-->

Thursday, April 4, 2013

TAKSUB PARTI: MENGATA DULANG PAKU SERPIH - Hujah beserta Fakta

"Hal ini boleh dilihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo bertarikh 5 Disember 2012: Sebagaimana penyokong parti Pas, walaupun pemimpin mereka jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan agama tetapi kerana Pas parti dia, dia sokong kerana emosi dan taksub[i]  JAWAPAN Hal yang [...]"

Hal ini boleh dilihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo bertarikh 5 Disember 2012:
Sebagaimana penyokong parti Pas, walaupun pemimpin mereka jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan agama tetapi kerana Pas parti dia, dia sokong kerana emosi dan taksub[i]


JAWAPAN
Hal yang perlu diketahui oleh semua ialah apakah yang dimaksudkan dengan taksub?
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pusataka Edisi Empat, taksub ialah
Kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik[ii],[iii]
Menurut pentakrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Oxford dan Kamus Cambridge, ada beberapa cara untuk mengetahui tanda-tanda seseorang itu taksub dengan sesuatu (dalam konteks perbincangan ini)[iv][v]:
1.      Orang yang ketegar dan melampau-lampau dengan pandangan sesebuah parti walaupun partinya itu zalim
2.      Menolak mentah-mentah keupayaan parti lain untuk memimpin.


PAS DAN KETAKSUBAN
Hal ini sudah lama ditegaskan oleh Mursyid al-‘Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat kepada BERNAMA bertarikh 29 Jun 1999:
Nik Aziz berkata tidak ada ketaksuban yang diamalkan oleh PAS selain daripada menuju pelaksanaan perundangan Islam.

PAS tidak mahu perjuangannya ditakrifkan sama dengan ketaksuban pengaruh Syiah dan Khawarij kerana menurut Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti itu masih mengamalkan kesederhanaan dalam perjuangan.

”Pemimpin-pemimpin PAS terdiri daripada manusia biasa dan tidak wajar dianggap maksum dan tidak melakukan kesilapan,” katanya.[vi]

Selain itu, pada 24 Ogos 2002, sekali lagi Tuan Guru mengulangi kenyataan yang sama kepada BERNAMA dengan mengatakan:
PAS tidak pernah menanam rasa taksub di kalangan pengikutnya dalam usaha memperkukuhkan sokongan. Beliau berkata PAS menggunakan iltizam bagi memperkukuhkan perjuangannya dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam.[vii]

Itu adalah kenyataan daripada pimpinan-pimpinan PAS. Tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kefanatikan PAS atau ketaasuban kepada mana-mana pimpinan PAS.

Setakat penelitian penulis, penulis hanya menemui seruan PAS ke arah ‘ketaksuban’ agama Islam sahaja, bukan seruan ke arah ketasuban parti atau bangsa.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyid ‘Am PAS pada 23 Oktober 2012 sebagaimana dilaporkan oleh Harakahdaily.net menyebutkan seperti berikut:

Pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Syukur di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak.
Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang.[viii]

Manakala Presiden PAS, Tuan Guru haji Abdul Hadi Awang pula menyebut sebagaimana tercatat di dalam laman sesawangnya bertarikh 30 April 2008[ix]:
Hanya melalui Islam sahaja maka bangsa Melayu dan ketuanannya akan terselamat dari apa jua cabaran yang menimpa khususnya yang melibatkan senario politi terkini dalam negara.

Ketuanan Melayu akan gagal sekiranya prinsip tersebut ditegakkan dan digerakkan melalui semangat nasionalisma yang fanatik serta ideologi yang bersifat chauvinisme termasuk taksub kepada bangsa tertentu.

Kalau Melayu bersama dengan Islam bukan sahaja Melayu selamat bahkan orang bukan Melayu dan semua bangsa juga selamat sebab proinsip keadilan Islam yang menyeluruh.

Selain itu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga menulis di dalam akhbar Harakah bertarikh 13 Oktober 2012 degan penegasan bahawasanya perjuangan PAS bukanlah seruan ketaksuban kepartian, tetapi perjuangan da’wah untuk mendaulatkan Islam[x]:

PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.
Tuan Guru Presiden juga menegaskan di dalam laman sesawangnya bertarikh 5 Mac 2013 bahawasanya PAS ialah mata rantai perjuangan untuk mendaulatkan Islam, bukan kebangsaan apatah lagi kepartian[xi]:

Penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pula adalah mata rantai perjuangan kemerdekaan yang berlandaskan Islam..

Dan banyak lagi capaian yang lain yang penulis kirakan terlalu banyak untuk dimasukkan di dalam artikel ringkas ini yang memberikan maksud yang sama.

Adakah penulis menemui sebarang kenyataan pimpinan utama PAS menyeru ke arah ketaksuban partinya atau bangsanya?

Maaf, saya langsung tidak menemuinya…

UMNO: MENGATA DULANG PAKU SERPIH

Sekarang mari kita menilai pula kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pimpinan-pimpinan UMNO berkenaan perkara yang sama.

Ada tak penulis menemui mana-mana kenyataan pimpinan utama UMNO yang menyeru kepada taksub hanya kepada UMNO dan bangsanya?

Banyak sangat.

Penulis ulangi kembali, semua kenyataan-kenyataan di bawah diambil daripada sumber-sumber UMNO dan kerajaan sendiri.

Contohnya satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim kepada Bernama bertarikh 4 Febuari 2000 selepas mengunjungi Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad di Wisma Negeri di Seremban. Kenyatan beliau berbunyi:

Anggota Umno perlu lebih taksub untuk menentang musuh parti dan bukan taksub terhadap pergolakan dalaman parti khususnya berhubung pemilihan untuk jawatan-jawatan parti.[xii]

Bagaimana pula, sekiranya kita berpaksikan kepada takrifan taasub yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di atas, kita memahami kenyataan yang diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO yang ke-61 tahun 2010 yang lalu yang mengatakan:

 Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan.

Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa.[xiii]

Datuk Seri Najib mengajak rakyat mempertahankan UMNO yang dikatakan memperjuangkan Islam.
UMNO pula mengajak PAS untuk bersatu untuk Islam.
Tetapi perjanjian ‘rahsia’ berikut yang sudahpun termeterai antara parti MCA dan UMNO menimbulkan seribu satu persoalan.
Presiden Malaysian Chinese Association (MCA) seperti yang dilaporkan oleh New Straits Time bertarikh 5 Febuari 2011 menyebut perjanjian mereka seperti berikut:
The MCA is not opposing any possible cooperation between Umno and Pas for the sake ofMalay-Muslim unity. (tujuan bangsa)

However, party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said Pas had to first set aside its agenda to turn the country into an Islamic state before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold.

“The 
MCA does not see any harm in Umno and Pas cooperating but its stand is very clear. The MCAwill not accept any policy on the creation of an autocratic and theocratic Islamic state, as wanted by Pas.

“The prime minister is fully aware of our stand on the matter of Pas rejoining BN,” said Dr Chua at the end of the three-day MCA National Leaders Brainstorming Camp in Ayer Keroh, here, yesterday.

Dan bandingkan pula dengan kenyataan yang dibuat oleh Mursyid ‘Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:
Saya amat menyokong sekiranya Umno dan PAS bubar dan kita tubuh satu parti baru dan parti tersebut hendaklah berlandaskan Islam.[1]

Nah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mahukan agar PAS dan UMNO bersatu atas titik Islam.

Tetapi melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA ini, Presiden UMNO sendiri sudah bersetuju agar dasar Islam tidak dijadikan agenda penyatuan dua parti melayu ini.

MENILAI UMNO DAN KETAKSUBAN KEPARTIAN


1.  PERJUANGAN KETAKSUBAN BANGSA
Hal ini boleh dilihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di dalam ucapan dasar beliau yang bertajuk ‘Juang’:
1.2. Perjuangan mempertahankan kesucian ialah asas sebuah ketamadunan. Zaman akan terus berubah, manusia akan terus berkembang tetapi kesucian perjuangan ialah idealisme yang dipegang sampai bila-bila. Kerana itu yang membezakan UMNO dan parti-parti lain di Malaysia ialah kita tertubuh kerana prinsip dan asas juang yang jelas pada bangsa.[xiv]

Selain itu, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana dilaporkan oleh BERNAMA bertarikh 26 Febuari 2006 ketika memberikan ucapan di majlis perhimpunan memperingati perjuangan menentang Malayan Union diketuai oleh pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar 60 tahun lepas[xv]:
Hari ini orang Melayu dan Umno tidak boleh berkompromi dalam perjuangan menjadikan Melayu satu bangsa yang berjaya dan mempunyai martabat.
Bagaimana dengan bangsa lain?
Adakah ini ajaran agama Islam, hanya mengutamakan bangsa sendiri?

2.  UMNO TAKSUB DIRI, MENAFIKAN KEMAMPUAN PARTI LAIN
Hal ini boleh dilihat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan melalui wakilnya Datuk Kamal Salleh ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO bertarikh 7 September 1997 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia:
“dalam menghadapi isu pemantauan, hanya UMNO yang dapat memainkan peranan dan tanggungjawab dalam memastikan pencapaian bumiputera pada tahun 2020.”[xvi]
Selain itu, lihat juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Y.Bhg. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO yang berlangsung pada 28 November 2012 ketika memberikan ucapan dasar Wanita UMNO bertajuk
“Masa Depan UMNO: Beranjak Untuk Melonjak Ke Arah Kemenangan”  menyebut seperti berikut[xvii]:
Percayalah! Tanpa UMNO, agama dan bangsa orang Melayu akan tergadai. Siapa lagi yang hendak kita harapkan menjaga agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini? 
– Bolehkah kita harapkan PAS? 
– Bolehkah kita harapkan PKR, DAP atau PR? 
Jawapannya tentu sekali tidak. Oleh itu, kita tidak ada pilihan kerana dalam senario politik hari ini,hanya UMNO sahajalah yang dapat mempertahankan serta memartabatkan Agama dan Bangsa di negara kita ini. 
Selain itu, lihat juga ketaksuban Tun Dr Mahathir terhadap partinya apabila mengatakan hanya Umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di negara ini dan membawa pembangunan kepada rakyat[xviii]

Nah,
Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia pula yang melebih-lebih.


Penulis: Ustaz Ridhauddin
Sumber: http://ridhauddin.com/?p=82 Erti Hidup Pengembara




[1]http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=16030:parti-baru-bertunjang-islam-boleh-satukan-pas-umno-nik-aziz-&catid=1:utama&Itemid=50



[i]http://202.190.126.83/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
[ii]http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=taasub
[iii]Dan fanatik menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat ialah keterlaluan pd sesuatu pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dgn keagamaan).
[iv] http://oxforddictionaries.com/definition/american_english/bigoted
[v]http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/bigot?q=bigoted
[vi]http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=53826&tid=55&cid=2
[vii]http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=68591&tid=58&cid=2
[viii]http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14085-teruskan-perjuangan-islam-selepas-saya-tiada-tg-nik-aziz
[ix]http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=84:hanya-islam-sebagai-penyelamat-ketuanan-melayu-presiden-pas&catid=1:berita&Itemid=106
[x]http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13826&Itemid=28
[xi]http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=415:pas-tetap-istiqamah-dengan-islam&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56
[xii]http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=42163&tid=56&cid=2
[xiii]http://www.1malaysia.com.my/zh/speeches/ucapan-presiden-umno-sempena-perhimpunan-agung-umno-2010/
[xiv] http://www.barisannasional.org.my/teks-ucapan-dasar-ketua-pergerakan-puteri-umno-juang
[xv] http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=59474&tid=62&cid=2
[xvi] http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=329509&tid=40&cid=3
[xvii]http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanDasarKetuaWanita-MasaDepanUMNO_BeranjakUntukMelonjakKeArahKemenangan/umno/2012/article_html
[xviii]http://www.sinarharian.com.my/politik/hanya-umno-boleh-satukan-orang-melayu-kata-mahathir-1.75076


Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia