-->

INSPIRASI HIDUP LUAR BIASA

I AM

image
Hello,

I'm Kaizan Nazlan

Saya adalah seorang penulis, penceramah, dan juga merupakan seorang usahawan yang struggle membina kejayaan hidup. Saya percaya dengan ilmu kita pasti beroleh kejayaan hidup, dengan ilmu kita akan menjadi orang menang, dengan ilmu kita bakal meninggalkan legasi dengan hasil kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai.

My Perjuangan saya adalah membina dan mengembangkan perniagaan yang boleh memberi nilai tambah kepada ramai. Perjuangan saya adalah untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penulisan blog ini, penulisan buku, dan perkongsian di pentas ceramah.


Education
University of Technology Mara (UiTM)

Diploma in Business Management

University of Technology Mara (UiTM)

Degree in Marketing Management

University of Life

Mastery of Life


Experience
Land Developer

Marketer, Ombak Murni Sdn Bhd

Project Management

UWAIS Academy Plt

Project Manager

Enzack Bina Development


My Skills
Writing
Training
Leadership
Marketing

764

-

1664

-

2964

-

1564

-

WHAT AM I OFFERING?

Self Empowerment Talks

"Bicara Inspirasi" berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kunci-kunci digenggam menjadi orang luar biasa

Financial Management Talk

Bicara soal pengurusan kewangan diri dengan modul "Bijak Mengurus Wang"

Business Talk

Berkongsi ilmu, teknik dan cerita membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan modul "Wise Entrepreneurship"

Books Writer

Kuasa Aliran Wang, Budak Kelas Belakang, Travelog Usahawan Muda, Sayonara Kampung Baru

-

-

-

-

SOME OF WORK

Derma untuk Israel




ketika kuliah maghrib..

Ustaz: okay jemaah sekalian, lepas kuliah nih boleh tak kita buat kutipan derma? Leman, kamu tolong Ustaz yaa

Leman: boleh Ustaz, boleh jaa..untuk siapa ustaz?

Ustaz: hooo..untuk orang Yahudi


(semua jemaah di masjid terdiam..sepi..........) (O_0)???


Leman: haa?? biaq betoi?

Ustaz: betul lah, kita buat tabung khas untuk diderma untuk Israel, yang duk nak hapuskan kita nih..

leman: errrr...susah lah Ustaz


(para jemaah dah mula ragu ragu..dan mereka mula bersembang sesama mereka..)


Ustaz: aik?? kenapa?..okay..setiap orang derma RM1 jadi lah

salah seorang jemaah berkata: mana boleh ustaz!...satu sen pon kami takkan bagi!!.apa lah Ustaz nih..nak jadi pengkhianat umat Islam ka?

(Suasana masjid menjadi riuh rendah...)

Ustaz: (^_^) kalau macam tu, saya mencadangkan supaya sesiapa yang merokok supaya tidak merokok..dan siapa yang minum cola cola, supaya tidak lagi minum cola2...pendek kata..jangan kamu beli barang keluaran yahudi dan sekutunya, semampu mampu kamu..

salah seorang jemaah bersuaran: halamak ustaz..nih lain cerita lah Ustaz..saya dah lama duk beli2 barang depa nih..KFC pergh sedap..Rokok, pergh..layan...

Ustaz: hmmm..terpulang lah..di akhirat kelak, setiap dari kita akan disoal tentang nikmat yang diberikan oleh ALLAH S.W.T

kalau dah namanya MANUSIA..inilah yang mereka selalu bagi..ALASAN


"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! "

(Surah Az Zalzalah ayat 7 dan 8)


renungan buat diri saya sendiri dan sahabat...Assalammualaikum

cerita HAQQ atau BATIL..Nur ALLAH membezakannaya


bila kita mendegar cerita dari orang yang fasik..mereka akan menceritakan benda2 yang kufur, seperti FITNAH...bila kita mendengar cerita dari orang mukmin..mereka akan menceritakan kepada kita cerita cerita yang benar..

TAPI PERSOALANNYA...

bagaiman kita nak tahu sama ada cerita yang kita dengar itu daripada orang mukmin atau orang yang fasik??

bersesuailah dengan hadis ini

Dari Abi Sa’id Al Khudri ia berkata : Rasulullah s.a.w. Bersabda bermaksud : “ Hati-hatilah dengan Firasat orang yang beriman, karena dia melihat dengan Nur Allah ”. (HR.At Tirmidzi - Kitab Tafsir - Surah 15 ayat : 75, Hadits No. 3138)
kita boleh mengenal melalui FIRASAT..firasat, atau boleh kita katakan sebagai KATA HATI...tapi ia hanya dijamin apabilah kita ni orang yang beriman...

persoalan kedua..

bagaimana kita nak tahu diri kita beriman atau tidak??

jwapannya..orang beriman nih sangat takut melakukan maksiat..dan sangat cinta melakukan kebaikan..

orang beriman ini mereka ada NUR

jadi..sama sama lah kita menjadikan diri kita orang beriman..supaya kita memperoleh NUR ALLAH..supaya kita dapat membezakan mana yang HAQQ(benar) dan mana yang BATIL(salah)

untuk mengubati DUNIA..kita kena betulkan MANUSIA..untuk kita betulkan manusia..kita kena betulkan HATI..untuk betulkan hati kita kena betulkan SOLAT..bila solat dah betul..baru IMAN kita POWER..barulah jadi MUKMIN PROFFESSIONAL..waAllahualam..p​eringatan buat saya dan sahabat2

Al Kisah Si Katak Rebus - Analogi zaman kini


Jika katak itu disimbah dengan air panas, mungkin cepatnya ia melompat pergi mencari dingin. Katak itu akan segera melarikan diri kerana terkejut dengan perubahan suhu yang memudaratkannya.
Tetapi katak yang satu ini bersenang lenang.
Disangkanya kolam sekangkang katak itu adalah tasik terindah, termewah dan terbaik. Kerana katak yang satu ini hanya kenal kolam sekangkang itu, lantaran tempurung yang lama menjadi langitnya jua. Sedangkan katak itu tidak sedar, bahawa tasik impiannya itu adalah air rebusan di dalam periuk.
“Panas pula air sekarang ini”, keluh si katak yang terasa pijar.
“Oh, semua tasik impian hari ini suam dan panas. Ia fenomena sejagat”, kata suara ghaib di balik dinding.
“Aku yang harus bertahan. Panas ini tiada jalan keluarnya. Lagi pun segalanya masih ada”, jawab si katak kepada dirinya sendiri. Lidah panjangnya asyik mengejar lalat habuan tembolok.
“Tenanglah katak. Bukan air tasik impianmu yang panas. Ia fenomena sejagat”, suara ghaib itu terus datang. Menyumbat telinga, menyumbat mata, menyumbat hati… kerana sumbat menyumbat memang kerja *al-Mala’.

MATI ATAU BUNUH DIRI?
Akhirnya katak kembung yang sepatutnya cekap melompat ke sana sini, MATI KATAK.
Mati dalam rebusan yang panas sedikit demi sedikit, selari dengan sangka baiknya yang sedikit demi sedikit percaya, bahawa ia fenomena sejagat.
Mati katak… mati atau bunuh diri?
Anda mampu menjawabnya dengan pilihan pada HARI MENGUNDI!


Abu Saif @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
19 Februari 2008


Saifulislam.Com kini dihoskan di sebuah Dedicated Server. Sumbangan anda untuk membiayai kos operasinya amat dialu-alukan. Jazakumullahu khayr al-jazaa'

© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011)

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor


Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia