-->

Thursday, August 7, 2014

HIDUP SENANG DIJANJIKAN QUICK PROFIT
Kes Penipuan 

Salah satu bentuk riba adalah terlibat dalam permainan duit atau ‘money game‘ atau skim cepat miskin.

Oh, penganjur skim ini akan menggunakan istilah ‘pelaburan’ atau ‘beranakkan duit’ atau ‘gandakan duit’ dan pelbagai istilah lagi. Takkan nak sebut skim riba pula, banker sahaja yang yang mengaku secara terus terang.

Kebiasaannya peluang buat duit sebegini tidak mempunyai kontrak jual beli yang jelas. Samar-samar.

+ Apa yang dibeli ?
+ Apa yang dijual ?
+ Bagaimana boleh dapat untung setiap bulan ?

Barang jualan hanyalah tipu daya semata-mata. Ia boleh jadi emas, perak, susu kambing, roti, madu dan apa-apa sahaja. Tarikan utama adalah % return yang dijanjikan, bukan untuk memiliki barang jualan itu sendiri.

Apabila kontraknya samar-samar, maka kita kena tengok sifat dan kesan-kesan individu-individu yang berkontrak dalam transaksi tersebut untuk mengenal pasti kontrak yang sebenar.

Ujian Mudah: Kalau rugi bagaimana ?

Jika ia adalah pelaburan atau peluang bisnes yang tulen, maka prinsipnya adalah, “Keuntungan datang bersama risiko,” – Al-ghurm bil ghunm.

101% individu yang memasuki program buat duit sebegini tidak mahu hilang duit. Sebab itu selagi mana dapat duit, individu ini yakin dan percaya program tersebut bagus.

Namun cuba pembayaran tidak berlaku. Apakah respon individu sebegini?

+ Aku nak duit aku balik! Kalau tak aku report polis!
+ Penipu! Aku nak duit aku balik.
+ Bagi ajelah apa-apa yang ada. Janji aku dapat duit balik.

Oleh kerana kontrak samar-samar, yang penting setiap bulan dapat duit, dengan ujian ini, kita dapat simpulkan apa yang berlaku adalah kontrak pinjam, dan bukan kontrak jual beli atau pelaburan.

Label ‘Arab’ Jadi Topeng Tunjuk Halal

Penganjur juga untuk menarik minat orang Islam, menggunakan istilah-istilah berbahasa Arab. Sedangkan orang Arab pun terlibat riba walaupun tak cakap bahasa Melayu ataupun speaking Bahasa Inggeris.

Wakalah. Mudharabah. Ijarah. Hibah. Rahnu.

Pusing punya pusing punya pusing, apa yang dikontrakkan tidak menepati pun rukun dan syarat jual beli atau rukun dan syarat pelaburan yang sepatutnya. Akhirnya kembali menjadi kontrak pinjaman.

Pinjaman Yang Ada Manfaat Adalah Riba

Individu yang beri pinjam sahaja yang mahu duitnya balik. Paling kurang duit pokok.

Individu yang melabur dan buat bisnes, faham rugi pasti berlaku. Kalau ditakdirkan bisnes rugi, terima dengan hati terbuka.

Apabila hakikat yang berlaku dalam money game adalah kontrak pinjaman, Nabi saw sebut:

+ “Setiap pinjaman yang beri untung / manfaat, ia adalah riba.”

+ “Aku bagi RM 10,000, program ni dapat bagi aku RM 1,200 kan sebulan?”

Mahukah tuan menjalankan kempen boikot riba sebegini bersama-sama Allah dan RasulNya ?

perkongsian ilmu dari Tuan Suzardi Maulan aka Pakdi

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia