-->

Friday, May 3, 2013

Kejahilan Yang Tak Disedari - Aku dan Mat
satu malam pada 4 tahun yang lepas..
"Mat, ang tengok pemimpin ang tu..dia(DSAI) betul-betul bersalah tau dak..ni buktinya"
"hahaha..." kami gelak tanda kegembiraan yang puas apabila ada satu video menunjukkan kesalahan Anuar Ibrahim..

kawan aku, Mat diam saja..

kemudian dia menjawab "tu semua fitnah" jawab Mat..

dia memang orang yang penyabar..

ketika itu, kami dalam bilik kolej sedang menyaksikan video-video politik dalam laptop..

aku peliklah dengan kawan aku tu.. kenapa dia sokong pembangkang?


tak lama selepas itu, muka Tok Guru Nik Aziz pula keluar dalam video tu...

aku tak tahu kenapa...walaupin aku tak suka pembangkang...tapi aku tak pernah benci Tok Guru...



_______________________________________________________________________________

ketika ini, kami berada pada semester kedua kami..
kelas BEL, atau kelas inggeris menjadi mata subjek kegemaran aku. Lecturer aku, Puan Shamsiah, bagi aku, dia adalah orang yang sangat bijak. aku memandang tinggi padanya. Dia sangat menggalakkan pertukaran pandangan dan fikiran dalam kelas, dan aku adalah antara salah seorang yang aktif memberi pandangan dan bertanya soalan..

satu hari itu dalam kelas Puan Shamsiah, dia membuka satu topik yang menarik
"OIC ataupun pertubuhan badan-badan Islam bersatu"
Puan tanya pada aku..

"what do you think Kaizan? did the OIC have made a good effort to the muslim as a whole?"

aku katakan dengan confidence..

"YES, because....bla..bla..bla..." aku memberi hujah aku

aku katakan, OIC sangat-sangat membantu dunia Islam pada hari ini, dengan bantuan kemanusiaan yang disediakan dan sebagainyaa..

Puan angguk, dan dia senyum...kemudia dia tanya pelajar lain...

Mat, kawan aku berdiri dan memberi padangan dia...

Mat katakan bahawa OIC tidak berfungsi dengan sepenuhnya, dan OIC belum cukup membantu ummah...contonya di Palestine.. dimana OIC?

aku tertanya lagi..apakah? kenapa dengan dia ni? asyik membangkang ja?

lebih mengejutkan lagi, Puan Shamsiah support pandangan Mat...

aku tertanya.."am I missing something here?"
_________________________________________________________________________________

ketika ini kami duduk di cafe kolej, aku, kawan-kawan aku dan Mat...satu perbincangan dibuka..
"apa hukum bersanding?"

Ramai yang bertanya pada Mat,

"apa hukum bersanding sheikh?"..

biasalah..Mat tu sekolah agama dan dia pun memang orang yang berpegang pada agama..

Mat kata.."bersanding tu haram,..boleh jatuh syirik"..kemudian dia memberi hujahnya..

kemudian aku menjawab.."
kenapa pulak haram? okay jaa aku tengok"...
aku berhujah dengan kebiasaan orang buat, culture di malaysia..

hujah aku tidak cukup, dan tak relevent langsung...

Mat dengan rileknya dia tanya.. "ang belajar kat mana? yang kata boleh bersanding tu..kalau tak tahu, lebih baik diam"

tuuuu...aku terdiam..

pastu, aku jawab, "aku tahulah"...

aku agak emo ketika itu..

Mat pun kata "yaaa...takpa..ang betul" dia senyum.. dia cuba kawal keadaan balik..

pffftt..meluat aku time tu, mentang mentang dia sekolah agama...
_________________________________________________________________________________

tak lama selepas tu, baru aku tahu, banyak benda yang aku tak tahu...berkenaan isu palestine...hukum hakam agama...pasal politik.....dan lain-lain...

dalam diriku ketika itu..aku berasa jahil.....................

"definitely..im missing something in me...aku kena belajar lebih..."

di sinilah, aku mula mendekati kuliah agama, program-program bermanfaat, baca surat khabar dengan serious dan lain-lain lagi..

dalam entry kali ini, aku cuma nak kata..kejahilan yang ada pada kita, boleh jadi ada pada kita tanpa kita sedar..dan ketuhuilah bahawa kejahilan kita boleh membuat kita bertindak zalim....moga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi di dunia dan akhirat..

sekadar ini dulu..salam..

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia