-->

Sunday, April 7, 2013

POLITIKUS PENGUGUT MASUK MUZIUM - Hujah dan Fakta

Masihkah pembaca teringat dialog-dialog zaman kanak-kanak seperti di bawah?
“Along, naik ghumah cepat. Dah Maghrib ni. Kalau taaak, nanti hantu wak nusuk tak thaau” jerit mak dari rumah.
Kita pun bercempera lari masuk ke dalam rumah kerana percaya hantu akan sembunyikan budak-budak yang masih berkeliaran di luar rumah pada waktu maghrib.
Pada sesiapa yang sempat berada di zaman 70-an, 80-an dahulu.
Atau,
“Hang jangan dok gatai duduk atas bantai. Sat lagi pungkuq hang naik kudih buta sat lagi baghu hang tau”
Ha ha, sampai hari ni kita tak berani dan tak biasa duduk atas bantal kan?
Atau,
“ Meh sini kepala ikan tu. Biaq mak yang makan. Hang jangan makan, takut jadi bodo”
Pada zaman itu, semua kalam yang keluar dari bicara orang yang lebih tua dari kita, akan ditelan bulat-bulat.
Hanya kerana kita ber’iman’ bala yang akan menimpa andai kita mengingkarinya.
Itu cerita zaman dahulu yang andai dikenang-kenang kembali, sangat indah dan menyeronokkan. Itu kita panggil kaedah menakut-nakutkan anak agar mentaati arahan ibu bapa dan memudahkan mereka menguruskan sang anak.
Para pembaca sekalian jangan lupa,kaedah yang sama juga boleh diamalkan di dalam politik iaituthreatening game; pemegang kuasa akan menakut-nakutkan rakyat agar tidak memilih parti selain mereka kerana khuatir akan ditimpa bala bencana.

KUASA MINDA SEPARA SEDAR
Pernahkah anda menonton cerita Puaka Niang Rapik pada jam 12 tengah malam secara berseorangan?
Setelah itu tiba-tiba anda mahu ke tandas.
Tiba-tiba ada sesuatu yang jatuh di dapur rumah anda? Ketika itu, agak-agak apa yang anda akan terfikir?
Hantu yang dalam TV tadi kan? Kenapa terfikirkan dia?
Atau.
Anda baru sahaja menonton filem Anaconda. Sejurus sahaja anda selesai menonton, anda membuat aktiviti meredah hutan (jungle tracking) dan berkayak di tasik.
Ketika anda hampir tiba di tasik, tiba-tiba kedengaran sesuatu mendesit-desit berhampiran dengan anda.
Pastinya ketika itu anda hanya akan terfikir yang mendesit itu ialah Anaconda sebagaimana di dalam cerita tadi bukan?
Kenapa terjadi begitu?
Kerana dalam kajian terhadap otak, pengalaman atau kesan menonton sesuatu akan tersimpan di dalam minda separa sedar (unconscious mind), tak kiralah siapa orang itu atau di benua mana dia berada, situasi seperti itu memang akan berlaku.
Dari itu, apa kaitan minda separa sedar ini dengan kenyataan politik menakut-nakutkan?
Sangat berkait.
AHLI POLITIK PANJANG ANGAN-ANGAN, PICIK AKAL
Dalam bahagian ini, para pembaca akan melihat seni sang politikus memberikan ketakutan dan ancaman kepada rakyat agar mereka kekal di tampuk kuasa.
Kadang-kadang kita sendiri yang mengiyakan ugutan dan ancaman mereka dalam ketidaksedaran.
Penulis akan menukilkan kenyataan sebenar semua pemimpin terbabit daripada sumber-sumber mereka sendiri. Dan yang menariknya semua kenyataan pemimpin-pemimpin terbabit pasti akan ada 3 item ini, iaitu:
1.    Perkataan ancaman: seperti negara akan hancur, ekonomi akan runtuh dan sebagainya dan yang semaksud dengannya. Item ini wajib ada. Untuk item ini penulis akan tebalkan perkataannya.
2.    Alasan bagi ancaman: seperti mereka boleh mencetus anarki, manifesto tidak lojik dan yang semaksud dengannya. Item ini sekadar untuk menguatkan kenyataan sahaja. Untuk item ini penulis akan condongkan ayatnya.
3.    Membayangkan penyelamat (saviour): seperti hanya kamilah dapat membantu anda, kami telah lama berusaha untuk anda dan yang semaksud dengannya. Item ini juga wajib ada. Untuk item ini penulis akan menggariskan di bawah perkatannya.
Nah, seandainya setiap hari kita menonton siaran TV milik UMNO dan Barisan Nasional, membaca akhbar perdana sahaja dan tiada sumber lain untuk mengimbangi maklumat yang diterima, apa akan terjadi pada cara fikir anda….?
Akan mengiyakan segalanya kan.
Kerana takut bala yang akan menimpa.
Saya tidak bercadang untuk memaksa pembaca menerima pandangan saya.
Tetapi sebagai seorang graduan dalam bidang sains politik, semua tiga item di atas memang akan digunakan oleh seorang ahli politik yang rendah nilainya sebagai metodologi menguasai pemikiran rakyat dengan cara yang kotor.
EKONOMI
Perhatikan dan aplikasikan tiga item di atas.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang juga merupakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (Tambun) mengatakan bahawasanya:
dengan pelaksanaan manifesto pembangkang bakal meningkatkan defisit fiskal kerajaan persekutuan kepada 11.5 peratus daripada empat peratus yang disasarkan tahun ini. Lebih parah lagi, kerajaan akan mengalami defisit akaun semasa.
Ini bermakna kerajaan perlu meminjam untuk membayar gaji, subsidi, pencen dan hutang negara seterusnya menyebabkan negara mengalami krisis kewangan dan ekonomi sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa negara Kesatuan Eropah.
Jadi berdasarkan manifesto pembangkang, maknanya hasil kerajaan tidak dapat menampung perbelanjaan mengurus yang bertentangan sama sekali dengan konsep perbelanjaan berhemah.Manifesto pembangkang tidak mempedulikan implikasi kepada kedudukan kewangan kerajaan dan kesan herotan pasaran ke atas ekonomi Negara.
Kerajaan hari ini hanya meminjam untuk menampung perbelanjaan pembangunan kerana kesan pengganda kepada ekonomi akan memberi jaminan kepada kemakmuran dan seterusnya kesejahteraan rakyat.
“Kita punya pengurusan kewangan, antaranya perlu mengekalkan lebihan operasi. Kita tidak mahu pinjam untuk membayar gaji dan sebagainya dalam perbelanjaan mengurus. Ini merupakan falsafah yang dilaksanakan oleh kerajaan.Kerajaan sentiasa mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah dengan menetapkan hutang kerajaan pusat tidak melebihi 55 peratus kepada KDNK.[i]
Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebagai:
penipuan terhadap rakyat di negara ini. Beliau berkata segala yang dijanjikan parti pembangkang akan menyebabkan negara ini mengalami defisit lapan peratus. Defisit itu, katanya, akan menyebabkan negara mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga pelabur luar hilang kepercayaan terhadap negara ini dan kemudiannya Bank Dunia akan melabelkan Malaysia sebagai negara yang bankrap.
Kita sudah selesai kaji manifesto pihak pembangkang. Kita cuba mengekalkan defisit pada kadar empat peratus sahaja. Kalau pembangkang, defisit itu akan mencecah sampai lapan peratus.
Kerajaan memperuntukkan RM42 bilion setahun untuk memberi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan pelajar dan jika PTPTN dihapuskan maka ia akan menyebabkan ramai yang tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang tinggi.[ii]
Selain itu, Tun Dr Mahathir juga ada memberikan komentar tentang perkara ini apabila beliau menyebut:
Malaysia akan hancur jika parti pembangkang diberi peluang memerintah negara ini pada masa depan.
Ini kerana pemimpin pembangkang tidak mempunyai sebarang rancangan khusus untuk membangunkan negara seperti yang dilakukan oleh kerajaan selama ini.
Pembangkang akan menentang apa sahaja rancangan kerajaan untuk membangunkan negara dan menolong rakyat semata-mata untuk memancing undi.
Kalangan ahli perniagaan turut berpendapat bahawa pemulihan ekonomi didapati berlaku dengan agak cepat
.[iii]

NEGARA TIDAK SELAMAT
Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib menyebut ketika membuat kenyataan dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63 mengingatkan rakyat:
bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak bukanlah satu pilihan raya yang biasa.
“Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis,” katanya.
Perdana Menteri menegaskan negara akan hancur, runtuh dan tenggelam jika rakyat terpedaya dengan fitnah dan janji palsu pembangkang.

Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula
Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri,”[iv]
Selain itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat:
negara akan mengalami kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
hal ini kerana kerajaan yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama.
Keadaan ini memang bahaya, kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan selamat, kita tidak fikir akan jadi tidak selamat, kita selamat sebab memilih pemerintah yang prihatin.
“Ini terpulang kepada rakyat, namun ada yang mengundi mengikut emosi dan taksub walaupun pemimpin jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.
“Apabila rakyat tidak menggunakan pemikiran dan mengundi semata-mata kerana perasaan, besar kemungkinan negara kita akan hancur. Sebab itu kita lihat banyak negara tidak dapat laksanakan cara-cara demokrasi kerana ketaksuban kepada pemimpin, bukan untuk membangunkan negara,”
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, rakyat kini mula sedar bahawa pada pilihan raya lalu, mereka membuat pilihan berdasarkan rasa marah kepada sesuatu.
“Faktor ini telah pun mereka ketepikan, kita patut rapatkan kembali barisan supaya dapat dirikan sebuah kerajaan yang kuat iaitu mendapat kemenangan dua pertiga,”
Malaysia lebih liberal dan bertimbang rasa kerana membenarkan kaum lain mengamalkan agama, budaya dan bahasa ibunda masing-masing.[v]

MENAKUTKAN BIAR BERPADA
Pihak UMNO sudahpun menggunakan taktik untuk menakut-nakutkan rakyat ini semenjak lama.
Seandainya Pakatan Rakyat memerintah negara akan hancur musnah dan ekonomi akan porak peranda dan banyak lagi.
Maka sebagai respon balas, penulis bercadang untuk membuat kajian ringkas bagi melihat adakah benar kenyataan pimpinan-pimpinan UMNO di atas.
Untuk tujuan tersebut penulis merujuk kepada Laporan Audit Negara bagi tahun 2010 (sebagai sampel kajian kes) bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Negeri Kedah:
Laporan tersebut menyebut:
2. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2010 secara keseluruhannya adalahmemuaskan.[vi]
Negeri Kelantan:
Laporan tersebut menyebut:
2. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan pada akhir tahun 2010 secara keseluruhannya adalah memuaskan.[vii]
Negeri Selangor:
Laporan tersebut menyebut:
4.9.1. Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalahmemuaskan.[viii]

Negeri Pulau Pinang:
Laporan tersebut menyebut:
3. Pada keseluruhannya, prestasi pencapaian perbelanjaan projek-projek di bawah RMKe-9 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri secara keseluruhannya adalah memuaskan kerana daripada sejumlah RM1.01 bilion yang diperuntukkan bagi 9 Jabatan, sejumlah RM787.17 juta atau 77.8% telah dibelanjakan.
5.2. RUMUSAN
Pada keseluruhannya, prestasi pencapaian perbelanjaan projek-projek di bawah RMKe-9 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri secara keseluruhannya adalah memuaskan kerana daripada sejumlah RM1.01 bilion yang diperuntukkan bagi 9 Jabatan, sejumlah RM787.17 juta atau 77.8% telah dibelanjakan. Manakala prestasi pelaksanaan projek-projek di bawah RMKe-9 secara keseluruhannyaadalah sangat baik kerana daripada 9,003 bilangan projek yang dirancang sebanyak 8,908 projek atau 99% telah berjaya disiapkan. Pelaksanaan projek pembangunan yang lancar akan dapat mempertingkatkan lagi taraf hidup rakyat Negeri Pulau Pinang.[ix]
Nah, ok sahaja rekod kepemimpinan Pakatan Rakyat memimpin negeri-negeri. Takde pun sebarang kemusnahan dan huru hara yang berlaku.
Barangkali kenyataan mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam lebih wajar berkenaan isu ini. Biarlah berbeza ideologi dan parti, tetapi janganlah menzalimi saudara seagama yang lain:
Tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara. Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap.
Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda tidak akan kata pihak yang lain akan membuat negara bankrap.[x]
Politikus sekalian,
Jangan sampai kena masuk muzium baru nak bertaubat.


Penulis: Ustaz Ridhauddin 

ERTI HIDUP PENGEMBARA



[i] http://www.sinarharian.com.my/politik/bn-manifesto-pakatan-akan-burukkan-fiskal-kerajaan-1.144145
[ii] http://www.sinarharian.com.my/politik/manifesto-pakatan-tipu-rakyat-kata-muhyiddin-1.136939
[iii]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_02.htm
[iv] http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IkrarNajib/Article/
[v] http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121205/po_01/PRU-13-Peringatan-Dr-Mahathir
[vi]https://www.audit.gov.my/docs/BM/4Laporan%20Ketua%20Audit%20Negara/2Negeri/Kedah/2010/KEDAH_001.pdf
[vii]https://www.audit.gov.my/docs/BM/4Laporan%20Ketua%20Audit%20Negara/2Negeri/Kelantan/2010/2.kelantan_001.pdf
[viii]https://www.audit.gov.my/docs/BM/4Laporan%20Ketua%20Audit%20Negara/2Negeri/Selangor/2010/2.selangor_001.pdf
[ix]https://www.audit.gov.my/docs/BM/4Laporan%20Ketua%20Audit%20Negara/2Negeri/Pulau%20Pinang/2010/PULAU%20PINANG.pdf
[x] http://www.sinarharian.com.my/nasional/musa-hitam-tidak-bankrap-jika-pr-memerintah-1.139051




Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia