-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

PENA & PADI: Sederhana Atau Extremist



PENA & PADI: Sederhana Atau Extremist

Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 petang…PADI sedang dalam perjalanan untuk ke masjid dari rumahnya…bagi menunaikan solat Maghrib secara berjemaah…tiba2..ada suara yang cukup kenal menyapanya….

PENA: Assalammualaikum, sheikh Padi….apa habaq?? =)

PADI: waalaikumsalam, khabar baik…hamboi..orang Kedah nampak.. =)

PENA: dak eh, orang KL ar…

PADI: hmmmm…ye lah tu

PENA: eh PADI…ang ni…ehh(alamak, kantoi),..eham..ehem… maksud aku “engkau”..”engkau okay”, aku dok tengok engkau nih, dah nampak macam pak sheikh dah…dengan jubah lah, dengan serban lah, siap bawak tasbih lagi nak pergi masjid…

tu tak termasuk yang lain lain...banyak ooo...aku takut dorang mengata ko jaa...orang takut nak dekat ngan ko nanti..

PADI: ermm…ehh, kenapa? Salah ka?

PENA: ehh…dak eh…tak salah…aku takut, nanti orang kata ang ni extreamist..

PADI: aik…cakap kedah nampak…

PENA: okay2…fine…”engkau”

PADI: hmmmm????...apa maksud ko extreamist??

PENA: maksud aku, over lah.. tengok macam aku ni…pakai simple jaa…seluar jeans, kopiah ngan baju melayu…rilek jaa…ni baru orang kata trend zaman nih…nih baru orang kata sederhana..tetapi macho..ko faham maksud aku kan..??..hehehe

PADI: hmmm??...aku rasa okay jaa…mana ada aku extream..

PENA: mana ada ko cakap??...ramai kata ko extream kot...ye lah…orang ajak, ko makan KFC..ko tak nak…takut haram lah….orang ajak ko tengok wayang..ko banyak alasan pulak..cakap buang masa lah..orang ajak ko pergi melepak malam malam…ko tak nak...ko kata nak tido awal…bukan tu jaa…banyak lagi…pakai songkok pergi kelas lah…pakai jubah lah..pakai serban lah…macam2...pendek kata dorang…kononnya engkau nak ikut 100% macam orang dulu..mana boleh…zaman dah moden lah PADI..

PADI: eh betul ke tu extream??

PENA: ye lah…kan Nabi Muhammad sendiri kata..biar hidup bersederhana..apa lah ko nih…

PADI: aik??...hmmmm….jadi ko nak kata…kalau nabi ada sekarang nih…dia akan tengok wayang..dia akan keluar melepak malam malam...dia akan pakai seluar jeans ngan baju melayu pergi masjid??? itu maksud ko?

PENA: aik??...pelik aja..bunyi nya….HAAAA!!!!...aku pening!!!

PADI: PENA, aku nak tanya engkau…siapa yang paling sederhana kehidupannya yang pernah engkau kenal?

PENA: hmmmm…jiran sebelah aku tu kot..anak dia tak da lah banyak sangat..takda lah sedikit sangat…dia takda lah kaya sangat…takda lah pulak miskin…ehh jap2…mungkin datuk aku..rumah dia sederhana jaa size nya..kereta dia takda lah canggih sangat…takdalah kolot sangat

PADI: adakah itu ukuran engkau tentang SEDERHANA??..cuba fikir balik…siapa yang selalu menyuruh kita supaya hidup bersederhana??

PENA: hmmm…jap2….(haaa…dah dapat...alamak..termakan kata pulak)…Nabi Muhammad... = (

PADI: betul tu…Nabi Muhammad lah yang paling sederhana hidupnya…Nabi Muhammad sendiri yang menyuruh umatnya supaya hidup bersederhana..sudah tentu dia membuat apa yang dikatakan oleh dirinya sendiri…nabi tak galakkan umatnya tidur lambat..sebab Nabi hendak umatnya bangun malan dan solat malam…nabi tak pernah suruh umatnya buat perkara perkara yang sia sia..nabi tak pernah menyuruh umatnya supaya makan makanan yang tak sihat…jadi aku nak tanya engkau…adakah nabi Muhammad extream??

PENA: errrr…hmmmmmm….haaaaaa……eee…..

PADI: eh apa kena ngan ko ni? ko tahu apa maksud extremist??

PENA: hmmm...tak

PADI: Extremist itu adalah sesuatu perkara yang keterlaluan...seperti "sibuk beribadat hingga tidak mahu bergaul dengan manusia", "sibuk beribadah hingga tidak mahu kahwin, walaupun mampu","beruzlah hingga abaikan keluarga" dan sebagainya..

adakah Rasulullah extream? atau sederhana?

PENA: hmmm…sederhana

PADI: inilah yang dikatakan Islam Phobia..agenda yang dibuat oleh orang barat..ia membuat cerita seolah olah ajaran Islam adalah satu ajaran pengganas...ia mengaburkan mata kita, seolah olah ajaran Islam sudah tidak releven dengan hidup moden sekarang ini...ia menipu pemikiran kita supaya kita takut dan berasa aneh untuk melakukan sunnah Rasulullah...

ramai manusia sekarang ini menjadikan kayu ukur bagi kehidupan sederhana dia mengikut nafsu…bukan mengikut wahyu, iaitu al Quran dan Hadis…kita hidup didunia ini adalah sebagai hamba…BUKAN raja….ikut lah Nabi…kerana Nabi hidup bersederhana….ye lah..memang lah hidup moden..kita ikut kesesuai masa lah...cuba kaji balik sunnah Rasulullah..pastu kita qias kan dengan hidup kita sekarang ini...kita nak hidup moden, tetapi moden yang mengikut syariat Islam…

PENA: hmmmm….okay…= ( (astaghfirullahal'azim...malunya aku...maafkan aku Ya ALLAH…maafkan aku Ya RASULULLAH..maafkan aku PADI...)

PADI: ehhh…kenapa dengan engkau ni?…nampak sedih jaaa.. heyy…rilek ar…orang KL mana boleh sedih…

PENA: hamboi…perli nampak…hmmm…

(PENA terdiam tanda kekesalan..tidak lama selepas itu…tiba2 dia kembali bersuara…)

PENA: terima kasih PADI.. =)
Selepas, mengucapkan kata2 itu, PENA terus berlari…

PADI: ehhh…kenapa tiba2 jaaa… nih??

PENA: siapa cepat sampai masjid…lagi banyak pahala dia dapat!!!...hahaha

PADI: (hahaaaa…..ada2 lah ko nih..buat fatwa baru pulak)…hey tunggu aku!!… =)


aku adalah Islam sederhana...bukannya Extremist

RASULULLAH (SAW) SEBAGAI TOKOH KEPIMPINAN

RASULULLAH (SAW) SEBAGAI TOKOH KEPIMPINAN

Sebagai pemimpin yang dipilih oleh Allah, tentunya baginda dirancang sedemikian rupa untuk menjadikan baginda pemimpin mithali. Kehidupan baginda yang yatim, hidup dalam suasana kehidupan yang serba sederhana menjadi batu asas penting dalam proses pemupukan sifat kepemimpinan baginda . Dengan kehendak dan pemeliharaan Allah, baginda dapat membataskan dari baginda dari perkara yang merosakkan dan tidak berfaedah. Baginda akhirnya manjadi manusia yang paling dipercayai yang digelar “al-amin” oleh seluruh masyarakat di zamannya.

Sifat asasi yang wajib bagi para nabi dan rasul terserlah dengan cukup nyata pada diri Rasulullah (SAW). Sifat-sifat tersebut ialah : SIDIQ, AMANAH, TABLIGH DAN FATONAH. Sifat-sifat ini merupakan tunggak asasi keperibadian dan kepimpinan Rasulullah (SAW).

SIDIQ ialah sifat yang mempunyai ciri-ciri benar yang merangkumi nilai-nilai tidak melakukan sifat bohong dan pendustaan, sama ada dalam percakapan mahupun dalam perbuatan. Ini merujuk kepada sifat tiadanya kontradiksi anatara apa yang diucap dengan apa yang dilaksanakan. Di samping itu, sidiq juga membawa maksud hidup dan perjuangan baginda itu bertunjangkan kebenaran hakiki, yang boleh membawa manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sifat asasi yang lain ialah AMANAH, iaitu merujuk kepada sifat melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Baginda tidak melakukan walaupun sedikit penyelewengan, penyimpangan atau pengkhianatan. Apa yang diarahkan oleh Allah itulah dilaksanakan olah baginda seutuh dan setulennya.


Sifat asasi yang lainnya ialah TABLIGH, yang secara literalnya bermaksud “menyampaikan”. Ianya merujuk kepada sifat baginda melaksanakan tanggungjawab menyampaikan seluruh dan sepenuhnya risalah kenabian dan kerasulan baginda kepada manusia. Baginda tidak sedikit pun menyembunyikan apa yang ditanzilkan oleh Allah kepada baginda untuk disampaikan kepada umat manusia sejagat. Di samping baginda juga dengan sifat tabligh itu mempunyai kemahiran dan kemampuan komunikasi yang tinggi. Dengan itu, ianya membolehkan manusia yang didakwahkan oleh baginda memahami maksud dan tujuan dakwah tersebut.

Sifat asasi yang lain ialah FATONAH, iatu bermaksud “bijaksana”. Sebagai pembawa risalah Allah, dan pemimpin manusia sejagat, baginda merupakan pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa. Ini dapat dilihat melalui tindakan-tindakan yang baginda laksanakan dalam sejarah perjuangan dan kehidupan baginda.

Dengan sifat-sifat asasi tersebut, baginda telah melaksanakan tanggungjawab kenabian dan kerasulan dengan berjaya, dan ianya penuh dengan contoh dan teladan yang bukan sedikit yang sewajarnya dicungkil dan dihayati oleh seluruh umat manusia, terutamanya oleh umat Islam, khususnya mereka yang merasakan diri mereka pejuang dan penggerak Islam.

Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21:
Yang bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik Hari Akhirat serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang dan ingatlah kepada Allah banyak-banyak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
(Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran & As-Sunnah)

2 faktor belenggu fikiran MELAYU


assalammualaikum...apa habaq? baek!!...hebat dan baguskan diri anda..

pernah tak kamu mendengar istilah "THE RAT RACE"??

ia merupakan satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan cara hidup manusia zaman ini...

The Rat Race, satu istilah yang memberi maksud "never ending" ataupun "tiada kesudahannya"..

seperti, seekor tikus yang berlari dalam roda, di dalam sangkarnya...yang tiada matlamat untuk bebas...hanya berlari untuk penat..dapat makan..dan hidup dalam ketakutan..

sama juga seperti manusia...seorang manusia yang makan gaji.. hanya pi kerja..balik kerja...pi kerja..balik kerja...harapkan gaji tinggi untuk bayar bill, hutang dan sebagainya...dan takut akan dipecat...
tiada matlamat untuk keluar, atau lari dari segala belenggu...apa yang dapat, hanya penat...

Analogi

Tikus = Manusia
Roda = hidup manusia
pusiangan roda = hidup seharian kita yang sama
sangkar = adanya majikan

banyak sangat manusia yang nak hidup dalam "comfort ZONE", "Ruang SELESA"

go to school..get into college..get a good grade..get a good job..make boss happy...get a good retirement plan...and die quietly

"avoid risk...follow the culture...no need to work that hard...rilex..have fun"

kita boleh pilih jalan diatas ini...tetapi..percayalah...anda tidak akan maju dan kaya

ramai orang melayu pilih jalan ini..."THE CONFORT ZONE" & "THE RAT RACE"

inilah 2 perkara yang belenggu fikiran melayu kita...

itu sebab melayu tak maju...

BERSAMBUNG...............

Stalker di FB



Assalammualaikum......apa khabar semua...sihat ka?

macam ni ceritanya...masa saya duk on line on line Face BOOK nih...saya duk tengok lah gambar gambar saya nih...pastu...terlintas di dalam fikiran saya...

"ada tak orang tengok gamabar aku nih?? maksud saya, ada tak orang yang obsess dengan saya samapaikan dia asyik tengok foto saya...atau boleh kita katakan sebagai stalker"

haha..perasan pulak... =)

aku sebagai lelaki...tak lah rasa terancam sangat...sebab aku lelaki...

tetapi yang perempuan nih..yang kaum hawa nih...yang muslimat nih...pernah tak anda terfikir...ada lelaki atau PENGKID yang asyik tengok gambar gambar kamu di FB tanpa kamu sedari....bahaya ooo....yang dah tutup aurat tu okay lah...tapi yang tutup tak cukup sempurna nih...sekali lagi...bahaya

ia boleh mengundang masalah yang lain...

cuba bayangkan...ada orang asyik...selalu..kerap melihat anda di FB...dengan gambar anda yang terdedah aurat..yang boleh mengundang nafsu...dengan gaya posing anda yang begitu ermmm....

SERIOUS!!!!

secara terus terang...kalau saya di tempat anda...saya akan cepat2 delete gambar saya di FB...saya hanya akan pakai gambar kartun atau alam jaa...

hmmm...bagi saya, nih soal yang serious...
kita kena ambik serious...
berhati hati dengan stalker...ia membahayakan diri anda wahai kaum hawa...

"JANGAN JADIKAN DIRI KAMU UMPAN, BUAT SEEKOR BUAYA"

Tugas kita yang tak diberitahu...


Assalammualaikum...salam sejahtera (^___^)...ya...moga moga anda bersemangat, bertenaga dan ceria sentiasa...

tahu tak, dalam dunia nih, kita ada dua misi yang penting...

yang pertama, misi umum...misi ini adalah sama bagi semua umat Islam.....iaitu menjadi Khalifah ALLAH di muka bumi ini da menjadi hamba ALLAH...semua tahu kan??

yang kedua ni yang ramai yang tak beberapa tahu....misi ini adalah misi khusus...setiap dari kita ada misi yang berlainan antara satu sama lain...
DAN...apabila misi ini telah selesai terlaksana, kita akan dijemput oleh malaikat Izrail untuk memasuki alam baru...ALAM KUBUR

inilah tugas kita yang tiada sesiapa pun beritahu kepada kita...

the unknown mission...(cakap orang puteh skit)

dalam penulisan saya pada kali ini...saya ingin membincangkan misi kita yang kedua...
iaitu, misi khusus kita...

seperti contoh...

misi khusus ayahanda Nabi kita Muhammad s.a.w, Abdullah. Di dunia ini, misi Abdullah adalah untuk menyalurkan benih yang subur kepada Ibuanda Nabi Muhammad s.a.w...iaitu dengan menjadi pasangan Siti Aminah untuk melahirkan Nabi Muhammad..setelah selesai tugasnya itu, Abdullah meninggal dunia...itulah misinya yang khusus

begitu juga yang terjadi kepada Rasulullah s.a.w, setelah Rasulullah mengumumkan kepada umat Islam ketika itu, bahawa baginda sudah selesai menyempurnakan IMAN umat Islam ketika itu...
sahabat baginda, Abu Bakar r.a menangis...dan apabila sahabat lain bertanya mengapa??...Abu Bakar r.a berkata bahawa, Rasulullah akan meninggalkan kita, untuk bertemu ALLAH, kerana baginda sudahpun selesai melaksanakan tugasnya...dan tidak lama selepas itu, baginda wafat...(selawat dan salam kepada junjugan mulia nabi kita Muhammad s.a.w)
itulah MATLAMAT khusus Nabi kita Muhammad s.a.w....iaitu, meyempurnankan IMAN umat ISlam...

persoalannya???

apakah matlamat khusus kita??

perjalannan ini jauh...sangat jauh dan lama...kuatkan diri kami...kuatkan IMAN Kami...kuatkan kami YA ALLAH...

KITA SEMUA ADALAH ISLAM



"..Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
(surah ali Imran,ayat 64)

siapakah Islam itu?

Islam datang dari perkataan "SALAM"

yang membawa maksud "penyerahan diri sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T dengan ikhlas"

jadi...sesiapapun yang menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T dengan ikhlas adalah ISLAM

Nabi Muhammad s.a.w adalah Islam kerana baginda menyerahkan diri sepenhnya kepada ALLAH dengan ikhlas...

bagaimana dengan nabi nabi lain? apakah agama mereka? adakah mereka ISLAM??

mereka juga adalah ISLAM...

Nabi Adam a.s adalah Islam, Nabi Ismail a.s adalah Islam, Nabi Idris a.s adalah Islam, Nabi Daud a.s adalah Islam, Nabi Sulaiman a.s adalah Islam...mereka semua adalah ISLAM

kerana, mereka juga menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada ALLAH dengan ikhlas...sama seperti Nabi Muhammad s.a.w

Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan dan dia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.
(surah an Nisa',ayat 125)

kita semua adalah Islam apabila kita menyerahkan diri kita sepenuhnya dengan ikhlas kepada ALLAH S.W.T..

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan suka rela ataupun terpaksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan.
(surah ali Imran, ayat 83)


kita adalah Islam, dan kita kena berusaha menjadi seorang ISLAM..seseorang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T dengan ikhlas..

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN


dimulakan dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG...

selamat dan sejahtera ke atas sidang bacaan semua...moga kita berasa hebat selalu...

tajuk yang saya nak bincangkan pada hari ini ialah berkenaan dengan TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

siapakah pemimpin?...seorang ayah adalah pemimpin, ketua kampung, perwakilan kolej...perwakilan pelajar...menteri, raja...mereka semua ini adalah pemimpin

Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.

(surah Yunus ayat 14)

boleh kita katakan, kita dijadikan pemimpin atau Khalifah dimuka bumi ini atas pilihan ALLAH..YAA...ALLAH yang memilih kita untuk memimpin...ALLAH yang memilih kita untuk menjadi pemimpin...ALLAH yang memilih kita untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini...dan ALLAH akan menilai kepimpinan kita...

memang lah kita jadi pemimpin sebab orabg undi kita...memanglah kita jadi pemimpin sebab orang pilih kita..kita menang pilihan raya...TAPI...ALLAH lah yang membenarkan semua itu...tidak ada sesuatu pun yang boleh berlaku tanpa kehendak ALLAH..tanpa pengetahuan ALLAH...

ALLAH pilih kita sebab ALLAH tahu kita mampu menjalankan tanggungjawab tersebut....percayalah kita mampu...

TETAPI PERSOALANNYA...


adakah kepimpinan kita itu diredhai ALLAH...??
inilah yang banyak pemimpin tersalah pandang...mereka menjadikan kayu ukur kejayaan kepimpinan melalui keredhaan manusia...tetapi bukannya ALLAH S.W.T...

wahai pemimpin...sedarlah...adakah ALLAH redho dengan tindakan kamu itu...ADAKAH ALLAH REDHO dengan cara kamu memimpin...

bawalah ISLAM...

ALLAH melantik kamu menjadi pemimpin supaya kamu ikut apa yang ALLAH suruh...supaya kamu bawa ISLAM didalam kepimpinan kamu...bukan sebaliknya...

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
(surah Shad ayat 26)

jangan kita mencorak kepimpinan kita mengikut hawa nafsu kita. ikut selera kita...kita adalah manusia yang lemah...jadikan Al Quran dan Hadis sebagai panduan kepimpinan kita..

contohilah kepimpinan kekasih ALLAH, Rasulullah s.a.w...NABI MUHAMMAD BIN ABDULLAH
contoh yang terbaik...

bawalah ISLAM didalam kepimpinan kita..

ingatlah wahai pemimpin...kamu memikul AMANAH yang besar...setiap pemimpin bertanggungjawab keatas tangungan dibawahnya...

salam tahniah dan takziah kepada semua pemimpin dan semua...

Valentine Day Haram



Assalammuaikum kepada para pembaca sekalian.

Apa kahbar anda semua? Moga anda berada dalam keadaan sihat bagus sekali, moga kita juga murah untuk bersenyum sepanjang hari inshaallah, kan manis senyuman itu. Di hari yang mulia ini marilah kita beramai ramai mendoakan agar kita diteguhkan kekuatan nikmat iman untuk diri kita dan untuk saudara-saudara seIslam kita.

Hadirin bacaan sekalian, sedar tak sedar kita sudah pun memasuki bulan kedua tahun 2011, cepat bukan?, dan sedar tak anda bahawa tidak lama lagi, kita akan melalui satu tarikh dimana, tarikh ini sering ditunggu tunggu oleh orang bukan Islam, tak kalah juga orang Islam itu sendiri. Bilakah tarikh tersebut? Apakah istimewa tarikh tersebut?

Tarikh tersebut adalah pada 14 Febuari, dan ia adalah hari sambutan dikenali sebagai

“Valentine’s Day” atau orang kita panggil “hari kekasih”.

So what?

What is the big deal?
Biarlah hari kekasih, seronok apa
Best oh hari kekasih!!

Haa, itulah ayat-ayat orang apabila di tidak tahu atau memahami apa itu Valentine Day sebenarnya.

Hari kekasih ini telah mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Hinggakan banyak iklan mengenai valentine ini di paparkan, di television, radio, surat kahbar, majalah dan bayak lagi. Tak cukup dengan itu, terdapat banyak juga pengusaha membuat promosi sepeti promosi makanan sempena hari valentine, promosi cuti-cuti dan banyak lagi. Di tambah pulak cerita-cerita cinta di kaca telivison mengenai hari kekasih. Siapa yang untung sebenarnya?

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”
(Surah Al-An’am : 116)


Ayuh wahai sahabatku, mari kita memahami hari valentine ini sebenarnya. Mari kita tengaok kisah0kisah orang terdahulu.

SEJARAH VALENTINE DAY
Valentine sebenarnya adalah nama kepada seorang paderi yang berpengaruh ketika itu , paderi tersebut bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Pada masa pemerintahan Raja Claudius, raja tersebut telah mengeluarkan perintah supaya tiada sesiapa boleh berkahwin ketika itu atas dasar ketika itu rom sedang berperang. St. Valentine membangkang perintah Raja dengan meneruskan uasaha mengawinkan rakyat-rakyat rom ketika itu. Akibatnya, St. Valentine telah dihukum bunuh. Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar menukar hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa sambutan ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”.
(Surah Al-Isra : 36)

Sahabat-sahabat sekalian, cuba kita renung sambutan zaman sekarang, ramai umat Islam telah terpedaya dengan hari tersebut. Ramailah manusia keluar berdua-duaan pada hari tersebut, pada mulanya hanya keluar makan, kemudia tengok pula panggung wayang, dan kemudia pergi bersiar siar di tempat sunyi...kemudia..

Dan apabila anak-anak Adam itu berdua-duaan berlainan jantina, maka datanglah makhluk ALLAH yang ketiga, yang tidak lainnya adalah syaitan.
Maka syaitan akan memperdaya kedua-dua mereka, hingga mereka terlanjur melakukan pemzinaan. Dan kemudia keluarlah orang ketiga yang digelar ANAK HARAM atau ANAK LUAR NIKAH.

"..dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.."
[17:32]

ALLAH S.W.T telah menegaskan supaya jangan hampiri zina, maksudnya jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada perzinaan. Antara perkara yang boleh membawa kepada perzinaan adalah bercouple, memakai pakaian yang menjolok mata dan termasuklah menyambut hari kekasih. Maka hukum menyambut Valentine day atau hari kekasih ini adalah HARAM.

Sahabat-sahabat, kita telah dilalai dan di kaburi oleh permainan dunia yang nampak kecil. Dari kecil itulah ai menjadi besar, dari menyambut hari velentinelah berlakunya perzinaan. Astaghfirullah. Renungkanlah kuthbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W.
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil”

“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Hadis Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
(Surah AL Imran : 85)

Sahabat-sahabat sekalian, sudah tiba masanya kita berubaah, sampai bila kita hendak tidur dan hanyut dalam kegilaan dunia. Ayuhlah para mujahid, ayulah para mujahidah, kita tinggalkan zaman fitnah, agar tertegak kalimah ALLAH, agar terbangun dunia baru ISLAM.

Kenapa Umat Islam tak maju??



Pada satu hari, aku berada di sebuah majlis ilmu, majlis forum yang membincangkan tentang akhlak remaja.

Setelah selesai kata-kata dari panel, sesi soal jawab dibuka….

Semua diam sahaja….

Sunyi…

Tidak lama kemudai ada seorang hamba ALLAH berdiri dan bertanya…

Soalannya ialah

“KENAPA NEGARA BUKAN ISLAM YANG TAK MENGAMALKAN CIRI-CIRI ISLAM INI LEBIH MAJU DARIPADA NEGARA ISLAM ITU SENDIRI?”

Bagi aku soalan itu betul betul bagus untuk dibicangkan..
Jawapan penceramah itu kepada hamba ALLAH itu ialah

“KAMU MEMAKAI KACA MATA YANG SALAH, KAMU KENA PAKAI KACA MATA ISLAM, ALLAH S.W.T SUDAH BERKATA, BAHAWA KEHIDUPAN DIDUNIA INI ADALAH UNTUK MEREKA(ORANG BUKAN ISLAM), KEMENANGAN KITA ADALAH DI AKHIRAT, ISLAM LEBIH MEMENTINGKAN SOAL ROHANI DARIPADA MATERIAL”

Hoooo…bagi aku, itu jawapan yang begitu tak kujangka…memang betul jawapan itu…dan kalau aku boleh menambah…aku akan kata

“UMAT ISLAM TAK MAJU SEBAB UMAT ISLAM TAK PRAKTIKKAN ISLAM YANG BETUL DAN KERANA UMAT ISLAM TAK BERSATU PADU”

PENCARI CINTA



بسم الله الرحمن الرحيم





"Dimulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"




Marilah kepada Ku, wahai hamba-hamba Ku..

Bersegeralah pulang, ke pangkuan Ku..

Aku tetap menerima mu percayalah pada Ku..

Kamu hamba ciptaan Ku, lemah dan lalai adalah watak mu..

Aku mahu kau akuilah kelemahan itu..

Setiap kali bersalah kamu datanglah kepada Ku..

Megakulah bersalah menangislah di depan Ku..

Tanda penyesalan yang tidak sudah..

Ketahuilah wahai hamba Ku, rintihan orang yang berdosa..

Lebih aku cintai daripada tasbih para Auliya’..

Jangan bertangguh-tangguh lagi..

Siapalah yang tidak bersalah, kamu adalah hamba..

Aku suka orang yang mengaku salah, Aku cinta pada orang yang bertaubat..


Wahai hamba-hamba Ku, minta ampunlah daripada Ku..

Aku tetap menerima mu bukankah aku Tuhan mu..?

Kasih Ku kepada mu melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya..

Begitulah pesanan ALLAH kepada hamba-hamba Nya’’
Mengikut keterangan Al-Quran dan As-Sunnah..




Puisi ini dipetik dari sebuah novel bertajuk “Pencari Cinta”, penulisan oleh Faizal Rahmad

THE UNNECESSARY COMPLAINT


ASSALAMMUALAIKUM..

my muslim brother and sister..

have you ever notice that the people surround us likes to complaint when it comes to FOOD, no...they LOVE to complaint..A LOT...haha not to forget about YOU silly...

and...me

the point is, that many of us, complaints as if the matter is so big, so huge, that it sound like criminal..
and this type of person always complaint, whether it is a good deed or not...

let me show you the example

PENA:"eish, mana makanan aku? selalunya taklah lambat camnih..depa curi tulang paa"
PADI: (0_o)?

PENA"aik? dah sampai dah, cepat giler...nih mesti dia dah siap2 masak dah nih"
PADI: (0_o)????

PENA: "alamak, nih jaa nasinya? sikit giler"
PADI: bersyukur lah..

PENA: "eeee....kenapa banya sangat pulak nasi ko letak oi"
PADI: aik? hari tu complaint sikit sangat nasi..nih lain pulak dah

PENA: "mahal giler nasi ni...nih mesti tak pandai kira nih"
PADI: barang kan naik harga..

PENA: "murah giler nasi nih...nih mesti nasi semalam nih"
PADI: harga barang dah turun daaa...

you see?...hope you can understand malay...dont worry..google translater will be 25 hours to help you..

do you see the point?
many people do complaint about things that i think we should not talk about...
follow what Rasulullah s.a.w does...if he dont like the food, he will avoid it and NEVER says bad things about it...
FOLLOW RASULULLAH...

dont criticizes the food...it is our food...better have rather than not...
if you want to criticizes, put it, on a peace of paper or complaint directly to the person...in a manner way

not by saying behind..and talking bad about them...it is HARAM
it is equal, as if you are eating your muslim brother flesh...

here me my muslim brother and sister

be intelligent...open your quran and read it...and understand it...and implement it...

MAY ALLAH BLESS YOU...ASSALAMMUALAIKUM

WHEN WILL I WAKE UP


WHEN WILL I WAKE UP..!!!
if i dont realize whats going on in this world, my brain must be small as a peanut

THE WORLD IS FULL OF CONSPIRACY...
THE WORLD IS FULL OF CORRUPTIONS...
THE WORLD IS NEAR TO ITS END...
THE GOOD THINGS SOUND BAD...THE BAD SOUND NICE

do you really think that the world we leaving today is already good enough for us? think again my muslim brother and sister..

in our way of life now..does it makes ALLAH S.W.T HAPPY?
ask your self again...ask your heart...is this what HE really want..
are you realy ISLAM?

Astaghfirullah...

how could we?

how could we be happy, when our muslim brother and sister in PALESTINE MESIR,PAKISTAN, IRAQ, THAILAND, INDONESIA, LUBNAN, JORDAN,INDIA, CHINA and many more are in grieve DANGER...
THEY ARE FIGHTING FOR ISLAM...

ASK your self again?

WHEN WILL I WAKE UP...

I cant fight alone, i need you my muslim brother and sister...sooner or later...our time for JIHAD will come

because...

there will be one more WAR...

war between Illuminati and Islam..

choose your side

Dajjal



Masihkah anda menunggu seekor makhluk yang bernama dajjal itu untuk keluar?
Masihkan anda menunggu seekor makhluk yang bermata satu? yang bergigi tajam?
Kalau macam tu…tunggu lah

Aku berpendapat lain..aku mengatakan bahawa dajjal ini adalah satu kuasa besar yang menyebarkan FITNAH yang terbesar didunia.. aku ambil pendapat ini daripada beberapa ulama, seperti SHEIKH IMARAN HUSSEIN dan Ustaz DR ZAINAL ABIDIN
Cuba TELITI dunia ini betul2…kita sebernanya di dalam dunia yang penuh dengan kefasikan…atau boleh aku katakan ia sebagai dunia dajjal..
Apa yang di dipaparkan di kaca TV, RADIO, Surat Khabar dan lain2 media…kebayakannya semuanya berunsur kefasikan…

Cuba fahami maksud ayat ini “REALITI DAN PENAMPILAN ADALAH JAUH BERBEZA”
Berfikir walau sejenak
Umat Islam di Mesir dan di kawasan kejiranannya sudah bangkit menentang penjajah yang zalim dan memakmurkan Islam.

Chop!...bukankah itu tanda kebangkita Islam?

Jadi persoalannya….dajjal ni muncul selepas kebangkitan Islam atau sebelum kebangkitan Islam?

Kalau dajjal muncul sebelum kebangkitan Islam, maknanya…dajjal sudah pun tiba…
ZAMAN FITNAH, ZAMAN KEFASIKAN SUDAH PUN LAMA TIBA…kita sahaja yang tak perasan..
Terpulang pada anda…

Anda tahu jawapannya

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia