-->

Wednesday, April 3, 2013

3 perkara aku nak lihat, sebelum aku undi kau
"Saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi dan baginda telah memberi perkenan supaya Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini...." jawab Dato Sri Najib dalam TV tengahari tadi

maka dengan lafaz ini, Parlimen di Malaysia dengan rasminya dibubarkan.

********

"3 perkara aku nak lihat, sebelum aku undi kau" kata pak Mat kepada YB Yop..

"apa dia?"

"Akhlak, Fakta dan Dasar..."

"3 perkara yer? boleh. takda masalah, cumanya tunaikan 3 perkara juga," kata YB Yop

1) selepas tengok TV 3, dan utusan, nilai baik2
2) tolong cakna dengan Isu-isu semasa di internet dan sumber2 lain
3) selalu solat sunat hajat untuk memenagkan Islam di bumi Malaysia

*******

sahabat-sahabat, ingin saya ingatkan perkara yang kita sudah pun tahu; 

Akhlak, Fakta dan Dasar parti itu sendiri akan menjadi tumpuan, atau boleh kita kata sebagai, "criteria penting" dalam memenangi hati rakyat dalam pemilihan pemimpin RAKYAT..

Akhlak, Fakta dan Dasar...


duit, lagu, pengundi hantu, mat indon, mat myammar dan lain2..saya rasa perkara ini tak perlu... jika ada yang berniat tu, sudah2 lah..

cukuplah sekadar Akhlak, Fakta dan Dasar...




dalam pilihanraya, bukan gentera parti saja yang berkempen, turut juga memeriahkan lagi keadaan adalah penyokong-penyokong parti.

saya secara peribadi melihat, tingkah laku kita sebagai penyokong juga memainkan peranan yang besar dalam pilihanraya ini..

apa tak nya;

"Mat, ang tengok si Mun tu. Baik akhlaknya. dia sokong mana haa?"

"Mat, ang tengok si Husin tu. cakap kemas, semuanya berdasarkan fakta. teruja aku. dia sokong parti ma ek?"

"Mat, Mat, ang tengok apa yang parti tu nak bawa, bagus nahh."

benda-benda diatas kalau dalam istilah Marketing, boleh miningkatkan CORPORATE IMAGE

tapi, kalau dalam pilihanraya. ia adalah PARTI IMAGE

ia akan mewujudkan keharmonian antara penyokong dengan parti, parti dengan masyarakat.




ertinya apa?

ertinya, tegakkan kebenaran dengan AKHLAK yang cantik, beserta HUJAH, bukan auta, serta, bersama samalah kita berjuang bersama Parti yang mempunyai DASAR yang cantik, dasar yang adil dan dasar yang akan membawa negara kita, ke jalan ALLAH.

"saya penapadi, mengingati andai kita terlupa, salam"

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia