-->

Friday, April 19, 2013

Solat Tidak Mendapat Pahala - Hujah dan Fakta
"Sewajarnya kaum Melayu menyekat mana-mana pihak yang menjadikan agama sebagai bahan politik termasuklah menggunakan nama Islam dalam parti bagi menarik golongan terbabit menyertai mereka" ini merupakan petikan ucapan dari seorang pemimpin melayu di negara Malaysia.

kita perlukan pencerahan dalam bab ini, tapi fokus utama penulisan ini adalah untuk menyentuh atau menerangkan fitnah yang telah dibuat oleh segelintir pihak kepada lawannya. 



Isu: Solat UMNO tidak dapat pahala.

Hal ini diulas oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai pada 6 April 2013 yang lalu sebagaimana dilaporkan oleh TV3 dan akhbar Sinar Harian:
PAS dan Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai-bagai fatwa, saya kira dah pelbagai lah.Menghukumkan orang UMNO kafir, macam-macam lagi lah, Amanat Haji Hadi. Jadi jelas terbukti PAS adalah Parti Ajaran Sesat. PAS, Parti Ajaran Sesat. Bukan Parti Islam Semalaysia.Parti Ajaran Sesat dan kalau semua orang ikut PAS dengan ajaran sebegitu, ramailah orang Islam akan sesat. Lebih-lebih lagi dia gunakan agama untuk tujuan politik, lagi menyesatkan.[1]
Hal ini sebenarnya terlebih dahulu diulas di oleh Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya[2] sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 April 2013:
Sekiranya benar (kenyataan tersebut dibuat), perkataan sebegitu merupakan salah satu ciri-ciri ideologi khawarij. Ini sama mengkafirkan orang, ciri-ciri ideologi khawarij. Orang-orang macam ini, tolonglah berundur dari politik.[3]
Manakala keesokan harinya, bertarikh 5 April 2013 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria  mengatakan:
Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang.Berkemungkinan kerana UMNO tidak amalkan hukum hudud seperti yang diperjuangkan Pas itu, maka dengan mudah dia menuduh parti itu menolak dasar Islam sedangkan Malaysia begitu disanjungi negara luar sebagai peneraju kewangan dan perbankan Islam serta lain-lain lagi.[4]

KENYATAAN SEBENAR:
Ayuh membaca kenyataan sebenar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan isu ini. Untuk tujuan tersebut, penulis akan menterjemahkan terus ucapan Tuan Guru yang menggunakan dialek Kelantan ke bahasa baku rasmi untuk memudahkan pemahaman pembaca sekalian.
“Orang PAS boleh kata “Wei, buatlah poster PAS tu. Tapi bila tiada duit, ambi guni baja, cat hijau kemudian tampal. Boleh pahala.Kalau ada duit,beli yang sudah siap.Tapi UMNO tak boleh kata “ Wei, buat la bendera dacing tu, boleh pahala. Orang tanya, siapa yang akan bagi pahala?Kamu tolak Islam. Tolak Islam ini bermaksud tolak agama Allah Taala. Kalau macam tu, Tuhan yang mana nak berikan kamu pahala. Sebab kamu berlawan dengan Tuhan.Kamu solat tak boleh pahala, nak boleh pahala macamana sebab kamu tolak Islam.
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ. الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ. الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُون
Orang sembahyang dia riyak tak boleh pahala.Orang PAS sembahyang tetapi riyak, orang PAS sembahyang tapi kedekut hangit, tak boleh pahala.Jangankan kata UMNO, PAS pun tak boleh pahala.Kalau riyak.Kalau saahun, kalau….. (tak jelas).[5]
JAWAPAN DAN PENCERAHAN:
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika ditanya berkenaan isu yang sama seusai memberikan ucapan dalam sesi Bicara Minda Negara Berkebajikan: Persepsi dan Realiti yang dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 9 April 2013 mengatakan:
“Itu saya kena tanya beliau sendiri. Saya tak boleh dapat, tak boleh  hukum dengan laporan media sahaja”[6]Saya ingin bertanya, di mana masalahnya kenyataan Tuan Guru Nik Aziz sehingga dipolemikkan oleh banyak individu?
Oh, barangkali kerana laporan akhbar yang keluar di semua akhbar-akhbar utama negara menyebutTuan Guru Nik Abdul Aziz mengatakan solat orang UMNO tidak sah.Titik.Itu sahaja.
Kemudian kenyataan ini diulas-ulas oleh juak-juak UMNO dengan pelbagai tafsiran dari pihak mereka.
Penulisan ini bercadang untuk mengajak para pembaca memahami isu ini dengan lebih objektif dan matang.
Untuk tujuan tersebut, ada beberapa langkah yang perlu dicermati bersama.
Langkah pertama: Memahami keseluruhan kenyataan
Bolehkah kita membaca al-Quran dengan hanya membaca ayat ini sahaja?
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ
maka kecelakaan besar bagi orang yang menunaikan solat
Lalu kita berhenti. Ia adalah terlarang dalam agama kerana maksud sebenar yang dikehendaki oleh ayat ini akan terpesong. Seseorang itu hendaklah membaca keseluruhan ayat untuk memahami maksud sebenar yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Maka, al-Imam al-Ghazali di dalam kitabnya المستصفى (al-Mustashfa-kitab dalam ilmu usul fiqh) ada menghuraikan berkenaan dengan perkara ini:
فَقَوْلُهُ تَعَالَى: {فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ} لَا حُكْمَ لَهُ قَبْلَ إتْمَامِ الْكَلَامِ، فَإِذَا تَمَّ الْكَلَامُ كَانَ الْوَيْلُ مَقْصُورًا عَلَى مَنْ وُجِدَ فِيهِ شَرْطُ السَّهْوِ، وَالرِّيَاءِ لَا أَنَّهُ دَخَلَ فِيهِ كُلُّ مُصَلٍّ ثُمَّ خَرَجَ الْبَعْضُ، فَهَكَذَا يَنْبَغِي أَنْ يُفْهَمَ حَقِيقَةُ الِاسْتِثْنَاءِ، وَالشَّرْطِ فَاعْلَمُوهُ تَرْشُدُوا..[7]

 Tiada hukum tertentu sebelum sempurna ayat ini. Apabila ayat ini sudah lengkap, maka al-wail(kecelakaan atau Neraka Wail) itu hanya terhad bagi golongan yang lalai dan riya’ sahaja, bukannya semua orang yang solat. Inilah yang perlu difahami maksud sebenar pengecualian (exceptional) dan syarat. Amatilah, anda akan memahami Begitu juga aplikasi di dalam isu ini Tidak boleh hanya mengambil 10% daripada kenyataan Tuan guru, lalu dihukumkan secara total. Bacalah keseluruhan kenyataan beliau Sekarang, saya ingin mengajak pembaca untuk mengamati sekali lagi dengan lebih cermat ucapan Tuan Guru secara keseluruhannya.
Pembaca juga boleh menonton sendiri di laman youtube melalui alamat yang saya lampirkan di bahagian nota hujung artikel ini

“Orang PAS boleh kata “ Wei, buatlah poster PAS tu. Tapi bila tiada duit, ambi guni baja, cat hijau kemudian tampal. Boleh pahala.Kalau ada duit,beli yang sudah siap.Tapi UMNO tak boleh kata “ Wei, buat la bendera dacing tu, boleh pahala. Orang tanya, siapa yang akan bagi pahala?Kamu tolak Islam. Tolak Islam ini bermaksud tolak agama Allah Taala. Kalau macam tu, Tuhan yang mana nak berikan kamu pahala. Sebab kamu berlawan dengan Tuhan.Kamu solat tak boleh pahala, nak boleh pahala macamana sebab kamu tolak Islam.

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ. الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ. الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُون
Orang sembahyang dia riyak tak boleh pahala. Orang PAS sembahyang tetapi riyak, orang PAS sembahyang tapi kedekut hangit, tak boleh pahala. Jangankan kata UMNO, PAS pun tak boleh pahala.Kalau riyak.Kalau saahun, kalau….. (tak jelas).
Nah, jelas bukan? PAS merupakan sebuah organisasi yang berasaskan kepada hokum hakam syarak. Dari itu, segala amal buat ahlinya berkaitan dengan dosa dan pahala Berbeza dengan UMNO yang tidak berasaskan kepada hukum hakam syarak. UMNO memisahkan gerakerja ahli di dalam parti mereka daripada hukum hakam syara’. Perkara ini pembaca akan lebih memahami apabila membaca bukti yang saya lampirkan pada langkah ketiga insyaallalangkah kedua:
Memahami isu utama polemik  :Ayuh kita amati perkataan-perkataan Tuan Guru yang berkaitan dengan perbincangan kita ini.
Tapi UMNO tak boleh kata “ Wei, buat la bendera dacing tu, boleh pahala. Orang tanya, siapa yang akan bagi pahala?Kamu tolak IslamTolak Islam ini bermaksud tolak agama Allah TaalaKalau macam tu, Tuhan yang mana nak berikan kamu pahala. Sebab kamu berlawan dengan Tuhan.Kamu solat tak boleh pahala, nak boleh pahala macamana sebab kamu tolak Islam.
Orang sembahyang dia riyak tak boleh pahala. Orang PAS sembahyang tetapi riyak, orang PAS sembahyang tapi kedekut hangit, tak boleh pahala. Jangankan kata UMNO, PAS pun tak boleh pahala.Kalau riyak.
Nah, sekarang  apa dan di mana isunya?
Isu utamanya bukan hanya pada solat, tetapi pada syarat masyrut untuk diberikan ganjaran pahala.
Baca sekali lagi kenyataan Tuan Guru. Adakah hanya disebut tentang solat? Tidak bukan? Yang banyak disentuh ialah tentang perkara yang menghalang perolehan pahala.
Namun, saya tidak nafikan Tuan Guru ada juga menyentuh tentang solat tetapi masih berkenaan dengan syarat masyrut perolehan pahalan kan?
Cuba amati. Tuan Guru menyebut:
Kamu solat tak boleh pahala, nak boleh pahala macamana sebab kamu tolak Islam.
Menurut ijtihad Tuan Guru Nik Abdul Aziz UMNO memang tolak Islam. Dari itu apabila tolak Islam memang apa jua ibadah tidak akan dapat pahala . Tuan Guru tidak menghukum secara total tanpaillah (sebab).  
Tuan Guru memberikan pandangan dengan memberikan sebab. Seandainya pihak UMNO berpandangan sebaliknya (iaitu tidak tolak Islam), maka tidaklah perlu risau solat mereka tidak ada ganjaran pahala. Kerana illah (sebab) penghalang pahala sudah tiada.

Langkah ketiga: Menilai kesahan kenyataan Tuan Guru
Adakah benar UMNO memang tolak Islam sebagaimana yang didakwa oleh Tuan Guru?
Saya pun tak pasti, apa pandangan pembaca sekalian apabila membaca kenyataan-kenyataan seperti ini?
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 12 November 2012 mengatakan:
Sewajarnya kaum Melayu menyekat mana-mana pihak yang menjadikan agama sebagai bahan politik termasuklah menggunakan nama Islam dalam parti bagi menarik golongan terbabit menyertai mereka.
Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam[8]
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagaimana dilaporkan oleh themalaysianinsider.com bertarikh 12 Ogos 2012 ketika menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud dilaporan berkata:
Umno tidak menggunakan pendekatan agama atau perlembagaan untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat[9]
Mantan Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 9 Ogos 2010 ketika diminta mengulas kenyataan Chua yang membidas UMNO dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan orang Melayu berkata:
UMNO tidak pernah menggunakan agama bagi meraih sokongan masyarakat Melayu seperti didakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Jadi, untuk mengatakan UMNO menggunakan agama bagi meraih sokongan adalah tidak betul sama sekali kerana kita ambil berat masalah semua kaum.[10]
Tapi bagaimana pula dengan individu-individu di dalam UMNO yang tidak menolak Islam, tetapi ingin mengubah UMNO dari dalam? Atau memang individu itu memang tidak pernah tahu UMNO memisahkan politik daripada agama.
Perhatikan pada kenyataan Tuan Guru di atas. Tuan Guru menegur pada ideologi UMNO, bukan pada individu di dalam UMNO.
Seandainya individu terbabit tidak menolak Islam tetapi dengan niat yang selari dengan hukum hakam, maka tidaklah timbul isu padanya.
Contohnya andai saya katakan:
“ Sesiapa yang curi ayam saya, maka saya tidak akan redha sehingga hari kiamat”
Dari itu, sesiapa yang tidak mencuri, kenapa harus terasa?
Menurut Tuan Guru, barangkali ini ialah di antara bukti UMNO memisahkan urusan kehidupan (politik di antaranya) daripada agama.

Langkah keempat: Hukum solat
Isu ini andai tidak diamati dan diuruskan dengan bijaksana, akan membuatkan agama dilihat hodoh oleh saudara kita bukan Islam.
Saranan saya kepada semua.
Seandainya ada perkara yang melibatkan perkara hukum hakam agama yang sudah jelas, usah ditwistdan didivertkan untuk mendapatkan kelebihan politik (political mileage).
Pembaca sekalian,
Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak menghukum pada peribadi, beliau menghukum pada ideologi.Tiada nama individu atau perkataan ‘orang UMNO’ pada isu yang berbangkit. Yang disebut hanyalah perkataan UMNO.
Cuba amati sekali lagi pada kenyataan beliau:
Tapi UMNO tak boleh kata… – tidak dispesifikkan orang, hanya ideologi
Kamu tolak Islam….         - (kamu-ideologi UMNO)
Kamu solat tak boleh pahala- (kamu-ideologi UMNO)
Saya hanya ber’ijtihad’ maksud sebenar Tuan Guru dari sudut konteks penggunaan bahasanya.
Tuan Guru menghukum pada ideologi seandainya ideologi kamu menolak Islam, bagaimana mungkin akan beroleh pahala.
Urusan solat ialah tanggungjawab individu, bukan perkara organisasi. Dan Tuan Guru langsung tidak menyentuh orang UMNO atau individu tertentu.
Langkah kelima: Memahami lafaz umum yang khusus
Menurut pemahaman saya Tuan Guru memang memaksudkan pada ideologi UMNO, bukan orang UMNO. Ini kerana seandainya maksud Tuan Guru ialah orang UMNO, bukan semua orang dalam UMNO yang tolak Islam. Itu kita boleh faham dengan mudah. Mereka barangkali memahami Islam dengan cara yang berbeza.
Kalau macam tu, ayuh kita belajar usul fiqh untuk memahami apa maksud Tuan Guru apabila berkatasolat UMNO tidak beroleh pahala (ulang-tiada istilah ‘orang UMNO’ yang disebut Tuan Guru).
Dalam bab ini, saya mengandaikan Tuan Guru memaksudkan solat UMNO tidak beroleh pahala ialah orang UMNO, adakah beliau maksudkan semua orang UMNO ataupun orang UMNO yang menolak Islam?
Ada satu bab di dalam ilmu usul fiqh iaitu العام الظاهر ويراد به الخاص (lafaz yang umum tetapi maksud sebenarnya spesifik)[11]
Cuba lihat aplikasinya di dalam al-Quran:
Iaitu mereka-mereka yang diberitahu oleh manusia1: “Bahawa ada manusia2 telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”. 
Nah, siapa manusia (الناس1) dan manusia (الناس2)? Mana mungkin individu yang sama. Juga mustahil semua manusia memberitahu semua manusia yang lain.
Semua contoh di atas ialah lafaz umum yang memerlukan penjelasan siapa sebenarnya yang memberitahu dan siapa yang diberitahu?
Untuk memahami maksud umum al-quran, maka rujuklah kitab tafsir dan penjelasan dari hadis. Menurut Tafsir al-Jalalain maksud bagi:
Manusia 1 (an-naas) ialah: Naim bin Mas’ud al-Asyja’ie
Manusia 2 (an-naas) ialah: ketumbukan Abu Sufyan.[13]
Jadi, dalam isu ini untuk memahami maksud umum kenyataan Tuan Guru ini, mintalah penjelasan dari beliau sendiri. Siapakah yang dia maksudkan.
Bukan dijaja dengan menafikan ibadah sendiri.

Rumusan
Habis tu, ustaz setuju ke dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ni?
Saya berpandangan sebagai pelajar syariah saya banyak belajar dari kenyataan-kenyataan beliau kerana saya melihat banyak sekali aplikasi teori usul fiqh dan balaghah dalam ucapan beliau.
Cuma saya risau, adakah masyarakat awam boleh memahami maksudnya.
Dari itu, agar masyarakat awam tidak terfitnah, rayuan saya (yang masih belajar erti kehidupan) kepada:
1.      ahli politik, BERAMANAHLAH.
2.      ahli agamawan,  USAH MELUKUT DI GANTANG PENJUAL AGAMA.
3.      individu-individu dari mana-mana organisasi,  USAH LAJU MENCARI DOSA.
Menurut hemat saya, solat orang UMNO memang sah andai cukup syarat dan rukunnya.
Tetapi andai orang UMNO memang beriktikad menolak Islam, memang tiada ganjaran pahala buatnya.
Bahkan bukan hanya orang UMNO, orang PAS, PKR, MIC, MCA, DAP atau siapa juga hukumnya tetapi sama.
Kan Tok Guru dah sebut dalam ucapan dia.
Ayuh,
Bertaqwa kepada Allah dalam diri.
Andai tiada apa yang mahu dibicara, diam itu lebih utama.



[2] Saya ambil juga pandangan beliau memandangkan beliau tokoh yang dikenali selain dari organisasi beliau yang dilihat sebagai pembela UMNO. Untuk makluman pembaca sekalian, semua penulisan saya tidak akan mengambil pandangan dari ‘tepi-tepi jalan’, tetapi saya hanya akan nukilkan pandangan yang dilontarkan oleh pembesar-pembesar, menteri-menteri dan pimpinan-pimpinan utama organisasi. Ini kerana itulah manhaj yang diajarkan oleh al-quran. Sila lihat Surah al-A’raf ayat: 60, 66, 75, 88 dan 109. Semoga Allah akan mudahkan penulisan saya akan datang berkenaan manhaj ini insyaallah.
[7] Diberikan komentar oleh Muhammad Abdul Salam Abdul Syaafi, Darul Kutub al-Ilmiah, cetakan pertama (1993M- 1413H), jilid 1 halaman 262.
[8] http://www.sinarharian.com.my/politik/umno-pembangkang-guna-agama-demi-hayat-politik-1.103330
[9] http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-tidak-guna-agama-demi-kepentingan-politik-mohd-shafie
[10] http://www.bharian.com.my/articles/UMNOtakgunaagamapancingundi/Article/
[11] Lihat kitab ar-Risalah oleh al-Imam asy-Syafie, diberikan komentar oleh Sheikh Ahmad Syakir, Maktabah Halabi Mesir, cetakan pertama (1940M-1358H), halaman 58.
[12] Surah Ali Imran
[13] Yang dikarang oleh Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin as-Suyuthi, Dar al-Hadith Kaherah, Cetakan pertama, jilid 1 halaman 91.

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia