan tanda & syarat utk suatu KEMENANGAN SEBENAR ISLAM itu berlaku. Walau rujukannya adalah pada peristiwa Pembukaan Kota Makkah [Fathul Makkah], namun applikasi kemenangan itu sgt relevan utk terus digunapakai dalam konteks perjuangan Ummat Islam semasa, di mana sahaja termasuk Malaysia.

MAKA oleh itu;
Utk Gerakan Islam [PAS & lain2] yg menggunakan kaedah demokrasi berpilihanraya di Malaysia, adalah sgt penting utk mereka memahami di manakah sebenarnya kemenangan yg diperjuangkan tersebut berdasarkan kefahaman berikut;

[1] Waqie' Malaysia; demographik Muslim hanya 60% [maksimum] di mana 55% Melayu yg secara automatik diperuntukkan bawah Perlembagaan Persekutuan sbg Muslim, walaupun hakikat pengamalan Islam mereka pada tahap sgt lemah & kritikal.

[2] Ini disebabkan [contohnya]; berdasar statistik beberapa pengkaji; kurang dari 8% Ummat Islam muda yg bekerja mampu melaksanakan solah secara penuh setiap hari [Hasan Ali, 2005], dan faktor plg utama adalah disebabkan ketidakfahaman Islam yg kritikal pada diri mereka.

[3] Tahap amalan sgt kritikal ini berkait terus dgn latar pendidikan, kefahaman serta kemahuan beragama. Tiada kemahuan beragama berkait rapat dgn kefahaman sejak bangku sekolah. Seterusnya kefahaman salah itu disuburkan lagi dgn serangan sekularisme dan hedonism melampau yg disajikan media negara yg terus menjadikan mereka gagal membezakan antara Islam & kufur, dan juga Islam & adat keturunan. Islam hanya mampu terletak pada zahir nama tanpa langsung lahir pada tindakan. Lebih drastik apabila mereka turut meninggalkan agama [murtad] walau masih menanggung nama Melayu pd diri.

[Saya menolak statistik 250,000 murtad hasil congakan Mufti Perak tanpa angka rasmi, tetapi saya lebih merujuk kpd statistik kefahaman Islam yg begitu rosak di kalangan Ummat Islam]

[4] Setiap serangan tersebut menjadikan jiwa mereka sgt tertutup utk menerima kebenaran. Dlm ertikata lain minda terjajah itu hanya mampu menurut semata apa sahaja yg disajikan media & pemimpin di hadapan mereka tanpa kemampuan berfikir kritis berlandaskan fakta kebenaran yg adil. Mereka menjadi hamba kepada segala macam sistem zalim tanpa mampu memperjuangkan hak diri sendiri utk keluar dari kesesatan tersebut. Ini termasuklah dalam perkara pemilihan pemimpin & kerajaan sekalipun.

[5] Berdasarkan kajian seorg pakar motivasi itu mengatakan tidak sampai pun seperlima daripada 60% Muslim & pekerja di Malaysia itu yg mahu keluar dari kekangan sistem hidup yg mereka lalui. Maka ini menjadikan hanya 12% sahaja daripada seluruh population rakyat Malaysia yg mahu bangkit berubah melalui pilihanraya dan memperjuangkan Islam sbg cara hidup. Selebihnya 88% adalah golongan yg begitu jauh dari kefahaman Islam.

Nota:

12% bererti hanya 3.6 juta penduduk shj [maksimum]. Manakala lagi 26.4 juta adalah Ummat Islam yg lalai & rakyat yg beragama lain. Jumlah rekod Daftar Pemilih terkini adalah 15 juta pemilih berdaftar. 

[6] Maka sifir mudahnya; adalah sungguh mustahil utk ummat 12% [3.6 juta] itu yg prihatin & faham itu mampu membetulkan kelemahan sistem kerajaan yg zalim skrg ini. Bahkan jumlah 12% itu adalah mustahil utk membantu menghadapai kuasa & agenda musuh yg berterusan di dlm percaturan SPR. Turut gagal juga bagi kumpulan 12% itu membebaskan minda 48% lagi Ummat Islam yg dikongkong [Melayu khususunya] dan dijadikan benteng kerakusan politik parti pemerintah [UMNO khususnya] yg memperalatkan kajahilan manusia sbg senjata senjata politik mereka.

[7] Maka sejak 1998 bermulalah di situ ijtihad Gerakan Islam semasa utk melakukan pembebasan dgn dimulakan pembebasan jiwa & minda rakyat Malaysia secara keseluruhannya termasuk golongan bukan Muslim yg dizalimi & dinafikan hak mereka. Di situlah terlahirnya kerjasama politik [tahaaluf siyasi] oleh Gerakan Islam [PAS] setelah melihat tiada lagi jalan keluar pada kemelut yg melanda Ummat Islam & Bangsa Melayu tersebut. Tahaaluf Siyasi itu sungguh bersyarat di dibincang dan direstui oleh Ulamak dalam & luar negara yg bersidang.

[8] Jadi; demi mencapai kemenangan melalui kertas undi itu, maka kefahaman yg jelas hendaklah diberi pd setiap ahli & penyokong Gerakan Islam akan TAHAP PERLAKSANAAN & USAHA yg sdg mereka lalui sepanjang perjuangan mencapai kemenangan tersebut. Maka, sandaran saya pada Tafsr & Syarah Surah An-Nasr ini digunakan utk memudahkan memberikan kefahaman tersebut pd mereka mengikut apa yg diusahakan oleh PAS dlm konteks demokrasi di Malaysia ini;


PERTAMA;
USAHA & ISTIQAMAH

- Hanya usaha berterusan bersungguh & berterusan [istiqamah] sahajalah yg memungkinkan utk bantuan Allah [An-Nasr] turun kpd Islam. Dalam konteks dakwah berpilihanraya, kerja peneranagn berterusan utk mengajak rakyat berubah dan melakukan 'amar makruf & nahi munkar menjadi pra-syarat pertolongan Allah tersebut. Tanpa usaha & pengorbanan jiwa, darah, duit dan segalanya sejak wujudnya perjuangan Islam di Malaysia, adalah mustahil utk Allah bantu dgn mudah semata.

- Setiap pengorbanan pastinya ada ujian. Ujian nyawa, darah, penjara, kesusahan adalah mehnah perpanjangan yg diwarisi sejak zaman anbiyak. Para du'at dlm Gerakan islam tidak akan lari dari ujian yg sama.


KEDUA;
DATANGNYA BANTUAN ALLAH

- Janji Allah: Jika kamu tolong agamaNya, maka Allah akan tolong kamu. Ini membuktikan pertolongan Allah blh didatangkan dlm pelbagai bentuk, termasuk sesuatu yg tidak disangka oleh Ummat Islam itu sendiri. Sirah menunjukkan Rasulullah berjuang lama sebelum datangnya bantuan pembukaan Kota Makkah setelah pelbagai strategi dilakukan Muhammad. 

- Termasuk yg dilakukan oleh Rasulullah adalah Perjanjian Hudhaibiyyah yg seolahnya kelihatan oleh para sahabat Nabi telah merugikan Islam dan Nabi mengorbankan prinsip-prinsip Islam. 

- Dalam konteks Malaysia, PAS tidak pernah menyangkakan bahawa sokongan Melayu bangkit tiba2 selepas peristiwa Reformasi 1998. Hikmah pemimpin Geraakn Islam, Al-Marhum Fadhil Noor merebut hikmah itu utk mengajak sokongan Melayu itu kepada Islam. Dan beliau lancarkan Gerakan Reformasi Rakyat [GERAK] yg memperjuangkan keadilan rakyat secara keseluruhannya termasuk golongan bukan Islam, DAP & Parti Sosialist. 

- Diikuti 10 tahun selepas itu sokongan golongan bukan Muslim pula bangkit hasil dakwah & engagement berterusan menerangkan Islam kpd rakyat setelah PAS sedar jumlah 12% sokongan Melayu Muslim itu tidak pernah mencukupi utk membuat reformasi pd pemerintahan sedia ada. 

- Maka 2008 Allah aturkan bantuanNya [An-Nasr] didatangkan utk manusia semakin menerima Islam dan berjuang bersamanya, walaupun mereka itu bukan Muslim. Insya Allah natijahnya dapat dirasai selepas 5 tahun applikasi dakwah [tahaaluf siyasi] itu berjalan dgn bersungguh & ikhlas demi menggapai kemenangan buat PAS & PR dlm PRU13 kelak.

Nota: PRU13 = Insya Allah Mac 2013... :)

- Inilah yg pernah disebut oleh Rasulullah bahawa kemenangan Islam itu sebenarnya blh turut berlaku hasil dari sokongan golongan fajir, iaitu golongan pelaku maksiat yg Muslim, dan juga golongan bukan Islam sekalipun].

Hadith Bukhari dlm Kitab Jihad & Muslim dlm Kitab Iman;

KETIGA;
PEMBEBASAN [PutraJaya & Dewan Rakyat]

- Maka; atas izin & bantuan Allah jugalah, PRU13 kelak menjadi kali pertama dlm sejarah gabungan kerjasama Islam & bukan Islam melakukan ijtihad "tahaaluf siyasi" yg meletakkan kepentingan sejagat & fitrah manusia sbg perjuangan bersama, maka Insya Allah akan memberikan kemenangan dlm pilihanraya itu. 

- Maka akan mula bertapaklah pengambilalihan kuasa Kerajaan Persekutuan daripada UMNO & BN dgn penguasaan PutraJaya & Dewan Rakyat. PutraJaya & Dewan Rakyat itu mencerminkan pembebasan seluruh rakyat daripada segala undang-undang zalim yg mengongkong mereka. Itu adalah pembebasan awal [counquest] yg meletakkan kekuasaan pada rakyat dgn adil berpaksikan hak & keperluan mereka.

- TETAPI bagi PAS; terdapat perbezaannya definasi kemenangan bagi Gerakan Islam [PAS] berbanding rakan parti politik lain. Ini kerana dlm Islam, PAS menyatakan bahawa PutraJaya itu hanyalah satu permulaan kepada pelbagai kerja2 pembebasan [Al-Fath] lain yg perlu WAJIB dilakukan tatkala kuasa dipegang.

Nota: Dalam Islam KUASA hanyalah alat utk melakukan Islah / reform. 

- Oleh itu peranan paling utama Gerakan Islam adalah bersama memastikan berlakunya pembebasan khasnya utk Ummat Islam & Bangsa Melayu itu sendiri. Caranya; penguasaan media & maklumat yg bebas berlandasakan fakta yg adil, penyebaran tsaqafah ilmu & dakwah melalui media, penguasaan pendidikan sekolah & universiti, serta pelbagai lagi pembebasan rakyat dari segala bentuk penyelewengan & kezaliaman yg telah begitu lama dilakukan oleh UMNO & BN. Kerja2 pembebasan itu bukan satu yg mudah & dekat. Apatah lagi dlm konteks Demokrasi Berpelembagaan, ia melibatkan pelbagai pindaan Akta & Undang2 tertentu yg memerlukan olahan semula demi mengembalikan keadilah & keuntungan buat rakyat yg memilih perubahan.

- Kesan nyata dari pembebasan itu juga adalah penghapusan rasuah yg menjadikan negara berada dlm kefakiran, di mana kefakiran menurut Islam menjadi PUNCA UTAMA kpd berlakunya kekufuran itu sendiri. Kedudukan ekonomi Bangsa Melayu yg begitu lemah menjadikan mereka begitu jauh dari Islam.

- Dari semua contoh di aats; sebenarnya Golongan Melayu yg berjumlah 48% itulah yg plg utama mendapat nikmat reformasi & islah [penambahbaikan] dlm sistem negara tersebut.

KEEMPAT;
SOKONGAN RAKYAT

- Setelah berlakunya pembebasan [conquest] itu disetiap segi yg mengambil masa bertahun2 dgn lebih bersungguh, maka perubahan sokongan kpd Islam itu akan mula kelihatan. Bangsa Melayu yg selama ini ditindas & diperbodohkan akan bangkit menuntut hak mereka & menunjukkan sokongan pd Islam. Perjuangan Islam utk menurunkan jurang kemiskina antara golongan berada & bawahan dpt dilakukan, kerana itulah antara prinsip asas sebuah "Negara Islam" spt yg disebut dlm Al-Quran.

[Al-Hasr 7] 

- Pada masa itulah kedudukan UMNO & BN dlm persada politik Malaysia sudah tidak lagi releven apabila rakyat menyedari kerosakan yg telah mereka bawakan sejak kemerdekaan.

- Maka hasil SOKONGAN KUAT itulah, jika dilakukan PRU dilain waktu, maka semestinya sokongan beralih kpd Islam [PAS & PR] itu akan bertabah dgn mendadak [berduyun] dan memungkinkan PAS menjadi parti paling dominan dlm PR & Malaysia. 

- Itulah disitilahkan manusia datang kepada Islam secara berbondong / berduyun2 setelah mereka melihat sendiri keadilan & kebenaran Islam dlm applikasi kehidupan mereka. Dalam Surah An-Nasr itu, Rasululah tidak menyangka selepas Fathul Makkah itu, ramai ketua2 Quraisy yg berlindung di dlm Masjidil Haram yg menolak Islam pada mulanya, akhirnya turut memberi sokongan pd Islam, termausk penghijrahan ratusan golongan bukan Islam yg baik dari Negara Yaman utk menyokong perjuangan Rasulullah.

- Kesimpulan yg dibuat pada tahap ini; Pembebasan [Al-Fath] hendaklah diikuti kerja2 utk mengajak manusia kepada Islam, dan Islam diterima dgn bersungguh.


KELIMA & TERAKHIR;
KEMENANGAN ISLAM setelah mencukupi semua pra-syaratnya

- Dalam konteks demokrasi berpilihanraya, tidak mustahil utk PAS memimpin agenda perubahan dgn menjadikan Islam sbg cara hidup di Malaysia keseluruhannnya. YB TG Haji Abdul Hadi Awang beberapa kali menyatakan dgn jelas bahawa; setiap keputusan yg diambil oleh PAS melalui demokrasi berpilihnaraya itu akan ditentukan sendiri oleh rakyat utk menentukan kehendak mereka sama ada mahu menyokong Islam atau pun tidak. PAS menolak corak pemaksaan utk menerima Islam dlm dakwah ini.

- Itulah tahap yg dinamakan "Kemenangan Islam" apabila Islam memimpin perubahan setelah mendapat sokongan padu dari Ummat Islam & bukan Islam utk melaksakan Islam dlm pemerintahan. Masanya masih sgt lama, dan ia tiada jalan pintas melainkan mengikut pra-syarat yg telah ditetapkan di atas, iaitu selama mana PAS masih mengguanakan kaedah demokrasi berpilihanraya ini.

- Disitu jugalah [contohnya]; PAS mungkin mampu merubah Akta Mahkamah Syariah 1965 utk mengizinkan perlaksaan siyasah syar'iyyah di Malaysia termasuklah dalamnya undang berkaitan hudud itu sendiri. 

- Bagaimana & bila; terpulang pada para kesungguhan "Usaha & Istiqamah" yg dilakukan oleh para pekerja menggerakan Gerakan-Gerakan Islam yg bersamanya...

Wallahu'alam.

MAKA ikhwah, fahamilah betul;
Kemenangan Islam itu masih JAUH, ya masih sangat jauh, dan tidak sedekat spt PutraJaya dan PRU13 yg difahami sbhgn rakan & lawan. Pesanan Rasulullah buat sahabat utk kekal istiqamah di posisi masing2 selepas musuh kalah dlm Uhud itu hendaklah dijadikan 'iktibar penting buat Pakatan Rakyat.

Siiru 'ala barokatillah!

al-faqir,
assayuti.
_

ISMA mengikuti jejak langkah PAS 60 tahun yang lalu

Subuh, 20 Januari, 

Parameswara telah diislamkan oleh Syarif Mekah pada 1414 M menjadi titik permulaan kepada kehadiran penjajah dengan lebih terancang, walaupun sebelumnya masyarakat Melayu sering diasak oleh Siam, dan pernah dijajah oleh India. 

Akhirnya pada 1511, jatuhnya Empayar Melaka akibat serangan portugis terhadap pusat pemerintahan Islam ketika itu. Lalu pada 1523 pusat pemerintahan Islam berpindah ke Acheh. Acheh juga diasak bertalu-talu oleh Siam dan Belanda sehingga jatuh. 

Pada era 1600 an, pusat pemerintahan Islam di Asia Tenggara berpindah pula ke Pattani. Juga tidak terlepas daripada serangan yang bermula pada 1641 sehingga 1832, hampir 200 tahun umat Islam berjuang mempertahankan Pattani tanpa mengira bangsa dan keturunan. 

Mereka tidak berkata, aku Acheh, kamu Jawa, kamu Pattani, akan tetapi mereka berjuang bersama-sama mempertahankan pusat pemerintahan Islam mereka. Antara perang yang terakhir sebelum kejatuhan Pattani ialah Perang Jawa yang dipimpin oleh Imam Diponegoro pada 1825. 

Hasil daripada ijtihad baru seorang ulama Pattani di Mekah, telah melahirkan Tok Kenali. Beliau bernama Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al Fathani yang menjadi pengasas kepada Jamiyyah Fathaniah pada 1873. 

Lalu, Tok Kenali mengaplikasikan perjuangan Tok Gurunya di Tanah Melayu bagi menghalau penjajah dengan menubuhkan MAIK pada 1915, yang menghimpunkan suara ulama bagi menentang penjajah. 

Pada 1925 beliau bersama 2 sahabatnya telah menubuhkan pula Jamiyyah Asriyyah (iaitu sebuah persatuan) dengan tujuan yang sama, iaitu menghalau penjajah. 2 sahabatnya itu ialah Ustaz Tahir Ahmad dan Ustaz Mokhtar Ahmad. 

Pada era 1940 an, iaitu setelah kehilangan Tok Kenali pada 1933, muncul 2 tokoh baru, iaitu Ustaz Abu Bakar Baqir dan Dr Burhanuddin Helmi. Pada 1947, telah diadakan satu perhimpunan ulama di Gunung Semanggol dan menghasilkan penubuhan MATA yang dipimpin oleh Ustaz Mokhtar Ahmad. 

Pada 1948, perjuangan menentang penjajah mengorak langkah dengan mengadakan perhimpunan ulama kali kedua dengan menubuhkan Hizbul Muslimin. Namun, akibat bimbangkan kebangkitan rakyat menentang penjajah, British telah mengharamkan HM sehingga par pejuang mereka ditangkap dan dipenjarakan. 

Lalu pada 1951, tokoh tokoh ulama yang berjuang dalam MATA dan HM kembali mengatur strategi baru yang lebih selamat, iaitu dengan menubuhkan Persatuan Ulama Semalaysia (PAS). 

Setelah beberapa tahun perjuangan ulama ini, para ulama membincangkan pada 1950 an berkaitan pilihanraya. Iaitu saluran yang disediakan mengikut undang undang bagi meletakkan kekuasaan Islam. 

Setelah berbincang lumat dalam hal ini, akhirnya PAS berdaftar sebagai sebuah parti yang sah dan layak melibatkan diri dalam pilihanraya. Usaha ini bagi memastikan syariat Islam tertegak. Walaupun penjajah sudah pergi, namun ideologi penjajah masih berakar umbi. 

Sejarah yang saya tulis ketika menanti waktu Subuh ini akhirnya dipandang serong oleh sebahagian golongan. Mereka mengatakan PAS gila kuasa, dan ada pula yang mengatakan PAS bermatlamatkan politik kerana terlibat dalam pilihanraya. 

Apabila terbaca berita dalam Sinar Harian (pautan di bawah), isma hanya mengulangi sejarah PAS pada 1950 an. PAS sudah lama membincangkan keperluan terlibat dalam pilihanraya, iaitu keperluan memartabatkan Islam mengikut undang undang yang sedia ada. 

Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil 
BA, Hons, Fakulti Usuluddin, 
Jabatan Akidah dan Falsafah 
Universiti al Azhar 

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/isma-tubuh-biro-politik-timbang-tanding-pru13-1.123131

Tok Kenali, antara tokoh yang mempunyai sambungan rantai dengan perjuangan PAS

Dakwah Tak Wajib

dakwah tak wajib melainkan sudah ada Kerajaan Islam..maksud aku yang benar2 Islam

jika takda?

kita kena fikir2kan lah....

Dakwah? seruan dakwah wajib ke??

"elehh, biarlah depa, Ustazah-ustazah, Ostad-Ostad dah ramai dah"
"ini bukan kerja kita, ini kerja deme, geng2 tudung labuh tuu"
"aishh..ini kerja ustaz nii"
"I not ready okay..."

yee idak? kita selalu kata macam ni kan? lebih kurang lah


kata ulama', apabila seseorang itu mengungkapkan kalimah


dia adalah seorang dai'

kalimah tersebut ialah kalimah AKIDAH ISLAMIYAH, dimana kita ikat diri kita dengan AGAMA ISLAM

kita mengakui bahawa TIADA KEKUATAN yang bagi rezeki, bagi nyawa, menentukan takdir, dan lain2.....melainkan ALLAH S.W.T

ikatan ini menuntut satu tanggungjawab, satu hak, dimana kita kena ambik dan beriman sepenuhnya isi-isi dalam Quran, dari segi HUKUM, SEJARAH, DOA dan lain-lain.

dalil2 tuntutan dakwah dalam Quran adalah seperti berikut;

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. 
(Surah Ali Imran: 104).

‘Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)’.
(Surah Ali Imran: 110).

baik tuntutan dakwah sudah semestinya wajib kan?

ke tak faham lagi?

okay macam ini.. tuntutan dakwah adalah fardhu(kewajiban)

ia terbahagi kepada 2

wajib bagi kita melaksanakan tuntutan fardhu ain tersebut....dan wajib bagi kita melaksanakan tuntutan fardhu kifayah tersebut melainkan ada orang dalam kalangan kita sudah melaksanakannya dalam sesuatu kawasan..

ready dak? nak berdakwah nii...

kalau tak ready lagi, tak mengapa...cumanya minta doa kepada ALLAH banyak2 supaya kita CEPAT2 ready dan diberi taufiq dan hidayah...hari2 kena doa..khusyuk itu mesti

buat yang kecil2 dulu....

sekian dulu..

Salam...



"Sekiranya kita jujur dengan diri sendiri, kita akan jujur dengan orang lain. Ingatlah, seorang yang menipu orang lain sebenarnya menipu dirinya sendiri!" Ustaz Pahrol


Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia