-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

3 Tipa Bijak Wang Beli Kereta

March 17, 2014 — Penulis: Afyan Mat Rawi
Tahukah anda, bahawa kereta adalah liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah aset. Hakikatnya ia adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang.
Dengan memiliki kereta, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi.
Jika ada yang mengatakan kereta adalah aset, sebenarnya ia adalah aset bank sebab bank menerima wang ansurans yang dibayar oleh pembeli kereta.
Pada tahun 2011, CEUPACS pernah mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam yang diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000.
Malah, tidak sedikit daripada mereka yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada kalangan di bawah umur 30 tahun. Siapakah mereka ini?
Kebanyakkan meraka adalah graduan-graduan muda yang memiliki ijazah daripada universiti-universiti. Sayangnya ilmu tentang pengurusan kewangan, tidak diajar di sekolah-sekolah, kolej-kolej dan univerisiti-universiti.
Jika pinjaman kereta itu selama 5 tahun, maka selama 5 tahunlah seseorang graduan itu terpaksa bergelut untuk membayar kereta yang semakin lama semakin susut nilainya. Cuba bayangkan jika 7 tahun, atau 9 tahun?
Maknanya, jika kereta dibeli ketika baru berkahwin, maknanya sehingga anak sudah masuk 3 orang pun hutang kereta masih belum habis bayar, dengan anggaran seorang anak setiap 3 tahun.
Sebuah kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli ansuran selama 9 tahun, perlu dibayar sekitar RM650 sebulan. Maknanya, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan adalah berjumlah kira-kira RM70,000.

Formula Bank
Formula bank dallm meneliti kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak melebihi 1 per 3 gaji bersih. Jika Gaji RM1,800 bagi seorang graduan yang belum mempunyai sebarang komitmen kewangan, ia boleh membayar ansurans kira-kira RM600 sebulan, bersamaan untuk ansuran kereta berharga RM45,000 selama 9 tahun.
Jangan gunakan formula bank, yakni ansuran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan kerana formula inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.
Ia berlaku kepada graduan muda kerana ketika memohon pinjaman kereta, mereka masih belum ada banyak komitmen kewangan dan permohonan mereka mudah diluluskan.
Dari masa ke semasa, tahun ke tahun, komitmen mereka mula bertambah dan kemudian bayaran ansuran kereta menjadi komitmen terakhir mereka untuk dilunaskan, ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain untuk penyelenggaraan kereta.
Inilah yang menjadi punca akhir sekali sebahagian mereka diisytiharkan muflis akibat tidak mampu membayar ansuran kereta.
Formula Pembelian Kereta Secara Bijak
Berikut beberapa formula yang boleh dikongsikan sebagai panduan untuk membeli kereta pertama.
Formula 1: Beli Kereta Secara Tunai
Kereta apa boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia benar-benar diperlukan.
Tangguhkan kepuasan. Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.
Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!
Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta.

Formula 2: Deposit Tinggi
Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran “beli kereta tanpa deposit”. Sebenarnya ia bermakna ‘hutang lebih banyak’.
Tip ini boleh digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip nombor 1 untuk menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.
Cuba bandingkan kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia mengurangkan keuntungan bank.
Kenapa perlu bayar lebih kepada bank? Ia memang sudah banyak untung!

Formula 3: Harga Kereta Bersamaan Setahun Gaji
Mungkin ada yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam suasana sekarang.
Baiklah, saya berikan satu lagi cara yang dapat digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama dan kedua. Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposit.
Boleh, tapi gunakan formula ini;
Harga Kereta = Setahun Gaji
Gaji bulanan:RM2,000
Harga maksimum kereta yang boleg dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000
Kenapa? Agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.
Jika masih mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, anda mempunyai peluang 50% kemungkinan untuk muflis.


Hutang Kawan-Kawan: 6 Tips Sebelum Beri Pinjam Duit Pada Kawan

Alhamdulillah, moga kita sentiasa dalam keadaan hebat dan positif sentiasa. Baik, untuk entry kali ini saya ingin mengajak tuan puan, dato datin, sahabat sahabiah dalam membincangkan topic yang cukup menarik. “Hutang Kawan-kawan”… saya kongsikan penulisan dari Tuan Pakdi. http://www.pakdi.net/

Suka atau tidak suka, kita pasti berjumpa keadaan sebegini.
“Abang, pinjam duit boleh. Adik ada masalah sikit.”
“Kak Long ada duit lebih tak? Gaji saya bulan ni dah habis. Ada lagi 10 hari ni nak dapat gaji.”
Tak bagi saudara sendiri. Namun bila dah bagi sukarnya mendapatkan semula hutang tersebut.
6 Tips Sebelum Beri Pinjam Duit Dekat Orang

1. Pastikan kita cukup kenal orang tersebut
Hatta saudara sendiri atau kawan baik sekali pun.
Kenal di sini bermaksud kita tahu attitude dia terhadap hutang. Kalau meminjam dengan orang, adakah dia cepat bayar balik, atau sebaliknya. Tanya kawan-kawan lain yang pernah berurusan dengan dia. Sekiranya dia memang jenis pinjam dan bayar balik hutang orang, maka boleh kita hulurkan duit untuk membantu. Tetapi kalau kita tahu dia ni jenis liat bayar hutang, maka fikirkanlah idea yang sesuai untuk menolak permintaan tersebut.

2. Beri pinjam jumlah wang yang sanggup kita hilang
Maksudnya duit tersebut kita tak kisah pun kalau dia tak bayar balik. Sebagai contoh ada kawan kita nak pinjam RM3,000. Kita rasa jumlah tersebut agak tinggi juga sebab kita pun bukanlah pegawai yang bergaji tinggi. Maka, kita boleh cakap begini :
“Aku kalau RM 3,000 tu tak ada la, tapi kalau RM500 boleh la nak kasi pinjam.”

3. Tahu tujuan meminjam
Kalau yang meminjam itu tujuannya memang untuk kecemasan seperti sakit dan sebagainya, maka kita boleh pertimbangkan untuk membantu. Pastikan mereka tidak menipu. Sebab ada yang datang nak pinjam duit sebab katanya anak sakit masuk hospital atau kereta rosak, tetapi bila dapat duit rupanya duit tersebut digunakan untuk masuk skim cepat lingkup.

4. Syarat bayar semula yang jelas
Memang kita beri pinjam secara tak formal, tapi kita perlu praktiskan macam mana bank buat. Beri cadangan kepada si peminjam bagaimana hendak bayar balik semula. Sediakan plan installment yang mampu mereka berikan komitmen. Kalau dia pinjam RM 3,000, takkan bulan depan kita dah suruh dia bayar balik semua, walaupun dia cakap boleh bayar, tetapi janji tu hanya sekadar pada mulut.
“Bulan depan aku bayar balik, janji.”
Kalau betul alhamdulillah, kalau tidak, bergaduh pula.
Baik kita berikan cadangan begini :
“Aku boleh bagi pinjam RM 3,000, setiap bulan  bayar balik RM250 selama setahun. Boleh?”

5. Pastikan bertulis
Ini yang Islam anjurkan.
Ayat mengenai hutang merupakan ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran. Allah menyuruh kita menulis jumlah hutang tersebut. Bertulis. Bukan sekadar ingat di kepala sahaja. Takut kita lupa jumlahnya di kemudian hari dan sebagai bukti transaksi hutang tersebut telah berlaku.

6. Sediakan backup plan awal-awal
Sekiranya orang yang meminjam tersebut gagal membuat pembayaran balik hutang mereka, sediakan backup plan. Kalau setakat RM50, bolehlah kita halalkan, tapi kalau dah RM10,000? Kita suruh dia bayar balik, memang susah betul dia nak bayar. Daripada asyik bergaduh dan bermasam muka, baik kita cadangkan solusi yang lebih baik. Contohnya kita boleh suruh dia buat kerja tertentu dengan bayaran gaji setiap bulan. Gaji tersebut kita tolak dari jumlah hutang yang dia pinjam sehinggalah selesai.

Contohnya kalau kita ada kedai makan :
“Aku nak kau kerja ngan aku setiap hari lepas office hour sampai pukul 10 malam. Sebulan aku bayar RM 500. Duit gaji tu aku tak bayar, potong duit hutang. Kontrak 20 bulan untuk cukupkan hutang RM 10,000 tu”.

Beri Hutang Lebih Baik dari Bersedekah
Kita bukanlah tak nak menolong, tapi kadang-kadang serik juga bila beri pinjam duit tapi tak bayar. Bila minta, asyik cakap tak ada duit. Sudah bertahun, tapi hutang masih belum langsai. Jadi, kalian boleh gunakan tips di atas sebelum membuat keputusan untuk memberi pinjam duit kepada orang.

Nabi Muhammad saw ada bersabda:
Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: ”Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”.
Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?”
Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.” (Direkodkan oleh Ibn Majah & Baihaqi).

Latihan, Seminar, Bengkel Pengurusan Kewangan Peribadi

Ribuan kakitangan & pelanggan organisasi utama di Utara Malaysia telah mendapatkan khidmat latihan & seminar mengenai pengurusan kewangan peribadi dari pihak kami. Antaranya Naza Kia Academy, Kolej Kejururawatan Sungai Petani, LHDN Penang, dan pelbagai institusi yang lain.

Bengkel Perancangan Kewangan peribadi telah dibangunkan untuk membantu masyarakat di Malaysia mempunyai kemahiran asas dalam menguruskan wang peribadi mereka untuk mencapai financial freedom. Para peserta akan mempelajari kemahiran kewangan yang tidak pernah diajar di sekolah dan universiti seterusnya menjadi peserta lebih berilmu, berkualiti dan berdisiplin. Dalam modul kewangan ini, ia mampu memberi impak dalam kehidupan, kerana pengurusan kewangan peribadi mereka dalam mencapai matlamat hidup mereka, supaya kewangan mereka dapat terurus dengan baik. Insyaallah.
Antara modul-modul seminar/ bengkel yang kami jalankan ialah;
  1. Perancangan Kewangan: Road To Financial Freedom
  2. Perancangan Kewangan Pra Perkahwinan “Sebelum Aku TerimaNikahnya”

Pihak kami dapat memberikan khidmat latihan yang komprehensif ini yang distrukturkan mengikut keperluan organisasi untuk memenuhi keperluan semasa. Kami mampu mengolah bengkel ini untuk seminar 90 minit sehinggalah untuk program bengkel yang terperinci selama 2 hari.

Kami mengendalikan sesi seminar dan bengkel secara interaktif dan bersahaja untuk memboleh peserta mendapatkan manfaat dengan santai dan banyak.
Sekiranya tuan puan mahu seminar / bengkel pengurusan kewangan peribadi diadakan untuk organisasi masing-masing, sila buat tempahan sekarang juga dan satu outline asas program kewangan akan diemelkan.

Glory Generation Enterprise
Tel: 019-4501495

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan



Bengkel Perancangan Kewangan: Road To FInancial Freedom

Bengkel Perancangan Kewangan: Road To FInancial Freedom telah dibangunkan untuk membantu masyarakat di Malaysia mempunyai kemahiran asas dalam menguruskan wang peribadi mereka untuk mencapai financial freedom. Para peserta akan mempelajari kemahiran kewangan yang tidak pernah diajar di sekolah dan universiti seterusnya menjadi peserta lebih berilmu, berkualiti dan berdisiplin. Dalam modul kewangan ini, ia mampu memberi impak dalam kehidupan, kerana pengurusan kewangan peribadi mereka dalam mencapai financial freedom dapat terurus dengan baik. Insyaallah.
Apa yang anda akan pelajari dalam modul Road To FInancial Freedom.
*Ketahui Teknik asas kitaran wang (financial flow)
*Prinsip kewangan Nabi Yusuf a.s
*Pelajari bahasa-bahasa kewangan yang utama bagi membolehkan kita kaya dan berjaya.
*7 Langkah membina penyata kewangan dengan baik
*Pelajari bagaimana menampal kebocoran wang.
*Memusnahkan hutang lapuk yang membebankan.
*Bagaimana menambah pendapatan positif.
*Idea-idea menambah pendapatan sampingan.
*Bonus ++.

Pihak kami dapat memberikan khidmat latihan yang komprehensif ini yang distrukturkan mengikut keperluan organisasi untuk memenuhi keperluan semasa. Kami mampu mengolah bengkel ini untuk seminar 90 minit sehinggalah untuk program bengkel yang terperinci selama 2 hari.
Kami mengendalikan sesi seminar dan bengkel secara interaktif dan bersahaja untuk memboleh peserta mendapatkan manfaat dengan santai dan banyak.
Sekiranya tuan puan mahu seminar / bengkel pengurusan kewangan peribadi diadakan untuk organisasi masing-masing, sila buat tempahan sekarang juga dan satu outline asas program kewangan akan diemelkan.

Glory Generation Enterprise
Tel: 019-4501495

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan


Bengkel Pengurusan Kewangan: Perancangan Kewangan Pra Perkawinan

Bengkel Perancangan Kewangan: Perancangan Kewangan Pra Perkahwinan telah dibangunkan untuk membantu masyarakat di Malaysia mempunyai kemahiran asas dalam menguruskan wang mereka untuk menempuhi alam perkahwinan. Para peserta dapat mempelajari kemahiran kewangan yang tidak pernah diajar di sekolah dan universiti seterusnya menjadi peserta lebih berilmu, berkualiti dan berdisiplin. Dalam modul kewangan ini, ia mampu memberi impak dalam kehidupan, kerana urusan kewangan peribadi mereka dalam perancangan mendirikan rumah tangga mereka terurus dengan baik. Insyaallah.
Apa yang anda akan pelajari dalam modul Perancangan Kewangan Pra Perkahwinan.
  • Ketahui Teknik asas kitaran wang
  • Pelajari bahasa-bahasa kewangan yang utama bagi membolehkan kita melangkah 1 langkah lebih jauh dari orang lain.
  • Pelajari bagaimana menampal kebocoran wang.
  • Memusnahkan hutang lapuk yang membebankan.
  • Bagaimana menambah pendapatan positif.
  • Idea-idea menambah pendapatan sampingan.
  • Bagaimana membuat budget Kenduri kahwin dan hantaran kahwin
  • Bonus ++.
Pihak kami dapat memberikan khidmat latihan yang komprehensif ini yang distrukturkan mengikut keperluan organisasi untuk memenuhi keperluan semasa. Kami mampu mengolah bengkel ini untuk seminar 90 minit sehinggalah untuk program bengkel yang terperinci selama 2 hari.
Kami mengendalikan sesi seminar dan bengkel secara interaktif dan bersahaja untuk memboleh peserta mendapatkan manfaat dengan santai dan banyak.
Sekiranya tuan puan mahu seminar / bengkel pengurusan kewangan peribadi diadakan untuk organisasi masing-masing, sila buat tempahan sekarang juga dan satu outline asas program kewangan akan diemelkan.
Glory Generation Enterprise
Tel: 019-4501495

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Tiga Juta Pendeposit Tabung Haji Masih Tidak Menamakan Waris


sekadar perkongsian dan peringatan..

Pastikan harta-harta mak ayah anda termasuk diri anda sendiri dalam Tabung Haji sudah diletakkan penama.. Jika boleh dihibahkan, bolehlah dihibahkan siap2.. penting..ohoi

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan


Jom seinggah ke Page "Kaizan Nazlan"

Mini Library Lembah Bujang Project

Idea ini tercetus, bila mana saya melihat orang-orang melayu terutamanya di kawasan kampung kurang mendapat dorongan limu. Tahun lepas, ketika saya sedang menaiki motosikal untuk ke sebuah kedai, saya melalui kawasan longgokan sampah. Apa yang memeranjatkan saya ialah kelihatan dua orang kanak-kanak sedang keluar dari tong sampah besar dengan mengeluarkan tilam dan rangka almari kain yang dibuang. Mereka kelihatan gembira apabila mendapat tilam dan rangka almari kain yang masih boleh digunakan, tapi dibuang oleh orang. Saya sebak dan kecewa pada diri, kerana tidak mampu membuat apa-apa. 

Pada pendapat saya, manusia akan kekal miskin jika mereka tidak diberikan ilmu..kerana ilmu itu adalah cahaya.
Jadi, untuk diringkaskan cerita, saya terfikir untuk membuat mini library dan tusyen center, dimana saya akan sponsor anak-anak yang tidak berduit tetapi ingin belajar. Kerana, prinsip saya berkenaan ilmu kuat, pada pegangan saya, majunya sesebuah bangsa, adalah dengan ilmu. Ini dijelaskan mengapa ayat quran yang pertama turun adalah berkenaan “ilmu”.
Projek ini dijalankan untuk membantu penduduk lembah bujang mendapat kemudahan dalam menuntut ilmu dan memantapkan softskill mereka. Plus, menjadi stop center untuk mereka bersosial untuk program-program kebajikan.
kami menjalankan kempen #book4ukhuwah projek untuk mempromosikan projek ini. Supaya ramai orang menyokong dan minat untuk menyumbang sesuatu. Moga Allah S.W.T kuatkan kami, untuk menjayakan projek ini..
Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

3 Magnet Kejayaan: Bagaimana Menarik Aura Positif

Salam, hari ini saya nak saya nak share ilmu berkenaan "The Power oF Giving".. inilah prinsip yang diguna pakai oleh orang yang berjaya.. "the more you give, the more you get". Apa yang perlu diberi setiap pagi? ada tiga perkara yang kita boleh buat..

1) SENYUM - perkara pertama yang perlu kita beri ialah "Senyuman". Bangunlah setiap bagi, dan senyum pada diri anda dulu..kemudian barulah fikir untuk beri senyuman pada orang lain..

2) FACEBOOK - Selain itu, anda boleh beri aura positif di Facebook contohnya. tulis perkara-perkara positif. Bayangkan berapa orang 'ter'baca dan boleh ubah hidup dia dengan apa yang kita tulis?..

3) SEDEKAH - Selain dari itu juga..bersedekahlah..walaupun ianya hanyalah RM1. the more you give..the more you get..

Berilah sesuatu pada pagi ini, tanpa memikirkan apa orang nak beri pada kita.. moga anda berjaya dunia akhirat..

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan


Gambar Hiasan

Tip Menghadapi Kenaikan Bil Hospital Tanpa Perlu Medical Card



Sebenanrnya saya hendak promo medical card untuk mengatasi masalah ini, tapi sebab sudah ramai sangat ejen yang menggunakan point ini untuk mempormosi medical card, maka saya batalkan.

Saya tahu, tentu ramai rakan-rakan yang meluat dengan ejen-ejen takaful yang menggunakan kesempatan ini untuk mempromosi medical card.

Jadi, saya cadangkan beberapa cara alternatif untuk mengatasi masalah ini, tanpa perlu melanggan medical card.

1) Jangan sakit. Sebab hanya orang sakit yang perlu ke hospital dan memerlukan medical card. 

Jadi, jangan jatuh sakit. Jaga kesihatan, makan makanan supplement tambahan, selalu bersenam dan lain-lain kegiatan yang memberi kesihatan. Berdoa kepada Allah agar tidak jatuh sakit.

2) Jatuh sakit juga? Jangan pergi mana-mana hospital swasta. 

Pergi sahaja ke hospital kerajaan kerana di hosptal kerajaan, orang kata percuma. Rugi jika pergi ke hospital swasta sebab bayarannya mahal. Hanya orang yang ada banyak duit atau menggunakan medical card sahaja yang mampu.

3) Oh, hendak pergi ke hospital swasta juga kerana layannnya memuaskan? 

Boleh, dengan syarat mempunyai wang yang cukup untuk membiayai bil perubatan yang semakin tinggi. 

Untuk mengumpul wang dan kekayaan, kita boleh berniaga, melabur dalam hartanah, saham atau emas dan lain-lain pelaburan yang ada. Peruntukkan sebahagian untuk kecemasan sekiranya jatuh sakit dan perlu ke hospital swasta.

Kalau betul-betul nak medical card, barulah cari saya..saya boleh share info serba sedikit..

Credit to Tuan Afyan

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia