-->

Saturday, May 18, 2013

Amalan Murah Rezeki - Khas Buat Student dan Orang Baru Bekerja

Kenapa saya kata khas untuk student dan orang yang baru bekerja?
Sebabnya zaman time Universiti ni lah kita selalu kekurangan duit untuk makan, beli buku, fotostat, print dan pelbagai perkara lagi.

Dan zaman baru nak bina kerjaya ni lah yang banyak pakai duit, nak beli itu dan ini…kos hidup tinggi, kena berdikari dah, kena bagi mak ayah allowance pulak tu..haa..macam-macam..

amalan ini sebenarnya umum, siapa2 boleh amalkan..amalan ini adalah daripada "al Muhaddith Sayyid Muhammad Ibn 'Alawi al Maliki al Hasani"

Pertama sekali..”ubah mind set kita tentang konsep rezeki”
Nak faham rezeki ini dengan bahasa mudah ialah “apa-apa saja yang kita dapat manfaat darinya, itu adalah rezeki”

Duit dalam wallet kita belum tentu rezeki kita, duit dalam bank belum tentu rezeki kita..nak katakana, tolong open minded sikit, “rezeki bukan bentuk duit”, tetapi adalah manfaat yang kita dapat.

Takpa-takpa, sekadar tu dulu..

Jadi, untuk permulaan ini, ikut amalan ini

Baca surah Al Waqiah setiap hari..

ehh panjangnya?

Ehh memanglah, nak murah rezeki ke tak nak ni?

nah, baca..





kemudian baca Doa ini selepas baca Surah Al Waqi'ah;

Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, yang menjadi tempat menaruh harapan bagi setiap yang besar. Ya ALLAH! mudahkanlah untukku urusan rezekiku. Peliharalah aku dalam usaha untuk mendapatkannya daripada sebarang tipu helah dan kepayahan, daripada hati yang sentiasa sibuk dan kepayahan, daripada hati yang sentiasa sibuk memikirkannya, daripada keinginan yang sentiasa tetambat kepadanya, daripada menghinakan diri kepada makhlukMu disebabkannya, daripada asyik memikirkannya dan mentadbir untuk mendapatkannya dan daripada sifat kikir dan bakhil selepas mendapatnya. Ya ALLAH! jadikanlah ia sebagai sebab untuk mendirikan dan menegakkan 'ubudiyah kepadaMu dan menyaksikan segala hukum rububiyyahMu. Ya ALLAH! uruskanlah urusanku dengan zatMu, dan janganlah Engkau serahkan daku kepada diriku walaupun sekelip mata, atau pun kepada seseorang dari makhlukMu. Perbaikilah segala keadaanku dan tunjukilah daku jalan yang lurus; jalan ALLAH yang memiliki segala yang ada di seluruh langit dan bumi. 

Ingatlah! Hanya kepada ALLAH kembali segala perkara.

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia