-->

Tuesday, October 1, 2013

Bahana 2 Jenis Riba Yang Boleh Mengheret Seseorang Ke Neraka
Dosa Riba seperti kita berzina dengan ibu kita dan ishtihar perang dengan ALLAH

Ketahui jenis-jenis riba:

1. Riba al-duyun (pinjam dan hutang)
- Ia terhasil daripada kadar lebihan faedah (riba) yang berpunca daripada tempoh, samada tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu asset. Asas kepada riba jenis ini adalah hadis Nabi SAW:
(setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba)

2. Riba al-Buyu'
- Riba jenis ini lahir daripada ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 item riba, penukarannya dibuat secara tangguh


Ramai dalam kalangan kita, orang Islam, orang melayu yang ambil endah tak endah dalam hal ini, sehingga mereka menepah tiket ke neraka jahanam.

(Ringkasan petikan dari buku Keingkaran Menempah Ancaman: RIBA dan Isu Kewangan Semasa tulisan Ust Zaharuddin Abd Rahman.

Imam Al-Nawawi r.a. (wafat pada 676H) berkata: "Ijma' (disepakati semua sahabat dan ulama) tentang pengharaman riba dan ia termasuk dalam kategori dosa besar. Ada pendapat menyatakan riba juga diharamkan oleh semua agama, ini disebutkan oleh antaranya Imam Al-Mawardi."

1.  Pemakan dan pemberi riba diperangi Allah SWT dan Rasulullah SAW

Firman Allah SWT:
"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki-baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya" (al-Baqarah 2: 278-279)

2.  Kehilangan berkat harta dan kehidupan

Firman Allah SWT:
"Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan daripada sedekah. Dan Allah tidak suka kepada orang kafir lagi berdosa." (al-Baqarah 2: 276)

3.  Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri

Sabda Rasulullah SAW:
"Riba mempunyai 73 pintu, riba yangt paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya." (Ibn Majah; al-Hakim; sahih al-Bukhari dan Muslim)

4.  Lebih berat atau sama dengan 36 kali perzinaan

Sabda Rasulullah SAW:
"Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan dia mengetahuinya, lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali." (Ahmad; al-Daruqutni; al-Abani)

5.  Salah satu daripada tujuh dosa besar

Hadis Rasulullah SAW:
"Jauhilah tujuh dosa besar: syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil)." (al-Bukhari dan Muslim)

Sebagai peringatan kepada saya dan anda. Mulut kita boleh memberi pelbagai alasan di dunia, tetapi INGAT... MAUT BISA DATANG BILA-BILA MASA DAN DI MAHKAMAH ALLAH KELAK TIADA ALASAN LAGI YG MAMPU KITA BERIKAN.. 


Pastikah anda, harta yang bakal anda pusakakan kepada waris anda nanti bebas dari DOSA riba???


Masih ada masa buat kita untuk mengubahnya...insyaallah

Glory Generation Consultancy - Financial & Business

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia