-->

Tuesday, August 13, 2013

Sewa Rumah dulu atau Beli Rumah? Pesanan Untuk Newbie

Sewa dulu atau beli?

Pembelian rumah selalunya merupakan perbelanjaan yang paling besar dalam hidup kebanyakan kita selepas kos kahwin. Jadi kita perlu tahu cara yang betul untuk menghadapinya. Rancang betul-betul, ambik masa untuk buat perancangan yang terbaik, kerna ia melibatkan masa depan kita berpuluh-puluh tahun akan datang.

Berikut adalah panduan untuk golongan seperti dibawah;

a. Orang yang masih bujang.
b. Orang yang baru berkeluarga
c. Orang yang baru mempunyai satu / dua anak

Rumah untuk kita duduk adalah satu liabiliti. Ia liabiliti sebab, setiap bulan kita membayar sendiri ansuran / sewa rumah tersebut dengan gaji bulanan kita. Ada orang nak tolong bayarkan? Jika tidak ada, ia memang liabiliti. Maka perancangan yang baik perlu dibuat dengan teliti untuk memastikan kita tidak membayar lebih dari sepatutnya untuk liabiliti ini.

Salah satu pendekatan adalah menyewa rumah / apartment yang sederhana sahaja luasnya. Cukup dengan rumah / apartment yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air yang cukup untuk kita anak beranak berteduh. Plan untuk menetap disitu untuk beberapa tahun sehingga financial kita atau cashflow kita bertambah baik.

Barangkali ada yang berpendapat, 
kalau gabung pendapatan suami isteri barangkali dapat beli rumah yang lebih luas dan besar. Maklumlah, kalau pendapatan sendiri barangkali boleh beli rumah yang bernilai kira-kira RM 250,000 tetapi dengan bergabung pendapatan boleh beli sehingga RM 500,000! Bagi kebanyakan kita, hartanah adalah pembelian paling besar dalam hidup mereka. Justeru, alang-alang membeli biar puas hati.

Memang tiada masalah untuk terus beli rumah besar sekiranya kita mempunyai pendapatan lain selain gaji, tetapi sekiranya kita hanya ada gaji untuk hidup dari bulan ke bulan, maka inilah yang saya cadangkan. Banyak lagi yang perlu kita buat dengan pendapatan kita selain membayar liabiliti tersebut untuk 30 tahun, khususnya untuk digunakan sebagai modal pelaburan yang boleh memberikan kita hartanah yang lebih besar.

"Lagi tinggi downpayment kita, lagi rendah interest yang perlu kita bayar" guna konsep ini untuk merancang keewangan kita, beli rumah yang kita mampu bayar banyak untuk duit muka. Sebabnya harga rumah yang kita perlu bayar RM200,000 boleh bertukar menjadi RMRM300,000, hanya disebabkan interest yang dikenakan.

Rumah Yang Kita Duduk Adalah Beban. Sama seperti kereta yang kita miliki, "Kereta Itu Beban Atau Liabiliti". Jadi, rancanglah sebaik mungkin, bawa berbincang dengan ramai pihak, dan buatlah keputusan terbaik. Best of effort!


Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia