-->

Wednesday, May 1, 2013

PR Ke Putrajaya DAP Bertakhta?

6 Mei 2013
"aish Ayah hensem bergaya nampak, kita nak pergi mana lawa-lawa ni" tanya seorang anak kepada ayahnya
"kita akan ke Putrajaya Man" jawab ayah dengan wajah yang ceria.
"langkah kita ke Putrajaya kali ini bukan seperti sebelum ini, langkah ini membawa erti kemenangan..."
ALLAHHUAKHBAR!

persoalan yang tertanya tanya oleh kebanyakan orang; siapa yang akan jadi perdana menteri?




Saya boleh bagi jaminan bahawa Chua Soi Lek dan Samy Vellu bukan kerana secara jawatan, rasmi, bertulis, presiden BN adalah Najib tun Razak. Beliau yang tandatangan Manifesto BN. Beliau seorang. Sedangkan, jika anda buka buku jingga, ada 3 tandatangan di situ.
Maka jika betul naiknya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, akan bertepuk tanganlah IFC. sebab dari mesej dalam Part 3 tadi, dah terbukti yang Lim Guan Eng adalah “hidden hand” kepada IFC.
Itu adalah di antara hujah seorang sahabat dari Barisan Nasional yang dipanjangkan kepada saya untuk mendapatkan pencerahan.
Saya bercadang untuk memberikan respon kerana saya melihat pada komentarnya itu (ada banyak lagi) ada nilai. Tulisan beliau sebenarnya sangat panjang, tetapi saya akan fokus satu persatu untuk memberikan pencerahan terhadap kenyataan beliau.

FOKUS PENULISAN
Fokus penulisan ini bertujuan agar para pembaca sekalian tidak terlari arah perbincangan sepanjang pembacaan.
Di dalam kenyataan sahabat ini, ada beberapa persoalan yang memerlukan penjelasan satu persatu:
1.        Siapa ketua Pakatan Rakyat?
2.        Siapa calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat andai berjaya menakluki Putrajaya.
3.        Adakah benar IFC akan menapak andai PR menakluki Putrajaya.
Dari itu, untuk penulisan ini, saya hanya akan memberikan fokus utama pada perkara dua (2) sahaja iaitu siapakah calon Perdana Menteri Malaysia dari Pakatan Rakyat andai berjaya menakluki Putrajaya.
Kenapa saya memilih item ini?
Kerana item ini ialah item yang paling sesuai dalam mood rakyat sekarang.
INI KALILAH!

MENCARI KEMUNASABAHAN
Saya merasakan sahabat BN ini begitu mendalam sekali kesumatnya terhadap Pakatan rakyat. Ini boleh dilihat dalam hasil analisa umum beliau terhadap isu ini.
Secara sifir mudah pun sudah kelihatan tidak logiknya.
Tetapi oleh kerana media masa dan media cetak banyak sekali membuat propaganda yang semaksud dengan kenyataan beliau, maka ini ialah hasil analisa saya terhadap isu ini.
Daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di Dewan Rakyat, DAP hanya bertanding untuk 51 kerusi atau hanya sekadar 23 % sahaja. Berikut adalah laporan BERNAMA berkenaan jumlah kerusi yang ditandingi oleh parti-parti politik yang bertanding:
Of the 579 parliamentary candidates:
1.        221 are from Barisan Nasional (BN),
2.        73 (PAS),
3.        99 (PKR),
4.        51 (DAP),
5.        28 (State Reform Party-STAR),
6.        8 (Sabah Progressive Party-SAPP),
7.        9 (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia-Berjasa),
8.        2 (Parti Kesejahteraan Intan Tanah Air-KITA),
9.        1 (Parti Bersatu Sasa Malaysia-Bersama),
10.      2 (Parti Cinta Malaysia-PCM),
11.      6 (Parti Pekerja Sarawak-SWP) and
12.      79 (independents).[1]
Nah, kalau 51 sahaja daripada 222 kerusi yang ditandingi DAP, mustahillah DAP akan menjadi Perdana Menteri.
Kerana secara tradisi pemilihan Perdana Menteri akan dipilih dari parti yang menang secara majoriti.
Sekarang ayuh kita bandingkan pula, antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, koalisi yang manakah yang paling banyak bertanding di kawasan Melayu Islam.[2]
NO
PARTI
JUMLAH
1
Pakatan Rakyat
145 kerusi
2
Barisan Nasional
131 kerusi
 Hasilnya, fakta menunjukan Pakatan Rakyat lebih mesra melayu Islam berbanding Barisan Nasional
Sekarang, ayuh bandingkan lagi, antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, koalisi yang manakah calon bukan Islamnya lebih ramai.[3]
NO
PARTI
JUMLAH
1
Pakatan Rakyat
77 kerusi
2
Barisan Nasional
91 kerusi
Fakta juga menunjukan bahawasanya Pakatan Rakyat lebih mesra Melayu Islam berbanding Barisan Nasional.
Kalau begitu, mana logiknya DAP akan pimpin Malaysia sebagai Perdana Menteri?
Menurut Prof Dr Ahmad Atory Hussain pula, yang merupakan seorang penganalis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, DAP tidak akan boleh menjadi Perdana Menteri. Berikut ialah kenyataan penuh beliau:
Nak jadi Perdana Menteri mestilah sekurang-kurangnya daripada 220 kerusi itu mesti 111, 112 mesti dimenangi dan DAP tidak akan menang 111 kerusi, takkan menang.. ye ataupun kemungkinan besar kalau dia berjoin dengan DAP la kot…emm dengan PAS atau PKR. Pada pandangan saya dia tidak akan dapat jadi perdana menteri, kerusi parlimen tu pun dia tak boleh nak ambil.[4]
Dan di peringkat kepimpinan DAP sendiri pun, jawatan itu bukan tujuan mereka.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 19 November 2012 calon cadangan daripada DAP untuk jawatan Perdana Menteri Malaysia ialah dari kalangan orang Melayu. Berikut ialah kenyataan penuh beliau:
Kita telah buat kata sepakat sbelum ini, bahawa jika Pakatan Rakyat menang, maka calon Perdana Menteri adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan setakat ini tidak ada sebarang permintaan ataupun perubahan dan pendirian DAP masih sama iaitu calon Perdana Menteri Pakatan rakyat adalah Dato’ Seri (Anwar Ibrahim).[5]

 RESPON TUAN GURU HAJI HADI AWANG
Berikut ialah jawapan daripada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan dengan persoalan ini.
Jawapannya tidak benar.
Yang pertama berdasarkan kepada resolusi bersama Pakatan Rakyat yang berasaskan kepada konsep yang sudah ada di dalam perlembagaan iaitulah:
Islam sebagai agama persekutuan dan pada masa yang sama agama-agama lain dilayan dengan adil.
Yang kedua hak istimewa orang melayu bumiputera.
Yang ketiga raja berpelembagaan.
Sudah tentulah semangat kerajaan yang ditubuh itu berdasarkan apa yang telah ada dalam perlembagaan.
Iaitu semua masyarakat menerima hakikat bahawa majoriti rakyat Malaysia adalah menganut agama islam. Bukan sahaja diterima oleh MCA,MIC dan GERAKAN dalam Barisan Nasional, bahkan diterima oleh semua parti-parti yang bukan Islam ataupun yang mempunyai ahli yang bukan Islam.
Oleh kerana itu maka DAP dan rakan-rakan bukan Islam dalam PKR menerima resolusi yang disebut tadi iaitu Islam sebagai agama persekutuan.
Yang kedua hak istimewa orang melayu bumiputera
Yang ketiga raja mengikut perlembagaan.
Di mana kita tidak boleh melantik dengan sendiri bila telah menang pilihanraya. Mestilah merujuk perlembagaannya dirujuk kepada persetujuan Raja-raja Melayu yang diketuai oleh Yang Dipertuan Agong.
Alasan kedua kita dapat melihat sendiri apabila Pakatan Rakyat menang di Perak pilihanraya kedua belas 2008. Walaupun PAS menang 6 kerusi sahaja, Keadilan 8 kerusi dan DAP menang kerusi yang lebih besar, namun akhirnya dengan perbincangan bersama Duli Yang Mulia Sultan Perak bersetuju Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar.
Yang berikutnya mesti dilihat kepada kerusi-kerusi yang dipertandingkan. Mengikut pembahagian kerusi yang dipertandingkan DAP bertanding sekitar 50 kerusi daripada 222 kerusi. Dengan jumlah 222 kerusi DAP tidak boleh mencalonkan wakilnya menjadi perdana menteri dengan jumlahnya tidak mencukupi satu pertiga pun.
Dengan satu persefahaman yang berpijak, maka sesuatu pandangan hendaklah berdasarkan kepada ilmu, jangan berdasarkan kepada satu sangkaan dan andaian-andaian yang tidak baik.
Melalui asas-asas yang saya sebut tadi, kita dapat melihat bagaimana DAP dan semua rakan-rakan yang bukan Islam menerima hakikat yang sudah ada di dalam perlembagaan dan dipanjangkan melalui pembahagian kerusi yang saya sebutkan tadi.[6]

INDAH HIDUP BERPANDU SUNNAH
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekali lagi ketika membuat ucapan penggulungan muktamar PAS kali ke 58 bertempat di PUTIK mengulas berkenaan dengan isu perlantikan Perdana Menteri Malaysia dari Pakatan Rakyat.
Beliau menyebut:
Saya alu-alukan nak lantik saya perdana menteri, seronok juga sepintas lalu. Tapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ni biar menangkan Islam lepas tu nak mati, matilah.
Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut, Yan tu. Belum pergi lagi dia paling ke anak buah dia “hang tumbuk rempah siap-siap.
Siap rempah, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan.. ikan jenahak. Saya pun pergi lah, dia pun pergi sama ke laut boleh ikan belukang besar kelingking. Ust Azizan ingat ke peristiwa tu. Saya tak mau jadi macam tu la. Belum apa-apa dah buat rempah.
Dan kita kena belajar dari Nabi SAW. Bila NAbi SAW nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri mereka dan penduduk mereka bagi menegakkan Islam.
Allah menjadikan kemenangan, jumpa satu satu kabilah. Satu kabilah itu Kabilah Bani ‘Amir, Kabilah Bani ‘Amir, Nabi tawar Islam, Allah menjanjikan kemenangan, boleh serahkan negara kita berjaya. Tiba-tiba pemimpin mereka tanya:
Kalau menang siapa jadi raja? Kalau menang siapa jadi ketua? Kalau menang siapa jadi menteri-menteri. Dia tanya Nabi. Lalu Nabi jawab “Kekuasaan itu bagi Allah, Allah bagi kepada siapa yang Dia kehendaki.
Itu jawapan Nabi. Ini jawapan Nabi SAW. Jadi kita PAS ni kena ajar begitulah. Haa itu dia cara dia.[7]

RUMUSAN
Setelah membuat penelitian, saya membuat konklusi bahawasanya:
1.        Tohmahan UMNO hanyalah propaganda sahaja untuk menakut-nakutkan pengundi.
2.        DAP tidak boleh menjadi Perdana Menteri atas faktor undang-udang dan praktis biasa (normal practice)
3.        Saranan saya agar semua pihak tidak terjerat dengan permainan UMNO ini.
TAKBIR!
INI KALILAH!
Alor Setar
2 Mei 2013
2.04am

Penulis: Ustaz Ridhauddin
Tajuk: PR DI PUTRAJAYA, DAP DI TAMPUK KUASA?


[1] http://www.bernama.com.my/bernama/v7/wn/newsworld.php?id=943831
[2] Harakah versi cetak, halaman 1.
[3] Ibid
[4] http://www.youtube.com/watch?v=3ObdBIRIs84
[5] http://www.youtube.com/watch?v=7s_7jJAq7r4
[6] http://www.youtube.com/watch?v=TKBQMAXNbnw&feature=youtu.be
[7] http://www.youtube.com/watch?v=k4TlzToAJvo

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia