-->

Thursday, October 3, 2013

3 Sebab Kenapa Kita Membazir Duit!
Bayangkan duit kita dibakar
Hurmm, saya nak tanya, "sanggup tak kita koyak koyak kan duit kertas RM10?" Bakar wang kertas RM50? Hurmm?.. Comfirm tak kan, satu ringgit pun saya teragak agak nak koyakkan, apatah lagi RM10 dan RM50. 

Tahu tak Sebab apa? Ini psikologi manusia..Sebab kenapa saya dan anda tak mahu koyakatau bakar duit itu, adalah kerana kita tidak akan membazir sesuatu yang zahirnya wang. Tetapi, tanya pada diri sendiri balik. 

Pernah atau tidak anda membeli majalah atau buku, dan meletakkanya merata rata, kemudian anda tidak sempat membacanya? Atau membeli baju baru, dan hanya sedar selepas beberapa bulan anda hanya memakainya sekali sahaja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda rasaka amat anda mahukannya, tetapi, sedar tak sedar, anda tidak perlukannya? Pastinya pernah bukan? Ianya terjadi pada ramai antara kita, termasuk saya. Apabila melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya oleh kerana penat lelah kita bekerja setiap hari untuk mendapatkannya. Tetapi, bila datangnya masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang yang dibeli sudah tidak dapat dilihat, dan di sini pembaziran pun berlaku. Berikut adalah 3 sebab mengapakah pembaziran berlaku:

1. Kita memberi alasan untuk berbelanja
Kita sering memberi sebab mengapa kita perlu berbelanja, seperti "aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri! yup". Tidak kira, sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian diluar kemampuan. Adakalanya juga kita yakinkan diri sendiri untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu berbelanja sedemikian. Nafsu kita untuk berbelanja dapat mengalahkan rasional kita untuk berjimat.

2. Kita tak mahu dilihat kedekut
Adakalanya kita fikirkan apa orang lain berangapan mengenai kita.“ehh..apa yang diorang fikir pasal aku nanti ek?” Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. Jadi, untuk meningkatkan keyakinan diri kononnya, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap persetujuan dari orang lain.

3. Kita suka pada kepuasan sebentar
Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat. Hurmm, orang perempuan.orang perempuan. Ini kes shopping lah ni. Hurmmm, jadi? Setelah kita tahu punca kenapa kita membazir, jom UBAH! Dan mula melangkah untuk Financial Freedom.

Tips: Untuk membina kekayaan, kita perlu dulu menampal kebocoran wang kita

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia