-->

Wednesday, October 2, 2013

Nama Saya Mohd Kaizan - Ini Kisah Saya
Assalammualaikum,

Nama Saya Mohd Kaizan Bin Nazlan. Saya merupakan graduan UiTM dalam bidang pengurusan perniagaan dan pemasaran. Saya juga merupakan wakil dari Takaful Ikhlas dan saya merupakan pengasas kepada "Glory Generation Financial & Business Consultancy".  Kepakaran saya adalah dalam membatu anda dalam menyelesaikan masalah kewangan anda dan juga pakar dalam membantu anda dalam pengurusan perniagaan SME. Dengan formula Rahsia Kewangan Bijak, saya dan team saya mampu membantu anda menambah baik status kewangan dan perniagaan anda. Matlamat saya dan team saya adalah untuk membantu anda mencapai fianancial freedom dan ingat ALLAH S.W.T sentiasa.

Jujur saya katakan, dulu saya tidak seperti sekarang. Banyak perkara yang perlu saya lalui. Saya berpengalaman hidup susah, kereta family saya pernah ditarik oleh penguat kuasa, harta benda seperti kereta, camera dan lain-lain terpaksa digadai untuk menapung kos pembelanjaan hidup. Ditambah dengan masalah perniagaan Ayah dan Ibu saya yang tak stabil dan macam-macam lagi. Kegagalan mencapai matlamat itu macam biasa dah dalam hidup saya.

Tapi, alhamdulillah, dengan pengalaman dan didikan yang diberikan, sekarang, saya banyak belajar dan saya semakin matang berbanding dulu. Banyak saya belajar, terutamanya tentang rahsia pengurusan kewangan dan perniagaan bijak yang mampu membantu diri saya ke tahap sekarang. Saya begitu minat dalam pengurusan kewangan dan pengurusan pernigaan, kerana saya yakin, dengan perkara seperti ini, ia dapat membantu Agama saya, Bangsa saya dan Negara saya. Sekarang, matlamat saya makin jelas. Ayah dan Ibu saya merupakan motivator saya, mereka yang sering menguatkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai matlamat hidup saya. Ayah dan ibu saya sangat menyokong usaha saya dalam career sebagai financial & business consultant, bagi membantu diri saya, family saya dan semua orang-orang diluar sana, bagi menaikkan taraf hidup mereka, agar kita semua dapat melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Financial & Business Consultancy
Berapa ramai orang diluar sana yang status kewangan dan perniagaan mereka di tahap kritikal, dan mereka tidak pun mencari pakar bagi membantu mereka menyelesaikan masalah, sehinggakan ramai dalam kalangan mereka jatuh muflis dan hilang semangat untuk mengubah hidup, maka hilanglah "laksamana ekonomi dalam negara". Saya Mohd Kaizan Bin Nazlan, saya sedia membantu anda..
\

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia