-->

Sunday, May 5, 2013

Melayu di Penang Menderita, orang Cina bermaharajalela? Hujah beserta Fakta

“Melayu di Penang Menderita, orang Cina bermaharajalela”
Ini merupakan mind set rata-rata melayu Malaysia, sehinggakan mind setting ini atau spekulasi negative ini boleh mengakibatkan perbezaan jurang antara kaum, lebih-lebih lagi kaum Melayu dan Cina. Entri kali ini bertujuan menstabilkan persepsi orang Melayu terhadap orang Cina. Mudah-mudahan dengan pencerahan ini, tiada pertempuran antara kaum akan berlaku.

Cukuplah dengan peristiwa 13 Mei.

Mengikut penelitian saya, di Penang khususnya, pentadbiran negeri tidak pernah disandar oleh orang Melayu bumiputera. Sebelum DAP mengambil tampuk pemerintahan, Parti Gerakan merupakan parti yang memerintah negeri tersebut. Ertinya, pentadbiran di Penang dari dulu lagi adalah dalam kalangan orang Cina. cumanya bezanya, dulu CINA dalam BN dan Kini CINA kawan PAS dan PKR.

Persoalannya sekarang, Parti Bukan Islam yang mana lebih Islam?

Antara MCA dan DAP, anda boleh rujuk di sini - Menilai Parti Non Muslim Yang Lebih Islam
Antara Gerakan dan DAP, anda boleh merujuk sumbangan kerajaan negeri pada orang melayu berbanding Gerakan. 



 ____________________________________________________________________________
PAS KHAWARIJ DI PULAU PINANG
Penulis hanya akan memberikan fokus untuk menjawab sebarang tulisan atau kritikan terhadap  PAS yang mempunyai nilai akademik dan fakta sahaja. Manakala tulisan-tulisan yang berbentuk tohmahan terhadap PAS, cacian, makian, kenyataan tanpa sandaran, penulis akan abaikan sahaja.
1.     PAS menyokong diskriminasi ekonomi Melayu dan India Muslim Pulau Pinang.
Manakala di Malaysia, semenjak 2008 golongan khawarij yang terdiri dari PAS dan PKR semakin menganas setelah menakluk beberapa negeri. Kita menyaksikan berbagai masalah yang berlaku di Penangumat Islam yang terdiri daripada melayu dan India Muslim ditindas dan diruntuhkan perniagaan mereka satu demi satu yang akhirnya sekirannya berterusan pulau pinang akan menjadi seperti pulau singapura….pusat Dajjal dan maksiat.[1]
JAWAPAN
Memandangkan tohmahan yang diberikan oleh penulis blog terbabit menfokuskan isu penindasan perniagaan yang berlaku di Pulau Pinang, maka sewajarnyalah kita mengambil pandangan daripada pihak yang terlibat secara terus dalam isu ini.
Bagi mengukuhkan lagi perbincangan ini, penulis akan mendapatkan sebarang fakta dari sumber primer yang menyokong tohmahan di dalam blog tersebut dan akan disusuli dengan jawabannya insyaallah.
Antara isu yang berlaku di Pulau Pinang ialah berkenaan tender Kerajaan Negeri yang dikatakan tidak adil.
Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan menegaskan, kenyataan Guan Eng bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.[2]
Selain itu, kenyataan daripada beliau juga pernah berkumandang di Pulau Pinang berkenaan isu yang sama pada bulan 2 Febuari 2010 sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada keesokannya.[3]
Namun, akhirnya beliau yang pernah mentohmah Lim Guan Eng meminta maaf atas kapasitinya sebagai Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, terhadap kenyatan beliau kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, termasuk bekaitan dengan isu 46 kontraktor Melayu telah disenaraihitamkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.[4]
Walau bagaimana pun, kenyataan permohonan maaf beliau terhadap Ketua Menteri ini berkenaan salahtanggapan beliau kepada Kerajaan Negeri telah dinafikan sendiri oleh beliau (Datuk Mohamed Fadzill Hassan) sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Januari dengan mengatakan:
“Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.
“Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.[5]
Ketua Menteri Pulau Pinang keesokan harinya menyatakan kekesalan beliau terhadap tindakan Datuk Mohamed Fadzill Hassan itu.[6]
Pada hemat penulis, Datuk Mohamed Fadzill Hassan tidak wajar membuat kenyataan kedua (yang menafikan permohonan maaf  beliau terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang) yang dilihat akan merosakan reputasi beliau sebagai Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang.
Berdasarkan penelitian penulis, Datuk Mohamed Fadzill Hassan jelas memohon maaf kepada Kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap kenyataan beliau di akhbar sebelum ini.
Perkara ini para pembaca boleh dapati di laman Youtube dengan carian “Maaf Mohamed fadzill”dengan tajuk Kontraktor Melayu tarik balik kenyataan terhadap Lim Guan Eng pada minit 1:24 hingga minit 2: 01.
Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawasanya Kerajaan Negeri menyenaraihitamkan kontraktor-kontraktor boleh didapati pada sesi yang sama pada minit 2:10 hingga 2:50. [7]
Berikut adalah rekod projek yang didedahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang membawa kepada permohonan maaf Datuk Mohamed Fadzill Hassan (walaupun kemudiaannya dinafikan oleh beliau)
Kontraktor Melayu Dapat 100% Daripada Projek Jabatan Pengairan & Saliran(JPS) dan
98% Nilai Projek Jabatan Kerja Negeri(JKR) Yang Di bawah Peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang



TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAAN NEGERI)
Di samping itu, ketika menyampaikan perutusan Hari Raya ‘Aidilfitri 1431H/9 September 2010 yang lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang ada memberikan penjelasan berikut:
Di negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri akan berusaha untuk martabatkan rakyat Pulau Pinang dan orang Melayu memiliki daya dinamik, daya kepakaran dan daya keusahawanan. Peruntukan untuk hal ehwal Islam telah bertambah daripada RM 12.5 juta pada 2008 kepada RM 24.3 juta pada 2010. Di antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri adalah:
a) mengadakan tender terbuka di mana kontraktor Melayu biasa menunjukkan kebolehan berdaya saing dengan kontraktor lain dengan kontraktor Melayu biasa memenangi kebanyakan tender. Jelas hanya kontraktor UMNO sahaja yang tidak dapat berdaya saing.
b) menubuhkan Majlis Sains Pulau Pinang yang menggalakkan pelajar pintar dan menubuhkan Penang Tech Center yang menonjolkan pencapaian industri di sini agar menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemeralangan sains dan teknologi; dan
c) memberikan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru kafa dan mengiktiraf para huffaz;
d) menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang untuk menggalakkan universiti terkemuka dunia termasuk dalam Islam untuk mendirikan kampus cawangan;
e) memberikan bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50%.[9]
Selain itu sewaktu membuat ucapan sempena Hari Kemerdekaan Negara pada 21 Ogos lalu, beliau ada menyebutkan seperti berikut:
Begitu juga dengan kemampuan kerajaan negeri untuk menyampaikan dana sebanyak RM11.3 juta kepada sekolah-sekolah bantuan separuh dan mampu menggandakan peruntukan untuk hal-ehwal Islam kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding RM13.5 juta di bawah BN pada 2008.[10]
Selain itu, sewaktu memberikan ucapan di dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama Di Komtar, George Town Pada 21 November 201o, Ketua Menteri Pulau Pinang menitipkan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Pualau Pinang seperti berikut (yang berkaitan dengan isu-isu kemelayuan dan keislaman):
Rakyat akan teringat juga urustadbir baik kewangan negeri sehingga Pulau Pinang dipuji 2 tahun berturut-turut oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan Belanjawan dan asset yang paling tinggi dalam sejarah sebanyak RM 1.1 bilion. Lebihan kewangan inilah yang membolehkan kerajaan negeri menjalankan program rakyat seperti berikut:-
4) memperluaskan pemberian bantuan pembangunan kepada sekolah bantuan Cina, Tamil, mubaligh, sekolah menengah bebas Cina dan sekolah agama rakyat sebanyak RM RM12 juta;
5) menambahkan bantuan untuk hal ehwal agama Islam baik dalam bentuk ex-gratia[11] kepada guru KAFA dan huffaz mahupun projek-projek pembangunan berlandaskan “amar maaruf nahi mungkar” sebanyak RM 63 juta;
17)Mengurangkan lessen penjaja dan nelayan sebanyak 50%;
Itu juga sebabnya kerajaan negeri berani memartabatkan usahawan Bumiputera adalah tender terbuka melalui e-perolehan di mana kabel politik tidak diperlukan lagi sebaliknya hanya perlu kabel computer. Kontraktor Kelas F tidak perlu hanya datangnya daripada UMNO. Malah, kesungguhan kontraktor Melayu memenangi sebahagian besar kontrak kerajaan negeri(leboh 70%) sungguhpun melalui tender terbuka membuktikan bukan kontraktor Melayu yang tak mampu bersaing, hanya kontraktor UMNO yang lembik dan dayus.[12]
Manakala dari sudut mengekalkan hak keistimewaan agama Islam di Pulau Pinang pula, kerajaan Negeri menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dari sudut memberikan peruntukan jika dibandingkan dengan Barisan Nasional. Berikut ialah fakta sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 10 Febuari 2013 pada halaman 5.

Nah, adakah masih belum jelas faktanya?
PAS tidak pernah (setakat artikel ini ditulis) bersama dengan kezaliman si penzalim.
Adakah kerana itu PAS Khawarij?

Penulis: Ustaz Ridhauddin

[1] http://insanberdakwah.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-orang-khawarij-mengikut-hadis.html
[2] Utusan Malaysia 30 November 2010, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1130&pub= Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
[3]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
[4] http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persatuan-kontraktor-melayu-dilapor-minta-maaf-pada-guan-eng/
[5]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
[6] http://www.harakahdaily.my/kontraktor-melayu-minta-maaf-ada-rakaman-video
[7] Setakat akses penulis pada tarikh 27 April 2011 pada jam 5.45 petang.
[8] http://limguaneng.com/index.php/2010/12/15/isu-kontraktor-melayu-di-pulau-pinang/
[9] http://limguaneng.com/index.php/2010/09/09/perutusan-hari-raya-aidilfitri-1431h/#more-1080
[10] http://limguaneng.com/index.php/2010/08/31/perutusan-kemerdekaan-di-pulau-pinang/#more-1069
[11] Ialah diberikan atau dibuat sbg suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang. Lihat kamus Dewan Edisi Empat, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ex-gratia+
[12] http://limguaneng.com/index.php/2010/11/16/kerajaan-berjiwa-rakyat-yang-memartabatkan-rakyat/#more-1151

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia