-->

Tuesday, April 7, 2020

APA MESSAGE SEBENAR FILEM PARASITE?


Tahun 2019 pengarah Korea Selatan Bong Joon Ho telah mencipta kemenangan besar dalam Oscars 2020, dengan filemnya “PARASITE

Mengikut kamus oxford, Parasite bermaksud “an organism that lives in or on an organism of another species (its host) and benefits by deriving nutrients at the other's expense”

Parasite boleh kita dapati pada spesis tumbuhan dan haiwan di mana parasite ini akan pergi ke tumbuhan atau haiwan besar(host) untuk ditumpang segala manfaatnya. Parasite juga boleh kita dapati diri manusia.

Jadi bahasa mudahnya kalau seseorang itu digelar “Parasite”, ia bermaksud dia adalah seseorang yang suka mengambil kesempatan atas orang lain untuk kepentingan dirinya.

Saya tidak mahu ulas keseluruhan plot dalam ini, dalam artikel ini saya akan sentuh isu utama yang dibawa untuk kita jadikan tauladan dan pengajaran bersama.

Kepada yang belum menonton filem ini bolehlah meluangkan masa 2jam untuk menghayati message yang cuba dibawa.

Isu utama yang dibawa dalam filem ini adalah perbezaan “Social Class”di Negara Korea Selatan. “Parasite” mengisahkan kehidupan keluarga “Park” yang sangat kaya raya dan keluarga “Kim” yang sangat miskin kebuntuan.

Orang kaya hidup di atas bukit, orang miskin hidup di bawah dan lorong. Cara lihat orang kaya kepada orang miskin, dan orang miskin kepada orang kaya ditonjolkan dalam filem ini.


Cerita ini bermula dengan menggambarkan struggle yang keluarga Kim hadapi untuk terus hidup. Pada suatu hari Ki-woo Kim anak lelaki keluarga “Kim” atas recommendasi rakan baiknya, dia diberi peluang menjadi tutor kepada anak gadis keluarga “Park”.

Namun melihat Isteri keluarga “Park” yang senang dimanipulasi, mereka nampak jalan keluar kepada kemiskinan mereka. Iaitu dengan mengambil kesempatan atas orang kaya.   

Inilah serba sedikit intro kepada filem ini. Untuk mengetahui lebih lagi, eloklah tonton sendiri filem Parasite ini. Ia pasti membuat ada “speechless”.

Baik, kita terus kepada perkara pertama yang kita boleh belajar dalam filem ini. Ia dapat kita belajar dengan melihat kesilapan yang dilakukan oleh keluarga “Kim”.

Kesilapan besar keluarga Kim adalah kerana sikap tamak mereka. Satu per satu helah dibuat agar keluarga kim dapat mengambil kesempatan atas keluarga “Park”

Keluarga Kim telah menjadi “parasite” dengan mengambil kesempatan atas keluarga “Park” dan menganyai orang lain untuk kepentingan diri mereka.

Pertama: Keluarga Kim menerusi anak perempuannya Ki-Jung telah membuat helah dengan meletakkan seluar dalamnya dalam kereta keluarga park sehingga pemandu keluarga park “Yoon” dipecat dan diambil alih oleh bapanya Ki-taek Kim.

Ini kerana apabila keluarga Park dapati bahawa ada seluar dalam wanita dalam kereta mereka. Mereka beranggapan bahawa pemandu mereka sudah membuat sesuatu luar batas.

Kedua: Keluarga Kim telah membuat helah kepada pembantu rumah keluarga “park” sehingga dia dipecat dan jawatan pembantu rumah itu diambil alih oleh Chung-sook Kim, isteri kepada Ki-taek Kim.

Akhirnya keempat empat keluarga Kim, Bapa, Ibu, anak lelaki dan anak perempuan berjaya mendapatkan pekerjaan di rumah keluarga Park dengan cara penipuan dan menzalimi orang lain.

Dalam satu dialog Ki-Jung (anak perempuan keluarga Lim)“Kita yang perlukan bantuan, kita fikir kita sahaja!”

Ini menunjukkan mereka tidak mahu fikir tentang orang lain, melainkan diri mereka sendiri.

Ketiga: Chung-sook Kim(isteri Ki-taek Kim) tidak menunjukkan belas kasihan kepada Moon-kwang(orang gaji dulu) untuk membantu suaminya yang telah lama tingal di bunker bawah tanah rumah keluarga park. Walaupun Moon Kwang telah melutut dan merayu tetapi rayuannya tidak diendahkan.

“Tolonglah, kita sama sama orang susah” Kata Moon Kwang orang gaji lamanya

“Tidak, kamu sahaja orang susah!” Jawab Chung-sook Kim, lalu disambung

“Saya akan beritahu polis”

Keluarga Kim lupa bahawa diri mereka juga pernah susah dahulu. Sehinggalah suatu incident berlaku menyebabkan rahsia keluarga Lim terbocor apabila Moon-Kwang dan suaminya mendapat tahu bahawa keluarga Kim telah membuat tipu daya agar dapat menumpang senang keluarga park. (menjadi parasit)

Rahsia terbongkar, di sinilah permulaan segala konflik. Pergelutan antara dua keluarga miskin ini, iaitu Keluarga Kim dan keluarga Moon –Kwang (Orang gaji lama) berlaku.

Akhirnya pergelutan ini menyebabkan kematian kepada kedua duanya, menyebabkan kehidupan keluarga mereka menjadi caca marba. Akibat sikap tamak dan pentingkan diri keluarga mereka, akhirnya putaran hidup berubah dari berada di “atas” terus jatuh ke “bawah”, tempat mereka bermula.

Andainya Ki-woo Kim dan Ki-Jung Kim hanya fokus pada mendidik anak-anak keluarga Park tanpa ganggu rezeki dan sailang kerja si Driver dan si Pembantu rumah, tentulah kejadiannya tidak seburuk ini.

Ya mereka memang menipu juga bab sijil akademik mereka. Tetapi soal ilmu dan bakat mereka, itu tulen sama sekali.

Pendek kata, bila sudah ada peluang, manfaatkan sebaiknya peluang itu “tanpa melampaui batas”. Usah ganggu rezeki orang lain, usah sailang peluang atau pekerjaan orang lain, ini soal keberkatan. Paling penting adalah mula pandang kedepan, bersabar dan terus berusaha sehingga impian kita tercapai.

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia